Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan Konsep dan amalan-amalan lain-lain agama atau kepercayaan. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan meninggalkan kehidupan dunia sebagaimana yang dipelopori oleh golongan “asceiimo”. Ianya juga bukan terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang yang tertentu atau dewa-dewa yang dipilih dan dibuat khas untuk tujuan ini, tanpa mereka amalan seseorang itu tidak akan diterima. Konsep-konsep seumpama ini tidak ada tempat langsung di dalam syariat Islam. Namun demikian, pengaruh konsep asing ini dapat juga menyerap ke dalam kehidupan sebahagian besar umat Islam. Oleh itu timbullah berbagai tanggapan terhadap ibadah, ada yang menganggap ibadah itu tertumpu kepada solat, puasa, haji dan zakat sahaja, terdapat juga mereka yang mengaku beribadat kepada Allah tetapi ubudiah mereka juga diberikan kepada selain dari Allah. Malah ada yang berpendapat bahawa ruang lingkup ibadah itu sama sekali tidak ada kaitannya dengan urusan masyarakat terutama di bidang politik.

 

Ibadah dalam Islam adalah merupakan kemuncak dari perasaan tunduk dan patuh kepada Allah dan klimak dari perasaan yang merasakan kebesaran Allah sebagai tempat pengabdian diri. Ibadah juga merupakan tangga penyambung antara akhlak dan penciptanya. Selain dari itu ibadah mempunyai kesan-kesan yang mendalam di sudut hubungan makhluk dan penciptanya.

 

Sebenarnya Islam telah meletakkan ibadah di tempat yang paling istimewa sekali di dalam Al-Quran di jelaskan seluruh jin dan manusia dijadikan semata-mata untuk tujuan ini. islam juga telah memberi pengertian yang luas terhadap ibadah. Tegasnya Islam menuntut supaya seluruh kehidupan ini dapat ibadah dan taat kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah :

[surah Az Zuriai 50 57]

 

Maksudnya :

Dan Allah tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku

 

Definasi Ibadah

Dari segi bahasa “ibadah” bererti merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari segi syara’ “ibadah” diertikan sebagai taat, tunduk patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah. Sheikh Ibn. Taimiyah pula menyatakan, “Ibadah asal maknanya kehinaan, tetapi ibadah yang diperintah Allah atau yang disyariatkan ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama iaitu kemuncak kehinaan diri seseorang bila berhadapan dengan Allah dan kemuncak kecintaannya kepadanya.

 

Al-Tabari pula, menjelaskan maksud ibadah iaitu khusu’ kepadanya, merendah diri dan tetap hati kepadanya. Sebagai kesimpulan ibadah bermaksud merangkumi segala perkara yang disukai Allah dan diredhaiNya, sama ada keyakinan, sikap, perkataan, amal perbuatan, zahir atau batin. Dalam kata lain ibadah ialah segala aktiviti manusia yang zahir dan batin dalam mengerjakan sesuatu perkara atau meninggalkannya semata-mata dengan niat mencari keredhaan Allah.

 

Firman Allah

“Hai orang-orang yang beriman Makanlah rezeki Yang balk Yang Kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika kepadaNya kerana beribadah. (Al-Baqarah: 172)1

“katakanlah Akan kuberitakan -kepadamu tentang pembalasan Allah yang lebih buruk dari itu yang dikutuki Allah dan dimurkaiNya, ada yang diadikan-Nya kara, ada yang dijadikan-Nya babi dan menyembah taghut” (Al-Maidah: 60)

“Kepada tiap umat kami utus seorang rasul dengan perintntah ber’ibadah kepada Allah dan tinggalkan taghut ( – An-nahl . 36)

“Dan mereka meninggalkan taghut tudak lagi ber’ibadah kepadanya, dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira.

(Az-Zumar: 17)

 

Ruang lingkup ibadah

 

Islam mempunyai keistimewaan dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ‘ibadah apabila ia diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allgh demi untuk mencapai keredaan-Nya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyari’atkan oleh-Nya. Islam tidak menganggap ‘ibadah-‘ibadah tertentu sahaja sebagai amal salih malah ia meliputi segala kegiatan lain sebagaimana firman Allah:

“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timor dan barat itu sesuatu kebaktian akan tetapi sesungguhnya kebaktian itu ialah kebatian orang yang beriman kepada Allah Hari Kemudian, malaikat-malaikat kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta dicintai kepada kerabatnya, anak-anak yatim orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan Orang-orang yang meminta-minta, dan memerdekakan hamba sahaya, mendinkan salat dan menunaikan zakat dan orang-orang yang menepati janjinya apabila berjanji dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, pendentaan dan dalam peperangan. Mereka, Itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. “

(Al-Baqarah: 177)

firman Allah

“Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan,kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan, kemarahan orang-.orang kafir dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal salih Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik Dan tidak mereka menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak (pula) yang besar dan tidak melintasi suatu lembah melainkan dituliskan bagi mereka (‘amal salih pula) kerana Allah akan memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang tinggi dari apa yang telah mereka kerjakan. – (At-Taubah: 120-121)

Ada seorang bertanya kepada Rasulullah (s.a.w.):

“Betapa besarkah pahala orang yang berjihad itu.?” Jawab Rasulullah (s.a.w.):

“Kamu tidak terdaya melakukannya (di luar medan jihad Perbandingan orang yang berjihad pada jalan Allan ialah seperti seorang yang berpuasa, bangkit malam (untuk salat khusyuk membaca ayat-ayat (Al-Our’an) tidak terhenti henti mereka dari puasa dan salat sehingga kembali orang-orang yang berjihad itu ke rumah

Bukhari Muslim, tirmidhi Nasai ibn majah

Daripada nas-nas di atas nyatalah bahawa kegiatan-kegiatan taqwa yang dikerjakn oleh seseorang seperti salat puasa dan zikir belum memadai untuk menjadikan ia sebagai seorang Muslim yang salih. Seorang muslim yang salih itu adalah seorang yang menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah Ini bermakna ia menjadikan seluruh masa dalam hidupnya dan setiap tindakannya sebagai sesuatu yang ditujukan untuk mendapat keredaan Allah Oleh itu tidak terdapat ruang-ruang di dalam hidupnya dan tidak terdapat sesuatu pun daripada perbuatannya yang terlepas dari patuh mengikuti ketentuan-ketentuan yang ditetapkan oleh Allah

 

Demi tujuan ini ia menyerahkan sepenuh hidupnya kepada Allah ia rela untuk mengorbankan apa sahaja yang ada padanya walaupun ini bererti harta benda yang paling dikasihi dan jiwanya sendiri. Itulah sebabnya perbezaan di antara seorang yang berjihad pada jalan Allah bagi membentuk masyarakat yang Salih dengan seseorang yang membataskan kegiatan ‘ibadahnya kepada bidang-bidang yang tertentu sahaja amatlah jauh Orang yang pertama lebih tinggi martabatnya dan lebih hampir kepada Allah.’ Dari sini jelaslah bahawa islam tidak membataskan ruang lingkup ‘ibadah kepada sudut-sudut tertentu sahaja. Tetapi Islam menetapkan seluruh kehidupan manusia adalah medan ‘amal dan persediaan bekalan bagi para mu’min sebelum mereka kembali berhadapan dengan Allah di Hari Pembalasan nanti.

Hakikat ini ditegaskan oleh Al-Qur’an sebagai:

“(Allah) Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik ‘amalannya. Dan Dia maha Perkasa lagi Maha Pengampun.

(Al-Mulk: 2)

Apa sahaja kegiatan dan perbuatan yang dilakukan oleh seorang muslim dengan penuh ikhlas untuk mendapatkan keredaan Allah serta dikerjakan menurut ketetapan-ketetapan syara’ maka ianya dianggap sebagai ‘ibadah yang dikumpulkan sebagai ‘amal salih

Oleh itu ruang lingkup ‘ibadah di dalam islam sangatlah luas Ia adalah seluas tempoh hayat seseorang muslim dan kesanggupan serta kekuatannya untuk melakukan apa sahaja ‘amal yang diredai oleh Allah di dalam tempoh tersebut.

 

Ciri-Ciri ‘Ibadah Dalam islam

1. ‘Ibadah hanya dikerjakan semata-mata kerana Allah

Al-Quran menitikberatkan bahawa ‘ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah semata-mata. Firman Allah:

“Dan Rabmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia

(Al-Isra’ 23.)

“Ia telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia.

(Yusuf 40)

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-NYa dengan sesuatu pun.

An-Nisa’ 36)

“Mereka tetap menyembah Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Ku,

An-Nur 55)

“Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhan-Nya maka hendaklah ia mengerjakan ‘amal yang salih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.

(Al-Kahfi: 110)

Oleh itu segala tindakan yang dilakukan oleh manusia mestilah diniatkan semata-mata kerana Allah. Untuk mengawal asas dan dasar ini, Islam menegah setiap perbuatan atau tindakan yang boleh mendatangkan maksud penyembahan sesama manusia atau pun membuka jalan untuk mengelirukan pengertian ‘ibadah yang semestinya dikhususkan hanya kepada Allah.

2. Perhubungan langsung di antara hamba dan Penciptanya.

Dalam islam perhubungan dapat dilakukan oleh seorang hamba dengan Allah secara langsung. ‘Ibadah di dalam islam tidak berhajat adanya orang tengah sebagaimana yang terdapat pada setengah-setengah agama lain. Begitu juga tidak terdapat dalam Islam tokoh-tokoh tertentu yang menubuhkan satu lapisan tertentu yang dikenali dengan nama tokoh-tokoh agama yang menjadi orang-orang perantaraan antara orang ramai dengan Allah.

Di dalam Islam peranan para ‘ulama’ dan fuqaha’ hanyalah untuk mengkaji dan menyelilidiki hukum-hukum syara’ serta mengajarkannya kepada orang ramai. Peranan mereka bukan untuk mengampuni dosa atau mengkabulkan doa seseorang kepada A11ah sebagaimana yang terdapat pada setengah-setengah agama lain.’

3. Melambangkan khudu’ الخضوع)) yang penuh dan keta’atan yang rnutlak kepada Allah

‘Ibadah dalam Islam melambangkan khudu’ atau ketundukan seseorang sepenuhnya kepada Allah serta keta’atannya yang mutlak terhadap-Nya. Oleh itu dalam bidang ‘ibadah khusus ianya bersifat taufiqiyyah; iaitu ia dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasululullah (s.a.w.) dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara’ dan sebagaimana yang telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah (s.a.w.). Tidak boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah (s.a.w.):

“Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.”

(Bukhari)

“Ambillah kamu daripadaku cara-cara (manasik) ibadat haji kamu.”

(Bukhari)

Ada pun bagi ‘ibadah-‘ibadah umum ketundukan dan kepatuhan ini dapat dilaksanakan dengan benar-benar mencontohi Rasulullah (s.a.w) dalam seluruh jalan kehidupan. Ini berdasarkan kepada firman Allah

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (kedatangan) Hari qiyamah dan dia banyak menyebut Allah

Al-Ahzab 21)

Firman Allah

“Katakanlah: jika kamu (benar-benar) mencintai Allah ikutilah situ, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “

(Ali-‘Imran 31)

Firman Allah

“Apa yang diberikan rasul kepada maka terimalah dia, dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah.

(Al-Hasyr: 7)

Kepatuhan mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s.a.w.) bererti seseorang itu telah menundukkan dirinya mematuhi dan menta’ati perintah Allah di dalam ia melakukan segala ‘ibadah di dalam kehidupan

‘Segala perkara atau ‘amal selain dari kumpulan ‘ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari kkeredaan Allgh. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan hariannya.

Ruang lingkup ‘Ibadah yang luas

Ruang lingkup ‘ibadah di dalam Islam amat luas sekali. Ianya merangkumi setiap kegiatan kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan baik yang bersangkut dengan individu mahupun dengan masyarakat adalah ‘ibadah menurut islam selagi mana ia memenuhi syarat-syarat tertentu.

Syarat–syarat tersebut adalah seperti berikut

i. ‘Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui islam bersesuaian dengan hukum-hukum syara’ dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun ‘amalan-‘amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan yang haram dan ma’siat, maka tidaklah sekali-kali ia dijadikan ‘amalan ‘ibadah.

ii. ‘Amalan tersebut dilakukan dengan niat yang balk bagi tujuan untuk memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarganya, memberi manfa’at kepada umat seluruhnya dan bagi mema’murkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.

iii ‘Amalan tersebut mestilah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulullah (s.a.w.):

“Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerana dengan memperelokkan kerjanya. “

(Muslim)

iv. Ketika membuat ‘amalan tersebut hendaklah Sentiasa menurut hukum-hukum syara’ dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menincds atau merampas hak orang.

v. Tidak mencuaikan ‘ibadah-‘ibadah khusus seperti salat zakat dan sebagainya dalam melaksanakan ‘ibadah-‘ibadah umum

Firman Allah

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah batangsiapa berbuat demikian maka mereka sebenarnya orang-orang yang rugi. “

(Al-Munafiqun 9)

Firman Allah

“Lelaki-lelaki yang tidak dilalaikan oleh pemiagaan ataujual beli dari mengingati Allah mendirikan salat dan menunaikan zakat “

(An-Nur: 37)

Jadi, bila sahaja seorang mu’min dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari, maka dia akan dikira sentiasa ber’ibadah kepada Allah meskipun dia tidak duduk di dalam masjid ketika membuat kerja-kerja tersebut.

 

Tidak torkongkong pada sesuatu tempat perlbadatan sahaja.

Di dalam Islam perlaksanaan ‘ibadah tidak tertakluk kepada tempat-tempat tertentu. Seluruh bumi Allah adalah tempat ber’ibadah bagi para mu’min. .

Firman Allah

Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali) setelah dibangkitkan. “

(Al-Mulk: 15)

Di dalam Islarn ibadah boleh dilakukan di mana-mana sahaja kerana di mana sahaja seseorang itu berada, perhubungannya adalah terus kepada Allah Islam menganggap seluruh bumi sebagai masjid kecuali tempat-tempat yang najis dan kotor Itulah sebabnya Rasulullah (s.a.w.) salat di mana-mana sahaja baginda berada, sama ada di tengah-tengah padang pasir atau di atas kenderaannya.

 

Pembahagian Ibadah :

 

A1. Ibadah Khusus : Ia adalah merupakan sekumpulan perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam rukum Islam dan juga seumpama seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, tilawatul Quran, zikir dan sebagainya.

2.Ibadah Umum : Segala perkara atau pekerjaan selain dari yang tersebut di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.

 

B.1 Ibadah Badaniah: tubuh badan seperti sembahyang, menolong orang dalam kesusahan dan lain-lain.

2 Ibadah Maliyah : harta benda seperti zakat, memberi sedekah, derma dan lain-lain.

3.Ibadah Qalbiyah: hati seperti sangka baik, ikhlas, tidak hasad dengki dan lain-lain.

 

C.1 Ibadah Ijabiyah : positif iaitu perintah amal

2.Ibadah Salbiyah : negatif iaitu perintah tinggal

Syarat-Syarat Pekerjaan / Amalan Menjadi Ibadah

 

Sesuatu pekerjaan atau sebarang amalan itu boleh dijadikan sebagai ibadah kepada Allah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut :

 

1. Orang yang melakukan hendaklah beragama Islam.

 

2. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam. Sesuai dengan hukum syariah dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun amalan-amalan yang diingkari Islam seperti pekerjaan yang ada hubungannya dengan riba, tari menari, perkara-perkara maksiat dan sebagainya, tidaklah sekali-kali menjadi ibadah. Allah bersifat bersih dan baik, tidak menerima amalan yang kotor kecuali yang baik dan bersih sahaja.

 

3. Amalan-amalan itu dikerjakan hendaklah dengan niat yang baik. Sama ada untuk memelihara kehormatan diri atau menyenangkan keluarganya atau memberi manfaat kepada umatnya atau untuk memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.

 

4. Semasa membuat pekerjaan tersebut hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak menipu dan tidak menindas atau mencampur hak orang.

 

5. Segala pekerjaan duniawi itu tidak melalaikan dan mencuaikan dari melaksanakan kewajipan ibadah. Khususnya seperti sembahyang, puasa dan sebagainya sesuai dengan firman Allah :

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman janganlah hendaklah harta-harta kamu dan anak pihak itu melalaikan kamu dari mengingatkan Allah. Sesiapa berbuat demikian maka merekalah sebenarnya orang-orang yang rugi.

 

Jadi, bila sahaja seorang mukmin dapat menyempurnakan syarat-syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari dia adalah dikira sentiasa beribadat kepada Allah meskipun dia tidak duduk di Masjid atau di surau ketika membuat kerja-kerja itu.

Hikmah Ibadah

 

1. Ibadah dalam Islam adalah merupakan makanan atau riadhah ruhi sebagaimana jasad memerlukan makan dan minuman.

 

2. Untuk memerdekakan diri manusia daripada menghambakan diri kepada sesuatu makhluk selain daripada Allah.

 

3. Untuk memberikan suatu keyakinan dan tempat pergantungan yang sebenarnya yang telah menjadi fitrah atau tabi’at semulajadi manusia.

 

4. Untuk mengembalikan dan meletakkan manusia itu di tempat fitrahnya yang betul sebagai hamba Allah Taala.

 

5. Ibadah juga merupakan ujian Allah kepada hambanya dalam seluruh hidupnya.

 

6. Ibadah juga suatu garis pemisah yang membezakan antara Islam dengan kafir dan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain.

 

 

Penutup.

Sesungguhnya ‘ibadah di dalam Islam tidak hanya terbatas kepada saIat, zakat, puasa, haji. berzikir, berdoa dan beristighfar sebagaimana yang difahami oleh setengah-setengah golongan di kalangan umat Islam. Kebanyakan mereka menyangka bahawa bila mereka telah menunaikan perkara-perkara yang fardhu bererti mereka telah menyernpurnakan segala hak Allah dan kewajipan ‘ubudiyyah terhadap-Nya.

Sebenarnya kewajipan-kewajipan yang besar dan rukun-rukun asasi walau bagaimana tinggi kedudukannya, ia hanyalah sebahagian daripada tuntutan ‘ibadah kepada Allah. Ia tidak merupakan seluruh ‘ibadah yang ditetapkan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Kewajipan-kewajipan tersebut adalah tiang-tiang utama bagi mengasaskan dasar-dasar ‘ubudiyyah manusia kepada Allah. Selepas ini adalah dituntut bahawa setiap tindakan yang dilakukan olehnya mestilah selaras dengan dasar-dasar tersebut serta mengukuhkannya.

Manusia telah dijadiikan Allah dengan tujuan untuk ber’ibadah kepada Allah. Oleh itu tujuan ini hanya dapat dilaksanakan oleh manusia sekiranya ruang lingkup ‘ibadah dan daerah-daerahnya cukup luas sehingga ia meliputi seluruh urusan kehidupan manusia itu sendiri.

 

Untuk bacaan lanjut tentang asas-asas ilmu Feqah , sila berkunjung ke homepage kami.

Wallahua’lam

 

Sumber : 1. http://www.unitagamakmb.com

About these ads