Antara mukjizat Nabi Muhammad S.a.w – Bahagian 3

21 Komen


Mukjizat sebelum menjadi RASUL

– Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.

– Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.

– Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susu Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad kerana yatim. Namun, kerana alasan ia tidak ingin dicemuh oleh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup secara nomad bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.

– Abdul Muthalib, datuk kepada Muhammad menceritakan bahawa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud ketika kelahiran Muhammad. Ia juga menceritakan bahawa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”

Lagi

Nabi Muhammad s.a.w.

Tinggalkan komen


25. Kisah Nabi Muhammad s.a.w.

.

Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan 571 Masehi di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Abdullah dalam perjalanan pulang dari Syam (Syiria) kerana berniaga. Di tengah-tengah perjalanan pulang ke Mekah maka sakitlah dia hingga wafat di Madinah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka’abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya. Sebelum nabi dilahirkan, ibunya sudah mendapat alamat tentang akan lahirnya.

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaibah, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa’ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa’ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.

Dalam tahun lahirnya nabi, gabenor Abbessinia yang memerintah Yaman yang beragama Nasrani membuat sebuah gereja di ibu kota San’a. Gereja itu dibuat sebaiknya dan sebesarnya kerana maksudnya gereja itu akan dijadikan balai pertemuan negeri dan agama, untuk mengganti Ka’abah yang ada di kota Mekah. Abrahah, panglima perangnya menuju kota Mekah beserta pasukan gajahnya untuk menghancurkan Ka’abah. Di luar kota, Abrahah berhenti dan memberitahu pada penduduk kota Mekah tentang kedatangannya.

Lagi

Nabi Yunus a.s

1 Komen


15. Kisah Nabi Yunus a.s

.

Nabi Yunus A.S. juga dikenali dengan dua nama panggilan yang lain iaitu “Dzun-Nun” (Yang memiliki Ikan) dan “Sahibil-Hot” (Sahabat Ikan). Dalam al-Quran ada menyebutkan yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan menyempitkan (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: “Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”” (Al-Anbiyaa’, 21: 87)

“Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang (Yunus) yang berada dalam (perut) ikan ketika ia berdoa sedang dia dalam keadaan marah (kepada kaumnya)” (Al-Qalam, 68: 48)

Yunus (Jonah) adalah anak lelaki Mitta berdasarkan kepada tradisi yang diriwayatkan dalam Sahih Bukhari tetapi Taurat menyatakan bahawa nama bapa baginda ialah Amittai.

Apabila kenabian dianugerahkan ke atas baginda, baginda diperintahkan ke Nineveh untuk menyampaikan seruan Allah. Nineveh terletak di tebing sungai Tigris. Ia adalah ibu kota Assyria. Penduduk di sana mengalami keruntuhan moral dan sangat angkuh. Mereka hidup penuh dengan dosa. Nabi Yunus A.S. cuba sedaya upaya untuk memulihkan mereka tetapi mereka hanya memekakkan telinga dengan nasihat dan amaran baginda. Tidak lama selepas itu, baginda menjadi semakin tawar hati dengan kelakuan penduduk tersebut. Akibatnya dia menjadi putus asa dan memohon kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas penduduk Nineveh. Baginda hilang sabar dan bertindak sebelum mendapat arahan daripada Allah. Baginda menyangkakan sudah tentu baginda tidak akan turut terkena bala tersebut. Lalu Nabi Yunus A.S. meneruskan perjalanan menuju ke laut dan menaiki sebuah bot. Malangnya, bot tersebut dipukul ombak dan para kelasi bot menuduh baginda yang membawa nasib malang tersebut. Jadi mereka mengambil keputusan untuk membuang baginda ke laut tetapi para penumpang tidak bersetuju. Kemudian, ramai penumpang karam dan nama baginda disebut juga.

Lagi

Nabi Syuaib a.s

Tinggalkan komen


14. Kisah Nabi Syuaib a.s

.

Perihal penduduk Madyan

Pada suatu waktu yang lalu, sebuah negeri telah dijajah di utara Arab. Negeri ini dinamakan Madyan kerana anakanda nabi Ibrahim yang bernama Madyan telah menetap di sana. Ia merupakan tanah yang subur dan kaya dengan khazanah alam semulajadi. Para penduduk menjalankan kegiatan berniaga sebagai sumber pendapatan utama. Namun mereka kerap tidak jujur dalam urusan perniagaan. Mereka mengurangkan timbangan dan berdusta dalam pengiraan. Mereka juga cenderung untuk menipu, tidak berakhlak, berzina dan bermacam-macam lagi jenayah. Kekayaan telah menyebabkan mereka menjadi keras hati dan suka melawan. Mereka juga tidak mempercayai akan kekuasaan Tuhan, yang menyebabkan mereka sudah tidak mengendahkan lagi akan batas-batas kesusilaan dan nilai-nilai murni. Maka Allah telah menghantar Shu’ayb untuk memperbaiki dan mencorakkan semula penduduk di Madyan. Seperti di dalam al Quran (al-A’raaf:85),

‘Dan kami telah mengutus penduduk Madyan saudara mereka Shu’ayb. Ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang kepada mereka kepadamu bukti-bukti yang nyata dari Tuhan mu. Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang yang beriman.” Surah Al A’raaf : 85

.

Seruan Nabi Shu’ayb dan tentangan terhadap baginda

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Ibnu Khaldun, bonda nabi Shu’ayb merupakan seorang wanita yang warak. Salasilah baginda bertemu dengan keturunan nabi Ibrahim. Baginda merupakan seorang pemidato yang petah sehinggakan digelar ‘Khatibul Anbiya’.

Lagi

Nabi Zulkifli .a.s

Tinggalkan komen


13. Kisah Nabi Zulkifli .a.s

.

Zulkifli A.S. adalah salah seorang nabi Allah. Di dalam al-Quran ada disebutkan tentang baginda dalam dua petikan ayat yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Zulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar. Kami telah memasukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang soleh” (Al-Anbiyaa’, 21: 85-86)

“Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa’ dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik” (Shaad, 38: 48)

Baginda yang dikenali sebagai Ezekiel dalam Injil ini telah dibawa ke Babylon selepas kemusnahan Jurusalem. Baginda dirantai dan dipenjarakan. Baginda menghadapi segala kepayahan dengan sabar dan mencela perbuatan mungkar Bani Israel.

Ibn Jarir telah meriwayatkan satu peristiwa yang memberi cahaya kepada hidup baginda. Apabila IlYasa’ A.S. meningkat tua, dan ingin memberikan tugas untuk memimpin bangsa Israel kepada yang sesuai. Baginda mengumumkan: Hanya orang tersebut akan dipertimbangkan untuk menggantikan baginda dan yang berpuasa pada siang hari, mengingati Allah pada malam hari dan menahan diri daripada sifat marah. Salah seorang daripada mereka berdiri dan berkata: Aku akan patuh kepada syarat-syarat tersebut. Baginda mengulangi syarat-syarat itu semula sebanyak tiga kali dan lelaki yang sama berjanji dengan bersungguh-sungguh akan memenuhi syarat-syarat tersebut. Maka dia dilantik untuk membawa tugas tersebut.

Selepas beberapa lama, dia telah diberi ujian. Suatu hari, syaitan dalam jelmaan lelaki tua mengetuk pintu rumahnya. Lelaki tua itu dibenarkan masuk dan membuat aduan tentang kekejaman orang ramai terhadap dirinya. Dia menyuruh lelaki tersebut datang semula pada waktu petang dan berjanji akan membetulkan kesilapan tersebut. Lelaki tua itu berjanji tetapi tidak kembali semula pada waktu yang ditetapkan.

Lagi

Older Entries