Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit – Bahagian 4 – Petikan dari Surah Yohanes dalam Bible

34 Komen


…….Sambungan dari

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit – Bahagian 3

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Seperti biasa adalah dinasihati agar mengawal etika dalam perbicaraan. Tulisan ini adalah dibuktikan secara ilmiah, maka mari kita dialog secara ilmiah , bukannya dengan menggunakan bahasa2 yang tidak bersopan dan tidak beretika.

Daripada Abu Hurairah radiyallahu ‘anh berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda,  “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” Surah Al Ahzaab : Ayat 21

Mari sama2 kita renungkan , perhatikan ayat2 dari Bible ini

Matius 1:1 Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham.

Markus 1:1 Inilah permulaan Injil tentang Yesus Kristus, Anak Allah.

Dalam Matius mengatakan Yesus anak Daud, anak Abraham. Daud dan Abraham itu manusia kan? Maka betul lah bahawa Yesus itu anak manusia.

Dalam Markus , tiba2 mengatakan Yesus adalah anak Allah pula. Ya mungkin bagi Kristian itu hanya kiasan. Tetapi bagaimana dengan mazhab yang mengatakan Yesus itu benar2 anak Allah?

Lagi

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit

223 Komen


Salaaamun alaikum w.b.t….. Menurut agama Kristian, Jesus ataupun Nabi Isa a.s telah mati disalib oleh orang-orang yahudi. Dan ini lah yang diimani oleh mereka dari dulu dan menganggap itu adalah penebusan dosa terhadap dosa Nabi Adam a.s. Tetapi pada hakikatnya Nabi Isa a.s tidak mati malah baginda diangkat ke langit ke sisi Allah dan dia termasuk di dalam orang-orang yang ditangguh kematiannya (minal mundzharin).

Ada pendapat bahawa manusia yang digantikan sebagai jesus pada masa itu ialah Judas Iscariot , di mana Judas adalah salah seorang dari sahabat Nabi Isa a.s dan merangkap anak muridnya tetapi cuba berpaling tadah dan dialah yang memberitahu tempat persembunyian Nabi isa a.s kepada pemerintah Rome pada waktu itu. Tetapi Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang terhadap nabiNya, Judas telah ditukar kan rupanya sebaik sahaja beliau keluar dari tempat persembunyian Nabi Isa a.s untuk memberitahu kepada askar-askar agar menangkap Nabi Isa. Para askar terus menangkap Judas Iscariot yang waktu itu berwajah Nabi Isa dan terus dibawa ke pengadilan. Dan Nabi isa a.s dengan rahmat Allah telah diangkat ke langit tanpa diketahui oleh pemerintah Rome.

Dan ada juga pendapat mengatakan Judas Escariot itu bukannya pengkhianat. Dan ada pendapat mengatakan salah seorang murid Yesus telah dengan sukarela mengganti tempat Yesus dan sanggup ditukar rupanya menjadi seperti Yesus.  Dan pendapat ini adalah pendapat yang kuat dari sisi kaca mata umat Islam. Dijelaskan bahawa para pengikut Nabi Isa a.s yang setia iaitu yang digelar Hawariyyun adalah mereka yang setia kepada nabi Isa a.s.

 

 

Dan (ingatlah), ketika Aku ilhamkan kepada pengikut ‘Isa yang setia : “Berimanlah kamu kepada-Ku dan kepada rasul-Ku”. Mereka menjawab:”Kami telah beriman dan saksikanlah (wahai rasul) bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang patuh (kepada seruanmu)”.

 

”  Surah Al Maa’idah : 111

Kesetiaan mereka pun telah teruji, ketika nabi Isa mulai mencium keingkaran dan niat orang-orang Yahudi untuk membunuhnya, maka beliau menawarkan kepada ke-12 muridnya

Lagi