1) PENGERTIAN NUSYUZ
Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira derhaka.
2) TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ
Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri itu nusyuz :
1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan rumah tanpa izin si suami.
2. Apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut.
3. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat).
4. Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.
3) PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA ISTERI NUSYUZ
Apabila suami melihat tanda-tanda yang menunjukkan isterinya itu nusyuz, hendaklah suami itu :
1. Menasihati dengan cara yang baik dan menerangkan kepadanya bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah serta memberitahunya bahawa isteri yang nusyuz boleh dipotong atau tidak diberi sara hidupnya, firman Allah :
Ertinya : Isteri yang kamu takuti kederhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka.
(Surah An-Nisa: ayat 34)
2. Jika nasihat itu tidak sedikitpun memberi kesan, maka hendaklah suami meninggalkan dari keseketiduran dengan isteri tersebut, sebagaimana firman Allah :
Ertinya : Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka.
(sambungan ayat 34 surah An-Nisaa’)
Dari ayat ini dapat difahamkan bahawa Allah menyuruh suami-suami meninggalkan dari seketiduran sahaja, bukan meninggalkan percakapan, kerana meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari adalah haram, bukan sahaja terhadap isteri-isteri malah terhadap orang lain juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
Ertinya : Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Maksudnya, ialah bila berjumpa di antara satu sama lain, tetapi kalau tidak bertemuan, tidaklah diharamkan walaupun tidak bercakap bertahun-tahun lamanya.
3. Jika tidak seketiduran pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan sebagaimana firman Allah :
Ertinya : Dan pukullah mereka (isteri).
(Sambngan ayat 34 surah An-Nisa)
Dalam peringkat yang akhir ini, harus dilakukan oleh suami sekiranya difikirkan dengan cara ini akan memberi kesan. Sebaliknya kalau difikirkan tidak akan memberi kesan, maka tidaklah harus dilakukan. Dalam hal ini, suami mestilah berhati-hati , supaya tidak terpukul di tempat-tempat yang mendatangkan bahaya seperti muka, perut dan sebagainya.
Wallahua’lam
Sumber : 1. http://www.unitagamakmb.com



Nov 03, 2008 @ 17:13:29
salam..
baru2 ini saya telah bertengkar dengan isteri saya..
kerana marah..saya telah berkata ‘ tampar muka kau kang!’
(sebenarnya tiada niat pun nak tampar dia)
yang sedihnya..
dia membalas balik ‘ tamparlah..’
tapi saya sabar..kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan..
soalannya..adakah isteri saya dikira nusyuz..
wassalam
Nov 04, 2008 @ 13:26:02
Salaam,
Saudara beckham : hanya pada pandangan peribadi saya sahaja ye … kalau hanya setakat sang isteri membalas balik perkataan ‘tamparlah’ pada saya tidaklah dia nusyuz. Itu mungkin lontaran emosi tatkala perasaan marah menyelubungi diri. Mungkin juga dia tidak berniat agar dia ditampar oleh saudara sebagaimana saudara tiada niat untuk menamparnya.
Wallahua’lam
Mac 17, 2009 @ 06:28:08
Salam..
Saya nak bertanya,
1. apakah hukum bagi isteri yang menolak permintaan suami untuk bersama walaupun isteri dalam keadaan sihat semata2 hanya tidak mahu mandi junub pada waktu pagi?
2. Apakah jatuh nusyuz terhadap isteri berkenaan sekiranya ia menolak perlawaan suami untuk tidur didalam bilik dan lebih selesa tidur di luar bersama anak?
Sekian, Terima Kaish
Jun 29, 2012 @ 07:04:31
Jika seorang wanita menolak permintaan suaminya untuk datang ke tempat tidur tanpa alasan syar’i (seperti penyakit, atau di sedang mabuk, sebagai contoh), apa yang terjadi adalah seperti yang dijelaskan di bawah ini:
Abu Hurairah radhialloohu’ahu berkata: “Rasulullooh Shallalloohu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Jika seorang laki-laki memanggil istrinya ke tempat tidurnya dan dia menolak [dan tidak memenuhinya], dan laki-laki itu menghabiskan malam dalam keadaan marah padanya, maka malaikat akan mengutuk dia sampai pagi.” (HR. Al-Bukhari, 4.794; kalimat tambahan dalam tanda kurung siku dikutip adalah dari Abu Dawud, al-Sunan, Kitab al-Nikaah, Bab haqq al-zauj ‘ala’l-mar’ah).
Dalam ungkapan “jika seorang pria memanggil istrinya ke tempat tidurnya”, kata “tidur” jelas merupakan kiasan untuk bersetubuh. Metafora yang digunakan dalam Kitabullooh dan Sunnah untuk merujuk kepada hal-hal yang orang biasanya merasa malu.
Apakah ini hanya berlaku untuk malam hari, atau apakah itu termasuk siang hari juga? Jawabannya dapat ditemukan dalam sebuah hadits riwayat Muslim: “Demi Yang jiwaku ada di tangan-Nya, tidak ada orang yang memanggil istrinya ke tempat tidurnya dan dia menolak, melainkan Dzat Yang berada di atas langit [yaitu Allooh] akan marah padanya, sampai ia (suaminya) ridho dengan dia.”
Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibbaan meriwayatkan hadits Jaabir: “Ada tiga orang yang do’anya yang tidak akan diterima dan tidak ada perbuatan baiknya yang akan naik ke surga: seorang budak yang melarikan diri, sampai ia kembali kepada tuannya; orang mabuk, sampai ia sada; dan seorang wanita yang membuat suaminya marah, sampai dia ridho kepadanya.” Ini adalah bentuk umum, yang mencakup malam dan siang hari.
Ungkapan “ia menghabiskan malam dalam keadaan marah padanya” adalah penyebab kutukan malaikat. Hal ini menegaskan bahwa dia adalah orang yang berdosa, yang berbeda masalahnya jika suaminya menerima alasannya dan tidak marah padanya, atau membiarkan masalah selesai begitu saja.
Apakah sang istri harus disalahkan kalau dia tetap pergi dari tempat tidur suaminya? Jawabannya adalah: Tidak, kecuali sang istri adalah orang yang memulai menjauhkan dirinya dan suaminya menjauhkan diri darinya dikarenakan hal itu, dan sang istri tidak minta maaf tapi tetap memisahkan diri. Tetapi jika sang suami yang memulainya, dan dengan demikian dia memperlakukan istrinya dengan tidak adil, maka sang istri tidak harus disalahkan. Dalam satu riwayat, sebagai ganti kata-kata “kutukan malaikat sampai pagi”, adalah kata-kata “… sampai ia kembali” – dan ini adalah perbedaan yang bermanfaat.
Hadits ini memberitahu kita bahwa menyangkal hak-hak pasangan – baik fisik maupun finansial – adalah sesuatu yang pasti akan membawa murka Allooh, kecuali Allooh memberikan rahmat-Nya kepada orang yang berdosa itu.
Kita juga mengerti bahwa para malaikat akan berdoa terhadap orang berdosa selama ia tetap dalam dosanya.
Hadits juga mengarahkan seorang istri untuk membantu suami dan memberikan kepuasan kepadanya, karena seorang pria kurang sabar dibandingkan dengan seorang wanita ketika hasrat sexual itu datang tanpa kemudian melakukan hubungan seksual. Hal yang paling mengganggu bagi laki-laki adalah dorongan seksual, sehingga Islam mendorong wanita untuk membantu suami dalam hal ini.
(Disadur dan disingkat dari komentar oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar -rahimahullooh- hadits ini dalam Fath al-Baari).
Apakah kemudian sang suami ingin memberi pelajaran istrinya, atau memaafkan dirinya, atau mengambil istri lain, atau menceraikannya, ini semua terserah dia untuk memilih. Hal ini agar wanita waspada terhadap kemarahan/kegusaran suaminya karena hal ini menyebabkan Allooh marah padanya.
Kita memohon kepada Allah untuk memperbaiki situasi ini. Semoga Allah memberkati Nabi kita Muhammad.
Apr 04, 2009 @ 00:49:19
Salam…
nk komen skit ttg pandangan Saudara Azrie merujuk kpd Saudara Beckham…tdapat byk sbb sorg isteri blh mjd nusyuz. Bukan sahaja 4 pkara yg tdpt di atas adlh faktor isteri nusyuz tetapi melawan kata2 suami pn dkira nusyuz juga…drp situasi yg Saudara Beckhem katakn,isteri saudara seolah-olah mcabar saudara….xksh la dia sengaja atau tidak..sama spt jika saudara melafazkn cerai pd isteri dlm keadaan tidak sengaja..mungkin lontaran emosi tatkala perasaan marah menyelubungi diri spt yg dkatakn oleh Saudara Azrie…talak tetap jatuh..
senang kata begini la..klu kita melawan ckp org tua kita. Miskipn kita hanya bkata ‘Ah!’..bknkah kita dlm ketagori durhaka…sama seperti sorg isteri melawan ckp suami…
Nusyuz = durhaka
Wallahua’lam
Jul 01, 2009 @ 01:22:53
salam..apa hukumnya jika isteri memaki2 saya dalam smsnya..dan menghina ibu bapa saya dgn perkataan b**i. menghina saya dgn perkataan pu****k dan menghina anak sy yg baru lahir dgn perkataan anak s**l? di rumah jika dia marah dia akan menendang2 saya dan memaki2 saya dan menolak dan menumbuk2 saya…kerap sgt berlaku n dia ok blk n dia buat blk..boleh dikatakan sebulan 5-10 kali dia jd camni..saya dh x tahan lagi..cuma mengenangkan anak baru lahir shj…
Ogo 11, 2009 @ 17:13:23
saudara nodin, saya pun alami peristiwa yg sama seperti anda..manusia sebegini tidak ada rasa malu dan ada perasaan kasih sayang pada org lain.sedangkan binatang pun tau menyangi anak walaupun tidak dikurnikan akal fikiran. mgkn apa yg berlaku di pihak satu lagi adalah lebih teruk dari binatang kerana dikurniakan akal tp tidak memanfaatkannya.sekian buat saudara tawakal dan redha aje..mereka akan terima pembalkasan kelak
Okt 05, 2009 @ 17:52:52
nodin nasib kita serupa….
Okt 10, 2009 @ 11:58:36
samala bro….kita ni…
Okt 10, 2009 @ 15:59:34
Salaam. ih ih ih kesiaan, ramai pompuan yang lawan tokey skrg yer, dah lupa bahawa Islam sudah angkat mereka dulu dari keadaan hina kepada mulia
harap kaum perempuan jangan lah nak jadi lebih dari laki, itu sudah melanggar hukum alam dan HUKUM TUHAN
baarokallahu lakum
Mei 12, 2010 @ 02:49:03
salam
bagi nodin saya rasa keadaan isteri awak time tu jadi macam tu sebab dia baru bersalin..bagi ibu y baru bersalin emosi dia xstabil sebab time tu dia tak suci kan u sembahyang so dia lack of iman(maybe..bergantung pada orang) dan dari segi science nya hormon dalam badan dia tak stable jugak u mengawal emosi..yelah suma orang taw kot kalau orang y datang bulan emosi dia tak stable,kerja marah orang dan merajuk je..serupalah ngan orang y baru bersalin..harap suami-suami di luar sana paham..tapi pada masa y sama ibu-ibu kenalah pandai2 kawal emosi jangan sampai jadi gila meroyan..:)
Sep 30, 2010 @ 19:36:51
saudara AHMAD NIZAM
Assalamualaikum wbt. pertama kali maaf kiranya apa yg bakal saya tulis ni menguris perasaan saudara. hati saya tergerak untuk membalas hasil nukilan saudara. bukan atas dasar memperjuangkan hak wanita tapi atas dasar memperbetulkan pemikiran saudara.
memang tidak saya nafikan bahawa martabat wanita pada zaman jahilliyah adalah pada tahap yang hina. tp saya perlu ingatkan saudara yang pada zaman tersebut, akal dan pemikiran bukan berlandaskan AlQuran dan As-sunnah ttp berdasarkan nafsu semata-mata. hinanya taraf wanita pada masa tersebut hanyalah kerana pemikiran dan nafsu kaum lelaki yang merendahkan taraf wanita bukan kerana wanita memang di sifatkan sebagai hina atau lumrah wanita adalah hina.
Allah SWT menaikkan martabat wanita dari hina kepada mulia bukan maksudnya wanita asalnya hina jadi mulia tetapi membawa maksud mengembalikan hak wanita yang pada asalnya mulia tetapi di turunkan taraf oleh manusia yg berakal nafsu menjadi hina.
minta maaf sekiranya buah fikiran saya ini lari dari tajuk perbincangan.
yg baik datang dari Allah yg jahat datang dari saya.
hamba Allah.
Okt 29, 2010 @ 22:48:35
ya allah npa la isteri kmu jd cm2…kcian kt ank yg bru mhu mlihat dunia 2…
Jul 01, 2009 @ 18:03:52
Saudara Nodin, kesian saya lihat anda. Takkan anda biarkan dia caci maki dan hina saudara? Saya fikir adalah sesuatu yang amat biadap!
Saudara, mungkin ada perkara yang dia tidak puas hati pada saudara. Apa kata saudara bawakkan berbincang. Kalau tak jalan, senang je ubatnya… saudara email pada saya, saya akan bantu saudara menakluki semula isteri saudara… Dengan izin Allah… saya ada kenal beberapa org yang ‘pandai’. Ada beberapa amalan yang perlu saudara buat. Jgn risau, semuanya ayat Qur’an. Qur’an tu mukjizat. Banyak perkara dia dapat bantu. Kita sahaja tak sedar.
Dan mungkin juga isteri saudara ni dah kene sampuk jin. Ubatnya, bila dia mengamuk tu saudara masuk dalam bilik air ambik sebaldi air, siram ke seluruh badannya. Itu ubat paling baik. Sedar la dia nanti.
….di mana aku berada di sana ada DIA…
Okt 20, 2010 @ 15:40:13
Assalamualaikum saudara Mahmud.
Boleh berikan email saudara,
saya ada beberapa masah dan perlukan nasihat dari saudara..
Terima kasih..
Mei 26, 2011 @ 13:58:05
hehe, kelakarlah petua tu..tak dinafikan zaman akhir ni mmg ramai isteri yg nusyuz sprt curang, dan ramai yg curang dgn suami org…nape ye…suami plak yg setia…sabor jela..berdoalah semoga kita ni dijauhkan dari jadi isteri nusyuz..buat saudara nordin, kalau sayangkan isteri bawalah dia berjumpa kaunseling agama mungkin dia kurang ilmu untuk jadi isteri solehah, byk2kanlah berdoa.
Jun 16, 2011 @ 16:18:10
salam,
kepada semua,saya dh berkahwin selama 3 tahun tetapi belum dikurniakan cahaya mata
tetapi sekarang ni saya dan istri selalu bergaduh setiap hari bukan kerana anak tetapi kerana dia terlalu bangga kan kawan dia dari saya,saya tk thu nak kata dia curang ke ngn saya ,tetapi dia seolah sembunyikan sesuatu dari saya,yg dia berkawan tu adalah kawan sepejabat dengan saya dan duduk di hadapan saya,saya sudah berjumpa kawan sepejabat saya tu dan dia kata dia tidak ada apa apa ngn istri saya,tetapi setiap hari malam dia ber masej,istri saya selalu berktakan yg saya ni sakit jiwa ,gila,suami x tanggung jawab,saya buat selalu apa yg dia suruh dan famly dia,tetapi sebaliknya saya yg di hina,tolong la saya semua macam mana nak atasi ini saya amat menyanyangi istri saya tapi saya tak sanggup terima ini semua,saudara mahmudshah boleh ajar saya cara untuk menunduk kan istri supaya taat ngn saya .
Jun 16, 2011 @ 21:33:21
Kompleks juga masalah saudara Yus tu. Banyak yang kena diambil tahu dulu ni utk tahu puncanya.
X mustahil ada gangguan jin juga pada isteri saudara, atau buatan orang, kalau betul seperti apa yg saudara cerita tu.
Dan mungkin juga boleh diikhtiarkan secara psikologi saja. Umpamanya ajak bincang elok2 apa yg dia x suka dan cuba luahkan semua pada saudara dan dengar elok2.
Saudara ikhtiar lah baca ayat ini banyak2 pada isteri;
‘Qul in kuntum tuhibbunallaha fattabi’uni, yuhbib kumullaha wa yaghfirlakum zunubakum wallahu ghafuurur Rahim …’.
Maksudnya: “Katakan olehmu (wahai Muhammad)! Jika kamu kasihkan Allah, maka ikutilah aku, maka Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu …) [Surah Aali-Imran : Ayat 31].
Kemudian ikhtiar lah baca AlFatihah banyak2 pada air minuman yg akan diminum oleh dia. Baca pada air untuk dibuat mandi lagi bagus, campur limau nipis, psl jin x suka bau limau nipis.
Baca biar betul TAJWID, jangan salah, dan hayati maknanya
Kalau x jadi jugak ikhtiar ni, cuba saudara jumpa lah mana2 ustaz yang arif di tempat saudara, kena byk bincang jugak tu
Semoga Allah permudahkan urusan saudara, semoga diberi ketabahan mengharungi ujian ini. Baarokallahu lakum
Jun 17, 2011 @ 08:36:59
en nizam terima kasih kerana bagi saya cara untuk mengatasi nya,saya masih lagi begaduh juga,kdg istri saya minta saya cerai kan dia setiap kali bergaduh dan keluar rumah lari setiap mlam…
ayat tu perlu dibaca waktu bila ya.
Jan 23, 2013 @ 21:18:06
salamualaikum..mintak tolong ajarkan kaedah untuk menjadikan isteri saya taat.dah abis ikhtiar saya buat.:(
Jul 26, 2009 @ 23:16:49
Salam Sejahtera
1. Apa hukum si isteri jika menolak “pelawaan” suami bukan kerana penat atau tak ada mood tapi sama sekali hilang mood dek memakan ubat hormon untuk menstabilkan menstruasi hinggakan si isteri adakalanya terjadi depression.
2. Apa hukum si suami, oleh kerana marah & tersinggung, telah menampar kedua dua pipi isteri di antara bawah telinga dan jaw line dan sekali gus membuat mulut istri berdarah. Bukan itu saja, bahu kiri isteri juga di tampar.
Dalam situasi ini, siapakah yg bersalah dan apakah yg harus si suami & isteri lakukan. Harap jelaskan.
Terimakasih
Ogo 04, 2009 @ 22:47:05
saya nak bertanya.
adakah sayasalah kerana menampar isteri yang bercakap buruk mengenai mak mertuanya? contohnya.. perangai mak dengan abang sama ja dan mak memang nak pisahkan kita.
selepas itu, dia keluar dan tinggalkan saya tanpa pengetahuan. adakah itu dikira nusyuz?
adakah nusyuz boleh hilangkan hak penjagaan anak?
keterangan dan nasihat saudara amat dihargai.
Ogo 05, 2009 @ 02:13:54
Salaam Man, Dalam Islam memang tidak digalakkan memukul paras atas dari pinggang isteri, apa lagi kepala atau muka. Dan tidak boleh hingga mencederakannya. Tentang kata2 kesat isteri tu adalah salah dia, tetapi jangan kita pula terbawa2 buat salah kerana dia hehe
perbuatannya itu sememangnya dikira nusyuz jika tanpa izin dan pengetahuan saudara. Apa lagi jika saudara tidak merestuinya. Soal isu rumahtangga ni kena tanya orang yang lebih ahli dalam bidangnya. Saya nak jawab pun kang x pasal2 kena saman oleh Pejabat Agama nanti hehe
Begini Man, sila ziarah laman web Ustaz Zaharuddin di
http://zaharuddin.net
atau Ustaz Azhar di
http://ustazazhar.com
InsyaAllah lebih jelas di sana. Tapi Man perlu register dulu di laman2 web tersebut sebelum boleh bertanya. Jazaakallahu khoirol jazaa’. Semoga rumahtangga Man kembali aman buat selamanya, amiin
Nov 03, 2009 @ 05:46:22
Assalammualaikum..
Sebagai seorang suami saya telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Tempat tinggal, makan dan pakai yang sempurna, menyediakan kenderaan juga mengizikan isteri untuk bekerja. Usia perkahwinan saya sudah menjangkau 12 tahun namun dalam kehidupan rumah tangga seumpama gigi dan lidah yang sesekali tergigit walau pun dalam ruang yang sama, begitu juga dengan saya yang mengalami masalah sedemikian. Saya akui isteri saya telah melakukan NUSYUZ kerana tidak melaksanakan tugas yang sepatutnya kepada suami namun kerana rasa kasih dan saya yang saya letakkan terlalu tinggi kepadanya menyebabkan saya menolak ketepi dan cuba untuk tidak menjadi ego kepada isteri namun 3 tahun yang lepas berlakulah kejadian yang di luar jangkaan saya di mana isteri meminta keizinan untuk bercuti sendirian untuk menenangkan fikiran dan saya merelakan namun 2 hari merelakan dia bercuti dengan tidak saya jangka bercuti bersama KEKASIH nya bermalam di hotel dan dapat di bayangkan perbuatan sumbang mereka di mana seorang isteri menyerahkan tubuhnya bersama seorang lelaki yang bergelar suami orang.Namun demikian saya masih dapat menerima isteri saya kerana masa depan anak2 dan keharmonian keluarga malahan di saat ini isteri saya malu dengan perbuatannya yang telah saya ketahui dan minta di ceraikan..
Saya harap ustaz dapat memberi penjelasan yang terperinci tentang kes saya.
Terima kasih
Okt 29, 2010 @ 22:57:31
apa yg tjdi pd saudara danial pnah tjadi pd sy ktika sy sdang hamil dn tnggu ms untk bsalin..pnyalah hancur hati sy bla suami sy btrus terang n mntk maaf kpd sy saat2 sy hndk bsalin…tp memikirkn ank yg bkal lahir sy masih bsma suami skrg tp sy tdak akn prnah mmaafkn prbuatan tkutuknya mbuat dgn isteri org…sy cuma mhu allah tnjukan jln yg benar pd suami n mntk dia btaubt…
Mac 29, 2011 @ 11:45:38
sabar lh yer..itu jer lh mampu..
Mac 29, 2011 @ 11:53:22
knapa lg nak berharap dengan istri derhaka begitu..anak dan suami pun dia xingat.biar lh dia cara hidup dia.harap2 dia btaubat nak begiler dengn org lain pun bodoh sgt..dh byk pgajarn,,kesudahanya mmg xbek punya,xdpt kbhagian selagi bperangai begitu.bla dh istri kurg ajar begitu..xda masalah lepaskn saja..mst dia akn menyesal nanti.isteri xtau d untung..mmg layak mgisi borg para2 wanita penghuni neraka..kalau xbtaubat.jagn jd suami dayusss
Nov 08, 2009 @ 21:08:32
Salam Tuan,
Harap dapat bantu saya… kesemua perkara diatas telah saya lalui dan saya mohon tuan mengajar kami di sini ayat2 Al Quran yang mampu menenangkan hati isteri kami. Ini kerana pengaruh dari luar yang telah banyak menyesatkan minda isteri2 zaman ini. Harap tuan dapat mengajarkan ayat yg mampu melembutkan hati mereka.
Sekian.
Zum
Feb 10, 2010 @ 09:52:00
Assalammualaikum,
Saya simpati dengan dengan nasib kisah yang telah saya baca. Seperti tak percaya dengan sikap isteri yang berani memaki hamun atau memukul suami. Berlainan pula dengan nasib saya. Saya telah berumah tangga selama 17 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Suami saya jenis yang panas baran. Bila dia marah saya sering di pukul dan di hina. Malah saya di tuduh macam macam. Saya hanya mampu menangis dan berdoa agar suatu hari nanti Allah akan membuka hatinya untuk berubah. Jiwa saya tertekan kerana suami jenis yang tak boleh di ajak berunding. Saya sering di halau dari rumah. Namun saya tetap tak mahu keluar kerana saya fikirkan nasib anak anak sya jika saya tiada. Demi keselamatan anak anak saya, saya rela dihina oleh suami saya. Tapi tak tahulah sampai bila saya harus bersabar. Mungkin hingga saya mati. Saya berserah takdir saya pada Allah. Kerana ini adalah suratan hidup saya. Terus terang sya katakan saya rela suami sya kahwin lain asalkan saya terlepas dari siksaan ini. Saya yakin Allah mendengar doa orang orang yang teraniaya. Cuma masa belum tepat untun orang orang itu menerima balasan dari Allah. Semoga suatu hari nanti mereka akan sedar. Pernah di hati saya ingin membalas perbuatannya. Tapi saya berfikir balasan saya mungkin sedikit dan tak ada kesan buatnya. Tunggulah balasan dari Allah. Sebagai isteri saya telah melaksanakan tanggung jawab saya sebagai isteri. Terpulanglah padanya untun menilai saya. Sekian!
Mei 26, 2011 @ 12:19:36
bw2 le bersabar
Feb 11, 2010 @ 01:51:22
assalamualakum..
Sy pernah menjadi isteri derhaka selama 5thn awal perkahwinan. Alhamdulillah..thn ini adl thn ke-6 dan sy telah diberi Hidayah dr Allah. Sy solat taubat dan sering minta maaf pd suami. Asnah, bykkn doa, solat mlm & byk bc buku agama terutama t/jwb isteri dlm islam. Then ikuti spt yg Allah amanahkn itu. Ins Allah..Allah akn makbulkan doa. Fahami asma ul husna krn itu la Allah..yg bo menganugerahkan sifat belas kasihan pd suami. Setakat ini, sy amalkn fatihah 3x@20x ktk suami msh tidur & tiup pd ubun2. then, sy bykkn zikir tk kira tgh basuh pinggan/kemas rmh, solat mlm. Dan akhir skali sy patuh dgn apa sj kehendak suami..sedia berkorban utk kesenangannya.alham..suami menjadi lbh baik.
Jun 29, 2012 @ 06:49:29
Alhamdulillah..”LAA ILAAHA ILLAA ANTAA SUBHAANAAKA INNIII KUNTU MINAZHZHAALIMIIN”.
Feb 11, 2010 @ 08:18:49
Wa’alaikumsalam Mel….
Terima kasih kerana sudi membaca kisah saya. Dan terima kasih atas nasihat yang di beri. Saya rasa sungguh terharu kerana masih ada orang yang mahu mendengar rintihan hati saya. Insya Allah saya akan menuruti nasihat Mel.
Sekali lagi terima kasih.
Mei 11, 2010 @ 16:29:41
salam semua, mengapa suami saja nak dilayan dengan baik, isteri juga berhak untuk dilayan sebaik mungkin….
Mei 11, 2010 @ 23:07:59
Salam..Amoi,meh sy jwbkan..Suami wajib melayan isteri dgn baik kerana isteri adalah saksi apabila suami disoal oleh ALLAH..Apabila si suami tidak menzalimi isteri,membimbing dan membahagiakan isteri barulah ALLAH meredhai si suami masuk syurga..Tetapi isteri memerlukan redha suami,barulah ALLAH akan meredhai si isteri pula masuk syurga..Redha ALLAH pada golongan isteri bergantung kepada redha suami..Jika si suami tidak meradhai isterinya,maka ALLAH akan menahangguhkan dari memberi Redha kpd si isteri..Krn itu ALLAH mengingatkan para2 isteri menjauhi sifat2 nusyuz..Dlm sirah Nabi Nuh,isterinya xmahu beriman lalu ALLAH menjatuhkan musibah padanya wlwpun dia isteri nabi..Tetapi berbeza pula dlm Sirah Nabi Musa dimana ibu angkatnya iaitu isteri Firaun beriman kpd ALLAH tetapi suaminya Firaun derhaka kpd ALLAH lalu ALLAH tenggelamkan Firaun dan tenteranya di laut Merah..Kesimpulannya:Jika suami tidak beriman,redhanya pd isteri tidak terpakai krn dia msuk dlm golongan yg zalim disisi ALLAH..Tetapi jika suami yg beriman tidak meredhai isterinya(krn Nusyuz),ini yg akan memberi masalah pd isteri di Mahsyar nanti..Seelok-eloknya kedua-dua pihak kna tundukkan sifat kebinatangan(Nafsu Syahwat&amarah)barulah rumahtangga dapat berjalan selari dgn tuntutan ALLAH..Terjadinya kepincangan dlm hubungan rumahtangga adalah krn kelemahan masyarakat yg tidak menghayati sunnah dan adab2 dlm Islam yg diajar oleh Rasulullah dlm berumahtangga..Arus pemodenan dan kebendaan telah menghakis nilai2 keimanan dlm diri manusia..Wallahualam..
Mei 20, 2010 @ 16:27:41
salam…disini sy hanya nak minta pendapat dgn keadaan sy skang,,sy harap saudara saudari boleh bg respon..sy pernah bnikah 5tahun dahulu,,di narathiwat,x pernah di daftar kn di malaysia,sbg isteri ke-2.setahun 2bulan kmudian sy telah diceraikan suami di tepi kedai tmpat sy bkerja,dia dtg dgn isteri pertama,tapi isteri pertama tgu dia dlm kereta,pd ms itu hanya sy dan suami sahaja,tiada saksi,,dia lafaz kn talak 3 kpd sy,tanpa sy dpt bkata ape2..setelah 5thun hal ni blalu,n sy benar2 percaya yg sy telah jatuh talak,.baru2 ini sy telah bertemu semula dgn suami yg sy anggap bekas suami.dia beritahu sy yg perceraian kami tidak sah,kerana tiada saksi dan pd ms itu dia dlm keadaan terpaksa dan tidak waras,die btau yg dia dh tanya ramai org arif tntg ini dan semua nye mengatakn yg kami masih suami isteri..sy mintak ptolongan saudara semuaselesai k mslh sy kerana sy masih muda,berumur 20thn ketika berkahwin dgn nye dan skang sy bru sahaja nk masuk umur 25thn. ..skang,,sy ragu2 adakah sy masih isteri nya atau sy mmg dh jatuh talak pd ms itu?
Mei 20, 2010 @ 22:50:37
Salam..sy harap saudara penulis dpt menolong saudari yg keliru nih..Masalah disini ialah Kahwin x daftar,cerai pun x daftar..lps tu nk rujuk lps lafaz cerai talak 3..Sy advice saudari rujuk perkara ni ke pejabat agama utk mendapatkan penyelesaian,bkn mendengar dari sebelah pihak..Utk pengetahuan saudari,jika suami meninggalkan saudari selama empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dgn sengaja atau paksa,dan si suami atau wakilnya tidak memberi nafkah selama tempoh tersebut padahal saudari taat padanya atau pihak suami melakukan sebarang mudarat pd tubuh badan saudari,saudari mempunyai hak utk mengadu kpd mahkamah Syariah..Jika sabit aduan saudari di sisi mahkamah Syariah pd ketika itu pihak mahkamah menganggap sudah jatuh Talak dgn cara Talak Khul..
Mei 20, 2010 @ 23:11:32
Salaamun alaikum. Untuk lebih jelas, sila bertanya pada Ustaz Azhar di http://ustazazhar.com
Register dulu di sana percuma kemudian baru dapat tanya pada kotak pertanyaan di tepi website tu insyaAllah
Jun 04, 2010 @ 03:57:39
assalamualaikum,sy nk mnta pndapat saudara skt..patutkah sy mngadu kt pjbt agama,bla suami sy sering mrh2 sy,mki2 sy dgn pngilan x elok..babi ler,bodoh ler..sy dlm brpantang 4 ari mlahirkan anak sulong kami,suami sy mrh2.maki hmun sy,pgl babi kt sy,hya krna sy brtya kemana dia nk kuar wktu itu…sy sedh sgt..tmbh plak wktu 2,sy bru mlahirkan anak..sy jgk pnh minta dia melepaskan sy,krna sy x sgp lg kena maki2 mcm 2…skrg sy btol2 trtekan dgn skp dia..
Jun 04, 2010 @ 09:25:36
Salaam. Saudari Mira, saya rasa kena tengok atas sebab apa dia marah tu. Jika dia marah perkara betul maka isteri x ble melawan. Melainkan suami sndr yg tak betul dan melanggar syariat.
Cuba ajak dia berbincang panjang lebar dulu. Kalau dah tak boleh sangat, dan x bole ajak berbincang langsung, baru lah nak mengadu ke pejabat agama pun.
Maaf lah, saya tidak mahu menganjur yang mana2 kerana saya juga tak tahu keadaan sebenar rumahtangga saudari. Cuma kalau suami dah melanggar syariat dan bukan buat perkara betul, itu sudah tentu boleh isteri cari pihak luar.
Tawakkal pada Allah, semoga saudari dibantuNya. Semoga dipermudahkan urusan kamu, amiin. Baarokallahu lakum …….
Jul 01, 2010 @ 20:55:12
apakah hukumya sekiranya seorang isteri masih mempunyai perasaan sayang pada bekas teman lelakinya dan masih menghubungi bekas teman lelakinya walaupun selepas berkahwin. adakah ini boleh di kategorikan nusyuz kerana si suami sudahpun menasihati si isteri dan melarang untuk terus berhubung dengan lelaki tersebut.
Jul 08, 2010 @ 17:20:26
assalamualaikum, memohon sedikit bantuan. saya bru berumah tangga. terlalu baru. namun keadaan rumah tangga sya sudah bermasalah. persoalan saya,apa kah hukumnya seorg isteri yg masih ada perasaan pada bekas teman lelakinya,dn masih brhubung melalui sms,telefon dn masih menyatakan syg dn rindu padanya. saya sudah menasihatinya agar tdk melakukanya lg namun dia masih berhubung. sampai pada satu peringkat dia telah menghalau saya keluar dr rumah dn tidak membenarkan saya masuk ke rumah atau bilik kami. malah dia pernah keluarkan perkataan bab* pd saya. saya dh cuba berlembut dgn dia. tp dia keluarkan isu nafkah. mmg saya akui x mampu untk memberi nafkah sara hdup yg bnyk disebabkan duit sudah bnyk dihabiskan untk majlis perkahwinan kami dulu.
Mac 29, 2011 @ 12:08:01
askum mohd adlie,aku simpati nasib kau.ialah aku kdg serik juga dgn isteri ni.harap allah lindungi isteri ku dari menderhaka pada aku.tp aku pesan istri ku mula2 kawin..jangan sekali2x menderhaka walaupa pun pa keadaan.dia kdg terlupa dia nusyuz keluar rumah xbg tau.padahal dia tahu ilmu agama smyg xtinggal bca quran hari2x..saya sabar tp dia minta maaf jugk krana teremosi kecil ati dgn saya sbb tu dia keluar rmh.ya allah hidup brmhtngga ni..fuhhh kna byk sabar..buat anak best..tp khidupn bsama2 byk cabaran.
Jul 08, 2010 @ 18:22:54
Wa’alaikumussalaam w.b.t……. saya simpati sangat mendengar kisah anda wahai Mohd Adie. Jika betul la apa yg saudara katakan itu, isteri anda sudah melakukan kesalahan yang besar. Dah kategori NUsyuz dah tu.
Walaubagaimanapun, saya nasihatkan saudara ke laman web Ustaz Azhar di http://ustazazhar.com untuk penerangan yang lebih lanjut soal hukum hakam ni. Saudara boleh register di situ untuk membuat pertanyaan di kotak komen website tersebut . Baarokallahu lakum
Okt 05, 2010 @ 15:27:35
salam..sy adalah senasib dengan suami2 yang lain…kes sy ini agak parah..selepas wife sy melahirkan anak yang ketiga hubungan sex kami agak kurang kerana sikapnya yang dingin terhadap saya…saya berkerja jauh darinya..balik pun sebulan sekali..masa saya balik saya mengharapkan belaian seorg ister..tp tidak berlaku apa yang seorg suami perlukan..sy tanya dia kenapa dia jadi mcm ni..dia jawap letih pada saya..ok sy boleh terima lagi mungkin letih sbb jaga anak2..sy tanya xkan sekali pun x bleh..dia jawap kalau balik sekadar nak buat projek baik x payah balik..ok sy mengalah sbb x nak keruhkan keadaan..sy x tido mlm tu..sy baring sambil mengadap muka kearah dia…dia ingat saya dah tido..saya perhatikan dia..lps tu saya nampak ada sesuatu yang dia lakukan..rupa2nya dia melancap malam tu..sy mengucap panjang..sy tegur dia..boleh dia buat pekak kat saya..lps tu sy kuar tido kat luar..pagi tu slps sy solat subuh sy tanya dia..apa yang dia buat semlm..dia cakap x buat apa2…sy terus terang dengan dia..sy tanya semlm bkn awk melancap..dia marah sy..dia cakap sy fitnah dia..sy cakap sy nampak dengan mata sendiri..merengek2 sambil tangan sebelah kat dada dan sebelah lagi kat bawah..saya dah mula marah..dia dah mula maki hamun saya..saya cakap mcm ni..klu awk x bersalah dalam hal ni..pegi ambil wudhuk awk bersumpah depan saya yang awk tak lakukan perkara ni..lps tu dia cakap gila ke laki aku ni..bleh main2 dgn al quran..sy pun malas nak panjangkan cerita..saya siapkan baju saya masuk dalam beg..bawa anak kuar mkn pagi jap..lps tu antar anak blk umah saya terus keluar umah tu dengan hati yang sedih..saya dah nekad dlm hati sy..sy xakan ampunkan dosa2 dia pada saya..selagi dia x memohon maaf dan x mengaku kesilapan dia..sy akui dia x pernah curang dengan saya..dia x der lelaki lain..dia ni jenis degil dlm diam dan seorg pendendam..skrg ni sy anggap dia sebagai isteri yang derhaka..
Jan 14, 2011 @ 09:31:02
Sepanjang perkahwinan saya dengan suami saya, suami saya banyak meletakkan syarat2. Salah satu syaratnya ialah tidak memakai seluar panjang yang ketat di luar rumah walaupun baju yang dipakai labuh menutupi punggung. Entah macam mana, sekali tu saya telah keluar untuk membuang sampah di luar rumah. Saya melihat seluar panjang yang dulunya ketat sekarang dah longgar, jadi saya membuat andaian sendiri yang seluar itu dibolehkan untuk dipakai keluar rumah. Bodohnya saya tidak bertanya pendapat suami terlebih dahulu. Adakah ini nusyuz? Kalaupun nusyuz, saya rasa saya telah mendapat semua hukuman drpd suami; suami telah memukul saya 3 kali di atas kepala & ditangan dengan kuat juga, sambil berleter tentang dosa. Memang selama inipun kami jarang tidur bersama kerana suami selalu tertidur di sofa tamu selepas membuat kerja pejabat yang dibawa pulang. Hanya ada masa tertentu dia akan tidur bersama saya bila saya diperlukan. seminggu adalah 2/3 kali. Perkara ini dah jadi biasa, walaupun orang lain nampak pelik.Apa komen anda?
Jan 16, 2011 @ 00:14:08
salam,sy ingin mengajukan beberapa soalan buat…sy telah berkahwin selama 7 tahun dan mempunyai seorg chy mata perempuan..seawl perkahwinan sy telah di uji dengan pelbagai ujian sehingga membuatkan sy hampir putus asa.Sy terpaksa berkahwin dgn seorg lelaki yg x cintakan sy dan sy mengahwininya tanpa menyedari yg dia sudh mempunyai seorg kekasih dan sudh jauh menyimpang dgn kekasihnya sblm mengahwini sy.sy pnh tertekan dn keguguran akibat masalah suami sy yg msh menghubungi bekas kekasihnya di depan sy tanpa menghiraukan sy..sethn menempuhi alam perkahwinan pelbagai hadiah sepak terajang yg sy perolehisehinggakan sy x sgp pergi kerja kerana pernh bengkak di dahi dan sebagainya.Selain itu suami sy juga seorg tauke d*** yg x ptt sy ceritakan disini dan juga seorang kaki mabuk.sy juga pnh di ajar untk hisap d*** mgkin krn dia xthn sy asyik memarahinya.slps mengandung dn melahirkan anak sy meninggalkan semua kgiatan tersebut namun suami msh jg belum berubah justeru sy mngambil keputusan utk melanjutkan pelajaran.namun begitu,suami sy msh jua berhubung dgn bks kekasihnya walaupun sdh 6 thn usia perkahwinan kami,sy juga semakin kerap di hambur sumpah seranah,maki hamun,serta sering sj di halau suami,dan kali terakhir sebelum sy meninggalkan suami adalah kerana dia memukul sy di kepala sehingga berdarah hidung dn kepala sy bengkak dikerjakannya..hanya kerana satu alasan yg mmg x msk akal.sy pnh mngajukan soalan knp dia tidak menceraikan sj sy dn mencr org lain?katanya dia x mh menceraikan sy tp mahu melihat hdp sy tersiksa..suami sy mmg terkenal dgn sifat pns baran..dia jg pnh berkata sekiranya sy mahu meminta fasakh dia mh mencurah asid ke wjh sy…sy bingung skali..nmn sjk peristiwa di pukul sehingga berdarah sy lari dan tggl dgn ibu sy.Mungkin sy bkn seorg yg perfect spt org lain…nmn sy pnh jg muhassabah dr sy dimana silap sy,apakah kekurangan sy…sy jg bukanlah seorg yg hodoh.mgkin sy x pandai mengambil hatinya sptmana bekas gfrendnya? tp sy seorg mudah di bw berbincang,sy jg seorg yg periang dn x suka bermasam muka…hubungan sy dgn keluarga mentua pn ckp baik sekali mlh sy merupakan menantu kesyangan mereka…tapi sebaliknya…hubungan sy dn suami cukup menyakitkan hati..sejak sy berkahwin dgnnya dia tdk pnh sekalipun dia memeluk sy..cm apabila waktu dia inginkan sy shj itupun sy seperti habis madu sepah di buang…akibat sering di pukul tanpa sebb dn sbb yg kecil sy jd tawar hati dan beerdendam dgn lelaki..apakah salah saya?..dan sy ingin bertanya haaruskah sy meneruskan perkahwinan yang langsung tiada kemanisan dan makna ini?…cuma masalahnya putri sy yg masih lg kecil..haruskah sy meneruskannya meskipun dia langsung tiada tanda2 utk berubah?…berdosakah sy meninggalkannya stlh dia memukul sy dgn begitu teruk sekali?..dan adakah suami sy mencintai sy?…
Jan 16, 2011 @ 21:19:07
Saya sudah berkahwin kira kira 10 tahun, kami tidak mempunyai anak, ada seorang anak angkat 5 tahun. Suami saya seorang yang baik cuma tidak pandai untuk menganbil hati sama ada saya atau ahli keluarga saya, dalam kebanyakkan masa dia hanya sebuk dengan masa dia di depan komputer atau memerap dalam bilik. Untuk mendengar suara dia dalam sehari pun mungkin sepatah dua sahaja dia bercakap. untuk kerja2 rumah pun dia tidak ambil kesah, malah untuk mengangkat sampah di dapur untuk dibawa kedepan rumah pun dia tak pernah lakukan. Dalam melayan saya pula, dia tidak ada pujuk memujuk atau yang dikatakan romantik, hannya dengan cara terus mahu sahaja, kadang2 saya tidak bersedia pun untuk melayan dia. Hal2 ini membuat saya tertekan dan bingung. Baru2 ini saya terjumpa semula bekas kekasih lama saya, dan diam2 kami menjalinkan hubungan semula. Cinta kami berbalas. Apakah hukum saya sekiranya saya ingin menerima bekas kekasih saya yang dahulu. Bagaimana saya ingin perjelasan pada suami saya? Saya sudah tidak mahu terima suami saya lagi, yang hanya tinggal hanyalah rasa kesian pada dia.. Bagaimana?
Feb 03, 2011 @ 13:49:00
saya sudah berkahwin 7 tahun dan di kurniakan 3 cahaya mata yang sgt saya sayang.dalam masa 7 tahun ini pelbagai dugaan saya hadapi dan saya harungi termasuk lah masuk makamah syariah. saya sayangkan isteri dan anak2 saya .isteri saya seorang yang cepat marah. baru baru ini isteri saya telah keluar tanpa mendapat kebenaran saya dan membawa anak2 ikut bapa dia balik kampung saya tidak pernah membenarkan …..
adakah isteri saya ini di katakan nusuz sebab anak saya masih bersekolah dan isteri saya mengajar saya supaya menipu pada pihak sekolah semata mata ingin balik kampung tanpa alsan yang munasabah. sekarang dah 2 minggu dia di kampung.
apakah hukum isteri yang kurang ajar pada suami dan mak mertunya.
meninggi suara bercakap kasar suka membezakan suami sendiri dengan suami orang tidak cukup dengan ape yang di berikan sombong tidak mahu sembahyang mempunyai sifat dendam terhadap suami tidak takut dosa
saya lebih banyak berdiam diri dan besabar…. apa yang patut saya lakukan…. tolong….
Feb 03, 2011 @ 18:45:39
Salaamun alaikum. Untuk lebih jelas, sila bertanya pada Ustaz Azhar di http://ustazazhar.com
Register dulu di sana percuma kemudian baru dapat tanya pada kotak pertanyaan di tepi website tu insyaAllah
Juga boleh rujuk kepada Ustaz ZAharuddin di zaharuddin.net
Atau pun rujuk lah pejabat agama, atau mana2 ustaz di surau2 atau masjid. Saya bukan ahli dalam syariah, dan saya tidak berani untuk menjawab soalan2 di atas, harap maaf. Artikel di atas pun saya telah sertakan sumber dari mana saya dapat . Terima kasih
Mac 05, 2011 @ 10:02:42
as”mekum.saya nak tnya sedikit masalah saya.saya dah bernikah lebih 4thun tpi msih mcm anak kecil sering kali bertengkar.isteri saya pemarah dan sombong salah sedikit dia marah berpanjangan .klu tk di pujuk dia tk akan berhenti marah.jujur saya katakan saya sengat tersiksa sehinga kadang kala saya terfikir untuk bercerai.PERTANYAN SAYA APAKAH YANG SAYA LAKUKAN AGAR SAYA TIDAK TERTEKAN?
Feb 20, 2011 @ 20:44:41
Apa hukumnya sekiranya si isteri keluar meninggalkan rumah tanpa izin suami lebih daripada 3 bulan?
Alasan keluar rumah katanya sebab suaminya ada perempuan lain melakukan maksiat dibelakangnya tapi bukan buat maksiat di rumah mereka la. Maksudnya konon isteri tak mahu turut serta berdosa atas apa yang dilakukan oleh suami. Macam mana tu Ustaz? Si suami pernah menyuruh si isteri pulang ke rumah tapi si isteri engkar.
Adakah si isteri itu nusyuz? Persoalannya adakan si isteri nusyuz dan apa syarat-syarat seorang isteri itu nusyuz?
Dan sekiranya bercerai adakah dia juga berhakmenuntut tuntutan harta pencarian, dan sebagainya?
Mac 03, 2011 @ 23:32:35
same la nasib dgn saya,, sy berniaga dari awal tamat persekolahan, bercampur dlm dunia perniagaan, dan terlibat dlm aktiviti berkaraoke dan lain lain,, namun saya memberi apa yg terbaik buat isteri dan anak anak,, saya tak pernah sekalipun naik tangan apatah mencederakan isteri saya, namun oleh kerana saya selalu meninggalakan solat maka pada suatu hari isteri mendaftarkan penceraian dimahkamah,,, setelah 14 tahun bersama dan dikurniakan 6 anak, saya tidak rela akan penceraian dan mempertahankannya dimahkamah, bahkan saya memfailkan perintah taat terhadap isteri saya,, baru baru ini isteri saya telah memfailkan fasakh terhadap saya,,, patutkah saya menceraikannya atau patutkah saya lawan kes yang difailkan terhadap saya,, kenapakah isteri zaman sekarang begitu mudah derhaka pada suami,,
Mac 03, 2011 @ 23:34:51
bukankah suami asiah ,, si firaun itu lebih zalim,, tetapi asiah tetap sabar dan akhirnya dimakbulkan doa dgn dibina istana disyurga,, itulah balasan kepada isteri isteri yang sabar dan taat kepada suaminya,,,,,
Mac 05, 2011 @ 09:51:52
saya telah bernikah sudah lebih 4thun.tpi masih bermasalah mksdnya bergaduh melaluai tangan atau mulut.kmi sering kali begini sehinga sekarang.dan yg lebih menyakitkan hati saya isteri saya pemarah dan sombong.apakah yang harus saya lakukun agar batin saya tidak tersiksa..
Mac 05, 2011 @ 15:51:15
mmg la asiah tu mendapat balasan syurga dari Allah S.W.T atas kesabaran die menghadap perbuatan Firaun.xdinafikan firaun tu lebih kejam dari kalian(lelaki) tp perlu diingatkan bahawa bukan semua para isteri didunia ini “Asiah”…semua manusia ada limit of patience….sebelum kita mengharap yg si isteri memaaf n menerima si suami(lantaran perbuatan suami yg dahulunya ntah pape tu) sebagaimana Asiah, tilik dulu diri kita tu whether kita ni sesabar Nabi Nuh ke yg sanggup menghadap isteri n anak sendiri yg kafir menentang secara terang2….dah konfirm2 isteri Nabi Nuh tu lebih derhaka…tp die sabar je….so b4 kita menginginkn isteri seperti Asiah maka berfikir lah dulu adakah kita seperti Nabi Nuh…memang mereka para syuhada Allah…berkemungkinan kita x mampu untuk jd seperti mereka…pendapat sy, buat la sehabis baik dalam kehidupan ni tuk melayari bahtera rumah tangga dengan iringan panduan kitab Suci Allah…suami mahupun isteri mainkn peranan masing2…biarpun kita x mampu menjadi seperti Nabi Nuh mahupun Asiah tp biarlah at least we try to be a good muslim n muslimat yang menuju ke jalan Allah demi keredaanNya….
Apr 07, 2011 @ 10:25:01
saya telah bernikah 8 thn, dalam masa 2 tahun lalu isteri saya sudah mula mengenali dunia cyber sprt social networking dan chatting. Mula2 saya rasa d ingin mencari kawan2 lama masa zaman sekolah. Tapi tanpa disangka d mula berkenalan dengan lelaki luar negara yang melalui chatting dan webcam . Dia pernah ditipu oleh “Awang Hitam” yang mana menghantar barang dari luar negara dn memasukkan duit sebnayak 5000. Saya tahu password dan membaca segala perbualannyan dengan rkn2 di chatting yang berbaur seks. Pada 2 bulan lalu saya mendapati istei saya telah membuat janji dengan salah seorng lelaki. Saya telah menyiasat dan menelfon lelaki tersebut dan menasihati supaya wanita itu masih lagi isteri orang . Dalam masa tu isteri saya telah mengetahui saya telah menelefon rknnya dan memaki hamun saya. Sehinnga saat nie di meminta cerai atas kesilapan saya masuk campur hal peribadinya. Dia sering memaki hamun saya dan meninggalkan tanggungjawab sbg isteri kepada anak2 dan saya. Malah kami tidak bertegur sapa krn isteri saya asyik mengamuk dan maki hamun saya dan keluarga saya. Salahkah saya sebagai suami dan ketua keluarga menjaga hal peribadi isteri saya? Saya runsing masalah saya nie . Dia juga amat benci saya bila d melihat saya pulang ke rumah….
Mei 11, 2011 @ 00:25:36
salam. semua.
saya berkahwin dengan isteri yg tua setahun dari saya namun tidak merasakan faktor umur yg menjadi masalah. tetapi sikap. isteri saya suka menggunakan perkataan kesat. meninggikan suara semasa suami bersikap lembut. sentiasa mengamuk jika kehendak tidak dituruti. pernah mngugut untuk melarikan diri. pendek kata kurang ajar dimata saya. saya cakap kat isteri saya tanggung jawab isteri pada suami and suami pada isteri.saya juga cakap sabar ada batasnya. dan sentiasa bagi warning yg saya mungkin akan buat keputusan yg dier xmau dengar. masih lagi menajwab dier peduli ape. tadi dier meniggalkan sepucuk surat kononnya dier x layak untuk saya n macam2 kata nak blah..tinggalkan saya.. patu saya jumpa dier menyorok kat tingkat atas.menangis. ingatkan dah insaf.. saya bawa dier tunaikan solat berjemaah… zuhur, asar, maghrib…tpi.. mlmnya dier buat balik.. mngamuk lagi n meninggikan suara n xmau dengar kata. apa tindakan saya yg sewajarnya.. jenis xmakan saman
Mei 11, 2011 @ 13:30:16
Assalamualaikum Kepada Encik Suami..
Berat jugak masalah yang awak hadapi. Tapi inilah dunia, tiada yang sempurna. Dari apa yang awak tulis jelas menampakkan kewujudan sikap memberontak pada isteri awak, tapi dalam memberontak itu jelas sekali ada sikap ingin di ber perhatian dan dimanjakan.
Sikap dan perangai bagi saya datang dari manusia (major) dan kelemahan yang ada pada isteri awak haruslah dikekang dan dikawal oleh si suaminya iaitu awak.
Bagi saya, dia memang menyayangi awak, dan kata2 dia hanyalah bersifat mahukan perhatian dan mungkin jugak kerana jenis yang lepas cakap. Malangnya perkataan yang dia sebut selalu buat awak terasa. Awak sebagai suami harus faham isteri awak lebih dari orang lain.
Bagi saya, memarahi dia, atau warning dia adalah tidak spatutnya awak lakukan kerana sebelum ini awak dah lakukan berkali2 tapi tidak berhasil. Bagai mencurah minyak ke dalam api je saya rasa.
Saya rasa, awak cubalah tunjukkan protes awak pada dia dengan cara MENDIAMKAN DIRI untuk sesuatu tempoh atau masa. Tapi janganlah sehari suntuk plak buat macam tu. Buatlah berpada2 ya. Kita kena pandai psiko sikit perempuan ni.
Mungkin dia sudah terbiasa dengan marah awak atau warning awak. Mungkin bila dia lihat awak hanya mendiamkan diri membuatkan dia tersedar dan menjadi lebih menghormati.
Tunjukkan marah dengan DIAM….Selamat mencuba
Thanks
Mei 17, 2011 @ 21:56:30
assalamualaikum..
Di sini ingin minta pandangan dari semua pembaca mengenai masalah saya
Saya sudah berkahwin selama 5 tahun, baru merai ulangtahun perkahwinan yg ke5 2 minggu lepas, kami mempunyai 2 org anak. 4 thn dan 2 thn. Isteri saya seorang yg berkerjaya, mempunya jawatan yg tinggi dalam company GLC. saya cuma juruteknik sebuah syarikat computer di shah alam. awal perkahwinan kami memang rukun dan damai, sejak isteri saya melahirkan anak yg ke2 dan dia mula meceburi bidang makeup, dia sudah berubah, setiap hujung minggu dia ade job makeup diluar dan dia meninggalkan anak anak .saya selalu menasihati isteri saya supaya lebih bertanggungjawap kepada saya dan anak anak, tetapi isteri saya buat dunno jer, saya masih bersabar. sudah 2 kali dia meninggalkan rumah tanpa izin saya, dan baru baru ini dia membuat aib mengenai saya di facebook. jika berlaku pergaduhan, dia akan meninggikan suara, dan mengherdik saya. dia menyatakan saya tidak bertanggungjawap, untuk makluman, rumah yg kami tinggal adalah rumah isteri saya, saya mengaku saya tidak mampu menyediakan tempat tinggal kerana gaji saya yg kecik , tapi nafkah zahir batin saya beri, kelengkapan rumah, utiliti bill, susu anak, pampers, barang-barang dapur saya sediakan selagi saya mampu memandangkan gaji saya jauh lagi kecik dari isteri saya. baru baru ini dia telah keluar rumah tanpa pengetahuan saya dan tanpa meminta izin dari saya, saya menasihat isteri saya lagi secara lembut tapi dia meninggikan suara dan mengungkit kisah lepas. saya tidak pernah memukul isteri saya, saya masih bersabar, saya cuma fikirkan masa depan anak anak saya. saya buntu, dan saya masih sedaya upaya untuk mengekalkan rumahtangga yg kami bina. saya ada terfikir untuk failkan nusyuz.
Mei 24, 2011 @ 01:52:33
Assalammu’laikum kepada saudara MeowGemok.
Apapun permasalahan saudara ini adalah asam garam rumahtangga yang harus ditempuhi. Allah menjadikan isteri saudara sebagai isteri, sebagai tulang rusuk kiri saudara. Senang sahaja. Bawakkan berbincang dan bermesyuarah dengan si isteri. Bincang elok-elok. Beritahu dan ingatkan padanya di mana letaknya syurga seorang perempuan.Kalau dia masih lagi sebegitu perangainya, senang sahaja. Belajarlah ilmu menundukkan isteri.
Adapun di dalam beberapa kisah para sahabat, keadaan sebegini memanglah lumrah kehidupan. Kita serba salah jadinya. Nak ikutkan isteri kita pula dayus tak reti menegur. Nak bertegas dan bertikam lidah, sampai bila pula kesudahannya. Jadi gunakanlah cara yang sebaik-baiknya; dan yang paling penting suami mestilah ber’ilmu’. Sebanyak mana pun harta bendanya si isteri, pastinya akan habis. Ilmu? Tidak akan habis malahan bertambah dan bercambah. Wanita ini umpama tulang rusuk kita. Jika dibiarkan bertambah bengkok, jika dipaksa meluruskan, patah pula. Jalan terbaik, buatlah solat hajat, minta bantuan Allah. Kita ini ber-Tuhan. Dan Isteri saudara juga ber-Tuhan. Kami doakan mudah-mudahan saudara mencapai keputusan terbaik bagi menangani masalah ini.Kuasa ada pada saudara
.
…di mana aku berada di sana ada DIA…
Jun 17, 2011 @ 10:16:14
Salam..
Moga Allah mengampuni dosa2 si isteri atau si suami yg dikatakan nusyuz, derhaka, dan sebagainya. Betul kata Mahmud Syah, perkara2 seperti ini adalah asam garam berumah tangga.
Ya, si suami perlulah berilmu, barulah si isteri akan tunduk dan menghormati si suami walau dengan apa cara sekali pun. Tetapi tidaklah saya katakan semua di sini tidak berilmu, tetapi
perlulah diingatkan sekali lagi, setiap mukmin pasti diuji.
Berilmu tinggi mana pun, pasti akan diuji Allah. Gunakanlah ilmu2 yang saudara-saudari ada itu, untuk menyelesaikan masalah2 anda semua disertai dengan usaha. Allah sangat suka manusia yang selalu berusaha ke arah kebaikan.
Mereka inilah yang selalu mendapat ganjaran dan keberkatan dariNya. Jika pergi kaunseling, hanya mendengar tetapi tidak pratikkan, apa yang anda bakal dapat?
Ya, berusaha itu sangat perlu dalam membetulkan salah dan silap kita sebagai manusia.
Maka pada itu, gunakanlah ayat2 Al-Quran dalam membentuk rumah tangga serta membina pendinding dalam mengekalkan dan meyelamatkan rumah tangga yg sedang bergolak.
Meja yang tidak dipaku betul, pasti suatu masa akan roboh juga. Maka sebab itulah perlu kita pahat paku tersebut sehingga betul2 semat dan kemas. Letaklah barang seberat manapun atasnya, pasti tidak akan roboh. Ya, ada maksud tersirat di sini.
Fahamilalah, berdoalah dan percayalah, Allah pasti menolong jika kita berusaha dengan cara yang betul untuk rumah tangga yang indah idaman setiap keluarga.
Amin…
Jun 18, 2011 @ 23:41:04
salam untuk semua, sy baru shja sebulan mendirikan rumah tangga. masalah yg sy hadapi ialah kombinasi dari masalah saudara2 di atas, maki hamun sms, kutuk famili sy terutama ayah saya, isteri menolak permintaan untuk bersama – alasan nak kekal dara selamanya, tak nak balik ke rumah mak saya, setiap percakapan sy dan perbuatan nampak hina di mata dia, nak bercuti ke melbourne tetapi paksa untuk sy bg izin, bercuti pon mengajak kawan perempuan takpa ini dengan lelaki lagi, kadang2 ok mcm innocent sgt, tp kalau marah macam singa betina, menolak kepala saya sambil kata ‘bodoh’, senang cerita bnyk perkara yg sy tak suka ialah perkara yg dia suka buat dgn niat nak sakitkan hati sy, kalau dia nak solat jauh skali, perkara ni dah lama sejak kami bertunang lg, dah berjanji nak ubah bila kawen tapi makin terok. kadang2 terasa nak santaukan je isteri sendiri, tp itu niat sahaja, tak tergamak sy nak buat, setiap kali solat sy berdoa semoga dia sedar siapa dia,
Jun 20, 2011 @ 10:35:10
Salam
Kes mcm ni memang selalu berlaku dalam perkahwinan. (kes en.Nizam)
Apa yang saya nampak, nizam tak tegas pd isteri. Dalam membimbing si isteri, ketegasan itu bg saya wajib ada.
Firstly, berbincang dengan si isteri jika anda ada buat sesuatu yg mbuatkan dia tidak suka.
Duduklah berbincang dengan cara diplomasi (lemah-lembut). Tanya dan jawab seikhlas mungkin. Terangkan padanya hukum2 melawan kata2 suami dan menidakkan hak anda sebagai suami. (rujuk pd masalah dia tidak ingin bersama).
Jika cara di atas isteri tidak menerima, pergilah kaunseling atau pun berjumpa dengan mana2 alim ulama’ bg menyelesaikan masalah anda itu.
Gunakan ketegasan anda dalam mendidik si isteri. Anda adalah lelaki, suami, ketua keluarga.
Tanggungjawab rumah tangga anda terletak selebihnya pd anda.
Ketegasan di sini bukan bermaksud menyakiti si isteri, tetapi lebih kepada menasihati si isteri dengan kata2 yg tegas (jika isteri tidak mahu berbincang secara diplomasi).
Ketegasan anda itulah yg membuatkan anda jd lebih berani, yakin serta anda membuat keputusan yg betul dlm membimbing rumah tangga anda. Jangan terlalu mengikut kata isteri kerana anda tahu perangai isteri anda itu tidak blh diterima oleh anda sendiri.
Ingat, setiap penyakit pasti ada ubat. Setiap masalah juga pasti ada penyelesaiannya.
Saya puji dengan anda yg sabar, serta selalu berdoa kpd Allah.
Ya, selalulah berdoa kepadaNya agar melembutkan hati isteri anda. Sabar seseorang itu pasti ada ganjaran daripadaNya.
Semoga berjaya kpd anda. Amin…
Jun 21, 2011 @ 21:21:49
Salam. Setuju dengan nasihat2 dari sis Izzah tu. Dan saya nasihatkan saudara Nizam (sama pulak nama kita yer) agar JANGAN lah terfikir untuk SANTAU tu, kerana takut saudara yang lebih ZALIM dari isteri saudara nanti.
Bimbang takut sampai masa x tahan sabar sangat maka buat jugak. Daripada santau lebih baik CERAI. Tapi saya tak galakkan saudara buat kedua2nya, cuma itu kalau dh tak ada jalan lain dah.
Jalan yang ada sekarang saudara kena BIMBING lah isteri saudara ke jalan BENAR. Bagi input ilmu2 agama banyak2, bagi jelas DOSA dan PAHALA, beri kisah2 pengajaran kepada dia, sebutkan dalil2 dari AlQuran dan Hadith bagi dia jelas, dan selebihnya tolonglah jumpa dengan pakar2 dalam bidang Agama dan rumahtangga.
Di samping tu cuba lah amal baca ayat2 Quran terutamanya macam ayat2 pelembut hati. Baca ALfatihah pun x apa pada air minuman dia, amal selalu niat agar Allah lembutkan hati dia (tapi pastikan bacaan TAJWID AlQuran anda biar betul dan sebaiknya faham makna agar dpt HAYATI permohonan pada Tuhan tu).
Semoga perkahwinan saudara akan dapat bahagia nanti, dan dirahmati Allah, amin
Jun 22, 2011 @ 23:26:47
salam..
Ya, sama ya nama anda berdua.
Ya, lebih baik anda pergi bjumpa dengan pakar2 kaunseling. Mungkin hal ini dapat membantu
Jul 20, 2011 @ 17:21:14
saya berumur 35tahun.jika demikian isteri saya sudah derhaka kepada saya, apa yang harus saya lakukan,memukul adalah salah dari segi undang undang. hari demi hari isteri saya semakin melawan saya, sebenarnya 7 tahun kami berkawin belum punya anak.saya sudah memberitahunya ,walaupun belum mempunyai anak,kami sudah melakukan pemeriksaan kesihatan dan keputusannya saya normal namun isteri saya tidak subur, tetapi saya terima keadaannya kerana itu adalah qada dan qadar ,apa yang saya harapkan adalah keimanan di dalam hatinya isteri saya .saya berterus terang seluruh hidup saya adalah berpedoman pada agama.saya ada terfikir utk menceraikannya , tetapi saya sangat tidak suka pada perceraian ,mungkin jalan terbaik bagi saya adalah berkawin lagi. tetapi saya mengharapkan sesorang yang taat pada agama dan suami.mohon pertolongan dari pada sesiapa yang dapat membantu…
Jul 27, 2011 @ 02:15:56
Ya ALLAH…permudahkanlah perjalanan hidupku………
Feb 11, 2012 @ 21:43:04
saya ingin bertanya saya isteri yg bekerja di jabatan kementerian kesihatan malaysia.saya tidak bersetuju untuk mengikut suami.kerana suami berpindah ke kampungnya di negeri sembilan,saya tidak bersetuju kerana keluarga mentua tidak menyukai saya…adakah saya nusyuz?,,keluarga mentua sering mencari kesalahan saya,saya tidak di benarkan bercakap dengan lelaki biarpun satu tempat kerja,walaupun atas urusan kerja,,,salahkah saya….?
Mac 16, 2012 @ 10:49:24
Salam. Saudari Shyahida, setakat tidak bersetuju, tapi ikut, tak jadi masalah. Kalau tak bersetuju dan enggan mengikut suami ke kampungnya bila dia mengajak ke sana, keengganan itu boleh dianggap nusyuz. Shyahida boleh menganggap keadaan ini sebagai peluang untuk memperbaiki hubungan dengan keluarga mertua. Manalah tahu – kalau diusahakan betul2, mungkin Shyahida mampu menjadi menantu kesayangan mereka! Tapi, bila enggan mengikut suami balik ke kampungnya, dengan sendiri hubungan Shyahida dengan keluarga suami akan menjadi bertambah buruk. Saya tak nampak apa-apa kebaikan atas keengganan Shyahida mengikut suami. Pertimbangkanlah semula keputusan itu….
Jul 04, 2012 @ 03:20:13
“Tak setuju, tapi ikut, tak jadi masalah”
“Tak ikut, boleh dikira nusyuz.” – BOLEH DIKIRA?. KAU IKUT SUKA KIRAAN SENDIRI KE KAU IKUT DENGAR CAKAP ULAMA, USTAZ KAT KAMPUNG KAU?
Kau bagi pendapat ikut suka mulut, hati dan emosi kau je kan?
Tunjuk kat aku mana Dalil Al-Quran atau ayat-ayat Allah yang berbunyi :
Allah berfirman: “MACAM KAU TULIS KAT ATAS”
Ada? Aku tak jumpa dalam Al-Quran. Takde sepatah ayat yang berbunyi penindasan kepada kaum wanita dan isteri.
Kau nak bising guna Hadis? Okay, ada empat Imam, Hadis Sahih Bukhari ada 46,000 cetakan, Bukhari VS Bukhari, VS Tarmizi, Nawawi, dan riwayat-riwayat ibn Majah. Semua hadis ditulis 400 tahun selepas Nabi wafat.
Sarjana-sarjana Arab membongkarkan Islam berpecah selepas Turki Uthmaniyah dan Khulafa Ar-Rasyideen, golongan ulama dan kumpulannya sahaja ada 6 cabang Sufi, Sunni, Syiah, Wahhabi, Salafi, Imam Shafie, dan kitab-kitab tulisan ulama-ulama, yang asalnya Yahudi Parsi tapi mmeluk Islam. Pengaruh Hindu, Zoroaster, Buddha ada dalam tahyul Hadis. Kitab-kitab corrupted Injil, Taurat dan Zabur, Talmud dan Kabbalah, semua doktrin Yahudi dalam Islam. Kau tau? Aku rasa kau tak tau.
Tambah pulak dengan Hadis Dhaif (Lemah) dan Maudhu (Palsu)
Kau nak guna Hadis apa pulak? Bidaah? Itu dah syirik, menduakan Allah.
Dalam Al-Quran, ada lebih 30 baris ayat tentang kejahatan Ahli Kitab tentang manusia yang suka menambah-nambah, menggunakan dalil aqli (akal, falsafah, pendapat) ataupun merekacipta hukuman sendiri, yang tidak diturunkan Allah kepada Al-Quran dan RasulNya.
Hati-hati dengan apa yang keluar dari mulut kau sebab Allah melaknat kaum yang berdusta. Bunyinya begini:
“Dan, orang-orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.” (2:39)
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
“Dan CELAKALAH MEREKA YANG MENDUSTAI AYAT-AYAT KAMI”
Surah Al-Baniyyah: “Dan tidaklah Ahli-ahli Kitab itu berpecah-belah melainkan setelah kebenaran (Al-Quran) diturunkan kepadanya……”
Mac 19, 2012 @ 21:15:57
Salam. Saya malu untuk berkongsi mslh rumahtangga tp jg mgkin ini cara utk sy mdapatkn pndangan dr orang lain. Sy sering btengkar dgn suami, suami sy seorang yang jenis bercakap kuat seolah2 meninggikan suara apabila bcakap. Sy sering kecil hati sehingga terikut2 cara pcakapan suami skg. Kami tlh bkahwin 6 thn dan mpunyai seorg anak lelaki, 5 thn. Mslh nye kami tidak lg intim di tmpt tidur hmpir 4 thn namun hubungan kami seperti biasa. Tiada sentuhan, belaian kasih syg, mlainkan salam hormat stiap kali nk mlangkah ke tmpt keje. Umur kami berbeza 10 thn. Dgn latar blkg kluarga suami yg berpecah belah, mslh keluarga sering mjadi punca ptengkaran. Suami seorang yg panas baran, hingga hmpir mdatangkn kematian. Sy manusia biasa yg inginkan perhatian, kasih syg dan belaian. Sy teramat buntu dgn apa yg sy lalui skg, apa yg patut sy lakukan.
Mac 23, 2012 @ 11:14:22
what komen?
Apr 09, 2012 @ 17:16:09
salamualaikum kepada isteri derhaka suami derhaka bertaubatlah ingat umur kita tak menentu entah kejap lagi entah esok entah lusa dipanggil allah swt jadi pada isteri derhaka ingat dalam firman allah swt menjanjikan neraka paling dashat dan azab bertaubatlah sementara pintu taubat terbuka luas
Mei 22, 2012 @ 02:30:35
Salam. Saya baru berkahwin kira2 6 bln lepas. Sejak 2 bulan lepas berlaku pertengkaran antara saya dan isteri dan saya telah memukul dan menamparnya. Saya juga dalam keadaan marah dah halau dia keluar dr rumah. Keesokan hari wife balik ke rumah ibubapanya. Selepas tu saya menyesal dan telah meminta maaf darinya. Wpun call wife x jawab saya cuma bersms saja dan memujuknya utk kembali kepada saya. Sejak dr haritu saya tak henti2 pujuk wife saya dan meminta maaf darinya. Wife saya juga sepanjang berada di kampung telah bercuti bersama adik lelakinya dan juga sepupu lelaki di sebuah pulau dan apabila saya mendapat tau saya menjadi marah dan telah mencaci dan memarahinya. Saya berasa sgt marah tp akhirnya saya akur yg saya masih sygkannya lagi. Saya cuba memujuknya kembali dan meminta maaf, tetapi hingga kini wife enggan pulang dan memberitahu saya untuk menceraikannya. Adakah salah tindakan saya itu dan adakah wife saya telah nusyuz kepada saya.
Mei 22, 2012 @ 14:50:52
Salam. Cuba saudara baca syarat-syarat taklik dalam surat nikah saudara, berkaitan menyakiti isteri dengan sengaja, dan haknya untuk menuntut cerai dalam keadaan demikian.
Mei 22, 2012 @ 17:56:59
Salam saudara ridzwan, saya ada membacanya dan saya telah faham situasinya sekarang. Namun sehingga kini wife tidak agkt call cuma sekali sekala akan membalas sms saya. Dan tiada sebarang pemfailan cerai dari mahkamah. Apakah yg patut saya lakukan sebab inilah kali pertama saya berasakan wife saya tidak memerlukan saya lagi. Setiap hari saya akan sms dan meminta maaf darinya dan memujuknya kembali. Tetapi wife katakan tidak.
Jun 29, 2012 @ 06:41:09
‘Qul in kuntum tuhibbunallaha fattabi’uni, yuhbib kumullaha wa yaghfirlakum zunubakum wallahu ghafuurur Rahim …’.semoga Allah memberkati kita semua..aminnn!!!
Jul 01, 2012 @ 04:10:53
Selamat malam julai
BISMIKA ALLOHUMA AHYAA WA BISMIKA AMUUT
“Dengan nama-Mu Ya Allah aku hidup dan dengan nama-Mu pula aku mati”. (setiap malam mintak petunjuk jodoh aku dtg dgn cara mcm mana pn aku terima)
xpyh ada had sgt lh hati aku dr dulu mula2 otak ko singkatt ko dh bnyakk kali patah2 kn..banyakk aku tahann jalan hidup aku dr mula2 nk bina masjid aku tegahhh utk kebaikan dgn apa yg aku rasa xbtul pasal aku ada pendiriannn kaseh sayangg dgn tanggungjawab aku main peranannn..!!nk bernikah ko seronok ja tp xtau apa tanggungjawab ko nk pikul..yg dia tau hak suami kt dia tang nafkah brg keperluan dr hujung rambut sampai kaki apa kehendak yg dia nk aku turut yg hak aku dia bg batinn 2 ja dia xpahamm apa keberkatan dlm rumahtangga nk bina keluarga impian semua nya xbersungguh-sungguh idupp penuhh alasannnnn..aku pn xminnta dibalass mcm kt kaki..lepaihh niee klu dia senang pn aku pn dia pijakk2 mcm dlm cerita drama TV3 bini2 nusyuzz susahh nk cr yg hormat suami belass kasihann dr hati mulut tunjuk perbuatan..xreti minta maaf..terima kasehh pn susahh dulu berketul2 aku bg mcm2 aku sentiasa ada bleh kata hari2 dgn rasa tanggungjawab kt ank dara orangg xluruss byakk tipuu aku..TQ ja mcm bg service..xtau apa yg aku pikul sampai nk matiii nk langsai kn tuntutan agama dunia kehendak tuan punya badan xkesian kt orang..ajak p ceramah xmau pasal skolah ugama..hari2 period setiap saat waktu xberhenti..nk bg berhenti pn time happy tersenyum dpt gula2 ikut kehendak diaa sengihh sampai telinga..aku xmengharap rupa sasiah diri kelembutan kemanjaan yg tau jaga suami solehah tp hakikat nya..ckp benda yg btul pn suruh aku p main betinaaa dpn kawan2 kata aku ayaq dh naik atas kapala xtau nk buang air atas kapala dh penuhh apaa laaa aku nie..salah apa laa aku dpt amanah Allah aku pikul sebaik nya tp tangg bini jaa xabihh2 menampak kn kebodohan buka pekung sendiri mulut benda yg sia2 xhabis2 aku dpt malu..aku suruh jaga sedaq pakai pandangan org 2 pn xkena…apa lg atas bahu aku..REDHO JA LAA..xda org nk like pasal status aku xbodoh nk habaq kt orang pasal aku xda sapa2!!semoga Allah ta’ala jaa laa yg tunaikn hak aku pasal org yg spatotnya xtau apa dr mulutt apa yg binasa keluaqq kata2 yg sia2..kesabaran apa laa sgt tu kak longgg xkena tempatt kesabaran org bekorban segala nya lg lamaaaaaaa campak kt mana???biasa lh cetek xpikirrr sama dgn mulutt nk hidup senag pn singkat nk itu ini pn mcm2 xtau apa kebaikan xda yg merosakkn sampai aku dh jd suami???..adikk kecikk bdk2 lg xmatanggg..jgn menyibukk..nnti habiss adikk kecik safwaniss amek degree kt UIA pengurusan rumahtangga dgn bertanggungjawab muda lg jgn sibuk bf gf sgt..dn berbakti dgn ada had batas sempadan dunia akhirat..sijil bleh bwk sampai kiamat..habis nnti amek master pengurusan kerenah anak pula..untung aku dpt bini sekolah ugama tp bercakap mcm xda tuhan..umuq dh tua tp lama sgt dikelilingi bdk2 terlompat sana-sini suami pn bwt mcm kt kaki!!!si bodoh betina bdk2 yg gelak kn aku masa bini aku tgah johnnnnn mcm bagus seronok pijakk kapala aku dgn mulott siaa2 aku xkn ampunnn kn..aminnnn!!!!aku bertahannn menyayangi kerana:~✿ Wahai Adam, Luruskan dan didiklah kaum Hawa dengan panduan dari Allah SWT. Dijadikan kaum Hawa itu dari tulang rusukmu sendiri supaya kamu dekat dengannya. Agar dia bisa hadir menemani hidupmu dan mencintaimu. Maka dampingilah dia, hargailah dia. Nasihatilah dia selalu.✿~
Jul 01, 2012 @ 04:13:05
❤ Aku tidak pernah memilihmu untukku, tapi Allah SWT yang memilihmu untukku.
❤ Aku tidak pernah mengharap mencintaimu, tapi ALLAH SWT telah menundukkan hatiku untuk mencintaimu.
❤ Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu, tapi Allah SWT yang telah menunjukkan jalan hidupku untuk mendampingimu.
❤ Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu, tapi ALLAH SWT yang telah memberi rasa ini dan harus ku tanggung atasmu.
❤ Itulah aku adanya, tidak pernah kurasa untuk mengatur hatiku sendiri, kerana Sang Pemilikku yang telah mengaturku dan menentukan bagaimanaku dan apa yang ku rasakan di saat ini.
Jul 01, 2012 @ 05:07:50
suami, merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga.
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
kalau dulu… orang ketiga selepas Allah dan Rasul ialah ibubapa, sekarang ialah suami. wajarlah, selepas berkahwin dosa aku ditanggung oleh suami. ketaatan aku jatuh kepadanya. jadi, aku belajar membiasakan diri untuk mendapatkan izinnya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. supaya jika baginya apa yang aku buat dan mana yang aku pergi itu tidak wajar, bolehlah suamiku menasihati aku terlebih dahulu. walau mungkin zahirnya pada aku tiada apa-apa, tetapi mungkin tidak baginya. telah Allah tulis bahawa imamku adalah dia, pastilah orang yang paling layak untuk membimbingku, yang tahu mana yang baik, mana yang buruk untukku adalah dia.
kalau dulu… semua benda yang aku buat, aku post dan comment kat facebook, cara pergaulan, ikut suka hati anak angkat kucing aku je. selepas berkahwin, aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku. kami kan ‘satu’
aku perlu lebih berhati-hati dengan apa yang aku buat dan tulis demi menjaga nama baik dan maruah suami aku. sebenarnya, sebelum kahwin pun aku memang perlu berhati-hati dalam percakapan (itu pesan Allah).
kalau dulu… aku hanya seorang student, sekarang tidak lagi. jadual tidur yang tidak teratur dan keterlibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti keramaian menyebabkan aku sering lupa untuk menjaga kesihatan diri. aku petik kata-kata suami aku, “now, you’re not just a student. you’re now a student, a wife and a soon-to-be mom. please take care of your health” (jangan speculate, masa entry ini ditulis, penulis masih berbadan satu ;p). kalau dulu orang yang paling risau tentang kesihatan kita ialah ibu bapa, sekarang orang yang lebih risau adalah suami. aku perlu belajar untuk jaga kesihatan diri, persiapkan mental, fizikal dan emosi untuk ‘membawa orang’ (kena tambah berat badan niiiii..). jadi, kuranglah sikit risau suami kita tu kalau isterinya pandai jaga diri.
kalau dulu… aku suka meng’expose’kan diri, sekarang aku belajar untuk lebih exclusive hanya untuk suami aku. iya lah, yang memberi kebahagiaan kepadaku adalah dia, yang menjaga makan pakaiku adalah dia, yang memberi zuriatku adalah dia (dari Allah tetapi melalui dia) dan yang melayan karenah aku bershopping pun dia (dia lagi. weehee syoknya kawen ;p). jadi wajarlah aku meletakkan suamiku paling atas dari yang lain. ia juga pada masa yang sama mengajar aku untuk lebih menjaga hijabku.
********************
banyak lagi perkara yang telah aku belajar, tetapi masih terlalu banyak yang perlu aku belajar. kadang-kadang aku juga sendiri lupa dengan apa yang telah aku belajar, tetapi teguran dan nasihat dari suamiku kembali menaikkan semangat untuk terus belajar dengan lebih gigih. motif hidup kita adalah untuk mendapatkan redha Allah. untuk mendapat redha Allah, aku, sebagai wanita perlu mendapatkan redha suami terlebih dahulu. inshaAllah, sama-sama kita berusaha.
selepas berkahwin, aku dapat merasai dengan sendiri ayat yang selalu aku dengar dan baca iaitu “perkahwinan dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan”. semoga Allah meredhai usaha kita dan menghadiahkan kita kebahagiaan yang berkekalan. kebahagiaan yang sama ada boleh dirasa atau ‘dilihat’ (mungkin boleh dilihat dengan perubahan size badan suami kita: rujuk gambar ‘hiasan’ di bawah. ahaks). indahnya islam.
Jul 03, 2012 @ 05:40:46
Pukul isteri sebab nusyuz ?Nonsence!
Jul 04, 2012 @ 02:10:19
As-SalamAlaikum.
Kepada sesiapa yang sedang membaca komen ini, sila baca dengan minda yang terbuka. Sesungguhnya hati aku panas. Tangan aku laju menaip apa yang tersirat dalam hati.
Aku sakit hati baca komen-komen KAUM ADAM yang berniat untuk santau isteri (syirik), yang selalu naik tangan, pukul, terajang, sepak, marah-marah, panas baran. Lumrah alam, lelaki secara fizikal lebih kuat, dan wanita yang tidak berkudrat, sering menerima tempias keganasan dan kerakusan KAUM ADAM.
Tak kira bangsa apa, Melayu, Cina, India, Arab, ataupun orang Barat. Malangnya isteri yang dibunuh kejam, diliwat sekadar dipandang sebelah mata, dan dosa-dosa kaum Adam ini selalu terlepas pandang oleh masyarakat. Apa institusi politik, keagamaan atau sosial yang mempertahankan mereka tapi tidak hak isteri? Apa yang membelenggu masyarakat apabila wanita dianiaya, adakah sekadar memberi persepsi kasihan atau benar-benar ingin mengubahnya? STOP VIOLENCE AGAINST WOMEN.
ISLAM tidak menyuruh suami mendera dan melepaskan marah sesuka hati kepada wanita, terutamanya isteri, Allah menjadikan isteri itu sebagai teman hidup dan teman yang menyenangkan.
Kalau isteri yang nusyuz, jangan lah kau sepak terajang dia, ceraikan lah.
Kalau isteri kau dah buruk tak cantik macam 20 tahun lepas, cerailah elok-elok, janganlan sepak terajang dia sebab muka dia tak hot macam Megan Fox.
Kalau isteri kau gemuk, belikanlah dia ubat kurus, janganlah hina dia kuat makan.
Kalau isteri kau penat taknak layan kehendak seks buas kau, kau kawinlah lagi 3, cukupkan 4, baru semua perempuan-perempuan tu boleh puaskan kau.
Kalau isteri kau masak tak sedap, kau belilah McD, KFC, Pizza, tapau balik rumah, makan, jangan lah kau baling periuk nasi kat muka dia.
Kalau isteri kau suka keluar rumah, kau izinkan lah, kalau kau tak izinkan itu yang dia degil, bila dia degil kau sumpah dia derhaka masuk neraka, lebih baik kau izinkan, kesian dia kalau masuk neraka, kau pulak syok2 dalam syurga dengan bidadari.
Kalau isteri kau suka melancong, biar lah dia melancong, dia guna duit sendiri, sebab kau tak pernah nak bawak dia melancong, kau pun tak suka melancong, tapi melencong banyak lah hobi kau kan, so kalau bini kau ada duit banyak, lantak lah dia nak shopping ke nak beli prada ke gucci ke, apa kau susah.
Kalau isteri kau tak suka masak, kau masaklah sendiri. Tak payah besar-besarkan benda kecik. Tak payah belasah-belasah isteri. Tak payah masuk bab neraka. Dalam neraka nanti takde sape nak masakkan untuk kau, Tapi kau yang kena masak dek api kalau tangan kau tu sentiasa laju je naik ke badan isteri.
Kalau isteri kau suka menjawab, kau ON lah TV, ke DVD tengok movie, janganlah kau maki hamun baling kerusi meja kat dia.
Kalau isteri kau emosi, sebab dia merajuk dengan kau, sedih sebab kau kaki pukul, baran, kau pun emosi jugak. Sama-sama emo, kalau tak emo, takkan kau pukul dia. Isteri emo sebab suami emo. Kalau suami tak emo (pukul) mesti isteri tak emo (nangis).
Kalau isteri kau banyak cakap, kau pasanglah headphone kat telinga, dengar muzik kegemaran kau, janganlah kau lempang muka dia.
Kalau kau tak suka bini kau serba serbi tak kena, kau kawin lah dengan beruk.
Beruk boleh dengar semua arahan kau, patuh, taat. Beruk tak melawan, kau bagi makan pisang, dia diam lah.
Ataupun kau beli robot female prototype, kawin dengan robot, kawal dia dengan remote control. Boleh mute, repeat, forward, backward, hah, kan hebat tu.
Robot pun kau tanggung guna bateri je, habis power kau recharge la guna charger. Tak mahal pun kos bil elektrik. Kalau rosak, beli robot baru. Kan memang lumrah kau kan, habis manis sepah dibuang.
Sekian terima kasih.
Jul 04, 2012 @ 02:49:56
MANUSIA TIDAK SEMPURNA. PERANAN WANITA SAMA SEPERTI LELAKI. TARAF MEREKA SAMA. CUMA TERDAPAT BEBERAPA SISI TANGGUNGJAWAB YANG BERLAINAN MENGIKUT KEMAMPUAN DAN ARUS FITRAH NYA. DARI SEGI KEMANUSIAAN, PUKUL DAN DERA ITU KEJAM ATAS ALASAN APA SEKALIPUN. LELAKI YANG MEMUKUL DAN MENINDAS WANITA LAH SEBENARNYA AHLI NERAKA. LELAKI PUN BOLEH NUSYUZ, BUKAN WANITA SAJA. ULAMA ANDA BERAT SEBELAH. SELALU ISTERI SAJA YANG NUSYUZ. MACAM SINONIM GELARAN ITU KHUSUS UNTUK WANITA SAJA PADAHAL JIKA ANDA BUKA KES SULIT MAHKAMAH SYARIAH, ADA LEBIH 10 RIBU KES SUAMI DERHAKA (NUSYUZ).
DALAM ISLAM TARAF LELAKI DAN WANITA SAMA. TIADA SIAPA YANG ALLAH JADIKAN UNTUK JADI HAMBA ABDI KEPADA SESIAPA.
MASING-MASING DIKURNIAKAN KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MASING2 JADI JANGAN GELAR WANITA SAJA NUSYUZ, LELAKI PUN ADA TAPI SEMUANYA TERLEPAS DARI HUKUMAN. ITU DI DUNIA, DI AKHIRAT TUNGGULAH KEADILAN DARI TUHAN PENCIPTA.
Isteri Nabi pernah bergaduh dan cemburu sesama mereka.
Isteri-isteri Nabi tidak pernah dipaksa melayan (masak, basuh pakaian, jadi hamba abdi 24 jam) kepada Nabi, tapi Nabi sendiri berdikari dan membantu isteri-isterinya di dapur. Siti Khadijah adalah usahawan wanita yang kaya dan dia sendiri tidak pernah dikongkong Nabi untuk kesana kemari. Dalam perkahwinan mesti ada Mutual Trust. Kaum suami zaman sekarang paranoid.
Rasullullah sendiri lembut terhadap isteri-isterinya dan bersikap adil, tidak pernah sepak terajang apatah lagi marah-marah seperti para suami yang kerasukan syaitan. Rasullullah itu tidak rakus dan tidak bernafsu semata-mata, tetapi penuh kasih-sayang dan sifat memahami serta toleransi. Beliau kahwin 23 anak dara dan janda pun semua dijaga dengan rapi dan amanah. Beza akhlak Rasulullah dan lelaki Islam Melayu umpama langit dan bumi, akhlak kaum Adam di zaman kini yang bergelar suami, baru kahwin beberapa bulan, sudah naik tangan, paling tidak isteri ditengking dimaki hamun dan disuruh buat kopi saja, itu tidak termasuk nafkah ‘batin’ yang harus dilayani isteri walaupun penat. Langsung tiada kasihan. Alasan? Taat pada suami, syurga di bawah tapak kaki suami – TAHYUL, tidak disebut dalam Al-Quran.
Jika ada, tunjukkan.
Ini adalah ketelitian dan persepsi saya terhadap institusi perkahwinan pasangan Melayu. Tradisi stereotaip budaya kemelayuan ini dibawa pakai sehingga kini, abad ke-21, wanita sebagai isteri harus 100% menjaga makan minum suami, umpama suami itu cacat deria atau cacat fizikal, kerana semuanya isteri yang harus lakukan, tidak termasuk kepayahan mengandung dan penat melahirkan berderet-deret anak, beri susu, dukung bayi, tolak stroller baby, beli barang dapur, beli itu ini, basuh baju, gosok baju, perkara remeh-temeh seperti suapkan makan, pakaikan stokin, pakaikan tali leher, suami itu dilayan seperti Raja, tapi isteri tidak pula dibalas layanan seperti Permaisuri! Walaupun wanita berkarier atau hanya suri-rumah, mereka tetap dilayan sebagai hamba. Ketidakadilan kaum Adam dalam menilai dan menghargai kewujudan isteri-isteri mereka amatlah menyedihkan. Hak para isteri dicampak ke tepi. Padahal mereka mencampak ayat-ayat Allah dan tidak melindungi isteri-isteri mereka. Zalim.
Malang bagi wanita, jika tidak lengkap sempurna layanan, maka boleh disepak terajang dan dicerai atau digantung tak bertali. Jika wanita itu bersuara, dia dilaknat ke dalam api neraka, bak kata alim ulamak! Sedar sedikit, dalam Al-Quran menyebut taraf lelaki dan wanita sama, lelaki pun boleh derhaka, curang, kurang ajar, biadap, melampau dan nusyuz! Manakala dalam ajaran alim ulamak, wanita itu umpama robot, harus menjadi hamba abdi, barulah dia dianggap wanita sempurna, barulah dia boleh masuk syurga kerana bertimbun-timbun pahalanya melayan suami, jika begitu tak perlu lagi solat, puasa, bersedekah dan bayar zakat, abaikan semua perintah Allah untuk taat pada suami yang belum tentu taat, belum tentu solat. Isteri perlu ‘sujud’ pada suami untuk masuk syurga, tetapi suami boleh sepak terajang isteri dan diterima masuk syurga. Berat sebelah. Itulah ajaran Hadis. Kebanyakan kaum Adam (Melayu, Muslim) hari ini, lebih rakus nafsunya dari khinzir kaum Yahudi Jahiliyah.
Lain benar sifat Nabi Muhammad yang pemaaf dan lemah-lembut. Tak malukah wahai ulamak sekalian?
Di media, berita dan akhbar harian, tidak pernah sunyi dengan kes-kes penderaan domestik lelaki terhadap wanita, yang sedihnya, si isteri mati akal kerana ustaz-ustaz di jabatan agama menolak permohonan cerai, atas alasan, NUSYUZ dan DERHAKA. Haramjadah dan tidak ada kemanusiaan Ahlul-Sunnah-Shiah Wal Jamaah, menyuruh wanita yang diseksa suami untuk pulang ke rumah, kembali dalam dakapan suami khinzir si kaki pukul, si isteri harus terus taat sehingga patah riuk tulang, sakit jiwa atau yang sedang mengandung disepak terajang sehingga keguguran, barulah si isteri diminta kembali ke pejabat agama dan memohon balik rayuan cerai. Kejam, kejam. Inilah cara wanita dalam Islam dilayani. Hasil dari hadis panduan ciptaan Ulamak dengan agenda tersendiri – MEMBELA KAUM LELALI DAN MERENDAHKAN TARAF WANITA.
WANITA BUKAN HAMBA ADBI. LELAKI TIADA HAK MEMAKSA WANITA. SUAMI TIADA HAK BERTINDAK GANAS. SEMUA ITU DOSA. SEMUA ITU TERTULIS DI DALAM AL-QURAN.
Perintah Allah kepada Khalifah, tanggungjawab mereka hanya menyampaikan ajaran Al-Quran
(ayat-ayat Allah), dan bukan versi ajaran Ulamak-ulamak! Mungkin ada agenda ingin mengongkong akal dengan mazhab-mazhab indoktrinasi berlandaskan kesesatan Bible? Gila. Jika Allah menginginkan kita untuk menulis Hadis sendiri mengikut dalil akal, dan jika akal kita serba-serbi pandai tentang segala ilmu, apa gunanya Dia menurunkan KITAB AL-QURAN? Dan jika Al-Quran itu pelengkap segala hayat makhluk dan alam semesta, apa perlunya Hadis? Apa gunanya kita berpandukan Hadis ciptaan tulisan tangan manusia? Hadis-hadis palsu adalah proses infiltrasi Yahudi dalam menyesatkan umat Islam, supaya hidup dalam Bidaah dan propaganda, supaya paranoid dan fanatik, supaya ketakutan terketar-ketar mendengar ceramah agama di masjid, di mana ‘alim ulamak’ itu semua sesuka hati ingin mencampak manusia ke dalam api neraka. Berlagak sebagai Tuhan. Sangat delusional.
Apa kata mereka cermin diri sendiri dan campak diri mereka ke dalam api? Setiap kali ceramah, mesti membelakangkan Al-Quran dan mendahulukan Hadis. Sedangkan Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bismillahirahmanirahim. Ar-Rahman, Ar-Rahim. Pemurah. Pengampun. Penyayang. Faham ke tidak ulamak-ustaz penceramah itu semua akan sifat-sifat Allah yang sebenar? Ada ilmu tapi riak, sebab itu ceramah ikut emosi. Subjek-subjek yang dibincangkan adalah isteri derhaka, anak derhaka, nenek derhaka, cucu derhaka, semua orang derhaka terkecuali mereka. Ceramah popular yang lain termasuk aurat wanita, wanita itu aurat, sehelai rambut terlihat maka diseksa dalam neraka 60 ribu tahun, contoh dari bacaan Hadis Palsu yang mereka sanjung. Susah nak dengar ayat-ayat Allah dibaca, melainkan manhaj Hadis Palsu yang tak sudah-sudah, merendah-rendahkan taraf kaum wanita. Umpama, semua lelaki itu sempurna amal ibadat dan bersih dari dosa. Justeru itu, lahirnya dalil celaka berbunyi, ‘Kaum Wanita Lebih Ramai Menjadi Penghuni Neraka’. Penuh kebencian dan diskriminasi. Tiada siapa yang kebal dari api neraka, wahai kaum Adam! Kau juga berdosa bertimbun-timbun!
Hanya lelaki yang diberi bidadari dalam syurga, seronok mereka berceramah tentang bidadari. Perempuan tiada bidadari? Ada. Tapi mereka lebih suka membanggakan kelayakan mereka atas, katanya anugerah Tuhan kerana dirinya warak! Itu tidak termasuk zina dan rogol, perempuan disalahkan 100%, katanya, menggoda kaum lelaki dan menerbitkan syahwat dan nafsu, apa perempuan tudung labuh tak pernah dirogol? Bayi perempuan yang belum tumbuh gigi pun ada kes rogol terhadapnya. Dosa-dosa bagi hukuman mencuri, minum arak, murtad, fasiq, munafiq dan semuanya disertakan bagai sebuah filem seram, berapi-api dan penuh seksaan, penuh ghairah mereka berceramah, sehingga sudah tiada modal nak ceramah, mereka buka topik politik. Campur politik dan agama. Maka kerana itu Islam selepas 9/11 dikenali sebagai Terrorist. Walhal itu semua kerja Zionis. Tapi seberapa banyak dari anda yang sedar akan keganjilan Islam yang diperintah oleh Khalifah sesat di abad ini?
Semua Nabi-nabi Allah di zaman dahulu, berakhlak sempurna seperti Nabi Muhammad. Mereka tidak serakah seperti kaum Adam di abad ini. Serakah kuasa, nafsu dan mengejar duniawi. Itu bukan Khalifah yang dilantik Allah. Gelaran terhormat Khalifah itu sebenarnya adalah layak kepada Rasul dan Nabi sahaja. Nabi Muhammad sepanjang hayatnya dipenuhi dengan amal ibadat dan dakwah serta memerangi kaum Yahudi dan Nasrani untuk melindungi kaum wanita dan kanak-kanak, bagaimana mungkin Nabi menggalakkan kaum Adam untuk memperlekehkan isteri-isteri mereka, anak-anak gadis dan mengolok-olokkan kaum wanita dengan penindasan yang dihalalkan oleh Hadis?! Inikah Khalifah yang ingin mentadbir bumi dan sekalian makhluk? Mungkin sedikit sahaja bilangan Khalifah yang layak, selebihnya hanya layak melepak politik dan minum teh tarik di kedai mamak dan balik rumah kepada hamba abdinya, si isteri.
MALANGNYA NASIB WANITA YANG DITINDAS HUKUM-HUKUM ULAMA.
BUKA LAH AL-QURAN. SEPERTIGA DARI ISI-ISINYA ADALAH TENTANG KEJAHATAN KAUM ADAM.
PEMERINTAH KEJAM
PEMBUNUH NABI DAN RASUL
KAUM NABI NUH YANG TENGGELAM
KAUM NABI LUT YANG SUMBANG MAHRAM & HOMOSEXUAL (GAY)
SEMUA FIRAUN DAN KETURUNANNYA
RAJA NAMRUD
ABU LAHAB (PENGKHIANAT – BAPA SAUDARA NABI MUHAMMAD)
ABU SUFYAN (CUBAAN MEMBUNUH NABI MUHAMMAD)
TENTERA ROM YANG TUMPAS
TENTERA GAJAH
TENTERA YAHUDI DALAM PERANG YATHRIB,TAIF, BADAR….
DAN RAMAI LAGI ITU TAK TERMASUK,
PENZINA
PEROGOL
PENCURI
PEROMPAK
PERAGUT
PEMERINTAH KEJAM
BOMOH
PEMAKAN HARTA ANAK YATIM
AHLI KITAB YANG MENDUSTAI AYAT ALLAH
DAN BANYAK LAGI….
TERMASUK PENINDAS (kaki pukul, baran, pendera) WANITA…
Di dunia kau terlepas, di akhirat, Allah akan membalas kejahatan kau!
“Yang mengajar dengan pena” 96:4
Surah “Al-Bayyinnah” (Tentang perpecahan dan pendustaan ahli-kitab)
Wasalam.
Jul 09, 2012 @ 14:18:13
Salam,
Saya ingin membuat pertanyaan isteri yg derhaka iaitu (Nusyuz) dan telah diceraikan pada 26-6-2012, boleh kah ia menuntut hak penjagaan anak yg masih berumur 3 tahun, sedangkan c isteri telah meningalkan saya dan anak pada Dec 2010 hingga lah saya membuka kes cerai di mahkamah rendah syariah W.P.Labuan pada 26-6-2012.. Dan pada 12-12-2010 c isteri telah keluar dari rumah tampa izin swami dan berpinda kerja ke negeri sabah tampa pengetahuan swami.
Soalan saya ada kah seorg isteri yg derhaka @nusyus boleh mengambil alih hak penjagaan anak tersebut? sedangkan selama dia meningalkan kami dia langsung tidak pedulikan anak nya?
Sekian Terima Kasih,
Wasalam.
Jul 12, 2012 @ 20:59:22
assalamualaikum mintak izin utk copy n save as… terima kasih krn share
Jul 12, 2012 @ 22:16:53
Terlaknatlah si isteri yang nusyuz….
Jul 13, 2012 @ 08:09:39
asslmkm….sy nak tanya ape hukum suami memukul isteri yg sedang hamil? gara2 dsebab kan si isteri meninggikn suara kpd ank kerana kesalahan kecil? dan cara dia memukul membuatkn si isteri merasa troma, dan si isteri merasa brdendam kpd si suami……….
Ogo 01, 2012 @ 16:59:40
Saya dah banyak kali kena pukul dgn suami saya.Pernah hidung saya berdarah badan saya lebam-lebam, kepala bengkak sebab kena tumbuk & tendang.Saya x salahkan dia sebab saya yang buat salah!Cuma saya sedih, setiap kali saya kena pukul, mesti saya tengah mengandung.Sampai ada tahap saya dah x sanggup hendak kandungkan anak yang saya kandungkan.Sebab saya fikir, mengandung pun dapat kekasaran…Apa yang perlu saya buat kalau ini terjadi lagi?
Ogo 01, 2012 @ 21:22:21
kesiannya..asl kejam sgt suami..apakah ksilapan yg mmbuatkn suami kmu marah begitu sekali..kemanala tuan punya post ni..tingin tau jgk jawapan ntuk kwn2 tu..
Ogo 06, 2012 @ 18:27:22
salam..
Sejak kebelakangan ini, suami selalu keluar malam dan pulang dengan mata yang merah.. saya yakin dia keluar menghisap ganja bersama kawan2.. saya tertekan dgn perangai beliau lalu meluahkan tekanan saya kepada dia.. dia seaakan tidak peduli dan terus tidur tanpa respon..pada malam itu juga, suami mengajak saya untuk bersama dan disebabkan terlalu marah saya menolak kemahuan beliau..
saya yang ketika ini mengandung 6 bulan anak pertama berasa sangat sedih dan tertekan.. tambahan pula, dalam masa yang sama saya berada dalam musim peperiksaan.. terasa sgt sakit..
sejak kejadian malam itu, suami dan saya tidak betegur sapa, kami berdua tetap dengan sikap ego masing2.. adakah saya dikira menderhaka kepada suami? dan adakah saya berdosa besar dengan menolak kemahuaan suami?
Ogo 31, 2012 @ 23:36:22
salam saudara sume…klo bini dh kurang ajar, susah nk ajar, asyik menang dia je… mulut macam sial je xleh nk dididik, korang crik pempuan len, prepare siap2… n then bl dh comfirm pempuan yg new come to life tu dh setuju nk khwin, bek sgt x same mcm bini yg kurang ajar tu… bl isteri gadoh je ngan saudara, saudara bg penampar, penyepak sekali, penerajang sekali… pastu ceraikan dgn talak satu dl… klo si isteri mintak ceraikan dia ag bagos… cerai teros.. kahwin len… buat ape nk abiskan sisa idup ngan iblis laknatullah yang bertopengkan wajah cantik, xp idup x pernah bahagia… xkkan sampai ke tua korang nk bersabar mcm tu… nnti klo dpt anak pn yg sebijik perangai buruk mcm isteri, ag jahanam idup korg…. anak n bini yg control n conquer sume… klo time saudara sihat pn dia dh kurang ajar, layanan pn buruk.. apatah lagi bila saudara sakit kronik… ag mcm sial layanannye.. silap2 isteri yg jahanam tu tros cabut ngan jantan len… so saudara sume fkirla elok2….
Ogo 31, 2012 @ 23:53:34
sy bkn jahat… xp sy dh ckup terlalu bek mengikot kehendak isteri sy… xp dh 2 taun x pernah pn merasa bahagia… nape ad isteri yg dpt suami berperangai buruk… n sy plak dpt isteri yg berperangai burok… isteri yg bernasib malang tu jom lh crik suami yg bek mcm sy ni… dgn syarat saudari pn mesti solehah n no hot tempered
Sep 30, 2012 @ 21:47:21
askm..sya dh salah fham dgn isteri sya tentang sms yang dirahsiakan dan berkata padanya berambuslah ko dna jangan cari aku lagi tanpa niat tetapi dipengaruhi perasaan marah..namun esoknya dia telah meninggalkan rumah dan tinggal di rumah kawannya yang saya tak tahu dimana dan apa hukumnya jika dia berjumpa kawan2 lelakinya tanpa pengatahuan saya
Okt 06, 2012 @ 15:51:42
apa yang harus dilakukan sekiranya suami melayan isteri tidak ubah seperti sampah…selama 8 tahun berkahwin acapkali kata2 kesat yg rajin dilontarkan oleh suami…hati ini dah tak mampu bertahan…letih…sangat2sial,bodoh, bangang,mak xguna,aku benci tengok muka kau, aku terajang kau nanti, selama aku hidup dengan kau aku xpernah rasa bahagia…dan macam2 lg..terlalu banyak kata2 kesat yang dilomparkan sampai xterbilang banyaknya…rasanya sampai bila harus aku bersabar, sampai bila harus aku bertahan..mcm2 pengorbanan telah aku lakukan dan 1 pun dia tak pernah nampak…minta pandangan anda…apa yg harus saya lakukan…
Okt 20, 2012 @ 15:59:11
hati lelaki ni kerak nasi je.. senang je nk jaga laki.. jaga makan dgn tdo dorang . semua ok je… insyaallah.. aku pn ad masalah mcm korang tp i redha je lah..
Okt 23, 2012 @ 18:40:52
Istri q ckap 5 q. Q krim rp 100 rb. Trz istri q ckap kurng.. Trz ni pa jg nusyuz.
Nov 07, 2012 @ 14:05:10
Saya tlh bercerai dsbbkan org ketiga isteri saya dan berkahwin semula.tidak sampai sebulan isteri saya brhubung semula dgn lelaki tersebut.Saya telah menigalkan isteri saya kerana isteri saya telah berhubungan dgn org lain,dia tlh berkata didlm hatinya ada org lain.masa yg sama dia sll berhubung dgn lelaki itu. Sebelum itu saya telah memujuk dia,menasihatinya dan tidak di endahkan dan ingin melarikan diri jika saya berjumpa dgn lelaki tersebut.apa hukumnya dan apa perlu saya buat.
Dis 27, 2012 @ 11:31:52
Salam…Saya nak mintak pandangan anda..mcm mane nak hilangkan perasaan marah pada suami..Kdg kdg hal kecil pon bole wat saya marh padanya..sometime kecian plk kat die..tpi kite ni sape la nak kesian..erm..Contohnye mcmni..saya advice him tuk kurangkan merokok tp die sound sy blik…aii..sakit plak hati kite ni..Tolong la saya dari saya terus mcm ni berdosa pd die lebih baik saya mintak cerai n hidup sendiri dgn ank..erm..(Fikiran buntu)
Dis 28, 2012 @ 22:49:33
senang crita..isteri x kan curang kalo suaminya pandai jga..pandai sgala2nya.. begitu jga suami… suami x kan cari pompuan lain kalo si isteri pandai jga suami dlm sgala aspek..yg msalahnya skrg xde sifat mcm 2 dlm rumahtangga..begitu jugk la yg aku rsa skrg..situasi yg sama mcm korang. aku redha…dn bserahhh
Jan 04, 2013 @ 16:28:09
Bagaimana seandainya isteri terus menderhaka walau mcm mane baik dan sabar suami terhadapnya.Suami tahu pukul tak akan dapat beri kesan.Isteri yang tak pernah sedar atas kesilapannya dan sentiasa merasai dirinya betul.Memang suami redha dan hanya bole berdoa agar si isteri berubah >>cuma kadangkala takut takut suami menjadi dayus kerana membiarkan isteri terus menderhaka,tidak menutup aurat,keluar tanpa izin, dan lain lain lagi.Isteri mcm ni yang tak takut langsung pada akhirat dan tak takut menjadi derhaka mcm mane…?Saya benar benar memerlukan bantuan.
Jan 13, 2013 @ 06:16:48
assalamualaikum…saya hendak bertanya disini adakah saya bertalak ?kerana 1taun lepas saya bertengkar dengan suami saya,kemudian suami saya berbahasa kan perkataan kesat kepada saya lalu saya meminta suami pulangkan saya dan suami saya menghalau saya dengan ungkapan BERAMBUSLAH ENGKAU DARI SINI JANGAN ENGKAU JEJAK LAGI,AKU XNAK TENGOK MUKA KAU LAGI DAN MATI LAH KAU KALAU AKU DAPAT KAU….
DAN SAtu lagi pertanyaan
sah atau tidak jika seorang bapa pernah rogol anak nya dan menjadi wali pada anak nya…
yg dirogol anak pertama diwalikan anak kedua..
SAH ATAU TIDAK PERNIKAHAN TERSEBUT…
terima kasih..
saya buntu dan keliru
dan meminta pendapat bg yg tahu
Feb 07, 2013 @ 11:06:17
Hi there colleagues, how is all, and what you would like
to say regarding this article, in my view its genuinely remarkable in
support of me.
Mac 06, 2013 @ 12:31:35
Hello, i think that i noticed you visited my blog so i got here to go
back the choose?.I’m attempting to in finding issues to improve my web site!I suppose its adequate to use a few of your ideas!!
Mac 20, 2013 @ 08:52:23
salam apa hukum jika isteri minta cerai dgn tdak munasabah,apakah selepas cerai perlu jugak suami bagi nafkah pada isterinya yang derhaka itu
Mac 31, 2013 @ 20:23:28
Salam…sy kawin da hampir 1 tahun…skg ni isteri sy sedang mengandung ank pertama lbhkurg 6 bulan apa yg sy nk tanya ni tntg mslh kami..
Sy bawa isteri tinggal di rumah parent sy memandangkan sy ada mslh ekonomi utk cri rumah sewa @ sendiri…
1. Semasa isteri sy mengandung 1 bulan pernah kami bertengkar diwktu mlm sehinggakan tergangu masa parent sy sdg tidur,dlm pertengkaran tersebut isteri sy menyatakan nak balik rumah parent dia tapi sy melarang dengan berkata: “KALAU KAU KELUAR DARI RUMAH NI AKU CERAIKAN KO” sehingga la keesokan hari semasa sy pergi kerja tanpa pengetahuan sy dia keluar dari rumah utk balik ke rumah parent dia selama 3 minggu…
2. Selepas 3 minggu dia dtg semula ke rumah parent sy utk berbaik semula dgn sy tnpa pengetahuan sy dtg dan sy anggap mungkin dia da sedar…sebaliknya dia buat lg marah2 jerit2 smpi jiran2 sy dgr,sehinggakan sy hilang sabar menampar muka dia…
Selepas kejadian itu dia naik pjbt agamadan ke mahkamah utk mmbuat aduan dgn ape yg terjadi ketika sy pernah melafazkan utk pertama kalinye…
Apakah ini boleh dinamakan nusyuz & layakkan dia menerima nafkah?
Apr 24, 2013 @ 04:33:23
Askm,
Apakah hukumnya seorang isteri yang ingin pergi bercuti ke luar negara bersama kawan-kawan perempuannya. Adakah saya perlu memberi keizinan? Memandangkan dia pergi bercuti untuk bergembira sedangkan suaminya ( muhrim) dan anak- anak di tinggalkan di rumah. Saya telah mintak dia berfikir di mana lebih byk kebaikan dari keburukan dan melupakan niatnya tetapi dia masih berkeras. Harap boleh beri penjelasan.
t/q