……. Sambungan dari Illuminati dan hiburan
Assalaamu’alaikum w.b.t……. Bersambung ke bahagian ke 2 dalam tajuk Illuminati dan hiburan. Sememangnya bercakap tentang hiburan memang tidak akan habis. Terutamanya zaman ini adalah zaman hiburan berleluasa. Sejak dari masa nabi Muhammad S.a.w lahir lagi, syaitan telah kehairanan dan berhala2 bergoncangan. Kisah ini ada disebutkan di dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin oleh Imam Al Ghazali.
Adalah diceritakan ketika Nabi Muhammad S.a.w lahir, syaitan2 telah melaporkan kepada Iblis. Pendekkan cerita, Iblis mengarahkan tentera2nya semua agar menipu daya umat Muhammad dari segi KEMEWAHAN dan HIBURAN. Tidak perlu lagi menipu daya manusia sehingga menyembah patung dan berhala. Kerana itu lah manusia sekarang ini amat tergila-gila kan HARTA dan juga HIBURAN.
.
Beberapa lagi simbol yang digunakan oleh artis dalam video klip lagu mereka
Video di atas menunjukkan beberapa lagi simbol Illuminati yang diselitkan di dalam video klip artis termasuklah si Lady Gaga pada permulaan video itu. Kemudian diikuti simbol2 tangan oleh Jim Jones, Lil Wayne, TPain dan camam2 lagi.
.
Syarikat2 rakaman muzik adalah milik Illuminati
Boleh dikatakan semua syarikat rakaman antarabangsa yang besar dimiliki oleh mereka. Sebagai contohnya Virgin Records. Logonya tiada lambang matahari, segitiga dan seumpamanya, tetapi ia memakai nama Virgin. Virgin bermaksud ‘perawan’. Itu sahaja sudah melambangkan bahawa tuhan penyembah berhala dulu adalah lahir dari seorang ‘perawan’. Sebagai contohnya Horus yang lahir dari Isis.
Syarikat seperti Warner Bros pula bukan sahaja mengendalikan rakaman album lagu tetapi juga mempunyai cawangan dalam bidang perfileman. Pengasas Warner Bros iaitu Jack Leonard Warner atau nama asalnya Jacob Warner amat dikenali sebagai seorang anggota Freemasons. Logo yang mereka gunakan adalah berupa sebuah perisai. Perisai Daud juga adalah di antara simbol mereka. Huruf WB juga membentuk seakan piramid, dan huruf W itu serampang 3 mata.
– Whitney Houston dan Beyonce pernah mengadakan konsert yang mendapat kerjasama Freemasons.
.
Beberapa orang artis mati selepas bercakap mengenai Illuminati
Ini hanya sekadar teori kerana tiada bukti lagi dari pihak polis atau mana2 untuk membuktikannya. Cuma mengapa selepas artis2 ini mengeluarkan pendapat mengenai Illuminati, tidak lama kemudian mereka dibunuh atau pun terbunuh?
Tupac, artis negro RAP Amerika, yang mati ditembak dulu dikatakan tidak lama sebelum ditembak, dia menyebut tentang Illuminati di dalam lagunya yang bertajuk ‘Hail Mary’. Di dalam lagu tersebut, dia menyebutkan Illuminati sebagai ‘Killuminati’. Di dalam temuramah dengannya, Tupac memberitahu betapa dia dipaksa untuk menyertai Illuminati tetapi dia menolaknya.
John Lennon, bekas anggota kumpulan yang paling top di dunia dulu iaitu The Beatles juga berakhir riwayat hidupnya selepas mengeluarkan sebuah lagu yang memperkatakan tentang Illuminati. Dan ada satu transkrip tulisannya yang menceritakan tentang adanya satu pertubuhan yang mana ahli2 nya terdiri dari keturunan dari pemerintah mesir kuno dulu iaitu Firaun.
Dan begitu juga tentang artis terbaru yang meninggal dunia baru2 ini iaitu Michael Jackson @ Mikail. Adalah diberitahu bahawa Mikail ada memperkatakan sesuatu tentang Illuminati , memperbanyakkan slogan2 yang memperjuangkan ‘love and peace’ , yang akhirnya dia didapati mati kerana masalah jantung.
Segala simbol dan maksud2 tersendiri tentang Illuminati terkandung dalam cover album Dangerous seperti dalam gambar di atas.
Walaubagaimana pun , ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Cuma sebab musababnya yang berbeza2 antara seorang manusia dengan manusia yang lain.
Sejak dari zaman Elvis Presley, The Beatles, Jimi Hendrix, Michael Jackson hinggalah kepada artis2 zaman sekarang, kebanyakan mereka dibela oleh Illuminati untuk mengawal minda manusia dan mempengaruhi manusia melalui dunia hiburan. Setiap artis yang mahu menjadi glamour dan popular mesti mengangkat sumpah terlebih dahulu untuk menurut sahaja agenda mereka. Barangsiapa yang melawan maka buruk lah padahnya.
.
.
Filem-filem peperangan memutar belit keadaan
Perhatikanlah kebanyakan filem perang yang muncul di pawagam. Yang menjadi wira adalah askar-askar Amerika dan sewaktu dengannya. Itu adalah taktik membrainwash penonton agar melihat bahawa mereka berada di pihak yang baik. Pelbagai gaya lakonan yang ditonjolkan yang kebanyakannya mempengaruhi perasaan manusia secara psikologi. Penonton-penonton akan bersemangat menyokong wira-wira tersebut dan bersimpati kepada mereka.
Tetapi adakah lakonan itu sama dengan keadaan sebenar yang berlaku? Di dalam filem, orang jahat pun boleh jadi baik kerana itu adalah lakonan semata-mata. Tetapi jangan kita lupa keadaan dunia sebenar, dengan apa yang pernah diperlakukan oleh tentera-tentera Amerika terhadap umat Islam khususnya.
Ya betul bukan semua askar Amerika itu jahat. Tetapi masalahnya mereka sudah dilatih dan dibrainwash oleh pihak atasan. Dan mereka terpaksa akur menjalankan tugas mereka. Sama ada mereka suka atau tidak, mereka terpaksa mengikut telunjuk kerajaan mereka. Itu yang perlu kita faham.
Dan jika anda mahu tahu, Kementerian Pertahanan Amerika mempunyai beberapa orang pegawai yang tugas mereka ialah berbincang tentang projek filem dengan Hollywood. Mereka dibenarkan membaca skrip2 filem dan kemudian diberikan peluang untuk memberikan idea-idea mereka.
Dan dari dulu lagi, kebanyakan pengganas2 atau orang2 jahat dalam filem Hollwood adalah dari bangsa Arab ataupun bangsa2 lainnya.
.
Apa maksud di sebalik anugerah Oscars?
Setiap tahun akan diadakan anugerah Academy Awards untuk memberi anugerah kecemerlangan terhadap mereka2 yang berkaitan dengan perfileman seperti pengarah filem, pelakon filem dan penulis skrip. Ianya adalah upacara penganugerahan yang tertua dalam media perfileman. Anugerah yang diberikan berupa sebuah trofi / patung besi hitam bersalut emas Britannium yang berbentuk seorang lelaki yang memegang pedang salib di depannya. Sebenarnya patung itu adalah menyerupai tuhan Ptah (tuhan kraftangan) yang diagung2 kan oleh Freemasons, dan juga dikaitkan dengan Osiris (tuhan penyembah berhala mesir) yang dalam bahasa Mesirnya dipanggil Ausur.
.
Pengaruh Illuminati pada sukan bolasepak
Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya tulisan ini mengganggu perasaan peminat bolasepak. Ini sekadar mahu mengajak kita berfikir dan merenung sendiri. Perasan kah kita sekarang bahawa ramai mereka yang beragama Islam yang sanggup meninggalkan solat maghrib demi kerana mahu menonton perlawanan bolasepak di stadium? Penonton sanggup bersesak-sesak kerana mahu melihat manusia berebut bola di tengah padang.
Di bawah ini adalah logo kepada kelab bolasepak yang amat diminati ramai dan paling glamour di abad ini iaitu Manchester United. Mari kita selidik, apa yang ada di sebalik logo ini.
Perhatikan bingkai tepi logo tersebut adalah ibarat mata manusia yang sedang celik. Di tengah-tengahnya ialah iris mata yang di dalamnya terdapat sebuah kapal yang mempunyai 3 layar dan seekor syaitan yang memegang serampang 3. Di bahagian atasnya adalah huruf ‘H’ yang mungkin bermaksud Horus dan di bahagian bawahnya adalah huruf ‘I’ yang mungkin bermaksud Isis.
Horus adalah tuhan matahari kepada penyembah2 berhala Mesir kuno, dan Isis adalah ibu kepadanya. Dan seluruh logo tersebut berwarna kuning dan merah seolah-olah matahari dan api yang bersemarak.
Tidak kah anda merasa hairan? Manchester United ni dari dulu sampai sekarang tetap menjadi juara dan unggul dalam bolasepak. Adakah kerana pemain2 nya betul2 pandai, atau kerana kuasa duit?
Amacam, masih mahu menjadi peminat setia kelab Manchester United? 🙂 Cukup hanya saya bawakan satu contoh ini sahaja dulu.
Bolasepak antarabangsa sememangnya banyak dipengaruhi oleh mereka, maka tidak hairanlah jika syarikat2 ARAK / MINUMAN KERAS terkenal sering sahaja menaja kelab2 bolasepak.
.
Preview Sukan Olimpik 2012 di London
Perhatikan di dalam video ini mengandungi bendera2 seakan ular terbang yang bergerak menuju ke stadium, UFO, burung2 kecil, nombor 11:11 dan mungkin banyak lagi. Itu semua adalah lambang2 atau perkara yang berkaitan dengan Illuminati. Artis CGI yang melakukan animasi2 tersebut pun mungkin tidak tahu apa maksud animasi tersebut. Mereka mungkin hanya diupah untuk membuat kerja tersebut.
Pengaruh Illuminati juga dikatakan ada pada Sukan Olimpik. Maka tidak hairan lah jika kita lihat Sukan Olimpik tanpa segan silu lagi menggalakkan athlit2 terutamanya athlit wanita untuk mendedahkan aurat dan menampakkan bentuk tubuh yang jelas. Pelbagai acara seperti gimnastik yang menyebabkan ahli2 sukannya terkangkang sana terkangkang sini. Begitu juga ramai athlit wanita yang sudah kelihatan seperti lelaki dari segi fizikal mereka.
Begitu juga kebanyakan sukan lain termasuklah NFL, NHL, NBA dan macam2 N kat depan lagi lah. Kerana itu SUKAN yang asalnya hanya dimainkan untuk kesihatan tubuh badan, kini menjadi kegilaan orang. Sehinggakan orang sanggup bertaruh, keluar malam ke stadium, bergaduh kerana sukan, fanatik terhadap ahli2 sukan dan menghentam kelab2 sukan atau kumpulan yang tidak diminati dan sebagainya. Semua ini adalah untuk melalaikan manusia dari beribadah kepada Tuhan dan memikirkan banyak lagi perkara penting dalam hidup ini.
Dan sukan sekarang bukan setakat untuk bersenam, tetapi sebagai kerjaya. Manusia mencari duit dengan bermain. Manusia mencari kemegahan dan piala dengan bermain. Ya bermain, tidak kira tua atau muda ‘bermain’. Adakah kita mendapat bekal ke akhirat hanya dengan bermain? Itulah yang selama ini Illuminati brainwash dan mengawal minda manusia. Sehingga kan manusia sudah melakukan perkara2 yang tidak relevan, yang TIDAK PENTING dianggap penting. Yang penting manusia semakin jauh dengan Tuhan dan lalai dalam hidupnya.
Dan yang paling kelakar dalam dunia sukan ni ialah GUSTI, contohnya WWE. Perlawanan gusti itu semuanya adalah dirancang dan menggunakan skrip, semuanya adalah lakonan, tetapi orang masih juga minat dan bersungguh2 mengikuti jalan cerita yang dibuat oleh Vince Mcmahon, kononnya seperti betul2 berlaku. Antara orang yang tertipu dengan gusti ni saya sendiri la dulu keh3.
Vince McMahon itu sendiri ada ura-ura mengatakan bahawa dia adalah 33rd degree Mason.
.
.
Kesimpulan bagi Bahagian kedua
Amat panjang lagi jika mahu membicarakan tentang Illuminati dan hiburan ini. InsyaAllah selagi ada hayat saya, saya akan cuba membicarakan dan berkongsi hal ini di blog Hikmatun ini. Kesimpulan kali ini saya mahu menceritakan satu firasat saya tentang Illuminati ini.
Jika anda adalah seorang Muslim, maka anda mengetahui bahawa cerita tentang Firaun dan kezalimannya ada terkandung di dalam AlQuran. Dan pengajaran itu sebenarnya bukan sahaja untuk umat dahulu kala tetapi juga untuk umat zaman sekarang. Keturunan darah dari Firaun itu ada sehingga kini dan di antara mereka adalah ‘The British Monarchy’ iaitu keturunan diraja British.
Keturunan itu dipercayai berasal dari keturunan Anglo Saxon, yang mana Anglo Saxon ini melakukan hijrah dari negara Jerman. Mereka berhijrah ke tanah British itu kemudiannya.
Begitu juga dengan keturunan Firaun yang lain, yang dipercayai mempunyai 13 keturunan dan keturunan2 tambahan. Yang memegang kuasa pemerintahan dan ekonomi di serata dunia. Dan mereka mempergunakan tenaga dan kepandaian manusia2 lain untuk merealisasikan matlamat mereka untuk menguasai dunia.
“Tetapi Fir’aun mendustakan dan mendurhakai. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang (Musa). Maka ia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (Seraya) berkata: “Akulah tuhanmu yang paling tinggi”. Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut (kepada Tuhannya)”. Surah An Naazi’aat : Ayat 21 – 26
.
Bacaan berkaitan :
Logo-logo korporat Illuminati
Kaitan simbol Coat of Vatican dengan simbol-simbol Illuminati lain
Nama planet dalam sistem suria semuanya adalah nama dewa-dewi Romawi kuno
Syarikat-syarikat automobil milik Illuminati
Rahsia sebalik jenama NIKE
Rahsia di sebalik simbol Recycle
Rahsia di sebalik simbol BioHazard
Pemerintah-pemerintah baru dunia
Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia
Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati
Nama Osama Laden pun ada pada duit 20 Dollar Us
Black magic (sihir) dan Illuminati
Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood
Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka
Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka – Bahagian 2
Kenali simbol-simbol Illuminati dan Freemasons
Pemerintahan khilafah VS New World Order
Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan
George W. Bush pernah menyertai Skull and Bones
Harga minyak dan emas melambung naik
Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal
Kaitan antara Hitler, NAZI, ZIONIS dan Illuminati
Kronologi New World Order – Bahagian 1
Membeli emas banyak semakin menguntungkan Amerika Syarikat dan British?
Mengejar kemajuan kebendaan semata – agenda Illuminati
Video The Arrivals versi terjemahan Bahasa Melayu dan Indonesia
Pengaruh Illuminati dalam permainan komputer (PC Games)
.
.
Tambahan:
nazifa
Okt 25, 2009 @ 15:36:21
ptut la sy tak minat lady gaga…hehe
stephen
Okt 26, 2009 @ 16:11:13
AN:
Kerana itu lah manusia sekarang ini amat tergila-gila kan HARTA dan juga HIBURAN.
>>> Pembetulan: Kerana itu lah manusia (muslim) sekarang ini amat tergila-gila kan HARTA dan juga HIBURAN.
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 16:16:54
Hehe camam2 kamu ni Stephen. Kebanyakan manusia TIDAK KIRA agama lah wahai Stephen weii
Kamu ingat orang Islam saja ke ada yang gila harta dan kemewahan? Rasional sikit lah bro 🙂
stephen
Okt 27, 2009 @ 09:49:36
Kerna rasionallah saya berani submit hujah ini..
ilham othmany
Mac 05, 2010 @ 22:51:49
kamu tau tak,peganjur hiburan yg terbesar seluruh dunia adalah keristian.Hiburan mereka bersifat global dan di sasarkan terutama negara-negara Islam.Mereka tau Islam tak boleh kalah dgn hujjah dan senjata.Ini satu lagi bukti kesesatan keristian.Kamu tau tak Islam menganjurkan perjuangan moral di mana-mana.Itu sebab negara Islam selalu bergolak kerana akan sentiasa ada tentangan terhadap perjuang moral Islam ini terutama dari ketua-ketua negara Islam yg menjadi boneka barat keristian.
stephen
Okt 26, 2009 @ 16:20:04
Apa mesej AN menulis ini? Iluminati?
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 16:22:59
Supaya kita TIDAK terpengaruh dengan mereka, terutamanya dilalaikan dengan bermacam2 hiburan yang tidak bermanfaat dan melalaikan
Supaya kita SEDAR dan BUKA MINDA, kerana mereka sedang mahu menguasai dunia. mereka akan cuba mempengaruhi manusia dengan pelbagai cara
jangan sampai adik2 atau anak2 kamu nanti menjadi mangsa mereka. Itu pun jika kamu sayang adik2 dan anak2 kamu
Allah suruh berusaha, berusaha untk melawan kejahatan, membasmi kejahatan, bukan suruh duduk goyang kaki dan penting diri sendiri sahaja
stephen
Okt 26, 2009 @ 16:57:51
Saya harap AN sedang maksudkan umat islam di Malaysia kerana amat mudah mereka ini terpengaruh. Lihatlah siapa yang pakai baju kanabis, siapa pakai baju lanun, tengkorak dll… Majoriti muslim pun… Dan kepada sanak saudara di kampung, x ada pun yang ke arah itu… Yang ada adalah muslim, tapi di semenanjung lagi dasyat… Mcm x ada agama pula!
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 16:33:50
Kita perlu tahu bahawa tujuan Allah mencipta kita adalah semata2 untuk menjadi HAMBANYA, bukan untuk menusia hidup berfoya2, lalai dengan hiburan sentiasa dan sentiasa mengikut nafsu dan syahwat
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” Surah Ad Zaariyaat : Ayat 56
Dan kerana itu lah Allah melaknat ramai umat2 dahulu kerana mereka tidak menjalankan perintah Allah iaitu MENYURUH BERBUAT BAIK dan MELARANG KEMUNGKARAN.
Jika tiada orang melarang KEMUNGKARAN, maka akan semakin bermerajalela lah KEMUNGKARAN di muka bumi ini. Kerana itu lah MENCEGAH KEMUNGKARAN adalah WAJIB, SEBELUM BALA datang kepada kita semua.
Apabila BALA sudah datang, tidak kira orang baik atau jahat, semua akan menanggungnya. Kerana mengapa MAKSIAT boleh berleluasa?? Walaupun ada orang baik, tetapi dia TIDAK MELARANG orang membuat maksiat tidak guna juga. Kerana itu jika BALA datang maka semua akan kena
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:02:29
Saya sangat hairan….. Walhal muslim…… Dengan pengakuan sebagai muslim, pasti dia tahu apa tujuannya dicipta? Tapi kenapa umat islam ini masih degil? Tahukah apa sebabnya? Sebab ajaran islam itu sendiri? Asal islam masuk syurga, jadi bila pakai baju kanabis, hisap ganja, motor haram, ragut, rompak dan segala kejahatan, masih x takut sebab sangat percaya: ASAL ISLAM MASUK SYURGA… Kesian sungguh mereka ini… Ingatlah wahai senegaraku, syurga itu untuk balasan kekal demikian juga neraka… Tiada lagi ampunan, malah kekal di dalamnya bagi yang masuk neraka…
ilham othmany
Mac 05, 2010 @ 22:56:58
Kamu tau tak kenapa maslah moral byk di kalangan org Islam.Sebab godaan iblis lebih kuat ke atas mereka.Org yg bkn Islam iblis dah tak kisah sebab mereka tu comfirm jadi teman mereka di neraka kelak.Utk non muslim iblis cuma tumpukan agar mereka jgn masuk Islam je.
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:05:18
Patut AN melihat isu sekarang! Jangan hanya bercerita pasal hal zaman NM. Sekarang tahun 2020, apakah sumbangan muslim kepada tamadun dunia, bagaimanakah reaksi muslim kepada umatnya yang bengong iman…
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:20:41
Sudah banyak diceritakan pada topik lalu, tetapi kamu ni MASUK TELINGA KANAN KELUAR TELINGA KIRI. satu habuk tak ambil pengajaran. Siapa yang perkembangkan Ilmu Matematik dan Astronomi dulu??
UMAT ISLAM!!
Jika tiada perintis maka dari mana mahu datang ini semua?
UMAT ISLAM dulu rujuk dari mana asasnya??
Dari ALQURAN
Salam damai dan meluaskan minda utk berfikir dan TIDAK BUTA sejarah
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:13:03
Melayu juara dadah! Demikianlah tajuk berita akhbar hari ini… 83.33% melayu, 10.00 >> % cina, 1% bumiputera sabah.. Apa respon, AN dalam hal ini? Patut AN risau dahulu statistik ini, barulah pasal inumilati… Umpama ubah kerabat anda dahulu, kemudian kampung, kemudian daerah, kemudian residensi, kemudian negeri, kemudian negara, kemudian peringkat asia tenggara, kemudian peringkat asia, kemudian peringkat terbesar iaitu dunia… Ini terus mahu mengubah dunia dulu… Jangan biarkan anda tersilap langkah seperti orang lain AN! Jangan ulangi kesilapan orang terdahulu. Ubah dulu orang-orang anda… Ubah cara berfikir anda terutama mereka yang teruk kelakuan… Jika anda pejuang sejati AN, saya cabar anda! Pergilah ke kumpulan singa itu (muslim teruk)… Jinakkan mereka…
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:17:55
Kesian sungguh kamu ni Stephen. Kamu tahu dadah itu dari mana? itulah agenda Illuminati. Syarikat rokok, arak, dadah semua itu pun milik mereka. Tujuan itu lah saya bercerita tentang Illuminati, agar kita semua kenal mereka betul2 dan elakkan dari tipu daya mereka
jangan duduk bawah tempurung sangat Stephen, buka sikit minda tu
Saya suruh kaji tentang Illuminati kamu tak mahu. Nah sekarang tak ke jadi katak bawah tempurung kamu ni
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:21:43
Fakta ialah: Afganistan adalah negara pengeksport ganja terbesar di dunia, dengan nilai eksport: 90% keluaran dunia! Afganistan adalah negara islam! Siapa bawah tempurung???
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:26:22
Dan apa kamu buat terhadap umat Kristian yang gila ARAK< BERJUDI, BERZINA dan sebagainya tu??
APA YANG KAMU BUAT Stephen??
Inilah saya mahu ajak kamu agar kembali MENGESAKAN ALLAH dulu. Umat islam yang membuat dosa tu hanya BERDOSA, tetapi DOSA2 itu bukan syirik. Jika mereka bertaubat insyaALLAH Allah akan ampun kan
Tetapii kamu ni SYIRIK dan MENYEKUTUKAN DIA. Itu lebih teruk dari dosa2 itu semua, kamu sedar tidak Stephen??
Kamu lebih menyeSATKAN manusia dari mereka2 yang hidup berfoya2 tu
Kamu sedar tak Stephen??
Saya tanya kamu, KENAPA kamu masih tidak menerima ALQURAN??
Kenapa kamu masih tidak mahu menerima Muhammad sebagai rasul??
Kamu masih berpegang kepada mereka2 yang mengatakan PERCAYA Yesus sebagai Tuhan dapat masuk syurga. kalau tak percaya Yesus itu Tuhan maka akan masuk neraka
kamu sedar tak Stephen??
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:30:16
Anda hanya berkata ikut pengetahuan anda! Dan bantahan kepada anda! Ilmu kristian anda hanya 30% sahaja… Anda hanya melihat penduduk sumatera itu ikut kaca mata penduduk brunei!
stephen
Okt 27, 2009 @ 09:57:06
AN:
Dan apa kamu buat terhadap umat Kristian yang gila ARAK>> Undang-undang gereja ada, undang-undang polis / mahkamah ada…
AN:
Inilah saya mahu ajak kamu agar kembali MENGESAKAN ALLAH dulu. Umat islam yang membuat dosa tu hanya BERDOSA, tetapi DOSA2 itu bukan syirik. Jika mereka bertaubat insyaALLAH Allah akan ampun kan
>>> Lebih teruk orang beragama itu buat dosa setelah ilmu agama mereka ketahui berbanding yang langsung x tau undang-undang agama… Maka yang beragama buat dosa lebih teruk berbanding yang x berpengetahuan. Maka lebih besar dosanya…
AN:
Tetapi kamu ni SYIRIK dan MENYEKUTUKAN DIA. Itu lebih teruk dari dosa2 itu semua, kamu sedar tidak Stephen??
Kamu lebih menyesatkan manusia dari mereka2 yang hidup berfoya2 tu
Kamu sedar tak Stephen??
>>> Sampai langit ke 7 anda katakan kristian buat syirik tetap kami tetap katakan tidak malah anda tetap pisang emas yang x tahu pisang kaling sedap.
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:16:33
Saya anti MU… Bukan hanya kepada lambang iblis merahnya, malah kerana celupar alex ferguson….. Dan yang paling sakit hati ialah, ego penyokong fanatik MU!
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:32:27
Kamu memang jenis selalu SAKIT HATI pada manusia, elok sangat la tu, amal kan selalu. mana perasaan sayang kamu pada manusia dan mahu melihat mereka KEMBALI kepada kebenaran?? Apa usaha kamu Stephen?
stephen
Okt 27, 2009 @ 09:59:19
Usaha saya di sini bukan usaha yang anda maksudkan ker?
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:24:46
Pengkaji itu adalah asalnya yahudi dan nasrani atau bukan islam, tetapi selepas kedatangan dan perkembangan islam, semua tokoh ini harus guna nama islam, maka sejarah sebenar luput dari lipatan sejarah! Sungguh kasihan!
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:27:14
Ni pengkaji mana pulak kamu bercakap ni?
stephen
Okt 27, 2009 @ 10:01:11
Tokoh ilmuan islam yang sebelumnya yahudi ataupun nasrani. Bila nama masyur, diarah guna nama baru… Yang islam. Sedangkan tokoh ini membangun ilmu fizik semasa agama asalnya.
stephen
Okt 27, 2009 @ 10:02:56
Contoh: Stacy menang AF semasa dia kristian, bila besok dia jadi bilionare, dia mungkin sudah nama SITI AISHA ABDULLAH.
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:27:14
Islam harus berterima kasih kepada para tokoh yang convert ke islam kerana inilah yang mengangkat martabat ilmuan islam… Jika tidak, sampai sekarang umat islam ini x akan tahu pun untuk cipta proton saga!
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:29:29
hehe x ada masalah, tentang kereta dan sebagainya itu hanya DUNIA. Semuanya akan hancur binasa nanti
kamu pun, tak lama lagi akan mati meninggalkan segala apa yang kamu ada di dunia ni
Firaun pun lebih hebat dulu
Qarun lagi dasyat kekayaan dan kemewahan dia
Kumpulan Illuminati pun hebat teknologi mereka
Mafia pun canggih
NAZI pun dasyat dan saiintis2 mereka boleh mencipta UFO
Maka apa yang hendak dibanggakan dengan DUNIA??
tetapi tanya iman ??
Adakah kamu MENGESAKAN ALLAH?? 🙂
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:31:55
Anda epal yang bertanya bagaimana rasa mangga…
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:31:21
kalau begitu tinggi sangat kah ilmu anda tentang ISLAM? 🙂
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:32:35
Saya x perlu mengaku!
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:33:08
Anda mangga yang perasan jadi DURIAN 🙂
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:35:25
Tak! Bantahan! Tiada faedah pun… Durian itu busuk… 2 minggu pun kereta x hilang bau!
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:37:11
Busuk itu kerana kamu tak tahan bau dia. bagi orang yang suka durian x ada masalah pun. hidung kamu je mengada2 Stephen hehe
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:37:59
Dan satu lagi, bila pulak saya BERTANYA pasal mangga??
Pandai2 kamu je yer
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:36:21
“Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri sedang mereka tidak sedar.
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
Dan bila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi”. Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan”.
Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.
Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman. Mereka menjawab: “Akan beriman kah kami sebagaimana orang-orang bodoh itu telah beriman”. Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.” Surah Al baqarah : Ayat 9 – 13
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:39:03
Katalah yang dimaksudkan itu ialah imulinati itu? Dan ianya bukan nasrani atau kristian!
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:40:17
“Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya. Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, mereka tidak dapat melihat.
Mereka tuli, bisu, dan buta, maka tidak lah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)” Surah Al baqarah : Ayat 17 – 18
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:41:25
Ini bukan untuk nasrani atau kristian…
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:44:58
Pandai2 kamu jer. Kamu percaya ke tidak dengan AlQuran??
Kamu percaya ke tidak Muhammad itu Rasul Allah??
JIka kedua2nya TIDAK, maka ayat2 itu untuk kamu lah Stephen.
stephen
Okt 26, 2009 @ 17:40:48
Mangga? Saya buat perumpamaan macam Yesus pun anda x faham… Memang perumpamaan Yesus hanya dapat difahami 100 tahun kemudian… Oleh pembaca lain, dan bukannya AN.
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:46:12
hehe saya berkias pada kamu lagi kamu tak faham
dan kata durian itu bau dalam kereta dan sebagainya
dah kamu ingat mangga itu tak berbau dalam kereta lama kalau letak kat dalam kereta?? Lebih kurang je Stephen
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:43:59
“Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah, benar-benar telah sesat sejauh-jauhnya.
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepada mereka,
kecuali jalan ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian adalah mudah bagi Allah.” Surah An Nisaa’ : Ayat 167 – 169
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:49:37
“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang Rasul (Muhammad) itu kepadamu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagimu. Dan jika kamu kafir, (maka kekafiran itu tidak merugikan Allah sedikit pun) kerana sesungguhnya apa di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: “(Ilah itu) tiga”, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagi mu. Sesungguhnya Allah Ilah Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara.
Al-Masih sekali-kali tidak enggan menjadi hamba bagi Allah, dan tidak (pula enggan) malaikat-malaikat yang terdekat (kepada Allah). Barangsiapa yang enggan dari menyembah-Nya dan menyombongkan diri, nanti Allah akan mengumpulkan mereka semua kepada-Nya.
Adapun orang-orang yang beriman dan berbuat amal saleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan menambah untuk mereka sebahagian dari kurnia-Nya. Adapun orang-orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan menyiksa mereka dengan siksaan yang pedih, dan mereka tidak akan memperolehi bagi diri mereka, pelindung dan penolong selain daripada Allah.” Surah An nisaa’ : Ayat 170 – 173
stephen
Okt 27, 2009 @ 08:07:49
Kami bukan yang dimaksudkan dalam kitab anda itu kerana kami tidak mengatakan Allah itu 3.
Pasal sains dan math, saya sudah menjawab: Itu dari convert punya pasal.
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:53:04
“Segala puji bagi Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi,dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka.” Surah Al An’aam : Ayat 1
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 17:55:39
“Sesungguhnya mereka telah mendustakan yang hak (Al-Qur’an) tatkala sampai kepada mereka, maka kelak akan sampai kepada mereka (kenyataan dari) berita berita yang selalu mereka perolok olokkan.
Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya generasi-generasi yang telah kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.” Surah Al An’aam : Ayat 5 – 6
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 18:00:32
“Janganlah kamu adakan tuhan-tuhan yang lain di samping Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah).
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” Surah Al Israa’ : Ayat 22 – 23
stephen
Okt 27, 2009 @ 08:08:49
Bukan kristian sejati yang dimaksudkan dengan ini…
Penghibur
Okt 27, 2009 @ 08:51:48
@Stephen
Awak pula tak demam kah dengan pembedahan Kitab Bible di sini, mudah-mudahan pembedahan ini berjaya menyelamatkan akidahmu, risau juga kalau-kalau kanser yang ada di dalam hatimu dah diperingkat terakhir dan tidak boleh diselamatkan.
By, Penghibur
Ahmad Nizam
Okt 26, 2009 @ 18:09:58
“Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al-Kitab (Al-Qur’an) dan dia tidak mengadakan kebengkokan didalamnya;
sebagai bimbingan yang lurus,untuk memperingatkan akan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan membawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,
mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.
Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: “Allah mengambil seorang anak”.
Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta. ” Surah Al Kahfi : Ayat 1 – 5
Mahmud Shah
Okt 26, 2009 @ 19:29:39
stephen said:
Asal muasal segala ilmu adalah dari Allah. Martabat Islam diangkat adalah kerana ilmu yang Allah ajarkan di dalam kalam-Nya. Orang kafir pun tidak mampu mencipta jarum tanpa sumbangan Islam di dalam ketamadunan dunia. 🙂
…di mana aku berada di sana ada DIA…
stephen
Okt 27, 2009 @ 08:12:24
Jika orang pemikir dulu x masuk islam tentu sampai sekarang, pengikut agama ini rasa sangat ketinggalan. Apa yang penting, apa sumbangan islam pada zaman modern ini? Sumbangan paling kecil saya pinta: Basmi penagihan dadah di kalangan masyarakat melayu dan islam. Basmi perasaan: SAYA BUAT JAHAT PUN MASIH SEMPAT BERTOBAT DAN MASUK KE NERAKA. Kerana inilah inti segala kelalaian dan kejahatan yang sedang berleluasa di bumi Malaysia.
Penghibur
Okt 27, 2009 @ 13:25:20
@Mahmud Shah
Saya sangat setuju dengan dengan anda, sebenarnya dunia berhutang dan lupa mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada Islam.
By, Penghibur
mie
Okt 27, 2009 @ 00:49:50
stephen tak belajar math & sains kot, byk ilmu moden berasas dr ketamadunan Islam.
Al Gebra, Al Kali,, yg ada Al –tu semua dr para Ilmuan Islam. Dulu Dunia Barat semasa ketamadunan Islam berada dlm dunia gelap, kerana faktor gereja kristian yg mengongkong sains dr berkembang, selepas berpisah dr agama kristian(sekular) barula ilmuan moden mereka berkembang setelah ciplak ilmu dr Ketamadunan Islam..cuba baca sejarah
stephen
Okt 27, 2009 @ 09:45:33
Penghibur:
Awak pula tak demam kah dengan pembedahan Kitab Bible di sini, mudah-mudahan pembedahan ini berjaya menyelamatkan akidahmu, risau juga kalau-kalau kanser yang ada di dalam hatimu dah diperingkat terakhir dan tidak boleh diselamatkan.
>>> Mudahh-mudahan anda faham maksud Barisan National dengan UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBS, PBRS dll parti BN sebagai perbandingan kristian dengan RC, SIB, Anglikan, methodist, GYB dll…
Penghibur
Okt 27, 2009 @ 12:37:24
@Stephen
Saya lebih faham dari anda tentang TRINITI, maafkan aku Stephen, kerana anda hanya mampu berkias tapi tak pernah sampai, ibaratnya di dalam Al-Quran Allah swt menegaskan berkenaan “FATAMORGANA”!
Semoga anda faham apa yang dikatakan “FATAMORGANA”!
Anda nyatakan CosmicBoy Level-5 dan saya hanya Level-2 dari segi Ilmu Pengetahuan! Ya saya tidak menolak jika orang lain mempunyai pengetahuan yang luas TAPI anda harus ingat, saya tewaskan CosmicBoy 100% dari segi adab dan Fakta. Saya hanya berbicara dengannya seperti seorang AYAH dengan anaknya yang berusia 4 Tahun.
Anda tahu sifat kanak-kanak? Sifata kanak-kanak di antaranya adalah, dia saja yang betul, bila nakkan sesuatu dia tetap dengan pendirian, tanpa memikirkan sama ada Ibu bapanya mempunyai kemampuan untuk menunaikan padanya atau tidak.
Soal Agama, saya hanya tanya mudah, saya tak suka bicara ke topik baru sedangkan yang sedia ada pun CosmicBoy tak tertanggung, dan apabila diajak berfikir secara kritis dengan mengambil kira kepentingan dari semua aspek untuk masyarakat dunia, dengan jelas CosmicBoy dan anda tolak mentah-mentah.
Sebab itu aku berkata padamu” Islam Seluruh Alam” sama ada manusia beriman termasuk juga umat Islam sendiri sama ada beriman atau tidak, Islam Tetap Jadi Pemerintah Agung Penghabisan Dunia!
Faktanya adalah “Jesus a.s Pasti Kembali” kerana Perintah Allah swt di dalam Al-Quran tidak akan terbantah sama ada anda suka atau tidak!
Anda silap jika menganggap saya ingin menunjuk-nunjuk tentang agama, demi Allah swt, saya hanya insan biasa dan masih belajar dan terus belajar dan “Aku tetap Seorang Pelajar Selagi Ada Hayat Di Dunia”
By, Penghibur
Ahmad Nizam
Okt 27, 2009 @ 14:45:39
Salaam. Yang nak menunjuk2 tu Stephen. Tidak nampak ke Stephen? Kamu sebelum ni banyak mengungkap dalam dialog ini, kononnya dialog ini paling hebat di Malaysia lah, kamu asyik tuduh orang nak menang lah, dan seumpamanya. itu baru nampak JELAS sebutan dari orang yang suka NAK MENANG.
Padahal kami x ada apa pun, kami hanya INGIN MENYAMPAIKAN. Kamu terima ke tidak ikut suka hati kamu la hehe. Di akhirat nanti insyaAllah kamu akan tahu la bagaimana PEGANGAN yang kamu pegang erat2 pada hari ini tu
Kami dedahkan SEJARAH pun kamu buat PEKAK jer. Kami berikan BUKTI2 pun kamu buat TULI jer, ikut suka kamu lah Stephen 🙂
Penghibur
Okt 27, 2009 @ 16:44:45
@Hikmatun
Saya yakin anda membawa hujah-hujah di level profesional, tapi penolakan tetap berlaku dari umat Kristian, kadang saya hairan juga, saya tak faham dia orang ni nak apa sebenarnya.
Demi Allah, begitu jelas hujah anda, namun tetap di tolak, rasanya penolakan semasa hayat Nabi Muhammad saw jauh lebih keras dari ini. Inilah PEDANG UMAT ISLAM iaitu Ilmu Pengetahuan ditambah dengan Keikhlasan, penghabisan dari semua amalan dan perbuatan dan ucapan ini adalah MENGHARAPKAN KEREDHAAN dari Allah swt. Mungkin Stephen tidak faham ini.
By, Penghibur
malihah
Okt 27, 2009 @ 17:05:13
Saya tertarik dengan kata-kata anda, Stephen..
“Jika orang pemikir dulu x masuk islam tentu sampai sekarang, pengikut agama ini rasa sangat ketinggalan. Apa yang penting, apa sumbangan islam pada zaman modern ini? Sumbangan paling kecil saya pinta: Basmi penagihan dadah di kalangan masyarakat melayu dan islam. Basmi perasaan: SAYA BUAT JAHAT PUN MASIH SEMPAT BERTOBAT DAN MASUK KE NERAKA. Kerana inilah inti segala kelalaian dan kejahatan yang sedang berleluasa di bumi Malaysia.”
dan perlu anda tahu Stephen,bukan org dahulu masuk islam..tapi ilmuan dahulu memang dah islam,,,mereka bukan baru masuk islam..
Ahmad Nizam
Okt 27, 2009 @ 17:36:01
Hmm hairan saya dengan kata2 Stephen terhadap orang Islam iaitu “SAYA BUAT JAHAT PUN MASIH SEMPAT BERTOBAT DAN MASUK KE NERAKA”
Ntah dari mana dia dengar itu. Stephen, orang yang bercakap begitu ialah orang yang TIDAK FAHAM ISLAM dan sebenarnya iman dia x tau berapa inci je tu
Kerana setakat yang saya tahu, dalam ajaran Kristian kamu yang biasanya orang anggap “PERCAYA JE JESUS ITU TUHAN MAKA AKAN MASUK SYURGA”
Tak kira lah buat dosa ke tidak, janji percaya je Jesus itu tuhan
Sesuai dengan kata2 Paulus
Filipi 3:9 menjadi satu dengan Dia. Saya tidak lagi menggantungkan keselamatan saya pada perbuatan baik atau ketaatan kepada hukum Allah, melainkan kepada kepercayaan bahwa Kristus menyelamatkan saya, sebab Allah membenarkan kita di hadapan hadirat-Nya atas dasar iman kita, yaitu berharap hanya kepada Kristus saja.
kamarul
Dis 08, 2009 @ 15:30:18
Saya tidak lagi menggantungkan keselamatan saya pada perbuatan baik atau ketaatan kepada hukum Allah, melainkan kepada kepercayaan bahwa Kristus menyelamatkan saya, sebab Allah membenarkan kita di hadapan hadirat-Nya atas dasar iman kita, yaitu berharap hanya kepada Kristus saja.
>>>>>fitnah inilah yng menyesatkan umat Kristian, bermakna bagi kamu biar berbuat jenayahpn takkan apa2 kan? tak taulah apa akan jadi agaknya jika Islam tidak ada dalam dunia ni…….banyak perbuatan jijik dan tekutuk dilakukan oleh umat manusia…..
Neutral
Dis 08, 2009 @ 15:44:38
TUHAN HANYA MENYELAMATKAN ORG2 YANG KUDUS YANG MELAKUKAN JENAYAH DAN SEGALA KEJAHATAN DAN TIDAK MAHU BERTOBAT TENTU SEKALI TIDAK AKAN DISELAMATKAN.
kamarul
Dis 08, 2009 @ 22:02:24
hehe sayang betul, anda menyimpang dari tugas sebagai hamba……inilah bezanya Kristian dengan Islam iaitu tentang amalan seseorang manusia itu tidak dikira akan tetapi hanya perlu keyakinan kudus kepada Kristus saja sudah cukup……
adakah itu logik bagi kamu jika kita guna akal yang waras kita? mmm….baiklah saya takkan persoal lagi tentang hal ini kerana saya telah tahu bagaimana keimanan kalian Kristian…..
Tapi hal ini langsung tidak melunturkan tauhaid kami kepada Allah sebagai Tuhan yang Esa. Hnya Dia sahajalah yang layak disembah dan diyakini sebagai Tuhan.
kamarul
Dis 08, 2009 @ 22:06:57
pembetulan :…..tidak melunturkan tauhid kami…
kamarul
Dis 08, 2009 @ 23:17:11
Ruang Hati
Jan 01, 2010 @ 23:03:42
Renung jiwa saat malam berganti siang
Awan biru seakan tak mau berpisah
Angin pun bertiup ungkapkan sebuah hasrat
Burungpun ingin berenang bersama ombak
Pasir tak mau terpisahkan oleh pantai
Semua ingin menatap hari esok
Suara riuh gundah sepanjang malam
Menyambut suasana haru yang terdalam
Akankah hadirku membawamu terbang
Lambaian tanganku menemani langkahmu
Peluk eratku mendekap kehadiranmu
Tahun yang lalu adalah guruku
Tahun yang akan datang adalah asaku
Ruang Hati Berbagi
===============
http://ruanghati.com
Rizal Islami
Jan 02, 2010 @ 08:10:26
subhanallah……
jalanakhirat
Feb 03, 2010 @ 00:41:21
Asalamualaikum
Salam kenal buat sahabat yang sentiasa pakcikli00 ingati.
aril_aa
Jun 16, 2010 @ 12:19:20
salam..tertarik dengan artikel ini..
kini terdapat satu persoalan yg berman di fikiran saya..
adakah pornografi itu sememangnya dakyah utk mnghancurka umat islam??
Ahmad Nizam
Jun 16, 2010 @ 15:06:42
Salaam. Porno sudah tentu amat NYATA sekali bro. Itu salah satu agenda mereka lah 🙂
Azrie
Jul 28, 2010 @ 22:47:40
Salam Tuan Tanah dan saudara sekalian,
Dah lama rasanya tidak menjengok blog sini. Ermmm agak sibuk dgn urusan duniawi. Baru2 ini saya ada terjumpa satu web so nk minta pndangan tuan ttg web http://mistisfiles.blogspot.com yg byk memberi info ttg dajjal, freemason dan illuminati.
Rizki Aji
Nov 24, 2010 @ 09:41:17
illuminati, fenomena abad ini.. semoga Allah melindungi kita semua dari tangan-tangan pemerkosa agama
zaira
Mac 18, 2011 @ 16:44:10
memang ramai pun yg x memahami seperti poco2 juga cuba lihat sperti salib…org2 kite tahu tiru jer kan budaya mrka tanpa kite sedari..
genNEWS2000
Mei 18, 2011 @ 14:59:03
for you eye only…………, .99% ILLUMINATI 1%TAHI KUKUHKAH KAMU? JIKA MENGAMBIL YANG BURUKNYA. DAN BERTENGKAR DIANTARA KAMU AKAN MENJADIKAN NERAKA KEATAS BUMI MU. JAUH SEKALI MENCIUM BAU SYURGA JIKA DIANTARA KAMU TIDAK TAHU MENGATUR KEHIDUPAN AWAL KAMU DIMUKA BUMI INI. (ONE PERSON ) KAMU TIDAK LEBIH DARI SESIAPA DAN MUNGKIN JUGA INI ADALAH PESANAN DARI YANG SATU..semalam ku bermimpi hai dengan satu bintang, berkata kata ku dijendela….bla bli bla bluuuuuuu. nah….,baca pesanan ringkas ini berulang-ulang fahami maksudnya and OPEN YOUR MIND.PUZZLE (pasal) INI BUKAN MUDAH . UMUR SETAHUN JAGUNG JANGAN CUBA JIKA MASIH ADA UNSUR-UNSUR NEGATIF. BYE- BAIK, GOOD IS BAIK. STEEDY AND STUDY MALAYSIA. PEACE.
genNEWS2000
Mei 18, 2011 @ 20:19:59
SAYA ORANG TENGAH, yang tetap percaya akan keujudan TUHAN (GOD IS REALLY UNIQUE) itu amat pelik untuk diceriterakan pada sesetengah orang kebanyakan yang AKALNYA CETEK. Oleh itu gunakanlah BEKAL AKAL yang diberikannya kepada kamu untuk memikirkan keunikannya itu. bukan bertengkar dengan omongan kosong yang tidak membuka MINDA. orang sudah sampai ke bulan, kita masih didalam tempayan. Anak itek tok wee mandi dalam kolam, sakit apa tok wee sakit sendi B’ONE MALAYSIA……….boleh! kalau masih terus beg……..ini isu PANAS.
1075583
Nov 04, 2012 @ 04:38:15
maaf ye sy guna facebook ibu sy…kta-kta si penulis itu sy setuju stakt ni sy rsa betul apa
yg dtulis oleh pnulis …..kjayaan ssuatu klb blasepak
dan hburan yg brunsurkan ksetanan sy rasa memang smua ni adalah tujuan konspirasi dajal…hmm korang semua prnah tngok the arrival dan dunia akhir zaman di youtube sy rasa smua ni tlah drancang oleh yahudi,konco2 dan fremason utk membawa kita ke dajjal sy hrap penulis dpat cari lg tntang konspirasi sperti ni kali ni sy mahu penulis cari hiburan dan jenama pula………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….sy ingin kongsi sesuatu kepada kamu semua apa yg paling dminati ramai msyarakat……disko,rock,MU DAN ACM …..DISKO UNSUR XXX..ACM/MU NICKNAME ‘DEVILS’ DAN ROCK PULA RAMAI ORG BUAT TANGAN MACAM SETAN TURUN KAN 2 JARI TENGAH (NAMPAK SETAN KAN…………SMUA NYE KEBETULAN…SEMUA BERASAL DRI MANA…..ORG BARAT DAN YAHUDI…………tetapi kita semua dah masuk perangkap mereka………
kelab kita ramai sokong MU…
musik disko dengan rock serta hardrock dan metal
dah jadi pujaan ramai cth:korang kenal a7x kawan sy suka lagu tu kalau korang dengar lagu a7x insyaallah korang tahu musik rock ni bukan jujur dakwaan org melayu tetapi…rock ni barat kan..bukan india,china,jepun dan arab…..sy rasa org barat ni memang penuh dosa…….memang patut nabi terakhir milik arab iaitu Muhammad S.A.W. berbanding nabi2 lain yg lahir dari keluarga yahudi dan nasrani……Allah janjikan nabi terakhir tu keatas bangsa arab tu sebab yahudi dan nasrani dengki dengan kita….macam2 mereka mahu hasut kita utk kearah mereka sama-ada muzik ke,sukan ke,dan macam2 lagi………………………..saya memohon maaf kepada kamu semua termasuk penulis sekiranya saya mengeluarkan kata2 kasar saya minta maaf apa yang ingin saya beritahu kepada kamu semua pilih syariat sebagai petunjuk kamu….. saya harap suatu hari nanti orang barat,yahudi dan fremanson bakal menerima azab yang pedih dari Allah SWT….Amin……
min_94
Nov 04, 2012 @ 04:47:31
wow …..memang dunia ni dah dekat dengan dajjal hmm memang patut ada semua ni ……..ye lah….janji Al-Quran dan Hadis tu tepat…..kiamat bakal tiba mesti ada konspirasi setan…..jadi x boleh nak kata apa terima hakikat yang ada sekarang ni saya bukan penyokong MU,ACM,ROCK Metal DAN DISKO…….
jadi bagi yang minat ………kamu kena soal dengan Allah….kenapa kamu suka…apa yang saya cakap ni kalau orang komen buruk pasal saya komen ni memang dialah orang yang suka setan jadi tukar lah cita rasa kamu yang lain
ptd_ggmu
Nov 04, 2012 @ 04:50:56
nak tinggal MU aku x tahu pun kelab tu ada yahudi jadi macam mana nak tinggal ke kelab mana kuat lepas ni man city……..
gunnerswenger
Nov 04, 2012 @ 04:58:14
ye memang pun tahun ni 2012 kan arsenal kalah lagi dengan MU dulu 8-2 sekarang 1-2 kemu dia kad meeeeeerah….aku rasa kan kalau korang tengok
muka referee tu dia pun konspirasi ke bpl 2012/2013 ni chelsea,liverpool dan
kelabku arsenal pun kad merah wow kelab paling dikenali ramai kena kad merah menang referee pun konspirasi juga well all arsenal fan malaysia
MU punya coach Fegie kata nya main psiko dia tu pakai voodoo ke atau pakai
tilik nasib sampai semua klub profesional kad merah…isk x adil
heartsoul
Nov 04, 2012 @ 05:14:25
saya nak kongsi sesuatu kepada kamu semua peminat MU meningkat sehingga 659 juta fan’s betul ke……kalau korang nak tahu sebenarnya kenapa peminat MU meningkat sebab banyak tajaan dari pelbagai pihak seperti mr.potato,Turkey Airlines dan lain2 lagi jadi oleh itu jenerasi akan datang mesti kenal pemain dan lambang MU tu sebab ramai orang selalu sebut beckham,fergie,ronaldo sebab mereka mahu naikkan nama
mereka di pentas dunia lain-lain kelab hanya kelas 2 je….jadi kalau macam
tu mereka mahu kita semua sokong devil lah ye ……..hampir kebanyakkan
jenama di dunia ni semuanya hampir2 setan……wah kalau macam tu boikot
je lah…..x perlu kata apa2 lagi ini semua kerja dajjal dan pengikut illuminati
jadi saya syorkan tinggalkan produk yang berasal dari yahudi dan dari barat
kerana mereka tak boleh dipercayai sampai mereka jajah negara kita,indon,ASEAN,arab serta bumi Andalusia(sepanyol) suatu ketika dahulu….
hmm tak pe lepas kiamat kena nanti dengan Allah…….
Azim
Nov 04, 2012 @ 05:27:11
genNEWS2000 u bilang we all AKALNYA CETEK blah…..blah…
wah ko tu yg cetek ngok,y’all genNEWS2000 hina kita… we all kaji
tentang ni dn kongsi pndapt tntang ni pun sbab nk tahu konspirasi betul ke
x jadi genNEWS2000 pikir 10 kali ye sblum komen
Hakim_07
Nov 08, 2012 @ 13:29:58
……oh tak sangka MU tu ada unsur syaitan…..patutlah kelab tu x ada pemain islam seperti kelab lain liverpool,chelsea,real madrid,arsenal,manchester city,newcastle utd,barcelona,bayern munich,b. dormund dan Juventus.Saya rasa illuminati x mahu org islam bermain di kelab mereka dah lama saya tengah kaji tentang peminat dan pemain islam MU di Old Trafford ..saya x jumpa satu pun setakat ni ada pemain terhebat islam iaitu karim benzema,samir nasri,mesut ozil dan yaya toure kenapa mereka x mahu mengambil mereka sebagai pemain saya rasa pemainan mereka agak baik..
isu RVP sebagai penganut islam rasanya sesuatu perbohongan…..rvp x islam….jadi MU kekal the real devils…..seperti mana kita tahu……………..
dalam sejarah bola sepak MU saya membaca sejarah kelab itu nama asal
kelab itu adalah the red army pada 50’an dan 60’s selepas kemuncak kejayaaan kelab tersebut red devils pula mula disebut2 pada 70’an hingga sekarang .Jadi saya bekas peminat MU bakal ingin keluar dari kelab yang ingin berniat untuk membawa dunia syaitan kearah keislaman saya dan saya kini menyokong mana2 kelab profesional selain MU..bermula 1 Disember ini….
sebelum saya habiskan ucapan ini terlalu banyak komen2 teruk diatas…jadi harap kamu semua x perlu bergaduh pasal semua ni..sebab perkara2 ni membuat kita x percaya dari sumber yang telah di sebarkan oleh si penulis…jadi harap2 ia akan jadi pengajaran bagi kita semua..Aminnnnn……………………………..
voolontroo
Mei 16, 2020 @ 11:21:14
Saya dan keluarga memulangkan kepunyaan kamu hikmatun.wordpress.com yang ada pada kami