Assalaamu’alaikum w.b.t….. ALHAMDULILLAH, debat antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Dato’ Shabery Cheek berjalan dengan lancar dan aman tadi. Berseri dan bersinar sekali DSAI kita kat kaca TV tadi hehe. Walaupun kesuntukan masa, tetapi cukup lah bagi rakyat menilai tentang isu MINYAK yang paling hangat sekarang ini.
Komen saya tentang DSAI pendek jer, DSAI memberikan hujjah2 yang mantap, point2 yang bernas dan padu dan nampak keiklhlasan di wajah DSAI, Alhamdulillah.
Manakala Dato’ Shabery Cheek pula asyik membuka kisah lama yang sudah tidak relevan dengan isu MINYAK , tidak menjawab soalan yang diajukan oleh DSAI setepatnya malah memutar belitkan keadaan dan menyerang DSAI secara peribadi. Soal sekarang adalah isu MINYAK, tetapi Dato Shabery menyerang banyak peribadi DSAI, adalah amat tidak professional dan ketiadaan HUJJAH2 yang bernas.
Dan yang paling kelakar, Dato’ Shabery kata kita tidak boleh bandingkan Malaysia dengan negara pengeksport minyak besar. Tetapi dalam masa yang sama kerajaan membandingkan Malaysia dengan negara-negara bukan pengeksport minyak, huhu. Alasan yang so not relevant, becoz at least Malaysia still an exporter of oil.
Rakyat sudah mampu menilai, semoga ALLAH membantu pakatan rakyat untuk menegakkan Islam dan keadilan agar kesejahteraan dapat dinikmati bersama, amiin.
Tetapi BN jangan pula mendabik dada kerana mengadakan rancangan ini, kononnya terbuka dan telus. Setakat sekali sahaja ni tak boleh nak kata apa-apa lagi. Seeloknya diadakan tiap-tiap hari rancangan debat sebegini, barulah betul2 telus dan tidak PENGECUT. Kalau tidak tiap2 hari pun tiap2 minggu, baru ADIL. Kerana dengan mengadakan rancangan debat sebegini barulah minda rakyat akan terbuka dan dapat menilai mana yang benar dan mana yang bathil, iaitu dengan mendengar dari kedua-dua pihak, bukannya taat buta tuli dari sebelah pihak sahaja.
Mungkin rancangan ini hanya diadakan untuk mengambil hati rakyat agar mengatakan BN sporting menjemput pembangkang ke televisyen. Hehe, jangan kita lupa, bahawa Amerika Syarikat lagi sporting dan demokrasi, kerana media2 utama mereka sering mengundang parti pembangkang ke televisyen dan itu baru namanya demokrasi. Semua diberi kebebasan bersuara, bukannya menutup mulut sebelah pihak dan membuka hanya sebelah pihak, itu tidak adil namanya.
Kalau hanya menceritakan kebaikan kerajaan BN di televisyen dan memburukkan pembangkang, itu namanya monopoli dan kuku besi, bukannya demokrasi.
Walaupun saya sendiri secara peribadi pun tidak menyokong demokrasi, kerana ia bukan lah sebuah sistem Islam, tetapi sekurangnya mereka yang melaungkan memperjuangkan demokrasi itu lakukan lah sedemokrasi yang mungkin, bukannya monopoli dan kuku besi.
Ok itu sahaja untuk kali ini, mabruk, syabas kepada DSAI kerana dapat muncul di kaca TV malam ini dengan penuh berkeyakinan dan dedikasi. Dan semoga DSAI dilindungi Allah siang nanti kerana ia adalah tarikh terakhir untuk DSAI lapor diri ke pejabat polis tentang kes yang dia kena dakwa. Ada baiknya DSAI tidak pergi awal2 kerana dibimbangi kejadian lama berulang, iaitu beliau dibelasah dan terus disumbat ke penjara. Sekurang-kurangnya beliau sudah dapat ke udara di televisyen malam ini sebelum mengadap pejabat polis siang nanti.
Semoga Allah membantu perjuangan mereka-mereka yang ikhlas berjuang dan menegakkan keadilan demi kesejahteraan umat manusia. Wassalaam 🙂
Jul 16, 2008 @ 15:09:13
yup I strongly agree with hikmatun.
seperti kata Dato’ Shabery Cheek isu minyak ini melibatkan melibatkan semua negara.ya itu betul tetapi tetapi yang paling penting ialah bagaimana untuk menguruskan dana yang ada??DSAI ada menyebut petronas beri kpd kerajaan 60 billion dan DSAI berpendapat kenapa tidak kerajaan gunakan 1 billion untuk kurangkan harga minyak sebanyak 0.50.Idea DSAI relevan juga sebab 1 billion tu sangat banyak.
sekarang ini banyak kedai2,cafeteria2, restoran dsb yang mengambil kesempatan di atas kenaikan harga minyak ini walaupun tiada notis kenaikan harga untuk barang2 lain.Alasan yang di beri ialah kos pengangkutan yang tinggi sebab itu charge lebih.relevan tak??bagi saya relevan juga tetapi relevan yang mementingkan diri dan perniagaan sendiri tanpa memikirkan nasib oran lain…
pendapat saya tentang komen Dato’ Shabery Cheek ialah beliau seorang menteri penerangan sudah tentu arif pasal isu global.Tetapi adakah beliau menyedari keperitan rakyat golongan bawahan dan pertengahan ini.golongan atas tak payah kira la sebab dah kaya tak kisah sangat pasal harga minyak ini.
Jul 16, 2008 @ 16:11:17
Salaam dan selamat sejahtera wahai Eric. Hhhhm bagus sekali pandangan saudara tu berkenaan isu yang diperdebatkan semalam. Dan bagus sekali kerana anda juga salah seorang yang memikirkan keperitan hidup rakyat.
Sebab itu saya pernah menyentuh, pemimpin sepatutnya tidak bergaji tinggi, malah memadai bergaji seperti pekerja biasa, kerana adalah tidak manis menjadi pemimpin dalam keadaan mewah sedangkan rakyat tersepit.
Dalam Islam pun dari nabi dan para khalifah, semuanya tidak mewah, setelah menjadi pemimpin mereka berhabis duit utk agama dan rakyat. tetapi kita tengok pemimpin2 Islam sekarang semakin kaya raya, itu masalahnya dengan umat Islam hari ini. Wallahu a’lam 🙂
Jul 17, 2008 @ 23:04:37
Tindakan untuk mengurangkan harga minyak adalah perlu. Subsidi/rebate RM150 dan RM625 tidak di perolehi oleh setiap org. Ramai yang tak ada kereta. mungkin ada motor aje!!. Mereka ini turut merasa bahang kenaikan harga minyak dengan naiknya harha segala barang keperluan. Bila gula-gula dah habis, pahitnya terasa kembali.