Oleh : Daniel Zainal Abidin

1. Perdampingan dengan Allah dengan mengingati Allah berdoa dan bersabar.

Ini disebabkan, Penyembuh yang sebenamya ialah Allah. Adalah sesuatu yang tidak masuk diakal sekiranya mereka yang sakit enggan untuk berdamping dengan Dia Yang Maha Penyembuh dan mereka bersikap menjauhkan diri daripadaNya.

i) Firman Allah:

“Ingatilah Aku nescaya Aku akan mengingatimu.”

(Al-Baqarah: 152)

Ingatilah Allah, moga-moga Allah akan mengingati mereka yang sakit dengan pertolonganNya.

Ibn Hisyam meriwayatkan bagaimana Ar-Rasul bersembahyang duduk ketika sakit sebelum wafat. Menunjukkan perdampingan dengan Allah perlu berterusan walaupun ketika sakit.

ii) Bersabda Ar-Rasul:

“Kamu hendaklah mengambil dua jenis ubat:- madu dan Qur’an.”

(Baihaqi dan Ibn Majah)

Membacakan Al-Qur’an merupakan ubat penting di dalam kehidupan manusia, di samping ubat-ubat lain. Pembacaan Al Qur’an akan merapatkan lagi hubungan seseorang dengan Allah.

iii)Pesakit-pesakit juga tidak boleh lupa daripada berdoa kepada Allah.

Perhatikanlah hadis ini:-

“Letakkanlah tangan kamu di bahagian yang kamu terasa sakit. Kemudian

bacalah  tiga kali dan kemudian

bacalah  sebanyak tujuh kali!”

Berkata Osman, “Aku pun melakukannya dan Allah menghilangkan kesakitan ku itu!”

(Muslim)

Si doktor juga perlu berdoa untuk si pesakit.

Lihatlah bagaimana Ar-Rasul berdoa untuk Saad ibn Waqqas:

“(3x) 

“Ya Allah, sembuhkanlah Saad.” (3x)

(Muslim)

iv) Di samping itu pesakit-pesakit dan para-para doktor mesti memahami bahawa

kesabaran adalah penting di samping berusaha, kerana penyakit yang menimpa akan

mengkifaratkan dosa-dosa.

Bersabda Ar-Rasul:

“Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa duri (yang mengenai), melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya.”

(Bukhari dan Muslim)

2. Kerehatan

Pesakit-pesakit mestilah disuruh berehat untuk mengembalikan kekuatan kepada mereka. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sekiranya seseorang sedang sakit ataupun bermusafir akan dicatatkan (pahala) baginya seperti mana yang dilakukannya semasa bermukim dan sihat.”

(Bukhari)

Seseorang yang sakit yang terpaksa meninggalkan amalan amalan sunat yang telah dilakukannya semasa ia sihat akan mendapat pahala yang sama seolah-olah ia telah beramal dengan ibadah-ibadah itu semasa ia sakit. Ini disebabkan pesakit-pesakit amnya keletihan dan kurang kekuatan diri lantas mereka perlu banyak berehat. Ini merupakan kelonggaran yang Allah berikan kepada mereka yang sakit.

3. Jampi dan bertangkal.

Berhubung dengan ini, mengikut satu hadis:

Sahabat-sahabat telah bertanya Ar-Rasul tentang jampi. Bersabda Ar-Rasul: “Bacakan jampi kamu kepada saya. Tidak ada salahnya dengan jampi, selagi mana tidak ada kesyirikan di dalamnya.”

(Muslim)

Dengan ini menunjukkan kepada kita tentang keharusan menggunakan jampi dalam usaha-usaha pengubatan, asalkan isinya tidak bercanggah dengan aqidah Islam (iaitu jampi dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an dan doa-doa serta wirid-wirid dari Rasulullah s.a.w.) Adapun jika isi-isi jampi itu bercanggah dengan aqidah dan syari’at, maka diharamkan.

Adapun tentang penggunaan tangkal, Ar-Rasul ada bersabda:

“Sesiapa yang menggantungkan tangkal, maka Allah tidak akan menyelamatkannya….”

(Ahmad dan Hakim)

Mengikut satu hadis yang lain, Nabi telah bersabda:

“Jika salah seorang daripada kamu mengalami ketakutan diwaktu tidur, hendaklah ia mengucapkan doa (yang ertinya): “Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kemarahan siksaanNya dan dari kejahatan hamba-hambaNya dan dari bisikan-bisikan syaitan, dan agar syaitan tidak menghampiri.’ Dengan itu syaitan tidak akan dapat menimpakan bencana ke atasnya.” Sahabat AWullah ibn Umar telah mengajar doa ini kepada anak-anaknya yang boleh bercakap dan untuk anak-anaknya yang masih kecil, yang masih belum boleh bercakap, ia menulis doa ini untuk dijadikan tangkal untuk mereka itu. (Abu Daud, An Nasai, Hakim dan Tarmuzi. Kata Tarmuzi – Hassan Gharib. Kata Hakim — Sahih)

Di antara ulama-ulama yang mengharuskan penggunaan tangkal (dengan menggunakan ayat Qur’an, wirid-wirid dan doa-doa ma’thur) ialah Aisyah, Malik, Syafie, asalkan ia tidak mengiktiqadkan bahawa tangkal itu mampu menghindarkannya dari sebarang malapetaka. Di antara ulama-ulama yang tidak mengizinkannya ialah Abdullah ibn Abbas, Abdullah ibn Mas’ud, Huzaifah, dan Imam Hanafi.

Untuk lebih berhati-hati, lebih baiklah kita tidak menggunakan tangkal di dalam pengubatan, sebab Ar-Rasul tidak pernah menggunakannya ketika berubat. Wallahu a’alam.

4. Menggembirakan Pesakit.

Pesakit perlu diberikan semangat dan kekuatan psikologi. Ini akan menghilangkan perasaan putus asa. Jangan sekali-sekali dikatakan kepadanya: “Awak sudah tidak ada harapan lagi!”

Telah bersabda Ar-Rasul:

“Tatkala kamu menziarahi seseorang pesakit hilangkanlah kerisauannya tentang ajalnya. Walaupun ini tidak dapat menolak sesuatu, tetapi ia dapat menenangkan jiwa.

(Ibn Majah dan Tarmuzi)

Di samping itu mintalah sipesakit mendoakan kita, kerana doanya di-makbulkan Allah.

Telah bersabda Ar-Rasul:

“Apabila kamu menziarahi seseorang pesakit, suruhlah dia berdoa untuk kamu, kerana sesungguhnya doanya seperti doa malaikat.”

(Ibn Majah)

Namun di institusi-institusi perubatan sekarang, sering kita melihat para doktor, jururawat-jururawat dan lain-lainnya mengherdik dan menengking pesakit-pesakit, Ini cukup menyedihkan bukan menggembirakan mereka.

5. Pengubatan Kejiwaan (Psychotherapy)

Cara ini, insyaAllah, amat baik jika digunakan untuk mengubati setengah pesakit-pesakit jiwa. Seorang doktor perlu berbincang dengan penuh kelembutan dan kebijaksanaan dengan seseorang pesakit untuk cuba menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapinya. Perhatikanlah bagaimana bijaksananya Ar-Rasul menyelesaikan masalah seorang anak muda yang berpenyakit jiwa di zaman dahulu:

Telah datang seorang anak muda kepada Ar-Rasul dan ia berkata: “Ya Rasulullah, bolehkah kamu mengizinkan saya untuk berzina?” Maka orang ramai pun menjadi riuh rendah. Lantas berkata: “Marilah ke sini!” Maka pemuda itu pun menghampiri dan duduk di hadapan Ar- Rasul.

Bersabda Ar-Rasul:

“Apakah kamu suka ini berlaku kepada ibu kamu?”

Jawab anak muda itu:

“Tidak moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untuk mu!

Bersabda Ar-Rasul :

“Begitulah juga manusia, mereka tidak menyukai ini berlaku kepada ibu-ibu mereka. Apakah

kamu suka ini berlaku kepada anak perempuan kamu?”

Jawabnya :

“Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!”

Bersabda Ar-Rasul :

“Begitulah juga manusia, mereka tidak menyukai ini berlaku kepada ibu-ibu

Jawabnya :

“Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!”

Bersabda Ar-Rasul :

“Begitulah juga dengan orang lain, mereka tidak suka ini berlaku kepada

anak-anak perempuan mereka. Adakah kamu suka ini berlaku kepada

saudara perempuan kamu?”

Jawabnya :

‘”Tidak, moga-moga Allah menjadikan aku tebusan untukmu!”

Bersabda Ar-Rasul :

“Begitulah juga dengan orang lain, mereka tidak suka ini berlaku ke atas

saudara-saudaraperempuan mereka!”

Kemudian Ar-Rasul bertanya tentang emak saudaranya dan jawapannya juga tidak!

Lantas Ar-Rasul pun meletakkan tangan kanan Baginda di atas dada anak muda itu seraya berdoa:- ‘”Ya Allah, bersihkanlah hatinya. Ampunilah dosanya dan peliharalah kemaluannya.”

Maka bangunlah anak muda itu dan tidak ada perkara yang paling di bencinya ketika itu melainkan zina

(Ahmad)

Alangkah sempurnanya pengubatan kejiwaan yang dilakukan oleh Ar-Rasul. Sesungguhnya tidaklah jiwa yang bersih sahaja yang dapat membersihkan jiwa-jiwa yang kotor? Lihatlah pula ‘psychotherapy’ di zaman moden ini, yang dilaksanakan oleh mereka yang hati-hati mereka bernajis. Hasilnya ialah yang berpenyakit akan bertambah penyakitnya! Perlu diingat bahawa psychotherapy ini mestilah diasaskan kepada landasan syari’at dan bukan di atas landasan kufur seperti konsep tiap-tiap perbuatan berpunca daripada kehendak-kehendak seks yang diutarakan oleh Sigmund Freud dan lain-lainnya.

6. Pengasingan Atau Isolation/Quarantine.

Islam telah mengutarakan konsep pengasingan (iaitu mereka Yang sakit tidak boleh bergaul dengan mereka yang sihat terutamanya di dalam pengubatan penyakit-penyakit berjangkit).

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sekiranya kamu terdengar taun menyerang di suatu tempat, jangan kamu memasuki tempat itu. Dan sekiranya kamu berada di suatu tempat dan taun menyerang, jangan kamu keluar daripadanya.”

(Bukhari dan Muslim)

7. Menganalisa Untuk Memastikan Punca Penyakit.

Pada dasamya Islam (dibidang perubatan) menerima hakikat bahawa tanda-tanda zahir penyakit (symptoms) yang sama bukan bermakna punca dan sebab penyakit juga adalah sama.

Perhatikanlah apa yang Ar-Rasul sabdakan tentang darah istihadhah:

“Ia adalah berpunca dari saluran darah dan bukanlah ia darah haidh…”

(Bukhari dan Muslim)

Daripada ini jelas menunjukkan, walaupun seseorang wanita boleh mengalami keadaan keluamya darah daripada farajnya, akan tetapi sebabnya mungkin berbeza. Satu disebabkan oleh penyakit disaluran darah yang di panggil sebagai istihadhah dan sebab yang lain ialah haidh. (Diseases with the same symptoms but different causes).

Islam menekankan aspek memastikan punca penyakit untuk tiap-tiap penyakit terlebih dahulu sebelum diberikan ubat. Ini disebabkan, sekiranya ubat yang salah di berikan kepada pesakit, akibatnya lebih membahayakan daripada mendatangkan kemanfaatan. Oleh itu ubat yang diberikan mestilah mampu, dengan izin Allah, mengubati punca sesuatu penyakit (cause), bukan hanya mampu mengurangkan tanda-tanda zahir penyakit itu (symptomatic treatment).

Perhatikanlah sabda Ar-Rasul tentang penyakit yang dibawa oleh lalat:

“Jika terjatuh lalat di dalam bekas (air atau minuman) seorang di antara kamu, maka hendaklah dibenamkannya kemudian dikeluarkannya, kerana sesungguhnya salah satu daripada dua sayapnya mempunyai penawar dan sayapnya yang lain mempunyai penyakit.”

(Bukhari)

Di dalam hadis ini, Ar-Rasul memberi isyarat tentang kepentingan menghapuskan punca penyakit dengan ubat yang tertentu. Ar-Rasul tidak menyuruh sahabat-sahabat Baginda membiarkan saja racun dari lalat itu dimakan dan kemudian apabila kelihatan tanda-tanda racun itu dibadan (symptoms), maka terus diubati sahaja tanda-tanda zahir itu. Akan tetapi Ar-Rasul menyuruh kita memusnahkan punca penyakit ini dari awal-awal lagi, dengan menyuruh sahabat-sabahat membenamkan lalat itu didalam bekas makanan ataupun minuman. Ini merupakan suatu peringatan tentang kepentingan memusnahkan punca penyakit di dalam usaha-usaha pengubatan.

Mengikut hadis yang lain riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi telah mengubati penyakit sihir yang menimpa Baginda dengan mengeluarkan bahan-bahan sihir daripada sebuah perigi dan kemudian membuangnya. Ini juga merupakan petanda bahawa pengubatan sesuatu penyakit mestilah bermula dengan memastikan puncanya terlebih dahulu dan kemudian menghilangkan atau memusnahkan punca atau penyebab sesuatu penyakit itu.

Lihatlah pula perkataan Imam Ibn Qaiyim tentang cara pengubatan penyakit pening:- “Dan cara pengubatannya berbagai-bagai kerana pelbagaian jenis dan sebab-sebabnya. Ada bentuk pening yang memerlukan pembuangan sesuatu benda dari badan. Ada yang memerlukan makanan-makanan (tertentu)…”

Perkataan Ibn Qaiyim menunjukkan kepada kita tentang kepentingan memastikan punca sesuatu ‘symptom’ (tanda penyakit) sebelum memulakan rawatan. Kesamaan ‘symptoms’ penyakit-penyakit bukan bermakna kesamaan punca!. Lantas tidak salah bagi umat Islam mengujudkan makmal-makmal tertentu untuk memeriksa umpamanya, air kencing, air ludah dan sebagainya untuk memastikan punca sesuatu penyakit, sekiranya ini diperlukan. Begitulah juga diharuskan penggunaan X-ray, alat-alat ultrasounds dan lain-lainnya untuk menentukan sebab sesuatu penyakit ketika ini diperlukan.

8. Berpantang Ketika Sakit.

Islam menyuruh mereka yang sedang mengidap sesuatu penyakit, berpantang daripada apa-apa saja, yang akan menyemarakkan dan menambahkan lagi serangan sesuatu penyakit itu. Mengikut satu riwayat:- “Rasulullah telah memasuki rumah Ummu Munzir bersama Saidina Ali. Saidina Ali ketika itu sedang hampir sembuh daripada penyakitnya. Rasulullah pun bangun mencapai buah-buah tamar yang tergantung di dalam rumah itu untuk dimakannya dan Saidina Ali pun turut bangun untuk mengambil buah tamar seperti yang dilakukan oleh Ar-Rasul. Lantas Ar-Rasul pun bersabda kepada Saidina Ali: “Sesungguhnya kamu hampir-hampir sembuh daripada penyakit!” Saidina Ali pun tidak jadi memakan buah-buah tamar itu. Ummu Munzir pun memasak bubur gandum dan menjamu mereka dengannya. Bersabda ArRasul kepada Ali: “Makanlah ini. Ia lebih bermanfaat untuk kamu.”

(Abu Daud, Ibn Majah dan Tarmuzi)

Di dalam hadis yang lain, Suhaib telah berkata aku pun datang kepada Rasulullah, dan di hadapan Baginda ketika itu terhidang roti dan buah tamar, Bersabda Ar-Rasul: “Marilah dan makan.” Maka aku pun mengambil buah tamar dan terus memakannya.” Bertanya Ar-Rasul: “Adakah kamu memakan buah tamar sedangkan mata kamu sedang sakit?”

(Tarmuzi dan Al Hakim)

Walau bagaimanapun, jika sipesakit berselera mtuk memakan makanan yang sepatutnya dipantangi, maka berikanlah sedikit makanan itu kepadanya. Jangan dihalangi sama sekali daripada menjamahnya, kerana andaikata dihalangi ini akan mendatangkan lebih banyak kemudharatan daripada kemudharatan apabila ia memakan sedikit sahaja daripada makanan itu.

Satu ketika Saidina Ali telah datang kepada Nabi dan ketika itu ia (Saidina Ali) sedang sakit mata. Di hadapan Ar-Rasul ketika itu terhidang buah-buah tamar yang sedang dimakannya. Bersabda Ar- Rasul “Ya Ali, adakah kamu teringin kepada buah tamar ini?” (Abu Nuai’m dan Ibn Majah – Hadis Hasan) Maka Ar-Rasul memberikan sebiji-sebiji buah-buah tamar kepadanya hingga genap tujuh biji. Selepas itu Baginda bersabda: “Cukuplah setakat ini”

(Abu Nuai’m dan Ibn Majah — Hadis Hann)

Adapun tentang makanan-makanan lain yang tidak harus dipantangi oleh sipesakit, berikanlah apa saja yang disukainya.

Satu ketika Ar-Rasul telah menziarahi seorang sahabat yang sedang sakit dan bertanya kepadanya: “Apakah makanan yang kamu terasa suka untuk memakannya?”

Jawabnya: “Aku teringin hendak memakan roti gandum.”

Bersabda Ar-Rasul:

Kemudian bersabda Ar-Rasul:

“Sesiapa yang mempunyai roti gandum, maka hantarlah ia kepada saudaranya.”

“Sekiranya seseorang pesakit di antara kamu berkehendakkan sesuatu berikanlah makanan itu kepadanya.”

(Ibn Majah)

Kesimpulannya:- Sekiranya sipesakit perlu dipantangi daripada sesuatu makanan, janganlah diberikan makanan itu kepadanya. Tetapi kalau ia berkeinginan juga untuk menjamahnya berikanlah sedikit makanan itu kepadanya. Adapun makanan-makanan lain berikanlah mengikut kesukaannya.

9. Memakan Ubat.

Satu bentuk rawatan yang telah ditunjukkan oleh Ar-Rasul ialah memberi ubat-ubat untuk dimakan oleh pesakit-pesakit (oral medication).

Menurut satu hadis:

Seorang sahabat telah datang memberitahu Ar-Rasul bahawa saudaranya sedang diserang oleh penyakit cirit-birit. Maka Nabi pun menyuruh agar diberikan madu kepada saudaranya, untuk dimakan. Akan tetapi penyakit cirit-birit saudaranya itu tidak berkurangan malah semakin bertambah buruk. Sahabat ini telah menjumpai Ar-Rasul sebanyak tiga kali mengadukan perkara ini dan di setiap kali perjumpaan itu, Ar-Rasul menyuruh agar diteruskan memberi madu. Pada kali yang keempatnya, Nabi pun bersabda: “Allah bercakap benar dan perut saudaramu yang berdusta.” Lantas diberikan madu untuk kali yang keempatnya, maka baiklah penyakit saudaranya itu.

(Bukhari dan Muslim)

10. Memasukkan Ubat Ke Dalam Rongga-Rongga Badan.

Harus juga memasukkan ubat ke dalam rongga-rongga badan sekiranya ia diperlukan untuk mengubati sesuatu penyakit.

Sesungguhnya Nabi telah menyuruh mengubati sejenis penyakit bernanah di antara hidung dan halqum dengan memasukkan ubat ke dalam rongga hidung sipesakit itu.

(Abu Daud)

Di dalam hadis yang lain:

Seorang wanita telah diserangi penyakit di bahagian matanya, lantas berkatalah Abdullah ibn Mas’ud: “Sekiranya kamu melakukan seperti mana yang dilakukan oleh Ar-Rasul ini lebih baik untuk kamu dan lebih layak untuk sembuh iaitu kamu memasukkan air ke dalam mata kamu dan berkata: Jauhilah penyakit. Wahai Tuhan bagi manusia, sembuhilah penyakit kerana Kamulah Yang Maha Penyembuh dan tidak ada ubat melainkan ubat kamu, penawar yang tidak akan meninggalkan penyakit.”

(Ahmad, Ibn Majah dan Hakim)

Lantas harus memasukkan ubat-ubat ke dalam rongga-rongga badan seperti hidung, mata, telinga dan lain-lainnya sekiranya ini diperlukan untuk merawati sesuatu penyakit.

11. Menyapu Ubat Di Atas Kulit (Topical Application)

Ar-Rasul pernah berubat dengan cara menyapu ubat di atas kulit yang dihinggapi oleh penyakit.

Menurut satu hadis:

‘Tidak mengenai Rasulullah sesuatu luka ataupun duri melainkan disapukan inai diatasnya.”

(Tirmizi)

12. Pembedahan (Operation)

Pada ketika-ketika diperlukan, Islam mengizinkan pembedahan dilakukan keatas sipesakit.

Menurut satu hadis:

“Nabi telah menghantar seorang tabib kepada Ubai ibn Kaab yang sedang sakit. Tabib itu telah memotong saluran darahnya dan kemudian menyelar (cauterize).

(Muslim)

Menurut satu hadis yang lain:

Abdullah ibn Abbas telah berkata: “Nabi telah berbekam dan telah memberi upah kepada sipembekam darah.

(Bukhari dan Muslim)

Berbekam bererti memotong satu bahagian badan untuk mengeluarkan darah daripadanya. Kesemuanya ini menunjukkan harus memotong badan sipesakit untuk mengeluarkan darah dan melakukan pembedahan pembedahan lain dalam usaha untuk mengubati pesakit.

Peringatan:-

i) Umat Islam digalakkan untuk mengkaji dan menganalisa dengan lebih mendalam perkara-perkara yang berhubung dengan bidang perubatan ini, samada untuk mewujudkan ubat-ubat yang lebih mujarrab ataupun untuk mengenal pasti teknik-teknik rawatan dan pengesanan penyakit (diagnosis) yang lebih baik ataupun yang lain-lainnya, insyaAllah.

Ini berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Kalimah yang bijaksana ialah barang yang kehilangan dari seorang yang bijaksana. Di mana saja ia mendapatinya, dialah yang lebih berhak memilikinya.”

(Ibn Majah dan Tarmuzi)

Berhubung dengan ini Hasan Al-Banna telah berkata: “Islam membebaskan akal mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah suatu barang yang hilang daripada seorang mukmin di mana saja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak memilikinya.” 58

Sesungguhnya usaha-usaha yang seperti ini adalah merupakan suatu ibadah.

ii) Kadang-kadang di dalam proses pengubatan, para doktor terpaksa membuat keputusan-keputusan yang besar. Umpamanya ia terpaksa memilih satu di antara dua cara untuk mengubati seseorang pesakit sedangkan kedua-dua cara pengubatan itu mempunyai kemudharatan-kemudharatan yang tersendiri. Sebagai contoh, persoalan samada perlukah suatu pembedahan yang berisiko tinggi dilakukan ataupun dibiarkan sahaja sipesakit dengan keadaannya, yang mana ini juga mempunyai risiko yang tinggi.

Kaedah yang mesti dipegang ialah:-

“Harus mengambil yang ringan di antara dua kemudharatan.”

Sekiranya seseorang doktor tidak ada pilihan melainkan ter-paksa memilih satu di antara dua bentuk pengubatan yang sama sama memudharatkan, hendaklah dipilih cara pengubatan yang kurang memudharatkan dibandingkan dengan cara yang lainnya. Sebagai contoh, Ar Rasul pernah menyuruh dua sahabat Baginda memakai sutera untuk mengubati penyakit gatal mereka. Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Walaupun jelas mengikut kacamata syari’at, memakai sutera bagi lelaki adalah memudharatkan kerana ianya haram, tetapi ianya merupakan kemudharatan yang lebih ringan jika dibandingkan dengan kemudharatan yang akan menimpa jika dibiarkan penyakit gatal-gatal ini berterusan! Lantas Ar-Rasul telah memilih kemudharatan yang lebih ringan dengan mengizinkan kedua-dua orang sahabat Baginda itu memakai sutera untuk seketika.

About these ads