Salaam alaikum w.b.t.. semoga semuanya sihat2 dan bahagia selalu. Di sini saya ada mahu membawa satu perkhabaran yang mungkin dah ramai tahu. Dan ini bukannya untuk mencetuskan perbalahan dan seumpamanya. Tetapi kerana ianya adalah isu sensitif bagi umat Islam, maka semoga dengan ini kita akan sentiasa berjaga-jaga. Semoga kita semua tidak leka dengan arus perubahan duniawi yang hanya sementara ini.

Saya mendapat berita ini asalnya dari seorang sahabat. Dia memberitahu tentang ada berita dalam akhbar The Star, 28/12/2007 tentang paderi-paderi di gereja Malaysia, sedang membuat permohonan kepada mahkamah, agar meluluskan mereka untuk menukar nama Jesus kepada Allah. Astaghfirullah, berdiri bulu roma mendengarnya. Sungguh berita ini ada dalam akhbar the Star. Anda boleh membaca nya juga secara online dengan klik di sini.

Kandungan berita tersebut adalah seperti di bawah ini;

Catholic weekly seeks court order to use ‘Allah’

PETALING JAYA: The publisher of Herald – The Catholic Weekly has filed a writ of summons and statement of claim in the Kuala Lumpur High Court to seek appropriate declarations of the use of “Allah”.

The weekly’s editor Reverend Father Lawrence Andrew said the writ and statement were filed on Dec 5.

In a statement released yesterday, it said the Internal Security Ministry had issued a series of directives to the publisher to cease the use of the “Allah” in the weekly, failing which its permit would either be suspended or revoked.

“We are of the view that we have the right to use the word Allah, which right is now sought to be curtailed.

“We have decided to have our legal position to use the word to be determined by the courts,” the statement said.

The 13-year-old paper, which carries reports about the Catholic community in English, Malay, Tamil and Chinese, has a circulation of 12,000 among members.

The permit will expire on Dec 31.

Jika sekiranya mahkamah meluluskan permohonan tersebut , maka besar kemungkinan akan berlaku keadaan yang semakin menghuru-harakan keadaan di Malaysia ini. Kekeliruan akan semakin banyak kerana nanti umat Islam akan keliru dengan penggunaan nama Allah, sedangkan maksud orang-orang Kristian itu adalah Jesus, na’uzubillah.

Kepada penganut-penganut agama Kristian, diharap tidak memandang tulisan ini sebagai cubaan untuk mencari perbalahan. Tetapi sememangnya kita mesti saling faham-memahami antara satu sama lain. Dan cara menyebarkan agama dengan taktik kotor adalah selayaknya tidak rasional (sama macam mubaligh-mubaligh Kristian memberi minum ‘Holy water’ yang boleh menyebabkan gelapnya hati kita – kaedah ini lebih kurang sama dengan ilmu sihir) na’uzubillah. Di dalam Islam tiada paksaan untuk beragama, dan ini telah ditegaskan dalam Al Quran. “Bagimu agamamu dan bagiku agamaku”. Cuma umat Islam disuruh menyampaikan ajaran Islam. Bertujuan untuk kembali kepada yang hak, dan mengakui bahawa Tiada Tuhan Yang layak disembah melainkan Allah. Dan Allah tiada sekutu baginya, tidak beranak dan diperanakkan. Dia adalah Yang Maha Esa, hanya satu-satunya Tuhan yang mencipta segala makhluk.

Dia tidak sama seperti makhluk, seperti manusia yang beranak pinak. Sifat mempunyai anak ini adalah sifat yang lemah. Dan sifat itu tidak layak di berikan kepada Tuhan. Kerana Dia adalah Yang Maha Berkuasa dan tiada satu apa pun yang sama denganNya. Tidak seperti yang digambar-gambarkan oleh manusia yang Tuhan berupa seperti manusia dan sebagainya (syaitan sememangnya pandai memberi imaginasi pada manusia agar memikirkan tentang rupa Tuhan). Sebab itu dalam Islam, kita amat dilarang memikirkan tentang bagaimana rupa Tuhan. Hanya di akhirat kelak, Allah akan menunjukkan rupanya bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan itu adalah sebesar-besar nikmat kurniaanNya, masyaAllah.

Dan semoga orang-orang Kristian faham, bagi umat Islam, Allah adalah satu-satunya pencipta segala sesuatu, dan sekiranya nama Jesus di tukar kepada Allah, itu sudah seperti mahu mempersendakan pegangan umat Islam dan mengelirukan pemikiran anak-anak muda yang beragama Islam. Nama Allah yang Maha Suci itu tidak boleh disamakan dengan nama-nama makhluk. Jesus (Nabi Isa) hanya lah seorang nabi. Dia adalah seorang makhluk dan selama-lamanya akan menjadi makhluk. Makhluk tidak boleh menjadi pencipta sama dengan kerusi tidak boleh menjadi orang yang membuatnya.

Semoga umat Islam tidak bertindak terburu-buru dengan hal ini, tetapi perlu berwaspada kerana terlalu ramai musuh Islam yang mencemburui agama yang benar dan aman ini. Semoga kita semua mendapat hidayah, mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kasihilah hamba-hambaMu ini. Peliharakanlah kami semua dari kemurkaan Mu ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosa kami Ya Rahmaan. Amiin ya robbal ‘aalamiin. Wallahu a’lam.

 

39 Responses to “Paderi kristian mahu tukar nama Jesus kepada Allah”

  1. salam..rasanya diorang anggap perkataan “allah” tu adalah “tuhan” dalam bahasa melayu,kena terangkan bahawa “allah” tu dalam ajaran Islam,bukan hak milik bahasa melayu…dan ini boleh timbulkan kemarahan bukan sahaja orang islam di malaysia…tapi juga seluruh dunia…

  2. @ tzamani

    diorang bukannya bodoh… diorang sibuk nak tukar nama tu sebab nak buat macam kat “negara seberang”. habis banyak orang islam jadi keliru dan sesat. sekarang ni ramai orang islam kat sana beranggapan bahawa tuhan mana-mana agama pun sama juga iaitu allah. habis jatuh syirik! banyak yang murtad. paling teruk ada ulama terkenal mereka yang membolehkan perkara itu. nauzubillahiminzalik!

    sama ada kita sedar atau tidak, banyak perkara yang berlaku di malaysia pada ketika ini adalah seperti keadaan yang pernah berlaku di “negara seberang” ketika dulu. kita sedang menuju kerosakan! kalau kita tak cepat-cepat menjalankan kerja-kerja amal makruf dan nahi munkar, maka kerosakan itu sudah pasti akan berlaku!

  3. befikiran terbuka bukan bermakna menerima apa sahaja tanpa batasan.

    ’salam..rasanya diorang anggap perkataan “allah” tu adalah “tuhan” dalam bahasa melayu,kena terangkan bahawa “allah” tu dalam ajaran Islam,bukan hak milik bahasa melayu…’

    logik akal boleh di gunakan dalam usaha mengenali kehidupan ini tetapi tidak untuk agama dan ketetapan yang hakiki

    seharusnya kita berpegang kuat dengan ajaran agama bukan duduk di atas pagar mahupun menjadi lalang

    stuju dengan Nasron al-Jauhari

  4. pernah dengar tentang ghuzwatulfikr?

    setuju dengan Nasron al-Jauhari dan hambaNya

  5. http://iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=840

    http://www.youtube.com/watch?v=pgJ0s1wNEZc

    maaf jika ade yang terasa..semasa menulis komen masih kurang membaca..sekadar membaca akhbar2,artikel ini,satu dua site lain…

    mungkin bole menambahkan satu lagi pandangan tentang isu ini…selepas itu bolehlah memilih jika mahu menjadi defensive atau offensive..atas kemampuan masing2…

  6. oh ye…setuju dengan penulis article iluvislam.com..

  7. “logik akal boleh di gunakan dalam usaha mengenali kehidupan ini tetapi tidak untuk agama dan ketetapan yang hakiki

    seharusnya kita berpegang kuat dengan ajaran agama bukan duduk di atas pagar mahupun menjadi lalang”

    alang2 membuka youtube..boleh juga search dr.zakir naik dan khalid yasin..

  8. Salam sejahtera,
    Kebetulan terlewati website ini. Komen sikit sebagai orang kristian… Oleh kerana kes itu telah dibawa ke mahkamah, kita tunggu dan lihat apa keputusan pada 29 Januari 2008. Secara peribadi, saya risaukan tentang ketenteraman negara.

    Pada dasarnya pemahaman orang islam dan kristian tentang konsep ALLAH ini adalah berbeza. Tidak perlulah diulas lanjut kerana banyak buku telah menulis tentang perbezaan ini. Sebenarnya, larangan kerajaan dalam menggunakan perkataan ALLAH ini telah menyulitkan ahli-ahli gereja sejak dahulu dan sekarang. Susah jika diamkan diri. Terbit buku tidak boleh, import buku dari Indonesia juga tidak boleh.

    Adalah difahamkan bahawa tuntutan SIB(yang akan mewakili pihak gereja keseluruhannya) end of the day, tidak bermaksud untuk memurtadkan orang muslim. Kami sedar tentang perbezaan kefahaman ini. Ini hanya untuk keperluan umat kristian sahaja. Kami/ pihak kristian perlu guna nama ALLAH itu untuk menerangkan apa yang diimani dalam kitab injil yang kami baca.

    Antara ayat-ayat petikan injil yang memerlukan orang kristian perlu perkataan ALLAH itu ada di dalam alkitab atau sebarang buku rohani yang lain:

    “…Pada mulanya adalah firman dan firman itu bersama-sama dengan Allah. Dalam firman itu ada hidup dan hidup itu adalah terang manusia. Firrman itu telah menjadi manusia”…(yang merujuk kepada Yesus/firman itu).

    Dalam petikan yang lain, Yesus/nabi Isa membahasa bagi merujuk kepada ALLAH sebagai BAPA yang mengutus Aku. Dalam BAPA ada Aku dan dalam Aku ada BAPA.

    Kata Yesus dalam ayat yang lain, tiada siapa yang dapat datang kepada BAPA kalau tidak melalui Aku (dan mengikuti ajaranKu).

    Dalam ayat yang lain, sama seperti Aku telah mengasihi kamu, demikian pula Aku beri perintah, kamu harus saling mengasihi supaya orang tahu bahawa kamu adalah murid-muridKu, iaitu jika kamu saling mengasihi.

    Kesimpulannya, bagaimana membaca dan memahami keseluruhan alkitab jika perkataan ALLAH itu tidak digunakan, iaitu merujuk kepada ALLAH BAPA yang dituntut dalam kes mahkamah itu?

    Harap komen ini tidak disalah anggap. Terima kasih.

  9. Alexious : Terima kasih atas komen itu, semoga awak sihat dan ceria sentiasa.

    Saya juga hormati fahaman awak, Islam juga tidak menyuruh kami mengadu domba dan Islam ini agama yang aman / peace. Cuma dari berita tersebut, mengapa perlu menukar nama Jesus kepada Allah? Sedangkan kami pun tahu, dalam agama Kristian mengajar bahawa Allah adalah bapa kepada Jesus. Bermakna ALlah lain, Jesus lain bukan?

    Yang menjadi kekeliruan di sini, mengapa perlu tukar nama Jesus itu kepada Allah? Kalau tak silap saya, dari dulu lagi dalam agama Kristian menggunakan nama Allah sebagai bapa. Diharap tolong menjawab. )

    Oh ya, satu lagi. Awak kata pihak Kristian tidak berusaha untuk memurtadkan orang Islam? Hehe awak silap wahai Alexious, sudah banyak anak muda especially yang perempuan sudah dipermainkan oleh lelaki Kristian yang akhirnya memberi mereka minum ‘HOLY WATER’ sehingga budak2 yang kena main itu tidak dapat mengucap, baca Quran dan sebagainya. Tidak tahukah awak bahawa HOLY WATER itu adalah air sihir? Jika kita menyebut tentang sihir, tiada lain dan tiada bukan, ianya adalah berhubung dengan iblis atau syaitan, na’uzubillah. Seperti mana sekarang sudah semakin banyak berleluasa persembahan silap mata (yang sebenarnya adalah sihir) seperti David Copperfiled, Chris Angel , David Blaime dan sebagainya lagi itu. Allah tidak redha kita mengamalkan ilmu sihir kerana ia secara automatik menunjukkan kita berguru kepada syaitan, na’uzubillah.

    Ada banyak hikmahnya mengapa ilmu sihir dilarang. Antaranya Allah sudah tahu bahawa manusia ini mudah ego, mudah mencari pergaduhan, mudah menyakiti orang lain. Dengan ilmu sihir, manusia akan lagi mudah mencari musuh, ego manusia semakin tinggi, merasa diri berkuasa, dan sebagainya. Itu lah sebenarnya di dalam Islam menggalakkan hidup bersederhana, kerana Allah tahu hidup bersederhana lah yang terbaik. Buat apa kita nak mengejar duniawi banyak2? Apa yang kita dapat? Hidup kita tak kekal lama, x lama lagi mungkin kita akan mati. Tiada manusia normal sekarang ini yang dapat hidup beribu tahun. )

    p/s: Sekadar perbincangan

  10. http://iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=840

  11. http://www.youtube.com/watch?v=pgJ0s1wNEZc

  12. mungkin bole menambahkan satu lagi pandangan tentang isu ini…selepas itu bolehlah memilih jika mahu menjadi defensive atau offensive..atas kemampuan masing2…

    ps:dah letak komen sebelum ni..tapi macam tak keluar..so letak sekali lagi..

  13. tzamani: Salaam alaiku, salam ukhuwwah dan terima kasih banyak2 atas komen saudara. Saya pun dah baca artikel di iluvislam, dan amat menarik. Saya pun bersetuju dengan pandangan penulis tersebut. Apa-apa pun semoga kita semua bekalkan ilmu di dada masing2 dan bertindak mengikut akal yang waras, dan bukan mengikut emosi semata2.

    Jazaakumullahu khoirol jazaa’. Saya suka lagi kalau ada siapa2 yang nak menambah, luahkan pendapat masing2.

  14. Salam sejahtera singgah sekali lagi.

    Bab Allah sudah selesai kan? Ok, tentang Holy Water, saya kira pengetahuan hikmatun tentang kristian terlalu cetek dan hanya membaca tulisan (KESAKSIAN PADERI BESAR MASUK ISLAM: yang mendakwa sebagai paderi Thomas Laiden. Untuk kes itu, gereja katolok KL sudah mengeluarkan kenyataan balas supaya kenyataan itu ditarik balik dan yang buat kesaksian minta maaf.) Cuba tanya orang kristian bagaimana holy water diguna dalam gereja atau upacara gereja. Ianya bukan untuk diminum.

    Tidak tahukah awak bahawa HOLY WATER itu adalah air sihir?

    Upacara gereja adalah untuk rohani dan satu komunikasi hubungan manusia dengan Tuhan (Allah) tentulah ianya bukan sihir atau iblis. Sebelum calon kristian mahu dibaptis, mereka kena berikrar bahawa percaya kepada Allah dan menolak iblis dan semua pekerjaan iblis. Holy water yang digunakan biasanya dalam gereja katolik akan diberkati oleh paderi atau uskup dengan seraya berdoa: Berkatilah air ini dalam nama Allah Bapa, Putera dan Roh Kudus. Amin.

    Seperti mana sekarang sudah semakin banyak berleluasa persembahan silap mata (yang sebenarnya adalah sihir) seperti David Copperfiled, Chris Angel , David Blaime dan sebagainya lagi itu.

    Mentang-mentang nama mereka bukan bernama Ahmad, Ali, Muhamad, Ismail, Ibrahim dan yang seumpama dengannya, hikamatun katakan mereka sebagai kristian. Ini tidak adil. Silap mata tidak perlu dikaitkan dengan soal agama. Kerana apabila peristiwa 911 dan kejadian bali dikaitkan dengan pelampau islam, masyarakat islam dunia pun tidak bersetuju.

    Dalam kristian, yang diajar ialah jadikan YESUS/Nabi Isa sebagai IDOLA. Idola itu tidak semestinya tiru secara zahir semata-mata tetapi yang penting secara batin.

  15. orang islam liberal mudah disesatkan dengan alasan tolaransi, demokrasi, perpaduan dsb…

    hah tolaransi lah lagi. P

  16. alexious: holy water memang bukan untuk di minum bagi orang kristian (untuk memberkati), tapi digunakan sebagai minuman bagi menyesatkan orang muslim (yang terminum bagi menutup pintu hati). sebagai contoh fikirkan

  17. Salam alaikum dan salam sejahtera buat brother alexious. Menarik juga ni ya, semoga kita mendapat hidayah dari ALlah kerana hanya Dia sahaja pemberi hidayah dan dapat membuka pintu hati manusia. Manusia tidak mampu untuk membuka, cuma mampu berusaha. Yang menentukan segalanya adalah Allah S.w.t.

    –> Mentang-mentang nama mereka bukan bernama Ahmad, Ali, Muhamad, Ismail, Ibrahim dan yang seumpama dengannya, hikamatun katakan mereka sebagai kristian. Ini tidak adil. Silap mata tidak perlu dikaitkan dengan soal agama. Kerana apabila peristiwa 911 dan kejadian bali dikaitkan dengan pelampau islam, masyarakat islam dunia pun tidak bersetuju.

    Hehe saya tidak membandingkan agama mereka wahai Alexious, saya hanya memberi perbandingan tentang penggunaan ilmu sihir.

    Alexious, saya amat berharap pada awak. Saya harap awak dapat pergi ke link ini dan dengar baik2 dialog2 antara muslim dan kristian tersebut )

    http://e-videoworld.blogspot.com/2008/01/bible-gods-word-deedat-vs-swaggart-part.html

    http://e-videoworld.blogspot.com/2008/01/islam-and-christianity-ahmed-deedat-and.html

    http://e-videoworld.blogspot.com/2008/01/islam-and-christianity-ahmed-deedat-and_20.html

    Harap dapat bertemu dengan awak lagi wahai Alexious )

  18. Sedikit menambah untuk kali ini wahai Alexious, perkataan bapa hanya layak diberikan kepada manusia, kerana bapa itu mesti ada isteri ada ada anak. Dalam bahasa inggeris disebut FATHER. so father must have whether son or daughter and wife.

    Manakala Allah adalah Tuhan. Tuhan tidak layak dipanggil bapa. bapa itu adalah untuk makhluk yang lemah. Tuhan adalah melebihi segala2nya. He is The Greatest of all!!! He is The One and Only. He’s the Eternal and Absolute. He begetteth not, nor is He begotten. And there is none like unto Him. Fikir-fikirkan lah wahai Alexious, jangan sekali-kali merendahkan Tuhan, kerana menyekutukan ALlah dengan yang lain darinya adalah paling dimurkaiNya, wallahu a’lam )

  19. Salam…

    Sayang sekali BI dalam SPM, F9. Maka tidaklah dapat difahami malah website itu lambat upload.

    Di sini mungkin satu solusi yang baik, sila layari, http://www.irwanis.com/dvddeedat.html

    Apapun, untuk lebih baik, hal ini tidak perlu didebat, kalaupun ada debat baru di sini, end of the day, dijangka tiada kesudahan baik yang anda atau saya harapkan seperti debat2 lain yang terdahulu. Sejak dahulu hingga sekarang dan mungkin akan datang atau seribu tahun lagi pun, topik ini tidak akan selesai. Apapun, bible ditulis untuk tujuan membimbing kepada kebaikan malah atas dasar hubungan Tuhan-manusia-Tuhan.

    Untuk komen hikmatun yang kedua:
    Manakala Allah adalah Tuhan. Tuhan tidak layak dipanggil bapa. bapa itu adalah untuk makhluk yang lemah. Tuhan adalah melebihi segala2nya.

    Komen saya: Makna BAPA yang sebenarnya akan diketahui apabila membaca dan menghayati sepenuhnya kandungan bible(perjanjian lama dan perjanjian baru). Ianya harus difahami secara zahiriah bukan atas perkataan semata-mata. Kita kena tanyalah sendiri Yesus/Nabi Isa apa yang dimaksudkanNya sebagai BAPA itu, sama ada bersifat manusiawi atau lebih daripada itu…

    (Hanya Yesus/Nabi Isa atau penulis asal atau penyeleweng asal yang tahu). Jika benar ada yang menyeleweng ayat dalam bible, mereka pasti mendapat balasannya. Yang baik dibalas baik, yang jahat, dibalas jjjj…..Tuhan saja yang tahu.

    Andai beri komen panjang lebar lagi, pun tidak banyak membantu kerana bible yang kami baca didakwa tidak dipercayai kesahihannya oleh pihak muslim.

    Saya ada bible sendiri yang dibeli pada 1995. Saya percaya bible itu adalah sama seperti yang dibaca oleh orang terdahulu atau sezaman dengan saya. Saya kristian katolik di Sabah, Kota Kinabalu.

  20. Tambahan:
    http://www.answering-islam.org/Bahasa/index.html

    Dimajukan sekadar untuk sokongan moral saya sendiri.

  21. alexious-Saya ada bible sendiri yang dibeli pada 1995. Saya percaya bible itu adalah sama seperti yang dibaca oleh orang terdahulu atau sezaman dengan saya. Saya kristian katolik di Sabah, Kota Kinabalu.

    kenapa ada 2 bible (perjanjian lama dan baru)

  22. http://www.answering-islam.org/Bahasa/index.html
    Bahagian Pertemuan Minda:
    Menanggapi Kata-kata penghinaan Ahmad Deedat terhadap iman Kristian di dalam ‘Kit Kombat’nya

  23. Saudara kuban,
    Itulah kandungan bible, lebih dua inci tebalnya. Perjanjian lama ialah sebelum Yesus lahir, dimulai zaman Adam dan Hawa sehingga zaman Daud dan nabi-nabi yang lain, dan perjanjian baru ialah pada zaman Yesus + zaman para rasul/murid awal Yesus.

  24. Saudara alexious,

    Siapa yang tulis Bible Perjanjian Lama? Dan siapa pula yang tulis Bible Perjanjian Baru? Jesus? Allah? Paderi? Anak murid Jesus? Pengikut Jesus? Ada berapa banyak versi Bible?

    Kalau al-Quran, memang mutlak dari Allah. Tiada satu huruf atau perkataan yang bukan dari Allah. 100% dari Allah. Isi al-Quran sejak zaman nabi Muhammad, 1000 tahun dulu sama dengan isi al-Quran sekarang. Satu huruf pun tiada berubah! al-Quran di Arab, Amerika, Malaysia, Jepun, Afrika… semua sama saja.

    )

  25. Salaam dan selamat sejahtera kepada Alexious. Bagus anda ni kerana berusaha untuk mengenali Tuhan. Dan saya harap anda akan mendapat hidayah suatu hari nanti, amiin.

    Saya mahu tanya anda, tahukah anda wahai Alexious, Bible ada berapa versi? Dan kenapa perlu versi? Apabila disebut versi, bermakna ia adalah pindaan, ubahan. Kenapa kita perlu yakin dengan suatu yang diubah2 oleh manusia (kerana kepentingan tersendiri). Alexious perlu kaji sejarah perubahan kitab Bible dan mengapa ia diubah.

    Kitab Al Quran tiada versi, bermakna ia tidak diubah2. Kerana ia telah dijamin oleh Allah hingga ke akhir nanti, insyaAllah. Memang banyak usaha untuk mengubah, tetapi insyaAllah tidak akan berjaya. Itulah hikmahnya dalam Islam ada golongan Hafiz Quran dan alim dalam Quran. Kami tahu apabila ada cubaan untuk merngubah isi kandungan AlQuran (kerana syaitan dari dulu cuba menggoda manusia agar mengubah kandungan kitab ALlah).

    Kitab Injil dan Taurat yang asalnya adalah kitab suci tetapi telah diubah oleh golongan2 tertentu dan kebanyakannya bermotifkan politik dari zaman dahulu, dari zaman paderi memerintah di Eropah sana lagi.

    Kami umat islam beriman dengan Kitab Taurat dan Injil dan ianya termasuk dalam rukun Iman kami. Cuma sayaangnyaa, kitab Taurat dan Injil yang ada sekarang telah banyak diubah oleh manusia2 yang pentingkan keduniaan suatu masa dahulu. Banyak buktinya ia telah diubah dan antaranya ialah isi dalam kitab2 bercanggah antara versi lain. Dan umat Kristian tidak sepakat berpegang hanya pada satu kitab, tetapi banyak versi. Itu sudah menunjukkan tiada keyakinan yang sebenar dan masih terawang2 )

    Dan kitab AlQuran adalah Kitab terakhir yang diturunkan dari langit melalui perantaraan Jibril kepada Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad S.a.w. Dan Nabi Isa adalah Nabi yang telah diangkat ke langit sebagai ujian bagi manusia yang hidup selepasnya. Dan insyaAllah dia akan kembali nanti untuk menegakkan kalimah tauhid “La ilaha illa Allah” iaitu “Tiada Tuhan (yang layak disembah) melainkan ALlah. Wallahu a’lam )

  26. salam…saya ingin menambah sedikit pandangan..saudaraku Alexios,mengapa Jesus dianggap sebagai anak Tuhan..?Mary(Mariam) pula apa peranannya dalam pegangan anda?

  27. Salam sejahtera kembali,

    1. Menurut pandangan saya, bible katolik Roma (selepas berlaku perpecahan katolik barat – timur awal) adalah yang paling gentleman dan semua kandungan dalam bible tiada yang dipotong-potong memasukkan semua ayat (yang mampu diterjemah).

    2. Katolik Roma (bangsa lain baru yang dipercayakan dalam penyebaran INJIL : selepas kaum yahudi hilang kelayakan itu) pun banyak mengalami penolakan. Semua versi bible yang timbul hanya bertujuan untuk TIDAK BERSETUJU KEPADA VATICAN.

    3. Kajilah bible Katolik Ortodoks atau Katolik Roma dahulu sebelum kritik bible versi lain kerana Ortodoks menganggap sebagai yang benar dan Roma pun menganggap pun kami yang benar. Benar yang dimaksudkan ialah mengikuti ajaran praktik murid awal Yesus.

    4. INJIL ialah (yang percaya ajaran Paulus dan Petrus bahawa Yesus itu Tuhan). Injil bermaksud kabar baik. Kabar baik bermaksud sesiapa yang menerima ajaran rohani Yesus dijanjikan keselamatan di Surga. Inilah inti injil. Walaupun gereja berbeza pendapat dalam soal upacara fizikal tetapi soal INTI IMAN tetap sama. (Protestant, anglikan, basel, methodest, SIB, GYB, pelita cahaya dll: Saya merujuk kepada gereja2 di sabah dahulu).

    5. Bible ditulis berdasarkan kesaksian SAKSI MATA SEZAMAN DENGANNYA dengan dan ditulis untuk satu tujuan iaitu mendidik, dalam erti kata yang lain supaya TIDAK MATI sia-sia tetapi dapat masuk syurga.

    6. Ajaran kristian ialah memberi hanya dua pilihan: KESELAMATAN ATAU MAUT, TUHAN ATAU IBLIS, SYURGA ATAU NERAKA. Inilah tujuan iman seluruh umat kristian.

    Oleh kerana saya katolik (cabang-cabang dari Vatican City: POP Benediktus), ini yang dapat saya kongsikan:

    1. Terjemahan bible versi katolik Roma:
    http://www.ekaristi.org/bible (bahagian kitab suci)

    2. Ajaran Gerja Katolik dari PUSAT
    http://www.ekaristi.org/vat_ii
    ekaristi.org/studi_baru/

    Jika ada apa-apa lagi, email saya di arowana5081@yahoo.com.my

    Terima kasih.

  28. Salam sejahtera wahai kawan ku Alexious, saya anggap saudara seperti kawan, maaf kalau saudara tidak setuju )

    Tentang soal iman tu, Islam pun mengajar yang sama tentang syurga dan neraka, baik dan jahat, Tuhan dan Iblis dan sebagainya, Cuma perbezaan kita di sini HANYA tentang soal Ketuhanan. Islam berpegang kepada Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Rasulullah. Dan kami percaya kepada beratus ribu nabi yang telah diutuskan dahulu sejak dari Nabi Adam.

    Dan adalah ditegaskan, Jesus atau Nabi Isa sendiri tidak pernah mengaku dia Tuhan atau anak Tuhan. Kenapa pengikut2 nya yang akhir2 ini pandai2 kata dia Tuhan? Sedangkan di awal pengajaranya dulu tidak pernah dia menyebut bahawa dia itu anak Tuhan. Itu masalahnyaa )

    Adalah perlu anda ketahui, mungkin Allah buat baik kepada hamba seperti seorang bapa kepada anak. Itu hanyalah secara analogi. Tetapi HAKIKATNYA, Allah tetap adalah satu2 nya Tuhan yang kita tidak boleh persendakan. Kita tidak boleh meremehkan kuasaNya seperti mana ramai manusia yang menggambar2 kan Tuhan rupanya seperti manusia dan sebagainya. Itu adalah syirik sama sekali, syirik itu ada menyekutukannya dengan sesuatu yang lain.

    Manusia adalah tetap manusia, Jesus adalah manusia dan dilahirkan secara luar biasa melalui Maryam. Tak bermakna dia itu anak Tuhan. Itu hanya ujian dari Allah untuk menguji manusia sejauh mana dia melihat kekuasaan Allah.

    Islam amat galakkan hidup bersederhana, bukan hidup hebat di mata manusia atau kaya raya sampai lpa diri,. Nabi Muhammad mengajar corak hidup sederhana kerana dengannya la akan dapat keamanan dunia akhirat insyaAllah. Kalau hidup amat maju sekalipun tetapi moral rosak, akhlak rosak, seperti kes di negara2 barat yang sekarang pun dah banyak menular ke sini. Budaya2 yang rosak akhlak menular, itu tidak menjamin kebahagiaan hidup. Malah akan menambah kesengsaraan di kemudian hari. Apa perlunya seronok sementara sedangkan belakang hari menderita? Tak begitu? Itulah secara ringkasnya tentang kepentingan kesederhanaan dalam Islam.

    Dan saya rasa saudara pun tahu, bahawa Nabi Isa atau Jesus akan kembali turun ke bumi apabila saat kiamat hampir nanti. Dan dia bukan turun untuk membantu orang2 Kristian yang menyekutukan Allah, tetapi dia akan turun menegakkan kalimah La ilaha illa Allah seperti mana semua nabi dulu pertahankan! Cuma mengapa sampai kepada giliran Kristian, mereka mengaku Jesus anak Tuhan, tak ke pelik tu?? Tiada nabi yang menyebut tentang Tuhan memiliki anak, Saudara Alexious pun boleh berfikir secara logik di situ, Allah bagi kita akal , semoga kita manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Wallahu a’lam )

    “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa′at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” Surah Al Baqarah – Ayat 255

  29. Terima kasih saudara hikmatun…

    Terima kasih juga dengan perkataan kawan itu. Saya yakin saudara memang maksudkannya. Bahasa saudara disini juga sangat baik dan saya hormatinya. Terima kasih.

    Ini komen saya selanjutnya…

    Jesus atau Nabi Isa sendiri tidak pernah mengaku dia Tuhan atau anak Tuhan. Kenapa pengikut2 nya yang akhir2 ini pandai2 kata dia Tuhan? Sedangkan di awal pengajaranya dulu tidak pernah dia menyebut bahawa dia itu anak Tuhan. Itu masalahnyaa…

    1. Jika kita baca bible diakui bahawa kita tidak akan jumpa ayat yang Nabi Isa/Yesus telah mengaku sebagai seperti berikut: “Saya mengakui bahawa saya ini Anak Allah atau TUHAN yang akan menggantikan tempat ALLAH (BAPA) sebagai Tuhan yang harus disembah.” Kepercayaan kepada konsep triniti ini hanya diajar oleh murid-murid awal Yesus dan terus-menerus diajar sampai kini. Konsep triniti ini juga telah dibawah ke Mekkah pada zaman Nabi Muhammad belum menjadi Nabi/utusan Allah oleh kaum nasrani di sana. Tetapi Nabi Muhammad pada masa itu dalam golongan Hanif iaitu yang tidak menyembah berhala seperti kaum Quraish dan tidak pula terpengaruh dengan ajaran Yahudi/Nasrani.

    2. Tentang bagaimana perkataan TUHAN YESUS itu muncul pun ada sebab-musababnya. Semuanya diambil oleh (PAUS) sebagai ajaran berdasarkan perkataan semasa murid awal Yesus mewartakan INJIL pada zaman awal sejarah awal kristian. Tak ingat Paulus atau Rasul Petrus yang berkata tentangnya, kalau tidak silap dapat diringkaskan sebagai begini: Tiada siapa yang berani mengatakan Yesus sebagai Tuhan kecuali dengan kuasa Roh Kudus. Dan satu lagi, Petrus berkata, “Sebutlah Yesus sebagai Tuhan Yesus bagi memuliakan Allah Bapa. Inti iman disini: Panggilan Yesus sebagai Tuhan tidak pernah dianggap telah menjatuhkan Takhta Allah, malah menambahkan keimanan terhadap Allah kerana Allah telah dapat digambarkan sebagai Maha Baik melalui pekerjaan2 Yesus.

    Dan saya rasa saudara pun tahu, bahawa Nabi Isa atau Jesus akan kembali turun ke bumi apabila saat kiamat hampir nanti. Dan dia bukan turun untuk membantu orang2 Kristian yang menyekutukan Allah, tetapi dia akan turun menegakkan kalimah La ilaha illa Allah seperti mana semua nabi dulu pertahankan!

    1. Bible di bab akhir pun ada menerangkan tentang akhir zaman dalam bab Wahyu. Ianya berdasarkan kesaksian Yohanes melalui penglihatannya. Selain mencari di tafsir al quran dan buku-buku, pengetahuan tentang akhir zaman itu telah diketahui di sana (Bab Wahyu). Yang menerangkan Seorang Anak Domba(dirafsirkan sebagai Nabi Isa/Yesus) akan datang bersama sepasukan Malaikat dari Syurga. Dia datang laksana mempelai laki-laki. Tujuan Dia datang ialah untuk membawa pengantin perempuannya iaitu bangsa pilihanNya (Yang Jujur dan Setia) kerana Anak Domba itu datang dengan membawa (jalur): Yang Jujur dan Setia. Diyakini bahawa Yesus akan mengadili dunia/manusia ini bukan berdasarkan agama/gereja/masjid/tokong atau kuil tetapi berdasarkan: JUJUR DAN SETIA itu. Allah sahaja yang tahu apa yang menyenangkan Allah dan hanya Allah yang tahu apa yang menjadi kemurkaanNya. saya percaya maksud JUJUR DAN SETIA itu ialah lebih daripada berkata: Aku percaya dan beriman kepada ALLAH.

    Tambahan:
    Menurut pendapat saya sendiri, kenapa orang kristian sukar untuk menerima Islam ialah: Jika mereka konvet, mereka tidak lagi dibenarkan beriman kepada bible terutamanya kata-kata Yesus dalam INJIL. Alasan arak, rokok, babi, puasa di bulan rahmadan, bertudung, mengucap dua khalimah syahadat dll adalah perkara ke-2. Malang sekali apabila PAUS (petikan dalam katekismus 1965) menyeruh: Gereja Katolik menghormati pendapat dan pendirian agama lain (non kristian/Islam) tetapi sedapat mungkin dapat menyebarkan kata-kata bahagia Yesus di dalam Injil supaya dunia tahu tentang kasih Yesus. Ini sudah tentu tidak disenangi umat Islam. Soal pertembungan budaya dan perkahwinan pun, telah menjadi masalah. Undang-undang di Malaysia, peraturan ialah MESTI IKUT YANG ISLAM. Bayangkanlah bagaimana perasaan si ibu bapa kristian jika anak mereka berkahwin dengan orang Islam. Masuk Islam is tidak boleh lagi beriman kepada INJIL/injil dan tulisan PAULUS DAN PETRUS. Kata orang Islam, Quran adalah pelengkap dan merangkumi Taurat, Zabur dan Injil dan ini menyebabkan tidak perlu lagi baca injil itu. (dengan tafsiran di sini ialah INJIL yang diimani umat kristian sekarang, bukannya Injil Barnabas yang pengkaji Islam + Kristian bersetuju Injil Barnabas sebagai tidak diakui ketulenannya). (Jangan pula buka topik forum baru tentang Injil Barnabas), sebab pada hujung cerita akan ada hal yang dapat disimpulkan bahawa Injil Barnabas memang tidak diakui ketulenannya. saya pun tidak pernah buka dan baca Injil barnabas, hanya nampak ulasan di laman-laman web. Pernah nampak bukunya, di rumah orang Islam/sudah pencen/ bergelar Datuk.

    Sekian dahulu kali ini.

  30. Inti iman disini: Panggilan Yesus sebagai Tuhan tidak pernah dianggap telah menjatuhkan Takhta Allah, malah menambahkan keimanan terhadap Allah kerana Allah telah dapat digambarkan sebagai Maha Baik melalui pekerjaan2 Yesus.

    Tambahan: Pada zaman sebelumnya (Hidup menuruti Hukum Taurat), menyebabkan mereka mengenal dosa. Hukum Taurat ialah: Peraturan ini yang boleh ini yang tidak boleh. Jika anda lakukan yang tidak boleh itulah dosa. Jika berdosa, Allah akan hukum! Yesus yang datang telah membuka mata mereka bahawa Allah itu Sangat Baik berdasarkan pekerjaan Yesus.

    Salam hormat.

  31. Saudaraku Alexious….
    persoalan yang saya kemukakan tentang Mariam masih belum saya dapati penjelasannya.bolehkah saudara menerangkan tentang perkara tersebut…?

  32. Saudara Sallahuddin…

    …Mengapa Jesus dianggap sebagai anak Tuhan..?Mary(Mariam) pula apa peranannya dalam pegangan anda?

    Kenapa Yesus dianggap sebagai Anak Tuhan?
    1. Yesus memanggil nama Allah sebagai Bapa Yang Di Syurga Yang Mengutus Aku. Banyak perkataan Yesus menyebut Allah sebagai Bapa.

    2. Beritakan kepada dunia tentang Aku dan baptislah mereka dalam nama Bapa(kepercayaan kepada Allah) dan Anak/Putera/Firman (mengimani ajaranKu) dan Roh Kudus(Kerohanian yang sejati).

    Apakah peranan Mariam/Maria dalam pegangan anda?
    1. Doa Rosari/rosario dapat menjelaskan hal ini. Sila rujuklah ke laman-laman web yang ada menyebut tentang doa Rosari ini. Banyak info yang akan anda jumpa. Doa Rosari telah jadi tradisi yang perlu untuk digunakan sebagai doa tambahan dalam kepercayaan Katolik. Kristian katolik diajar untuk meyakini tentang Para Orang Kudus termasuk Bonda Maria. Kristian Katolik diajar bahawa meyakini bahawa Maria sekarang ini telah diangkat ke Syurga bersama-sama dengan Yesus dan Allah. Doa Rosari adalah satu bahan doa untuk meminta bantuan (bantuan tambahan) Bonda Maria supaya dapat membantu mereka dalam menghadapi kehidupan dan untuk keamanan dunia juga.

    2. Bahan doa permohonan yang dirangka ada yang berbunyi…….. Santa Maria Bonda Allah(Yesus)……doakanlah kami yang berdoa ini sekarang dan waktu kami mati. Pendek kata minta Bonda Maria yang telah berada di Syurga supaya mendoakan kami supaya layak menerima janji-janji Yesus dalam kedatanganNya yang kedua kalinya.

    3. Perkataan Santa maria Bonda Allah ini telah menjadi sentimen kepada kristian lain. Banyak tidak bersetuju. Yang tidak bersetuju dengan ayat ini telah membentuk komuniti gereja baru. Ini hanya satu sebab daripada banyak sebab dalam Katolik Roma yang menyebabkan kristian ini telah berpecah-pecah dengan banyaknya.

    4. (Tidak ingat tahun/ mungkin 1965) PAUS telah memberi kenyataan baharu supaya Santa Maria Bonda Allah itu diubah maksudnya. PAUS mahu Maria tidak diucapkan sebagai Bonda Allah(Tuhan Allah) tetapi hanya Bonda Yesus. PAUS mahu bahawa Bonda Maria disebut sebagai Bonda Gereja. Bonda yang harus diteladani kerana keimanan dan kesetiaan dalam segala penderitaan Yesus, anaknya.

    Salam hormat.

  33. Tambahan:
    Kenapa Yesus dianggap sebagai anak Tuhan?
    1. Ajaran PAUS supaya konsep triniti itu dapat dimengerti. Allah sebagai Bapa, Firman/Yesus sebagai anak yang mengajar dan Roh Kudus sebagai Kebenaran Yang Sejati.

    Apabila konsep triniti disebut, ia akan jadi seperti ini:
    Saya percaya kepada Allah pencipta langit dan bumi. Tiada Allah lain yang harus disembah lebih tinggi daripadaNya. Allah mempunyai Syurga dan neraka. Saya harus mengimani semua ajaran Yesus sebagaimana Yesus mengajar semasa hajatNya. Dan saya harus percaya kepada Roh Kudus, Roh kebenaran sejati, yakni Suara Hati yang paling Luhur jauh dari lubuk hati manusia.

    Salam Hormat.

  34. saudaraku Alexious,

    maafkan saya kerana bertanya soalan tersebut.ingin juga saya menerangkan bahawa Nabi Isa tidak menyebut Allah sebagai bapa.tetapi Baginda menyebut sebagai “Tuhanku”.dalam bahasa Aramaic ( bahasa yang digunakan oleh Nabi Isa), Tuhanku disebut begini “Elahi”.bunyinya mirip sebutan Tuhanku dalam bahasa Arab iaitu “Illahi”.hal ini kerana kedua-dua bahasa tersebut berasal dari rumpun yang sama.tegasnya pegangan yang mengatakan Tuhan itu Bapa Isa bertentangan dengan pengakuan Nabi Isa terhadap Allah.

    seterusnya,menurut pengetahuan saya,dalam ajaran anda, Yesus disalib bagi tujuan menebus dosa yang telah dilakukan oleh Nabi Adam dan ibu umat manusia iaitu Hawa.sekiranya benar,mengapa Nabi Isa (Yesus) yang dipilih untuk disalib.

    berkenaan Mariam pula, ajaran saudara (sesetengah ajaran) menyatakan “Mariam Bonda Allah”.bukankah hal ini sekaligus menyamatarafkan Allah dengan Nabi Isa? Naúzubillah…..saya amat takut untuk menyatakan pendapat ini…

    persoalan saya, layakkah seorang manusia yang diangkat sebagai nabi disamakan sebagai anak Tuhan? Astaghfirullah…..saya pasti Nabi Isa tidak meminta dirinya diangkat sebegitu rupa.

    berkaitan Roh Kudus pula,siapakah ia?dimana kedudukannya dalam ajaran anda?diatas Nabi Isa atau Nabi Isa diatasnya?

    saya mohon maaf sekiranya pertanyaan saya mengganggu fikiran saudara atau menyusahkan saudara.saya sekadar ingin berkongsi pendapat.

    salam hormat dari saudara yang menyayangimu…

  35. Semoga saudara kita Alexious dapat memahaminya.

    HUJAH KELIRU PADERI
    Bagi menegakkan benang yang basah. Paderi Lawrence mendakwa, “Bible bahasa Melayu menggunakan Allah untuk God dan ‘Tuhan’ untuk Lord.” Sebenarnya dakwaan ini tidak benar sama sekali. Paderi Lawrence dan Herman Sastri bukan arif dan pakar bahasa. Mereka berdua tidak perlu mengajar Melayu Muslim tentang istilah dan kepenggunaan bahasa yang betul dalam bahasa Melayu?

    Sebenarnya, Bahasa Melayu memahami istilah Tuhan merujuk kepada God bukannya Lord. Dalam kes ini, Syed Ali Tawfik (Ketua Pengarah IKIM) mengulas : “Orang Melayu faham bahawa apabila istilah Arab iIah digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris God dan istilah Melayu Tuhan. Apabila istilah Arab Rabb digunakan, ia merujuk kepada istilah Inggeris ‘Lord’.

    Oleh yang demikian, apabila kalimah syahadah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bunyinya Tiada Tuhan melainkan Allah, yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai There is no God but/except Allah. Sekiranya istilah God diterjemahkan sebagai Allah, maka terjemahan tersebut akan berbunyi Tiada Allah melainkan Allah (”There is no Allah but Allah”). Terjemahan seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah bahasa orang Melayu.

    Ia dilihat satu kontradiksi dengan realiti semasa. Bahkan mengundang kebuntuan dalam memahami agama.

    Kesimpulannya, jelas kepada kita bahawa Paderi Lawrence sengaja menggunakan rangkai kata bahasa Melayu tetapi tidak merujuk kepada disiplin bahasa melayu itu sendiri.

    Apabila dikhuatiri penggunaan bahasa janggalnya itu dipertikai, beliau mula berpindah ke penggunaan ‘bahasa Malaysia’ dalam terbitan mingguan katholik mereka. Kononnya ia digunakan untuk memenuhi keperluan “ramai penganut Katolik yang bertutur dalam bahasa Malaysia” di negara ini. Langkah ini memanifestasikan kenyataan bahawa beliau sendiri yang mencipta kekeliruan bahasa untuk memerangkap bangsa.

    Akhirnya beliau berselindung di sebalik keputusan Jemaah Menteri yang memutuskan bahawa bahasa Melayu dirujuk sebagai ‘Bahasa Malaysia’. Bagi saya, ini adalah satu propaganda dalam menjadikan bahasa sebagai medium terbaru dakwah mereka ke atas Melayu Muslim kita. Apakah golongan kristian sudah ketandusan idea dan miskin bahasa?

    DAKWAAN SUMBANG

    Paderi Lawrence juga mendakwa, “Kami mengikut Bible,” mengenai penggunaan istilah ‘Allah’ bila merujuk kepada istilah ‘God’. Apakah itu benar? Apakah beliau betul-betul menggunakan Bible sebagai sumber rujukannya? Terjemahan atau versi Bible mana yang beliau rujuk? Rujuk Bible ke buku bahasa Melayu sekolah rendah?

    Sebenarnya dalam Last Testament @ New Testament perkataan Tuhan diistilahkan dengan Yahweh, Yehovah, Eloah, El, Elohim dan lain-lain lagi. Penganut Kristian tentu lebih arif tentang nama-nama Tuhan mereka. Justeru, apakah motifnya untuk dipergunakan kalimah Allah dalam kitab Suci dan di gereja mereka. Bukan setakat melayu muslim sahaja keliru. Penganut Kristian katholik pun dikhuatiri keliru dan binggung akibat kenyataan Paderi Lawrence yang membengongkan itu. Jelasnya, beliau tidak merujuk Bible. Tetapi sekadar bermain api bahasa sahaja.

    LAFAZ ALLAH DALAM BAHASA ARAB :

    Perlu disedari bahawa Islam menggunakan lafaz Allah adalah nama khas. Sedangkan lafaz ‘Tuhan’ (’God’) adalah istilah umum boleh dikongsi antara kepercayaan. Dan Hanya Islam bersifat eksklusif. Keekslusifan Islam terasing dalam perkongsian tadi.
    Penggunaan Lafaz Allah dalam Islam menunjukkan keEsaan, objek tumpuan (al-Somad) kemuliaan teragung (Jal al-Jalaluh), Pencipta (al-Khaleq) dan Pemerintah Alam Semesta (Rabb ‘Alamin).
    Justeru, istilah Allah hanya sah untuk Tuhan yang Sebenar iaitu Allah. Istilah inilah yang dibawa Para Anbiya’. Ini kerana semua mereka menyeru kepada Islam. Cuma matang dan lengkapnya Islam di zaman Nabi Kita Muhammad SAW.

    Manakala mengikut ajaran Kristian, tidak ada nama khas Tuhan dalam Bible. Oleh kerana nama khas Tuhan tidak disebut dalam Bible, berlakulah suatu kekaburan mengenai siapa yang disembah samada Lord (di syurga), God (Jesus-menunggu wahyu) atau Roh Kudus (turun ke bumi).

    Kita sedia maklum, konsep Ketuhanan Kristen boleh dipecah-belah. Tiga dalam Satu. Semacam ramuan syampu atau kopi tertentu. Cumanya cabang fahaman berbeza. Kristian Unitarian percaya Bapa ialah Tuhan sebenar. Jesus dan Roh Kudus adalah lebih rendah darinya.
    Kristian Trinitarian pula percaya Bapa, Roh Kudus dan Jesus adalah Tuhan Sebenar. Tiga Peribadi dalam Satu Peribadi. Tapi boleh dipecah-belah dengan 3 watak berbeza.

    Walau bgaimanapun, mereka tidak mengistilahkan Tuhan Bapa @ Tiga Peribadi Satu Peribadi itu adalah ALLAH.

    Sedangkan di dalam Islam adalah jelas. Tuhan Sebenar adalah Allah sahaja. Dialah yang Esa yang tidak boleh dipecah-belah. Jika fahaman ini dipersamakan (antara Allah dgn Tuhan yang lain) ia menjustifikasikan fahaman Islam Liberal. Iaitu fahaman yang menganggap Satu Tuhan Untuk Semua Agama. Nau’zubillah min zalik.
    PENELITIAN :
    Lebih lanjut mari kita meneliti secara mendalam apa yang dinyatakan dalam al-Quran mengenai siapa Tuhan? menerusi versi terjemahan Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali : Surah al-Ikhlas : “Allah benar wujud, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal; Yang Maha Kekal Diperlukan, sunyi dari sebarang keperluan; kepada-Nya bergantung semua perkara, kepada-Nya kembali semua benda; Dia tidak beranak, berbapa atau berpasangan. Bagi-Nya tiada suatu pun tara. (Lihat Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur’an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation.)

    Kalimah Allah tidak mungkin difahami sebagai memiliki anak atau bapa kerana itu akan memasukkan sifat benda bernyawa dalam kefahaman kita mengenai-Nya; sifat-sifat dan hakikat-Nya tunggal tersendiri tidak ada tara-Nya (ringkasan kepada catatan no. 6296, Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur’an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation, 1991, ms. 1714).

    Oleh itu, jelaslah bahawa bahagian akhir penerangan tafsir berkenaan, Al-Qur’an secara jelas menyanggah konsep Tuhan Tiga-Bersatu (Trinity) oleh Bible. Jika wujud percanggahan kenapa hendak dipergunakan juga kalimah Allah?.

    Jika ada yang mendakwa nama khas Tuhan adalah Lord, kenapa istilah Lord diterjemahkan dengan ‘Tuhan Bapa’. Buktinya :

    “…biarlah dunia percaya yang BAPA telah mengutus aku (Jesus).”(Yohanes,17:21)

    “Namun akan hari (terjadi)nya (kiamat) atau ketikanya itu tidak diketahui oleh seorang jua pun, baik segala malaikat yang di syurga pun tidak, anak (Jesus) itu pun tidak, HANYALAH BAPA SAHAJA.”(Markus 13: 32)
    Justeru, Jika ada yang mendakwa nama khas Jesus ialah ALLAH, kenapa tidak diterjemahkan sedari dulu lagi JESUS ALLAH. Sebaliknya dipergunakan TUHAN JESUS. Ternyata, mereka cuba merencanakan sesuatu yang tidak berfakta dan tidak masuk dek akal.

    Artikel diambil dari http://bankwahabi.wordpress.com/2008/02/14/awasi-dakyah-paderi/

  36. Sebenarnya dalam Last Testament @ New Testament perkataan Tuhan diistilahkan dengan Yahweh, Yehovah, Eloah, El, Elohim dan lain-lain lagi. Penganut Kristian tentu lebih arif tentang nama-nama Tuhan mereka.

    Persoalan tentang Allah yang disembah:
    1. Kami katolik menyembah Tuhan yang disembah oleh Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Daud percaya. Apapun nama dia ia merujuk Tuhan yang mereka percaya. Yahweh, Elahim, Eloha atau apa ia tetap mereka kepada hal yang sama. God atau Lord ia tetap pada maksud yang sama. Tidak perlu dipersoalkan. Setuju dengan hal ini? Tuhan/Allah tidak gembira bila kita bertikai-tikai ini. Hanya jadi penyakit batin sahaja yang melarat menjadi dosa. Dosa hukumannya neraka kan?

    2. Oleh itu, istilah Allah diperlukan untuk menerangkan hal tersebut/Allah.

    …Maafkan saya kerana bertanya soalan tersebut.ingin juga saya menerangkan bahawa Nabi Isa tidak menyebut Allah sebagai bapa.tetapi Baginda menyebut sebagai “Tuhanku”.dalam bahasa Aramaic ( bahasa yang digunakan oleh Nabi Isa), Tuhanku disebut begini “Elahi”.

    1. Dalam bible, kami menjumpai beberapa perkataan/ terjemahan seperti itu. Anda akan menjumpainya jika mencarinya di sana.

    Persoalan saya, layakkah seorang manusia yang diangkat sebagai nabi disamakan sebagai anak Tuhan? Astaghfirullah…..saya pasti Nabi Isa tidak meminta dirinya diangkat sebegitu rupa.

    1. Layak atau tidak layak itu satu hal. Persoalan yang menarik ialah apakah Yesus marah disebut seperti itu? Apakah Allah akan marah umat kristian (triniti) apabila menyebut tentang hal itu? Saya yakin, Allah dapat dimuliakan oleh kami dalam nama Yesus. Ini sudah bagus. Mengimani ajaran Yesus sama seperti mengimani Allah.

    2. Ajaran Yesus adalah penting. Ajaran2 ini hanya ditulis dalam bible perjanjian baharu. Jika bible itu dilenyapkan dalam sejarah, maka sejarah itu orang terkemudian tidak akan tahu lagi. Ajaran itu sangat bernilai: boleh membentuk kekudusan diri tanpa berpura-pura/munafik dan memberi jalan ke syurga.

    Berkaitan Roh Kudus pula,siapakah ia?dimana kedudukannya dalam ajaran anda?diatas Nabi Isa atau Nabi Isa diatasnya?

    1. Jika perkataan saudara daripada perkataan rohani, saya akan jawab, jika bertanya kerana niat sebaliknya, saya tidak mahu menjawab. Carilah di laman web jika saudara rajin. Banyak info tentangnya.

    Sekian dahulu.

  37. Salaam dan selamat sejahtera buat Alexious. Hehe, alhamdulillah, suasana di sini masih berjalan dengan baik dan tidak ada pergaduhan, alhamdulillah. Terlalu banyak komen Alexious sampai saya pn payah nk reply balik ni hehe. Cuma saya nk sentuh satu tentang hikmah ALlah x bagi orang Islam kahwin dengan orang agama lain. Memandangkan Alexious dah sentuh tuu..

    Banyak hikmahnya muslim haram kahwin dengan orang non-muslim wahai Alexious, Satu sebab besar nya kerana nak elakkan pergaduhan , pertikaian, perbalahan. Oleh kerana perbezaan itu ketara dari segi akidah, ada baiknya muslim x diizinkan kahwin dengan bukan muslim. Itu untuk memelihara kesejahteraan.

    OK tentang non-Muslim yang dah convert to muslim tidak dibenarkan itu , kerana untuk menjaga maslahah, elakkan dari dia memburuk2kan Islam, dan elakkan dia merosakkan lagi ramai umat manusia dengan menentang Islam. Sedangkan kebanyakan yang convert itu belum betul2 memahami Islam. Hanya kerana mungkin ada kemarahan pada individu, tak puas hati pada orang Islam, habis semua Islam dia nak burukkan. Itu mengundang kemurkaan Allah S.w.t.

    Saudara Alexious mengaku pulak Nabi Muhammad S.a.w itu nabi yer?? Tetapi kenapa tolak ajarannya? Kalau dah dia nabi, Nabi Muhammad dah ajar kita bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah melainkan Allah. Kenapa masih menyekutukanNya?

    Masalah sekarang, saudara masih berpegang lagi kepada kitab yang sudah banyak diubah suai, saudara percaya ke kepada buatan2 manusia itu? Sejarahnya sudah ternyata banyak telah diseleweng dan diubah2, masih lagi nak mempercayainya? Logik akal pun tidak dapat terima apa yang tidak pasti wahai Alexious. Sedangkan AlQuran sudah nyata kebenarannya, bahasanya telah diakui oleh pakar2 bahasa memang tinggi. Sedangkan kita tahu nabi Muhammad dulu buta huruf, mana mungkin dia boleh merekanya? HIngga mengalahkan pakar2 bahasa sezaman dengannya? Dan AlQuran sampai sekarang masih terpelihara, tanpa ada versi2, tanpa diseleweng dan masih original seperti yang asal. Cuma yang ditambah hanya baris2 untuk memudahkan pembacaan, sedangkan maknanya sedikit pun tidak lari. Dan ia telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa, tetapi kandungan intinya masih lagi sama. Cuba fikir dalam2, adakah saudara masih nak pegang kepada yang kabur? Sedangkan yang jelas sudah terbentang di hadapan?

    Ok wahai alexious, insyaALlah semoga bertemu kembali dalam perbincangan kita ini. Terima kasih banyak kerana sudi berdiskusi . Semoga awak sihat dan bahagia sentiasa dan semoga kita semua mendapat hidayah dari ALlah S.w.t tentang kebenaran, Wallahu a’lam )

  38. […] Paderi kristian mahu tukar nama Jesus kepada Allah […]

  39. Diharap anda semua dapat meneruskan diskusi di posting yang baru pula, KOmen di sini sudah terlampau panjang, dan saya stop sampai sini untuk mengelakkan page loading yang lambat dan ketidak seimbangan hehe.

    Di harap dapat pergi ke tempat diskusi baru di https://hikmatun.wordpress.com/2008/02/19/dialog-antara-muslim-dan-kristian/