Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.
Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”
Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.
Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.
Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”
Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.
Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”
Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.
“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”
Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:
“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:
“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”
Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.
Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”
Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam



Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal « Blog Hikmah
Mei 14, 2008 @ 17:51:26
Dis 26, 2009 @ 17:04:40
Demi Allah!! saya beriman terhadap hadits ini, mudah2an Allah melindungi kita semua dari fitnah Dajjal.
Dis 26, 2009 @ 17:21:36
Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Sungai Tabarah @ Tasik Gallilea sudah susut airnya & dijangka oleh ahli sains akan kering sepenuhnya 50 tahun akan datang
Feb 18, 2013 @ 17:46:05
ahhhhhhh……kelamaan 50th lagi!!
gwa udah pgn WAR ama para KAFIRUN+MUNAFIQQUN!!
Jan 01, 2010 @ 01:37:00
Salam..Boleh saudara nyatakan sumber rujukannya?kalu boleh berserta muka suratnya.bukan untuk menafikan tetapi sebagai rujukan di masa-masa akan datang.
Jan 05, 2010 @ 03:45:03
salam..
kitab sahih muslim,hadith no 5235,m/s 178,juzuk 14,bab qissatul jassaasah.
Jan 01, 2010 @ 21:36:23
Salaam wahai saudara Hanz. Tulisan di atas mula2 sekali menyebut “Ada riwayat Muslim yang diterima”. Itu bermakna ianya diriwayatkan oleh Imam Muslim, bermakna boleh dirujuk dalam Kitab Sahih Muslim
Terima kasih dan jazaakallahu khoir
Dis 28, 2010 @ 23:26:45
ayuh sama2 kita hancur kn tentera dajjal beserta pelaksana2 konspirasi nya
Feb 01, 2011 @ 19:08:52
Ada mengatakan pulau Tamim al-Dariy ini sudah dijumpai hasil dari kajian. itulah kepulauan Britain.
Kisah Bertemu Dajjal Tamim addari « dierykinganel
Mei 02, 2011 @ 22:34:10
Nov 04, 2011 @ 21:56:58
Sebenarnya bukan Sungai Tiberia tetapi Tasik Tiberia yang terletak di utara Israel sekarang. Tasik ini dikenali Barat sebagai Sea of Galilie. Memang tasik ini sedang mengering sekarang. Diberitakan pada tahun 1964 kerajaan Israel telah mula menggunakan air ini untuk kegunaan rakyatnya. Banyak perkampungan nelayan yang dahulunya berada di pinggir tasik contohnya Et Tell telah berada berbatu2 jauhnya dari tasik sekarang. Bukan ingin menakut2kan tetapi bukti tasik ini akan kering menjelang kemunculan Dajjal telah dan sedang berlaku.
Dis 18, 2011 @ 21:51:14
banyaknya kontroversi tengtang munculnya Dajjal….
Dia akan muncul di :
- Kawasan timur ( KHURASAN )
- Sebuah pulau di LAUT YAMAN, yg keberadaannya tidak diketahui oleh manusia kecuali kehendak ALLAH SWT
- Segitiga Baramuda/bermuda
- Keluar dari perut bumi bersama hewan melata di kawasan matahari terbit
dari kesemuanya itu hanya ALLAH lah yang Maha mengetahui dimana Dia (AL-MASSIH AD-DAJJAL) muncul.
kita sebagai umat ISLAM cukup meyakini AL-QUR’AN dan HADIST.
Ciri-ciri Dajjal :
- BERTUBUH GEMUK LAGI PENDEK
- BERAMBUT KERITING/KRIBO
- MATANYA CACAT (TUNA NETRA)
- BERKULIT MERAH
Cuma ini yg aku ketahui…!!!!
Dis 25, 2011 @ 22:49:40
Tidak syak lagi dia adalah Sai Baba yang dikatakan mempunyai sakti dan menghidupkan orang mati, menyembuhkan orang buta, dan mendatngkan atau menghalang hujan. Katanya dia telah mati tapi berjanji dengan pengikut-pengikutnya dia akan ‘hidup semula’ sebelum kiamat.
Jun 19, 2012 @ 07:55:04
bacalah surah al kahfi setiap malam jumaat bagi menghindari fitnah dajjal dan fitnah akhir zaman. insyaAllah