Cinta kerana Allah S.w.t dan tanda-tanda bahawa Allah cinta kepada seseorang hamba

12 Komen


Salaamun alaikum w.b.t……. Di bawah ini dipetik dua tajuk dari kitab Riyadhus Sholihin karangan Imam Nawawi r.a. Sebagai peringatan bersama kita tentang hubungan kita dengan Allah S.w.t. dan sesama saudara Islam kita. Adakah kita sudah cukup sayang atau cinta kepada sesama saudara Islam kita? Sebagai contoh, jika kita mengajak orang lain kepada kebaikan, adakah kita mengajak dia kerana kita sayang kepadanya atau kerana kita mahu tunjuk kita baik dan benci kepada mereka-mereka yang tidak mendengar kata-kata kita? Sehingga masing-masing mendabik dada mengatakan bahawa cara dia sahaja yang betul dan bersikap terlampau keras terhadap sesama Islam walaupun hanya berbeza pendapat dalam perkara cabang.

Begitu juga halnya dengan kekeluargaan, adakah kita lupa bahawa setiap mukmin dan muslim itu bersaudara? Maka mengapa kebanyakan dari kita sekarang ini masih lagi berpegang kepada keluargaku keluargaku, keluargamu keluargamu? Lupakah bahawa kita semua berasal dari Nabi Adam a.s dan Hawa a.s? Kita hanya bergotong royong dan bermuafakat sesama saudara apabila mengadakan kenduri dan majlis-majlis tertentu sahaja. Tetapi mengapa masing-masing tidak cuba untuk menyelesaikan masalah masing-masing sepertimana jika keluarga kita sendiri yang menghadapi masalah? Sememangnya kita sudah terdidik dari zaman dahulu lagi iaitu terkurung dengan keluarga pertalian darah yang dekat semata-mata dan terpisah dari saudara-saudara lain. Tiada lagi ukhuwwah Islamiyyah yang sebenar-benarnya.

Kerana apa?  Kerana masing-masing terlalu sibuk mengejar urusan dunia, projek sana projek sini, bisnes sana bisnes sini, mana la cukup masa untuk memikirkan tentang semua ini.  Sedangkan ramai saudara-saudara kita diluar sana yang terpinggir, tersisih dan terbengkalai.  Apa yang masing-masing kita kejar sangat di dunia yang sementara ini sebenarnya?

Lagi

Sesuatu yang disangka sebagai Riya’, tetapi sebenarnya bukan Riya’

4 Komen


Dari Abu Zar r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya: “Bagaimanakah pendapat Tuan perihal seseorang lelaki yang mengerjakan suatu amalan yang baik dan ia mendapatkan pujian dari orang ramai kerana amalannya itu?” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Yang sedemikian itulah kegembiraan seorang mu’min yang diterima secara segera – yakni ketika di dunia sudah dapat merasakan kenikmatannya. (Riwayat Muslim)

Petikan dari Kitab Riyadhus Sholihin – Bab 289

.

Maka jika ada seseorang melakukan amal kebaikan lantas dipuji oleh orang lain, itu bukan bermakna dia riya’ lagi.  Segalanya bergantung kepada niat dia sendiri, sama ada dia ikhlas kerana Allah dan melaksanakan tanggungjawab / tugasnya, atau semata-mata mahu menunjuk-nunjuk sesama manusia dan bermegah dengannya.

Dan kita pula, jangan lah mudah busuk hati, sangka buruk, tak puas hati, jeles dengan amal-amal dan kejayaan orang lain.  Jika tidak, saja-saja kita dapat dosa free, na’uzubillah.

.

Apa yang dikatakan sebagai Riya’?

Allah Ta’ala juga berfirman:”Mereka itu suka melakukan riya’ kepada para manusia dan tidak berzikir (ingat) kepada Allah, meiainkan hanya sedikit sekali.” Surah an-Nisa’: 142

Lagi

Terburu-buru adalah sifat syaitan

2 Komen


Rasulullah S.a.w. bersabda: “Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” Riwayat Abu Ya’la dan Al-Baihaqi daripada Anas r.a.. Sanadnya hasan

Daripada Sahl Bin Sa’ad RA, Rasulullah S.a.w bersabda : “ Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” Hadith Riwayat Tirmizi

Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.” Hadith Riwayat Muslim.

Sifat terburu-buru yang tidak elok ialah apabila ianya mengundang kesusahan dan keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Biasanya ia disebabkan oleh sifat tidak sabar, emosi, lekas marah, malas, tamak dan seumpamanya.

Firman Allah S.w.t yang bermaksud, “Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (azab)-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 37

Walaubagaimana pun, bersikap tenang tidak semestinya sehingga menjadi terlalu lambat dan lembab dalam membuat sesuatu. Tetapi kadar pertengahan itu adalah yang terbaik, sesuai dengan hadith nabi yang bermaksud , “Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya”. Hadith Riwayat AlBaihaqi

Maka untuk mencari ukuran terbaik bagaimana sifat yang harus kita contohi, sudah tentulah ada pada diri Nabi Muhammad S.a.w. dan para sahabatnya. Firman Allah S.w.t yang bermaksud , “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (Iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” Surah Al Ahzaab : Ayat 21

Wallahu a’lam 🙂

Nasihat-nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya

1 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa kisah2 tentang Luqmanul Hakim ini ialah kisah yang diceritakan di dalam AlQuran dan AlHadith. Dan ianya adalah sebagai pengajaran akhlaq kepada kita semua, bukan hanya untuk anak Luqman. Semoga mendapat manfaat bersama …….

1 – Wahai anakku, elakkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

2 – Wahai anakku, sekiranya ibubapa mu marah kepadamu kerana kesilapan yang telah kamu lakukan, maka kemarahan ibubapamu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanam tanaman.

3 – Wahai anakku, jika kamu mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura pura membuatkan dia marah padamu. Sekiranya dalam kemarahan itu dia masih mahu menasihati dan menginsafkan kamu, maka bolehlah kamu mengambil dia sebagai kawan. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

4 – Wahai anakku, bila kamu mempunyai teman karib, maka jadikanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Sebaliknya biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Lagi

Riya’ – Syirik yang terkecil

5 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Riya’ / menunjuk-nunjuk adalah antara perangai manusia yang sukar dikesan dengan pancaindera luaran , melainkan mudah dikesan dengan pancaindera dalaman (hati). Walaupun begitu kita tidak digalakkan untuk memandang buruk kepada orang lain dan menuduhnya riya’, bahkan kita sendiri yang mesti memperingati diri kita agar JANGAN bersikap riya’ dalam apa soal pun terutamanya dalam hal-hal agama dan amal ibadat.

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat.  (Iaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya.  orang-orang yang berbuat riya’.” Surah Al maa’un : Ayat 4 – 6

Riya’ berasal dari perkataan arab iaitu ‘ro’a’ yang bermaksud melihat. Maka riya’ pula bermakna memperlihatkan.  Dan dalam istilah Islam pula bermakna menunjuk-nunjuk dalam melakukan sesuatu amalan, beramal kerana mengharapkan sesuatu balasan duniawi, yang dilakukan secara tidak ikhlas dan penuh kepalsuan.

Riya’ berlaku hasil dari hati yang TIDAK IKHLAS. Iblis dan Syaitan menjalankan kerja-kerja menghiasi amalan-amalan kita dengan sifat riya’ agar kita mudah menjadi terkenal dengan habuan dunia yang menyeronokkan dan sementara.  Itulah di antara janji-janji Iblis yang penuh dengan kepalsuan.

Riya’ terbahagi kepada dua iaitu Riya’ Khusus dan Riya’ bercampur.

.

Riya’ khusus ialah berkehendakkan manfaat dunia semata-mata dari amalan yang dikerjakan, manakala Riya’ bercampur ialah berkehendakkan manfaat dunia dan  akhirat.

Mengikut qaul (kata-kata) yang terpilih, tiada kadar tertentu terbatalnya pahala akibat riya’ itu. Yang jelas, riya’ itu mengakibatkan pahala tidak diterima, ditolak terus atau dikurangkan pahalanya.

Lagi

Older Entries