Assalaamu'alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ....... "Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri"." Surah Al ‘Ankabuut : Ayat 46

Dari Imran bin Hushain r.a, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada (suatu peristiwa pun) semenjak penciptaan Adam sampai datangnya hari kiamat nanti, perkara yang lebih besar daripada Dajjal." Hadith Riwayat Muslim

Dialog tentang perbandingan AlQuran dan Bible – Mana yang benar? 11

Oktober 11, 2009 Ahmad Nizam 699 comments

……. Sambungan dari Dialog tentang perbandingan AlQuran dan Bible – Mana yang benar? 10

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Terlebih dahulu adalah dinasihatkan agar cuba berdialog dengan beradab sopan dan beretika. Elakkan dari menggunakan kata2 kesat dan keji. Demi kerana kebenaran , maka berdialog lah dengan tenang, bukan dengan perasaan benci dan sengaja mahu menyakiti hati pihak lain.


Peace, love and justice for all :)

Bacaan berkaitan:

Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah

Pendedahan bekas Paderi Kristian & Mubaligh Hindu

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan – Bahagian kedua

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit

Read more…

Illuminati dan hiburan – Bahagian 2

Oktober 22, 2009 Ahmad Nizam 67 comments

……. Sambungan dari  Illuminati dan hiburan

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Bersambung ke bahagian ke 2 dalam tajuk Illuminati dan hiburan. Sememangnya bercakap tentang hiburan memang tidak akan habis. Terutamanya zaman ini adalah zaman hiburan berleluasa. Sejak dari masa nabi Muhammad S.a.w lahir lagi, syaitan telah kehairanan dan berhala2 bergoncangan. Kisah ini ada disebutkan di dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin oleh Imam Al Ghazali.

Adalah diceritakan ketika Nabi Muhammad S.a.w lahir, syaitan2 telah melaporkan kepada Iblis. Pendekkan cerita, Iblis mengarahkan tentera2nya semua agar menipu daya umat Muhammad dari segi KEMEWAHAN dan HIBURAN. Tidak perlu lagi menipu daya manusia sehingga menyembah patung dan  berhala. Kerana itu lah manusia sekarang ini amat tergila-gila kan HARTA dan juga HIBURAN.

.

Beberapa lagi simbol yang digunakan oleh artis dalam video klip lagu mereka

Video di atas menunjukkan beberapa lagi simbol Illuminati yang diselitkan di dalam video klip artis termasuklah si Lady Gaga pada permulaan video itu. Kemudian diikuti simbol2 tangan oleh Jim Jones, Lil Wayne, TPain dan camam2 lagi.

.

Syarikat2 rakaman muzik adalah milik Illuminati

Read more…

Sembang tentang Illuminati

Januari 19, 2010 Ahmad Nizam 10 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Semoga sihat dan bahagia semua. Saya buka thread ni khusus untuk sesiapa yang boleh berkongsi tentang pengetahuan mengenai Illuminati / Dajjal / Teori konspirasi / New World Order yang dia tahu.  Sila berikan hipotesis-hipotesis anda atau bincang apa sahaja berkenaan Illuminati. Tetapi sebaiknya pastikan maklumat itu betul-betul sahih dan hujjah kuat terlebih dahulu.

Semoga masyarakat Islam semua sedar tentang pengaruh Illuminati / Dajjal yang sudah lama berleluasa di muka bumi ini dan telah memusnahkan banyak jiwa dan raga secara sedar mahu pun tidak, secara kasar mahupun secara halus. Dan yang  penting, mereka betul-betul boleh menggugat dan memusnahkan AQidah manusia, na’uzubillah.  Baarokallahu lakum ……. :)

.

.

Bacaan berkaitan :

Pemerintah-pemerintah baru dunia

Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia

Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati

Read more…

Mengejar kemajuan kebendaan semata adalah antara agenda Illuminati

Disember 28, 2009 Ahmad Nizam 25 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Adakah anda tergolong dalam golongan yang masih bercita-cita untuk memakai kereta besar, rumah besar, kolam mandi besar, garaj kereta besar, handphone besar, bini besar? Maka jika segala-galanya besar dalam cita-cita anda, sila tekan brek dulu agar tidak terlajak dan tidak juga terkebelakang sangat, maka INSAF (yang terbahagi di tengah-tengah) itu adalah lebih baik.

Perhatikan terlebih dahulu ayat dari firman Allah ini yang bermaksud, “Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang menipu.” Surah Al Hadiid : Ayat 20

Dari ayat itu sahaja kita sudah nampak betapa Allah memberitahu yang dunia ini hanya tempat manusia bermain-main, berfoya-foya, bersuka-ria , berhibur dan sememangnya melalaikan. Begitu juga manusia bermegah-megah dan bermewah-mewah dengan harta dan ramainya anak-pinak. Itu membuktikan sifat menunjuk-nunjuk itu tidak lekang dari diri manusia yang tidak sedar-sedar diri ini.

Jika anda menunjuk-nunjuk kerana ada kereta Mitsubishi Evolution

Katakan anda mempunyai sebuah kereta Mitsubishi EVO dan anda suka bergaya, menunjuk-nunjuk dan bermegah dengannya, maka tahukah anda siapa pembuat kereta tersebut? Ya , sudah tentu syarikat Mitsubishi. Dan ketahuilah, syarikat Mitsubishi adalah sebuah syarikat milik Illuminati. Dan Illuminati adalah pemuja-pemuja kepada dewa-dewi lama.

Dan boleh dikatakan hampir semua syarikat kereta besar dunia adalah milik Illuminati termasuk lah lagi Ford, Bentley, Dodge, Chrysler, Aston Martin, Porsche, Ferrarri, Peugeot, Toyota, Land Rover, Gulf, Alfa Romeo, Lamborghini dan berbagai lagi.

Yang menyedihkan, ada juga golongan alim-ulamak yang seperti menggalakkan memakai kereta besar, dengan alasan Nabi Muhammad S.a.w dulu ketika baginda mahu pergi berperang, beliau memilih kuda yang perkasa dan cantik. Itu bertujuan untuk menggerunkan pihak musuh.

Read more…

Nabi Musa a.s berperang dan membunuh orang-orang musyrik

Disember 20, 2009 Ahmad Nizam 4 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Selalu kita dengar tuduhan-tuduhan dari umat Kristian bahawa “Nabi Muhammad S.a.w adalah seorang PEMBUNUH, maka dia bukanlah seorang nabi”. Mereka membandingkan dengan idola mereka iaitu Yesus kristus yang TIDAK PERNAH membunuh manusia. Sedangkan mereka lupa sesuatu iaitu Nabi Musa a.s dulu juga pernah berperang dan MEMBUNUH orang-orang musyrik.

Maka adakah mereka mahu mengatakan Nabi Musa a.s itu seorang PEMBUNUH?  Sudah tentu mereka tidak berani kerana Nabi Musa a.s adalah nabi yang dikurniakan kitab Taurat yang diguna pakai oleh mereka juga di dalam AlKitab. Maka mengapa jika Nabi Muhammad S.a.w berperang melawan musyrik maka mereka sewenang-wenangnya menuduh Muhammad sebagai PEMBUNUH?

Sedangkan apa yang Nabi Muhammad S.a.w lakukan adalah sama seperti Nabi Musa a.s lakukan.  Maka jika Muhammad kamu boleh katakan dia seorang PEMBUNUH, mengapa kamu tidak mengatakan Nabi Musa a.s pun seorang PEMBUNUH?  Jika kamu menuduh Muhammad S.a.w adalah PEMBUNUH, itu sama seperti kamu menuduh Nabi Musa a.s juga PEMBUNUH.  Dan mengapa kamu masih mengguna pakai Taurat (yang ada sekarang ini bukan lagi kandungan asal)? Tidakkah kamu merasa malu kerana memakai Taurat di dalam Perjanjian Lama dan memasukkannya ke dalam AlKitab dan menamakannya sebuah kitab suci?

Lagi pun Muhammad S.a.w dan umat Islam bukannya memulakan PEPERANGAN, bukannya memulakan MENYERANG sesiapa, tetapi perintah berperang adalah datangnya dari Allah S.w.t setelah umat Islam diseksa, dibunuh dengan kejam dan yang penting untuk membasmi PENYEMBAHAN berhala dari muka bumi ini. Dan mereka juga berjuang di tanahair sendiri menuntut keadilan, bukannya berangkat menyerang negara atau tempat lain. Nabi Muhammad dan umatnya memerangi orang-orang MUSYRIK sama seperti Nabi Musa a.s dan umatnya memerangi MUSYRIK dahulu.

Read more…

Antara mukjizat Nabi Muhammad S.a.w – Bahagian 3

Disember 10, 2009 Ahmad Nizam 10 comments

……. Sambungan dari  Antara mukjizat Nabi Muhammad S.a.w  - Keberkatan makanan

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Kita akan menyambung lagi bacaan mengenai mukjizat Nabi Muhammad S.a.w yang tidak terbilang banyaknya. Tetapi di sini akan ditambah lagi beberapa mukjizat berkenaan dengan pelbagai situasi.

.

Mukjizat sebelum menjadi RASUL

- Aminah binti Wahab, ibu Muhammad pada saat mengandung Muhammad tidak pernah merasa lelah seperti wanita pada umumnya.

- Ketika melahirkan Muhammad, Aminah binti Wahab tidak merasa sakit seperti wanita sewajarnya.

- Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.

- Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.

- Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susu Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad kerana yatim. Namun, kerana alasan ia tidak ingin dicemuh oleh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup secara nomad bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.

- Abdul Muthalib, datuk kepada Muhammad menceritakan bahawa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud ketika kelahiran Muhammad. Ia juga menceritakan bahawa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”

Read more…

Percanggahan-percanggahan NYATA di dalam BIBLE / AlKITAB

Disember 8, 2009 Ahmad Nizam 371 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Bible atau AlKITAB sememangnya terkenal dengan percanggahan-percanggahan yang terNYATA JELAS dan BANYAK. Amat berbeza sekali dengan hujjah-hujjah yang mereka bawa kononnya ayat-ayat AlQuran juga ada percanggahan. Setelah dibincangkan maka terNYATA itu bukan percanggahan tetapi hanya pentafsiran meleset manusia-manusia yang TERDESAK.

Jika anda tidak percaya, maka sila bawakan percanggahan-percanggahan yang kamu rasa ada dalam AlQuran dan mari kita bincangkan secara teliti dan ilmiah, bukan datang menuduh tanpa BUKTI dan terlalu mengikut EMOSI.  Terima lah KEBENARAN walaupun ianya pahit untuk ditelan.  Tulisan saya bukan untuk menghina sesiapa, tetapi kerana perasaan tanggungjawab dan kasihan-belas saya untuk menyedarkan anda semua dari tipu-helah kerajaan ROME dan Yahudi yang telah menyeleweng dari ajaran asal dahulu kala yang hanya gilakan kuasa di dunia sampai ke hari ini.  Mereka itulah satu puak yang dinamakan Illuminati.

Semoga kamu beroleh PETUNJUK dari ALLAH S.w.t dan kembali kepada FITRAH.  Jika kamu sudah kembali kepada FITRAH dan menjadi ISLAM (menyerah diri sepenuhnya kepada ALLAH) maka kamu ibarat KAIN PUTIH yang masih belum tercatat DOSA, sedangkan KEBAIKAN-KEBAIKAN kamu selama ini di dunia sudah dikira oleh TUHAN Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sungguh BERUNTUNG lah orang-orang itu, subhanallah.

Percanggahan-percanggahan dalam AlKitab / Bible

1 – Yesus mesti merasai sengsara , kemudian bangkit dari mati TIADA disebut dalam Perjanjian Lama sedangkan Lukas mengatakan “Adalah tersurat bahwa Kristus wajib merasai sengsara, kemudian bangkit pula dari antara orang mati pada hari yang ketiga;”

Read more…