Umat Islam dibenarkan mewarnakan rambutnya. Berikut ini kami terjemahkan fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi mengenainya
(Al-halal Wal haram Fil Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi, hal.89-09):
Sebahagian dari perkara yang tergolong di dalam masalah perhiasan ialah mewarnakan wambut atau janggut yang telah beruban. Telah datang satu riwayat yang menjelaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mewarna rambut dan mengubahnya dengan beranggapan, antaranya ialah berhias dan memperelok diri itu dapat menghindarkan erti peribadatan dan beragama. Sebagaimana yang dilakukan oleh para rahib dan ahli-ahli zuhud yang bersikap berlebih-lebihan.
Tetapi Rasulullah s.a.w. melarang mengikut (taqlid) kepada suatu kaum dan mengikuti jejak langkah mereka, supaya umat Islam sentiasa mempunyai keperibadian yang berbeza, zahir dan batin. Dan, diriwaytakan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mahu mewarnakan rambut, oleh itu berbezalah kamu dengan mereka.
(HR Bukhari).
Amar (perintah) di sini mengandungi maksud sunat, sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para sahabat, seperti Abu Bakar dan Umar. Manakala yang lainnya tidak melakukan (mewarna rambut), seperti Ali, Ubai bin Ka’b dan Anas.
Tetapi,
dengan warna apa dibenarkan mewarna rambut?
Apakah dengan warna hitam atau warna-warna lain?
Atau mesti mengelakkan dengan warna hitam?
Orang yang telah tua, ubannya telah merata semada di kepala ataupun di janggut, tidak selayaknya mewarna dengan warna hitam. Oleh itu, ketika Abu Bakar membawa bapanya Abu Qufahah ke hadapan Nabi s.a.w. pada hari penaklukan Mekah, Nabi melihat rambutnya seperti pokok Thughamah yang terlalu putih buah dan bunganya. Nabi bersabda: “Ubahlah ini (uban) tetapi jauhilah warna hitam.”
(HR Muslim).
Manakala mereka yang tidak sebaya dengan Abu Qufahah, tidaklah berdosa apabila mewarna rambutnya dengan warna hitam. Dalam masalah ini al-Zuhri telah berkata:
“Kami mewarna rambut dengan warna hitam apabila wajah masih kelihatan muda, tetapi apabila wajah sudah berkedut dan gigi sudah goyang, kami tinggalkan warna hitam.”
(Fathul Bari)
Segolongan ulamak salaf membenarkan mewarna dengan warna hitam, mereka ialah Saad bin ABi Waqqas, uqbah bin Amir, Hasan, Husain, Jarir dan selainya.
Sebahagian ulamak berpendapat tidak boleh dengan warna hitam kecuali dalam keadaan perang agar dapat menakutkan musuh. Kerana mereka akan melihat semua tentera-tentera Islam masih kelihatan muda.
(Fathul Bari).
Dan di dalam sebuah hadis riwayat Abu Zar mengatakan: “Sebaik-baik bahan yang digunakan untuk mewarna uban ialah pokok inai dan katam.”
(HR Tarmizi dan ash-habusunan)
Katam adalah satu pokok yang tumbuh di Yaman yang mengeluarkan pewarna berwarna hitam kemerah-merahan. Dan Inai berwarna merah.
Anas bin Malik meriwayatkan, bahawa Abu Bakar mewarna rambutnya dengan inai dan katam, manakala Umar hanya dengan inai sahaja.
*****intaha al-Qardhawi****
———-
Masalah:
Namun amat disayangkan sekali pada hari ini.. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Jika melihat kepada saranan nabi kepada kita agar mewarnakan rambut apabila telah beruban agar kita ini berbeza dengan orang Yahudi (kafir), namun sekarang ini sebahagian dari kita mewarna rambut kerana tidak ingin berbeda dengan orang kafir.
Sudah menjadi tabiat, bangsa yang lemah meniru bangsa yang kuat. Dan, kerana orang barat rambutnya berwarna perang, maka sebahagian anak-anak muda Islam mewarnakan rambutnya dengan warna perang. Supaya kelihatan seperti orang barat. Mereka melakukannya kerana kagum, kasih dan cintakan kaum berkenaan. Sebahagiannya mewarna-warnikan rambut kerana mengamalkan budaya punk.
Adalah tidak wajar jika mereka mengatasnamakan sabdaan Rasulullah s.a.w. terhadap perlakuan mereka ini. Mereka berbuat demikian bukan sebab sabdaan Nabi atau secara bersahaja, tetapi kerana fikiran dan jiwa mereka sudah terpaut dengan kaum kafir atau budaya tertentu. Syarak tidak mengiktiraf perlakuan begini.
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia tergolong di dalam kaum itu.”
(HR Abu Daud)
———–
2. Masalah tidak sampai air ke anggota wuduk dan hadas.
Para ulamak telah ijmak mengatakan wajib menyampaikan air ke tubuh badan samada mandi atau wuduk, kecuali ketika darurat. Sebab itulah kita diperintahkan supaya menyelat-nyelati jari dan menggerak-gerakkan cincin agar air dapat sampai ke kulit. Dalilnya ialah hadis riwayat al-Khamsan dan disahihkan oleh al-Tarmizi dari Laqith bin Shabrah. Dan hadis riwayat Ibnu Majah dan al-Daruquthni dari Abu Rafi’ dengan sanad Dha’if. (Lihat Ahsanul Kalam fil Fatawa Wal Ahkam, vol 1, hal.
57-58)
————————
Kembali kepada soalan: Apakah pewarna dari syarikat tertentu yang ada tanda halal boleh digunakan?
Jawapan secara umumnya adalah berdasarkan kepada dua penjelasan di atas. Ia boleh digunakan jika produk berkenaan:
1. Bebas dari najis.
2. Tidak menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi hadas.
Masalah ini samalah dengan masalah pewarna kuku. Islam membenarkannya tetapi bahan yang digunakan mestilah menepati ciri-ciri di atas. (ibid)
Dan, jelaslah di sini, bukan perbuatan mewarna itu yang diharamkan tetapi bahan yang digunakan. Kerana ia membabitkan sah atau tidaknya pengangkatan hadas besar dan kecil. Melainkan jika seseorang itu selepas memakainya tidak berhadas langsung samada besar ataupun kecil.
————
Untuk mengetahui samada bahan berkenaan menghalang air ataupun tidak, kami kira tidak susah. Jika ia berfungsi seperti inai atau za’faran atau kunyit, maka tidak mengapa. Jika ia sebagaimana minyak hitam (motor dsbnya), cat dsbnya, sudah tentu ia menghalang air.
syakirah abdul kadir
Jun 25, 2009 @ 12:15:02
adik perempuan saya telah mewarnakan rambut dengan menggunakan pewarna dari jenama yang agak mahal. dia memilih warna perang keemasan.dari katanya, produk tersebut dapat menyerap air.saya musykil kerana saya mempercayai hukum perbuatan itu adalah haram meskipun dari bahan yang diletakkan logo Halal.saya ingin tanyakan adalah apakah hukumnya mewarna rambut tersebut walaupun pewarna itu adalah dari bahan yang halal, tetapi bukan dari inai bagi remaja@orang muda dengan niat semestinya mahu cantik dan kehendak sendiri.
sultanah
Jun 06, 2010 @ 17:21:50
salam
di sini saya ada bbrpa soalan..mohon djawab sebelum hari selasa supaya saya lh present dalam kelas nanti
1.saya pernah pakai inai kon y siap digiling and biasanya digunakan u wat corak atas tangan.masalahnya inai tu tanggal pas bbrpa hari dalam bentuk plastik(macam kulit menegelupas)musykil jugak saya kerana kalau inai y digiling sendiri dia hilang dalam bentuk warna dia luntur sikit demi sikit..adakah itu diconsiderkan sebagai menghalang air dari sampai ke kulit?
2.apa hukum dari pandangan akhi tentang memakai braces?
3.mawarnakan rambut warna hitam dilarang u orang y dah tua tapi macam nak ukur ‘tua’ tu sendiri?adakah umur,kedut d muka?
4.inai kalau dipakai dekat rambut y hitam (xberuban) tak melekat(rambut xjadi merah) just maybe melebatkan or menyihatkan rambut je..orang selalunya bleach dulu rambut u melunturkan warna hitam tu baru pakai pewarna rambut or inai..bolehke macam tu?
5.bolehke rebonding or perm rambut or memotong rambut dgn potongan y bergaya? maybe akhi akan jawab wanita berhias u suaminya sahaja tapi bagi xberkahwin lagi macam mna dgan niat suka2 or sekadar ingin bergaya u diri sendiri?rebonding ngan perm merosakkn rambut adakah sebab itu ianya dilarang?
maaflah kalau soalan saya ni banyak sangat, saya tanya sebab saya tak taw n memerlukan explanation..hopefully akhi leh tolong jawabkan sebelum selasa(8 jun 2010) kalau lambat pun takpelah boleh saya tambah ilmu..kalau boleh disertakan nas2 dari Al Quran n Hadith, itu lagi baik..jazakillah hi khairon
Ahmad Nizam
Jun 07, 2010 @ 09:09:43
Salaam. Alamak, ambe pn jazaakillah ke? ambe ni muzakkar ya ukht bukan mu’annas 😀
Maaf ya ukhti, ambe cadangkan deme bertanya pada Ustaz Azhar la di ustazazhar.com
Dia lebih arif bab hukum-hakam ni . Jazaakillahi khoir 🙂
sultanah
Jun 07, 2010 @ 16:10:30
wsalaam
o silap ke..dia beza eh antara muzakkar and muannas?xpe t saya check balik
..t saya try tanya ustaz azhar sendiri..by the way terima kasihla ye:)
Ahmad Nizam
Jun 07, 2010 @ 20:14:54
Beza boh, muzakkar kena baris atas , jadi Jazaakallah , mu’annas baris bawah = jazaakillah 🙂
sultanah
Jun 07, 2010 @ 20:36:03
oo beza macam tu eh..ingatkan beza ta marbutoh..pelik gak macam mana nak sebut jazakillah tanpa ta marbutoh nya..da tanya ustaz azhar dah..tgoklah bila dia reply..bab bab feqah ni tak leh main kuarkan fatwa kan?bagusla u didn’t say anything sebab ada orang ilmu ciput tapi sibuk nak berfatwa..bab feqah ni memang kena berhati-hati kerana ia melibatkan amalan harian kita..silap fatwa karang free je berdosa..by the way tq atas ilmu jazakallah/jazakillah tu..jazakallahi khair=)
sultanah
Jun 07, 2010 @ 20:37:51
saya tanya akhi sebab maybe akhi leh jawab tapi tak pelah since u asked me to ask more knowledgeable person..selamat berjuang!
NORSYAFIKA
Jun 19, 2010 @ 23:09:47
salam……
cyew syafika ingin bertanye….
bagaimanakah menghilangkan dai rmbut…….
??????????
Fitri asli
Jan 30, 2011 @ 14:30:26
Sya nk juga mewarna rmbut
Fitri asli
Jan 30, 2011 @ 14:31:14
Kalo rmbut bwarna psti cntik lh,
Fitri asli
Jan 30, 2011 @ 14:32:12
I like my hair red
Fitri asli
Jan 30, 2011 @ 14:33:44
I luph u ustadz azhar.. Muah
Fitri asli
Jan 30, 2011 @ 14:36:18
If ustadz ada msa dtglah kumh sya d sabah, sya tinggal sorang je lh… Kalo ustadz dtg sna kita nikmati aja berdua k ohohoh
nufasha
Sep 11, 2012 @ 01:28:53
fitri asli ney bodok ka apa.. huhu
http://www.gather.com/viewArticle.action?articleId=281474981718529
Feb 13, 2013 @ 01:12:12
Thank you for sharing your thoughts. I truly appreciate
your efforts and I am waiting for your next write ups
thanks once again.