……. Sambungan dari  Illuminati dan hiburan

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Bersambung ke bahagian ke 2 dalam tajuk Illuminati dan hiburan. Sememangnya bercakap tentang hiburan memang tidak akan habis. Terutamanya zaman ini adalah zaman hiburan berleluasa. Sejak dari masa nabi Muhammad S.a.w lahir lagi, syaitan telah kehairanan dan berhala2 bergoncangan. Kisah ini ada disebutkan di dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin oleh Imam Al Ghazali.

Adalah diceritakan ketika Nabi Muhammad S.a.w lahir, syaitan2 telah melaporkan kepada Iblis. Pendekkan cerita, Iblis mengarahkan tentera2nya semua agar menipu daya umat Muhammad dari segi KEMEWAHAN dan HIBURAN. Tidak perlu lagi menipu daya manusia sehingga menyembah patung dan  berhala. Kerana itu lah manusia sekarang ini amat tergila-gila kan HARTA dan juga HIBURAN.

.

Beberapa lagi simbol yang digunakan oleh artis dalam video klip lagu mereka

Video di atas menunjukkan beberapa lagi simbol Illuminati yang diselitkan di dalam video klip artis termasuklah si Lady Gaga pada permulaan video itu. Kemudian diikuti simbol2 tangan oleh Jim Jones, Lil Wayne, TPain dan camam2 lagi.

.

Syarikat2 rakaman muzik adalah milik Illuminati

Boleh dikatakan semua syarikat rakaman antarabangsa yang besar dimiliki oleh mereka. Sebagai contohnya Virgin Records.  Logonya tiada lambang matahari, segitiga dan seumpamanya, tetapi ia memakai nama Virgin.  Virgin bermaksud ‘perawan’.  Itu sahaja sudah melambangkan bahawa tuhan penyembah berhala dulu adalah lahir dari seorang ‘perawan’.  Sebagai contohnya Horus yang lahir dari Isis.

virgin

Syarikat seperti Warner Bros pula bukan sahaja mengendalikan rakaman album lagu tetapi juga mempunyai cawangan dalam bidang perfileman. Pengasas Warner Bros iaitu Jack Leonard Warner atau nama asalnya Jacob Warner amat dikenali sebagai seorang anggota Freemasons. Logo yang mereka gunakan adalah berupa sebuah perisai.  Perisai Daud juga adalah di antara simbol mereka. Huruf WB juga membentuk seakan piramid, dan huruf W itu serampang 3 mata.

Warner_Bros._Records_Logo

Whitney Houston dan Beyonce pernah mengadakan konsert yang mendapat kerjasama Freemasons.

.

Beberapa orang artis mati selepas bercakap mengenai Illuminati

Ini hanya sekadar teori kerana tiada bukti lagi dari pihak polis atau mana2 untuk membuktikannya. Cuma mengapa selepas artis2 ini mengeluarkan pendapat mengenai Illuminati, tidak lama kemudian mereka dibunuh atau pun terbunuh?

Tupac, artis negro RAP Amerika, yang mati ditembak dulu dikatakan tidak lama sebelum ditembak, dia menyebut tentang Illuminati di dalam lagunya yang bertajuk ‘Hail Mary’. Di dalam lagu tersebut, dia menyebutkan Illuminati sebagai ‘Killuminati’.  Di dalam temuramah dengannya, Tupac memberitahu betapa dia dipaksa untuk menyertai Illuminati tetapi dia menolaknya.

John Lennon, bekas anggota kumpulan yang paling top di dunia dulu iaitu The Beatles juga berakhir riwayat hidupnya selepas mengeluarkan sebuah lagu yang memperkatakan tentang Illuminati. Dan ada satu transkrip tulisannya yang menceritakan tentang adanya satu pertubuhan yang mana ahli2 nya terdiri dari keturunan dari pemerintah mesir kuno dulu iaitu Firaun.

Dan begitu juga tentang artis terbaru yang meninggal dunia baru2 ini iaitu Michael Jackson @ Mikail. Adalah diberitahu bahawa Mikail ada memperkatakan sesuatu tentang Illuminati , memperbanyakkan slogan2 yang memperjuangkan ‘love and peace’ , yang akhirnya dia didapati mati kerana masalah jantung.

michael-jackson-dangerous-album-cover

Segala simbol dan maksud2 tersendiri tentang Illuminati terkandung dalam cover album Dangerous seperti dalam gambar di atas.

Walaubagaimana pun , ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Cuma sebab musababnya yang berbeza2 antara seorang manusia dengan manusia yang lain.

Sejak dari zaman Elvis Presley, The Beatles, Jimi Hendrix, Michael Jackson hinggalah kepada artis2 zaman sekarang, kebanyakan mereka dibela oleh Illuminati untuk mengawal minda manusia dan mempengaruhi manusia melalui dunia hiburan.  Setiap artis yang mahu menjadi glamour dan popular mesti mengangkat sumpah terlebih dahulu untuk menurut sahaja agenda mereka. Barangsiapa yang melawan maka buruk lah padahnya.

.

.

Filem-filem peperangan memutar belit keadaan

Perhatikanlah kebanyakan filem perang yang muncul di pawagam. Yang menjadi wira adalah askar-askar Amerika dan sewaktu dengannya. Itu adalah taktik membrainwash penonton agar melihat bahawa mereka berada di pihak yang baik. Pelbagai gaya lakonan yang ditonjolkan yang kebanyakannya mempengaruhi perasaan manusia secara psikologi.  Penonton-penonton akan bersemangat menyokong wira-wira tersebut dan bersimpati kepada mereka.

Tetapi adakah lakonan itu sama dengan keadaan sebenar yang berlaku?  Di dalam filem, orang jahat pun boleh jadi baik kerana itu adalah lakonan semata-mata. Tetapi jangan kita lupa keadaan dunia sebenar, dengan apa yang pernah diperlakukan oleh tentera-tentera Amerika terhadap umat Islam khususnya.

Ya betul bukan semua askar Amerika itu jahat. Tetapi masalahnya mereka sudah dilatih dan dibrainwash oleh pihak atasan. Dan mereka terpaksa akur menjalankan tugas mereka. Sama ada mereka suka atau tidak, mereka terpaksa mengikut telunjuk kerajaan mereka. Itu yang perlu kita faham.

Dan jika anda mahu tahu, Kementerian Pertahanan Amerika mempunyai beberapa orang pegawai yang tugas mereka ialah berbincang tentang projek filem dengan Hollywood.  Mereka dibenarkan membaca skrip2 filem dan kemudian diberikan peluang untuk memberikan idea-idea mereka.

Dan dari dulu lagi, kebanyakan pengganas2 atau orang2 jahat dalam filem Hollwood adalah dari bangsa Arab ataupun bangsa2 lainnya.

.

Apa maksud di sebalik anugerah Oscars?

Setiap tahun akan diadakan anugerah Academy Awards untuk memberi anugerah kecemerlangan terhadap mereka2 yang berkaitan dengan perfileman seperti pengarah filem, pelakon filem dan penulis skrip. Ianya adalah upacara penganugerahan yang tertua dalam media perfileman. Anugerah yang diberikan berupa sebuah trofi / patung besi hitam bersalut emas Britannium yang berbentuk seorang lelaki yang memegang pedang salib di depannya. Sebenarnya patung itu adalah menyerupai tuhan Ptah (tuhan kraftangan) yang diagung2 kan oleh Freemasons, dan juga dikaitkan dengan Osiris (tuhan penyembah berhala mesir) yang dalam bahasa Mesirnya dipanggil Ausur.

oscar award

.

Pengaruh Illuminati pada sukan bolasepak

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya tulisan ini mengganggu perasaan peminat bolasepak.  Ini sekadar mahu mengajak kita berfikir dan merenung sendiri. Perasan kah kita sekarang bahawa ramai mereka yang beragama Islam yang sanggup meninggalkan solat maghrib demi kerana mahu menonton perlawanan bolasepak di stadium?  Penonton sanggup bersesak-sesak kerana mahu melihat manusia berebut bola di tengah padang.

Di bawah ini adalah logo kepada kelab bolasepak yang amat diminati ramai dan paling glamour di abad ini iaitu Manchester United. Mari kita selidik, apa yang ada di sebalik logo ini.

manchester-united-logo

Perhatikan bingkai tepi logo tersebut adalah ibarat mata manusia yang sedang celik. Di tengah-tengahnya ialah iris mata yang di dalamnya terdapat sebuah kapal yang mempunyai 3 layar  dan seekor syaitan yang memegang serampang 3.  Di bahagian atasnya adalah huruf ‘H’ yang mungkin bermaksud Horus dan di bahagian bawahnya adalah huruf ‘I’ yang mungkin bermaksud Isis.

Horus adalah tuhan matahari kepada penyembah2 berhala Mesir kuno, dan Isis adalah ibu kepadanya. Dan seluruh logo tersebut berwarna kuning dan merah seolah-olah matahari dan api yang bersemarak.

Tidak kah anda merasa hairan?   Manchester United ni dari dulu sampai sekarang tetap menjadi juara dan unggul dalam bolasepak. Adakah kerana pemain2 nya betul2 pandai, atau kerana kuasa duit?

Amacam, masih mahu menjadi peminat setia kelab Manchester United?  🙂 Cukup hanya saya bawakan satu contoh ini sahaja dulu.

Bolasepak antarabangsa sememangnya banyak dipengaruhi oleh mereka, maka tidak hairanlah jika syarikat2 ARAK / MINUMAN KERAS terkenal sering sahaja menaja kelab2 bolasepak.

TorresCelebrateG

.

Preview Sukan Olimpik 2012 di London

Perhatikan di dalam video ini mengandungi bendera2 seakan ular terbang yang bergerak menuju ke stadium, UFO, burung2 kecil, nombor 11:11 dan mungkin banyak lagi. Itu semua adalah lambang2 atau perkara yang berkaitan dengan Illuminati.  Artis CGI yang melakukan animasi2 tersebut pun mungkin tidak tahu apa maksud animasi tersebut. Mereka mungkin hanya diupah untuk membuat kerja tersebut.

Pengaruh Illuminati juga dikatakan ada pada Sukan Olimpik. Maka tidak hairan lah jika kita lihat Sukan Olimpik tanpa segan silu lagi menggalakkan athlit2 terutamanya athlit wanita untuk mendedahkan aurat dan menampakkan bentuk tubuh yang jelas. Pelbagai acara seperti gimnastik yang menyebabkan ahli2 sukannya terkangkang sana terkangkang sini. Begitu juga ramai athlit wanita yang sudah kelihatan seperti lelaki dari segi fizikal mereka.

Begitu juga kebanyakan sukan lain termasuklah  NFL, NHL, NBA dan macam2 N kat depan lagi lah. Kerana itu SUKAN yang asalnya hanya dimainkan untuk kesihatan tubuh badan, kini menjadi kegilaan orang. Sehinggakan orang sanggup bertaruh, keluar malam ke stadium, bergaduh kerana sukan, fanatik terhadap ahli2 sukan dan menghentam kelab2 sukan atau kumpulan yang tidak diminati dan sebagainya. Semua ini adalah untuk melalaikan manusia dari beribadah kepada Tuhan dan memikirkan banyak lagi perkara penting dalam hidup ini.

Dan sukan sekarang bukan setakat untuk bersenam, tetapi sebagai kerjaya. Manusia mencari duit dengan bermain. Manusia mencari kemegahan dan piala dengan bermain. Ya bermain, tidak kira tua atau muda ‘bermain’. Adakah kita mendapat bekal ke akhirat hanya dengan bermain? Itulah yang selama ini Illuminati brainwash dan mengawal minda manusia. Sehingga kan manusia sudah melakukan perkara2 yang tidak relevan, yang TIDAK PENTING dianggap penting. Yang penting manusia semakin jauh dengan Tuhan dan lalai dalam hidupnya.

Dan yang paling kelakar dalam dunia sukan ni ialah GUSTI, contohnya WWE.  Perlawanan gusti itu semuanya adalah dirancang dan menggunakan skrip, semuanya adalah lakonan, tetapi orang masih juga minat dan bersungguh2 mengikuti jalan cerita yang dibuat oleh Vince Mcmahon, kononnya seperti betul2 berlaku. Antara orang yang tertipu dengan gusti ni saya sendiri la dulu keh3.

Vince McMahon itu sendiri ada ura-ura mengatakan bahawa dia adalah 33rd degree Mason.

.

.

Kesimpulan bagi Bahagian kedua

Amat panjang lagi jika mahu membicarakan tentang Illuminati dan hiburan ini. InsyaAllah selagi ada hayat saya, saya akan cuba membicarakan dan berkongsi hal ini di blog Hikmatun ini. Kesimpulan kali ini saya mahu menceritakan satu firasat saya tentang Illuminati ini.

Jika anda adalah seorang Muslim, maka anda mengetahui bahawa cerita tentang Firaun dan kezalimannya ada terkandung di dalam AlQuran. Dan pengajaran itu sebenarnya bukan sahaja untuk umat dahulu kala tetapi juga untuk umat zaman sekarang. Keturunan darah dari Firaun itu ada sehingga kini dan di antara mereka adalah ‘The British Monarchy’  iaitu keturunan diraja British.

Keturunan itu dipercayai berasal dari keturunan Anglo Saxon, yang mana Anglo Saxon ini melakukan hijrah dari negara Jerman. Mereka berhijrah ke tanah British itu kemudiannya.

Begitu juga dengan keturunan Firaun yang lain, yang dipercayai mempunyai 13 keturunan dan keturunan2 tambahan.  Yang memegang kuasa pemerintahan dan ekonomi di serata dunia. Dan mereka mempergunakan tenaga dan kepandaian manusia2 lain untuk merealisasikan matlamat mereka untuk menguasai dunia.


“Tetapi Fir’aun mendustakan dan mendurhakai. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang (Musa). Maka ia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (Seraya) berkata: “Akulah tuhanmu yang paling tinggi”. Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya)”. Surah An Naazi’aat : Ayat 21 – 26

.

Bacaan berkaitan :

Logo-logo korporat Illuminati

Kaitan simbol Coat of Vatican dengan simbol-simbol Illuminati lain

Nama planet dalam sistem suria semuanya adalah nama dewa-dewi Romawi kuno

Syarikat-syarikat automobil milik Illuminati

Rahsia sebalik jenama NIKE

Rahsia di sebalik simbol Recycle

Rahsia di sebalik simbol BioHazard

Pemerintah-pemerintah baru dunia

Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia

Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati

Misteri Vatican City

Nama Osama Laden pun ada pada duit 20 Dollar Us

Black magic (sihir) dan Illuminati

Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka – Bahagian 2

Kenali simbol-simbol Illuminati dan Freemasons

Pemerintahan khilafah VS New World Order

Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan

George W. Bush pernah menyertai Skull and Bones

Harga minyak dan emas melambung naik

Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal

Kaitan antara Hitler, NAZI, ZIONIS dan Illuminati

Kronologi New World Order – Bahagian 1

Membeli emas banyak semakin menguntungkan Amerika Syarikat dan British?

Mengejar kemajuan kebendaan semata – agenda Illuminati

Video The Arrivals versi terjemahan Bahasa Melayu dan Indonesia

Pengaruh Illuminati dalam permainan komputer (PC Games)

.


.

Tambahan:

Ada tulisan-tulisan yang menyalahkan penulis Teori Konspirasi yang bercakap soal Illuminati

World Trade Centre menjadi 1 World Trade Centre