Salaaam alaikum w.b.t……. Terlebih dahulu mari kita lihat secara ringkas apa itu puak Khawarij? Puak Khawarij adalah golongan yang kuat beribadat tetapi mengenepikan ilmu dan tidak mahu mempelajari al-Quran, fiqh dan hadis Rasulullah s.a.w. Mereka terkenal sebagai kaum yang degil, berpuak-puak membenci dan mengkafirkan sesiapa saja yang tidak sefahaman dengan mereka.
Imam Al-Barbahari berkata: “Setiap orang yang memberontak kepada imam (pemimpin) kaum muslimin adalah Khawarij. Dan bererti dia telah memecah kesatuan kaum muslimin dan menentang sunnah. Dan matinya seperti matinya jahiliyyiah.” Syarhus Sunnah – Imam Barbahari, tahqiq Abu Yasir Khalid Ar-Radadi, m/s. 78.)
Imam Asy Syahrastani berkata. “Setiap orang yang memberontak kepada imam yang disepakati kaum muslimin disebut Khawarij. Sama sahaja, apakah dia memberontak dimasa sahabat kepada imam yang rasyidin atau setelah mereka dimasa para tabiin dan para iman disetiap zaman.” Al-Milal wan Nihal, m/s. 114,
Imam Ibnul Jauzi berkata dalam kitabnya Talbis Iblis. “Khawarij yang pertama dan yang paling buruk adalah Zul Khuwaishirah. Abu Said Al-Khudri berkata: “Ali ra pernah mengirim dari Yaman kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa Sallam sepotong emas dalam kantung kulit yang telah disamak dengan emas itu belum dibersihkan dari kotorannya. Maka Nabi membahagi-bahaginya kepada empat orang, Zaid Al-Khalil, Al-Aqra’ bin Habis, Uyainah bin Hish dan Alqamah Watsah atau ‘Amir bin Ath Thufail. Maka sebahagian para sahabatnya, kaum Ansar serta selain mereka merasa kurang senang. Maka Nabi berkata:
“Apakah kalian tidak percaya kepadaku, padahal wahyu turun kepadaku dari langit diwaktu pagi dan petang?”.
Kemudian datanglah seorang lelaki yang cekung kedua matanya, menonjol bahagian atas kedua pipinya, menonjol dahinya, lebat janggutnya, tergulung sarungnya dan botak kepalanya. Orang itu berkata. ‘Takutlah kepada Allah wahai Rasulullah!’. Maka Nabi mengangkat kepalanya dan melihat orang itu, kemudian baginda berkata, “Celaka engkau, bukankah aku manusia yang paling takut kepada Allah?”. Kemudian orang itu pergi. Maka Khalid Al-Walid berkata, ‘Wahai Rasulullah, bolehkan aku penggal sahaja lehernya?’. Nabi berkata. ‘Mungkin dia masih shalat”. Khalid berkata, ‘Berapa ramai orang yang shalat dan berucap dengan lisannya (syahadat) ternyata amalannya bertentangan dengan isi hatinya?” Nabi berkata. “Aku tidak disuruh untuk meneliti isi hati manusia dan membelah dada mereka.” Kemudian Nabi melihat kepada orang itu dalam keadaan berdiri kerena takut sambil berkata:
“Sesungguhnya akan keluar dari orang ini satu kaum yang mereka membaca Al-Quran yang tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka lepas dari agama seperti lepasnya anak panah dari busurnya.” HR. Bukhari, no. 4351 dan Muslim no. 1064.
Dalam riwayat lain bahawa orang ini berkata kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa Sallam “Berbuat adillah!”. Maka Nabi berkata, “Celaka engkau, siapakah lagi yang dapat berbuat adil kalau aku tidak adil?”. HR. Bukhari, no. 3610 dan Muslim 1064.
Imam Ibnul Jauzi berkata, ‘Orang itu dikenal dengan nama Zul Khuwaishirah At-Tamimi. Dia adalah orang Khawarij yang pertama dan Islam. Penyebab kebinasaannya adalah kerena dia merasa puas dengan pendapatnya sendiri. Kalau dia berilmu, tentu dia akan tahu bahawa tidak ada pendapat yang lebih tinggi dari pendapatnya Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam.
Para pengikut orang ini termasuk orang-orang yang memerangi Ali bin Abi talib. Itu terjadi ketika peperangan antara Ali dengan Muawiyah telah berlarutan. Pasukan Muawiyah mengangkat mushaf-mushaf (al_Quran) dan memanggil pasukan Ali bertahkim (mengadakan perundingan). Maka mereka berkata; Kalian memilih satu orang dan kami juga memilih satu orang. Kemudian kita minta keduanya untuk memutuskan perkara perdasarkan Kitabullah.” Maka manusia (yang terlibat dalam peperangan itu) berkata. ‘Kami setuju’. Maka pasukan Muawiyah mengirim ‘Amr bin Al-Ash. Dan Pasukan Ali berkata kepadanya; “Kirimkanlah Abu Musa Al-Asyari”. Ali berkata, “Aku tidak setuju kalau Abu Musa, Ini Ibnu Abbas, dia sahajalah.” Mereka berkata. “Kami tidak mahu dengan orang yang masih ada hubungan kekeluargaan denganmu.” Maka akhirnya dia mengirim Abu Musa dan keputusan dilanjutkan sampai bulan Ramadhan.
Maka Urwah bin Uzainah berkata. “Kalian telah berhukum kepada manusia pada perintah Allah. Tidak ada hukum kecuali milik Allah”. Ali kemudian pulang dari Siffin dan masuk ke Kufah, tetapi orang-orang Khawarij tidak mahu masuk bersamanya, mereka pergi ke suatu tempat yang bernama Harura sebanyak dua belas ribu orang kemudian berdemonstrasi di situ, Mereka meneriakkan slogan “Tidak ada Hukum kecuali Hukum Allah”.
Itulah awal timbul atau tumbuhnya Khawarij. Dan mereka mendendang dan mengangkat sebagai komandan perang adalah Syabats bin Rabi At-Tamimi dan imam shalat adalah Abdullah bin Al-Kawwa Al-Yasykuri.
Khawarij adalah orang yang sangat kuat ibadahnya, tetapi mereka meyakini bahawa mereka lebih berilmu dari Ali bin Abi Thalib.
OK , itu lah sedikit info yang saya dapat berikan tentang Khawarij. Maka kita lihat pula
Adakah PAS sama seperti puak Khawarij itu?
Pertama sekali kita tanya diri kita, adakah PAS melebih-lebihkan pendapatnya lebih dari pendapat Nabi Muhammad S.a.w? Sudah tentu tidak bukan. Dan adakah PAS melebih-lebihkan pendapatnya dari Saidina Ali r.a? Sudah tentu tidak bukan, haa jawapan ringkas ini pun dah terjawab secara automatik tanpa perah-perah otak dah hehe. Tetapi mari saya explain sedikit lagi tentang perkara ini, bagi minda kita segar sikit dan jangan menuduh orang sembarangan yaa 🙂
Ketahuilah, PAS tidak menganjurkan untuk memberontak, PAS tidak memerangi kerajaan pun. Kemarahan2 dari orang2 yang tidak memahami (segelintir pengikut PAS) tidak bermakna konsep perjuangan PAS itu sendiri. Setiap anak Adam bersalah kan, maka PAS juga tidak lari dari ada melakukan kesalahan, PAS bukan maksum. Siapa-siapa pun ada melakukan kesalahan sekarang tetapi kita tengok lah apa bentuk kesalahan itu. Yang penting Aqidah kita, kita yakin dengan AlQuran ke tidak? Kita yakin ke tidak dengan HUKUM ALLAH yang ALLAH perintahkan dalam AlQuran?
PAS bertindak mengikut undang2 pemerintah sendiri iaitu memasuki pilihanraya, rakyat yang memilih. Dan PAS bukan seperti khawarij yang berlebih2an (GHULUW) dalam beragama. Tetapi PAS hanya bertindak MENEGUR kerajaan, kerana terlalu banyak korupsi dan penyelewengan dalam kerajaan.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda, ertinya, “Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaknya dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lisannya. Dan jika tidak mampu juga, maka hendaknya mengingkari dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.”
Antara iman yang paling tinggi adalah berkata benar di hadapan pemerintah. Maka jika kita masih mahu berada dalam kategori iman yang lemah terpulang lah. Hiduplah kita dalam dunia kita sendiri.
Berperang , mengamuk dan memberontak terlalu jauh bezanya dengan MENEGUR. Semua itu dalam bahasa Melayu yang jelas, kalau kita masih tidak dapat membezakannya lagi, saya nasihatkan kita belajar Bahasa melayu dulu betul2 🙂
Perhati maksud hadith ini baik2, “Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah”.
Maka kita masih mahu berperang sesama sendiri ke? Tidak belajarkah kita bahawa kita sesama Islam sekarang bertelagah sesama sendiri kerana HUKUM ALLAH tidak tertegak? Maka jika tiada orang yang berusaha untuk menegakkan HUKUM ALLAH, kamu mahu melihat dunia ini dipenuhi dengan peperangan dan mala petaka kah? Tafakkaruu ya ayyuhal ikhwah!
Jika manusia masih ikut ego masing2, membela sistem2 dari barat yang nyata merosakkan rohani dan jasmani, dan sekiranya manusia masih terpukau dengan dunia, masih mahukan harta banyak dan hidup mewah, jangan harap kedamaian mutlak dapat dicapai. Maka kita tiada pilihan lain melainkan berusaha untuk menegakkan HUKUM ALLAH sedikit demi sedikit setakat kemampuan kita.
Kita sekarang ini kasihankan pemimpin kita, kasihankan rakyat, kasihankan diri kita sendiri dan keluarga2 kita. Sebab itu kita berusaha sedaya upaya untuk menegur kerajaan yang semakin hari semakin hanyut, ditambah pula dengan telah membuat satu bid’ah terbesar dalam sejarah iaitu Islam Hadhari, astaghfirullah.
Maka teguran2 yang dilemparkan kepada kerajaan adalah kerana kita sayangkan mereka juga, bukan kita bencikan mereka. Kita sudah nampak jalan yang ditunjukkan oleh kerajaan sekarang akan menghanyutkan rakyat, akan menyebabkan kejahilan semakin berleluasa, hiburan dan maksiat bertambah berleluasa, rakyat semakin mengutuk ulamak, maka senang hati kah kita melihat keadaan tersebut?
Jangan jadi bodoh dengan bertindak memerangi kerajaan, memberontak dan sebagainya, tetapi bertindaklah dengan HUJJAH, kerana ISLAM datang dengan HUJJAH. HuJJAH mesti beserta dengan ilmu yang terang dan nyata bukan beserta dengan ilmu yang membabi buta. Banyak kan lah baca hadith2 akhir zaman, banyakkanlah baca kitab2 muktabar insyaALLAH kita akan nampak dan dapat membezakan mana yang HAK dan mana yang BATHIL. Jangan terus berlagak pandai sedangkan diri kita masih terumbang-ambing dan mengutamakan kemewahan dunia lagi.
Marilah kita sama-sama hayati kata2 Saidina Abu Bakar r.a ketika menjadi Khalifah, sahabat terdekat dengan Rasulullah S.a.w
“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”
Dakwahnya Nabi Musa a.s , Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad S.a.w
Kita tengok perjuangan dan dakwah Nabi Musa a.s. walaupun dia dibesarkan oleh Firaun, diberi makan oleh Firaun dari kecil lagi, tetapi mengapa dia belot pada Firaun dan mendakwah beliau? Adakah kerana dia tidak bersyukur?? Fahamilah baik2 konsep syukur dalam Islam, dan ketahuilah bahawa semua rezeki adalah dari ALLAH, bukan dari MAKHLUK!
Nabi Musa a.s pun boleh berdebat dengan Firaun yang sudah membelanya dari kecil, Nabi Musa pun MENEGUR Firaun, maka salahkah kita MENEGUR kerajaan sekarang ini?
Nabi Isa a.s atau Yesus pun diutuskan kepada kaumnya yang pada waktu itu di bawah pemerintahan kerajaan Rome. Nabi Isa datang memperbaiki ajaran dari Nabi Musa a.s dahulu dan ianya dibuat secara rahsia pada mulanya dan semakin tersebar. Sehingga akhirnya ajaran Nabi Isa dituduh sebagai ajaran sesat oleh yahudi-yahudi. Dan itu sudah semestinya melanggar undang-undang kerajaan ROme pada masa itu. Maka adakah itu juga adalah pemberontakan yang tidak betul? Cuma ditakdirkan Nabi Isa tidak sempat berdakwah lama, dan tidak sempat untuk mengambil tampuk pemerintahan kerajaan pada masa itu,
OK , kalau ada yang berkata itu Nabi Musa dan Isa a.s , bagaimana dengan Nabi Muhammad S.a.w. OK now we look, waktu Nabi Muhammad S.a.w menyebarkan Islam, dekat Mekah tu ada ke tidak pemimpin?? Sudah tentu ada, iaitu pembesar-pembesar QURAISY. Maka adakah itu bermakna Muhammad S.a.w telah melawan pemerintah? Telah memberontak dengan menyebarkan ISLAM? Think deeply ya ayyuhal ikhwah. Semoga kita dapat bezakan mana yang benar dan mana yang bathil.
Memberontak, mengamuk, memerangi , semua itu adalah tindakan manusia2 yang menurut emosi. Seperti mana Iraq dan Iran pernah berperang sesama sendiri. Tetapi wajarlah mereka kerana mereka Ahlus-Sunnah against Syiah. Tetapi kita yang mengaku Ahlus-sunnah semua ni kenapa cuba untuk bertelagah juga? Perhatikan di situ dan fikir-fikirkan lah.
Di harap tiada orang yang mengatakan bahawa konsep perjuangan PAS sekarang adalah seperti puak Khawarij. Dan nasihat saya, JANGAN GUNAKAN AGAMA SEMATA-MATA UNTUK MENCARI KESENANGAN DUNIA. TETAPI GUNAKANLAH DUNIA DEMI MEMBANTU AGAMA KITA YANG TERCINTA.
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. H.R Termizi
Golongan yang dimaksudkan di dalam Hadis ini ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama untuk meraih keuntungan dunia. Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutarbelitkan kenyataan. Mereka juga pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati, tetapi sebenarnya hujah-hujah dan alasan tersebut hanya sernata-mata timbul dari kelicinan mereka memutarbelitkan kenyataan. Mereka menipu orang lain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan dilanda kekusutan pemikiran yang sangat tajam sehingga orang alim yang banyak pengalaman pun akan kehabisan akal dan buah fikiran. Mereka menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.
Di sini saya juga mahu nasihatkan diri saya dan siapa sahaja agar hayati hadith ini dan jangan lah gunakan agama kerana untuk mencari kemewahan dunia, “Akan keluar di akhir zaman, suatu kaum yang masih muda umurnya tapi bodoh pemikirannya. Mereka berbicara seperti perkataan manusia yang paling baik. Keimanan mereka tidak melewati tenggorokannya. Mereka keluar dari agama ini seperti keluarnya anak panah dari buruannya. Di mana saja kalian temui mereka, bunuhlah mereka. Sesungguhnya membunuh mereka akan mendapatkan pahala pada hari kiamat.” (HR. Muslim)
“… Dan sesungguhnya yang aku takutkan atas umatku ialah para ulamak yang menyesatkan.” (H.R. Abu Daud dari sahabat Tsauban radhiyallahu ‘anhu).
Apa yang saya mahu tegaskan di sini ialah, memberontak, memerangi adalah berbeza sama sekali dengan MENEGUR! Ini untuk menjawab ada tuduhan-tuduhan terhadap PAS itu sama seperti Khawarij, astaghfirullah, sungguh berat tuduhan itu. Walaupun saya ini bukannya ahli PAS, tetapi saya merasa tersentak apabila melihat ada tuduhan yang dibuat sebegitu rupa terhadap sebuah jemaah yang berjuang untuk meninggikan syiar Islam. Puak-puak Khawarij menentang kerajaan pimpinan para sahabt yang menegakkan HUKUM ALLAH. itu baru namanya tidak betul kerana menentang pemerintahan yang menegakkan HUKUM ALLAH. Tetapi kerajaan kita sekarang ini menegakkan HUKUM ALLAH ke? Fikir-fikirkan lah dan bukak-bukak lah minda. Gunakan akal dan jangan gunakan nafsu. Wallahu a’lam. Harap maaf dan jazaakumullahu khoir. Salaam 🙂
Rujukan :
1 – 42 hadith tentang akhir zaman – Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam)
2 – Talbis Iblis – Imam Ibnu Jauzi
bulanmasa
Mei 07, 2008 @ 18:10:10
Bulanmasa,
KGB = khawarij gaya baru
Hikmatun
Mei 07, 2008 @ 18:19:19
bulanmasa : Salaam ya akhi, thanx for the comment. Saya mahu tanya, bagaimana dengan beberapa artikel di blog lain yang mengatakan HIZBUT TAHRIR pun adalah puak Khawarij style baru? Harap saudara dapat komen di sini. 🙂
Pejuang Khilafah
Apr 13, 2009 @ 18:02:46
Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik yag berideologikan Islam yang total dan mengikut thoriqoh dakwah Rasulullah SAW sepenuhnya dalam menegakkan Daulah Islam. HT adalah sangat berbeza dengan khawarij. salah satu buktinya ialah HT x mudah mengkafirkan mana2 orang termasuk pemerintah yang x menjalankan hukum Allah. hanya yang dikatakan kufur ialah sistem peraturan yang ada, kerana tidak berlandaskan Islam, tp bukan pada mana2 orang. HT tidak menggunakan kekerasan dalam dakwah meskipun ahlinya ada yang diseksa sehingga syahid. Lagipon yang perlu difahami ialah khawarij menentang khalifah yang telah dibai’at secara rasmi, sedangkan HT menentang perbuatan2 pemimpin2 Islam yang nyata bukanlah khalifah, dan memuhasabah pemegang tampuk kekuasaan supaya menjalankan Islam yang kaffah. HT x pernah mengatakan mana2 sahabat Nabi tidak adil dan zhalim, apatah lagi menghukum sahabat sbg kafir sbgmana khawarij. Malahan HT berpendapat saidina Ali memerintah dgn hukum Allah manakala khawarij berpendapat sebaliknya. nyata di sini, HT bukan khawarij dan tak terkait langsung dgn khawarij. harap dapat memberi keterangan yang jelas.
Neraka
Sep 07, 2009 @ 15:58:56
Puak Khawarij..
Maaf saudara, penulisan saudara ni seperti tidak menceritakan hal yang sebenar berlaku.. kesimpulan terlalu mudah..
Puak Khawarij di antara lain mengatakan hanay diri mereka sahaja yang benar.. orang lain itu salah.. dan cara pas hari ini berdemonstrasi itu adalah menentang kerana itu sudah terang2 melangar undang2.. bahasa2 yang digunakan juga adalah kasar terutamanya kepada orang2 islam sendiri.. berbeza sekali seperti dalam penulisan saudara.. tidak seperti yang berlaku di luar pada hari ini..
Bagi saya apa yang pas lakukan pada hari ini tidak jauh bezanya dengan pa yang puak khawarij dulu lakukan.. maaf saudara itu realiti yang saya nampak, dengar dan perhatikan dengan mata dan telinga saya sendiri..
Harap selepas ini saudara lebih berterus terang dalam menulis kebenaran.. Bagi saya yang salah tetap salah yang betul tetap betul tidak kira pa parti pun..
Ahmad Nizam
Sep 07, 2009 @ 16:20:59
Salaam. Saya nak tanya Neraka, pihak UMNO dan sebagainya tu tidak merasa mereka sahaja yang benar kah? Mereka tidak bercakap celupar kah? , pasal setakat yang saya dengar dan perhati sendiri dengan mata kepala telinga saya dari dulu, sama je. keh3
anisrosescat
Sep 07, 2009 @ 21:30:03
Hmm… Semua pun manusia biasa juga.. tidak sempurna.. terlajak lidah & sebagainya.. Dlm dua2 parti ni pun mempunyai bilangan pengikut yg ramai sekali… Adapun di kalangan pengikut2 itu bukanlah semuanya baik2 & berilmu belaka & x semuanya juga jahat2 & buruk belaka.. Mmg betul, bahasa & p’cakapan m’cerminkan keperibadian seseorg itu.. Bukankah kita dituntut utk menjaga lidah? Krn ia kunci kpd pelbagai kebaikan.. Klu perhatikan betul2 pun, kedua2 parti pun sama2 juga ada terlajak lidahnya.. sama ada yg t’kena kesan @ tidak je.. bukankah org yg beriman itu tidak akan menyakiti org beriman yg lain? klu dh kerja duk asyik menyakiti org lain nk kata mcmn, beriman ke x? Wallahualam..
Tanda2 akhir zaman sana sini dh jelas kelihatan.. pemimpin2 yg zalim, ulama yg Fasik & sbgnya.. By d way, yg kita manusia biasa ni je mcmn kita betul2 nk tahu ulama tu Fasik ke x? Soal hati manusia ni Allah shj yg tahu..
Dan yg paling penting juga, tanda2 di akhir zaman juga keadaannya org2 yg beriman itu t’paksa berpindah dr 1 bukit ke bukit2 yg lain semata2 bg menyelamatkan iman mrk.. Barangkali mrk lari dr keadaan dunia spt mn yg kita blh lihat sekrg ni.. Dah bermula ke zamannya tu? Wallahulam.. Klu dilihat dunia sekrg ni pun mmg dh ckup pening kepala, manusia sana2 sini b’ckp hendak memenangkan pendapat masing2… Yg b’ckp manis & berpura2 pun dh x terkira byknya.. nk percaya pd siapa lg sebenarnya.. Adapun sbg rakyat kita diwajibkan memilih pemimpin yg menjalankan hukum2 Allah… Soal t’alnjur lidah & sbg nya tu pandai2 mrk la… Bukankah mrk berilmu belaka..? Yg lain terserah kpd Allah utk mengadili & menghakimi kita semua.. Jika ia terkena kpd kita, kita maafkanlah mrk.. semoga Allah mempermudahkan urusan kita di akhirat kelak..
mie
Sep 08, 2009 @ 05:49:47
HT dan PAS sepatutnya bersatupadu utk menegakkan Hukum Allah…bukannya menyalahkan satu sama lain, sbbnya matlamat adalah sama…
Manakala UMNO…dasarnya sekular…jauh terpesong.
Ahmad Nizam
Sep 08, 2009 @ 06:20:28
Betul tu saudara Mie, PAS, HT dan pertubuhan2 Islamik lain diharap bersatu lah, matlamat yang satu, utk menegakkan HUKUM ALLAH. UMNO pun jom lah, hentilah perjuangkan bangsa MELAYU yang ntah berapa kerat sangat kat dunia ni. Mari sama2 bantu membantu untuk menegakkan hukum ALLAH. Kuatkan umat Islam yang amat ramai di dunia tapi lemah dan dipijak2 orang selalu. Tak perlu terburu2, janji niat dan usaha ada, insyaAllah. 😉
kamarul
Sep 08, 2009 @ 15:25:59
…. dunia ini penuh dengan tipudaya…kenapalah manusia sentiasa bergaduh sesama sendiri untuk merebut isi dunia sedangkan apa yang diharapkan oleh Allah agar manusia tidak mengejar dunia tetapi menggunakan apa yang ada dalam dunia ini ke jalan-Nya bukan untuk kepentingan diri semata-mata.
ingatlah bahawa….”mahar(bayaran) untuk mendapatkan syurga itu adalah tidak rakus pada dunia”
keseronokan juga sebahagian daripada tipudaya dunia…maka janganlah kita terlalu ikutkan nafsu kerana nafsu itu ibarat seperti budak kecil yang dahagakan nikmat dunia….jika kita terlalu mengikutnya sampai bila2pun kita akan lemas dalam dunia yang sementara ini……nak bangkitkan iman itu terlalu payah tuan2….bertawakkallah
…….dan kesudahan yang baik hanyalah bagi orang2 yang bertakwa……insyaAllah…
Ahmad Nizam
Sep 09, 2009 @ 17:12:12
Sebab itu lah segala peringatan tentang Ulamak jahat ke, fasiq ke, salah guna agama ke dan sebagainya adalah untuk DIRI KITA SENDIRI. Yang menjadi masalah sekarang ini, kita selalu menudingnya dan menganggap kepada orang lain. Sehingga menimbulkan perasaan PREJUDIS, HASAD DENGKI, BENCI dalam benak kepala kita. Syaitan suka sangat kita mempunyai sifat2 sedemikian.
Prejudis dah satu hal, selepas itu kita bercakap pula dan mengutuk orang2 tersebut di hadapan kawan2 , teman2, saudara2 kita. Dah la dosa prejudis / buruk sangka kita dah dapat, dapat pula dosa berkata celupar dan bukan2 terhadap si mangsa tadi. Silap2 haribulan habis pahala kita dapat kepada orang yang kita kutuk itu.
Pernah saya katakan, kita cubalah untuk dakwah dan ajak orang buat baik kerana kita sayangkan orang lain, bukan kerana kita benci. Tetapi oleh kerana sifat manusia ni suka pandang baik pada diri sendiri dan pandang buruk pada orang lain, haa itu la jadinya hehe
Sebab itu kita masing2 mesti TENGOK DIRI KITA SENDIRI, bukan pandai2 menilai orang lain dan akhirnya menjatuhkan hukuman terhadap individu tertentu tanpa bukti, tanpa kenal diri dia betul2 🙂
Neraka
Sep 09, 2009 @ 17:56:23
Saya bukan berkata menganai UMNO, pas ataupun parti2 lain.. Bagi saya Islam itu tiada siapa yang punya.. pada hari ini apa yang silapnya ialah kita sering mengatakan cara islam aku betul.. atau itu andaian kita selama ini.. di arab lain di pakistan lain, di bangladesh lain di situ lain disini lain.. habis itu mana yang betul??
islam ini adalah diantara pencipta pada kita.. bukan makhluk kepada makhluk.. dan sudah terang dan jelas agama itu daripada Allah.. sudah pasti dia lebih memahami maksud Islam yang sebenar dan juga agam2 lain yang ada dimuka bumi ini..
pada hari ini itu yang disibukkan oleh satu dunia.. kesilpan yang sama juga akan berlaku di malaysia apabila wujud puak Islam yang baru di tanah melayu ini dan tidak mustahil tanah malaysia ini boleh terpecah kepada dua, tiga mungkin empat kerana terlalu taksub dengan sesuatu pahaman.. kita disuruh berfikir bukan hanay menerima ^^
bagi yang tidak memahami maksud melayu di nusantara ini sememangnya tidak akan faham pengertiannya.. bukan bercakap tentang malaysia.. melayu disini pada sejarahnya adalah masyarakat Islam yang sangat luas dan besar termasuk Indonesia, sumetera, thailand dan seluruh alam nusantara yang mana mereka memegang mazhab syafie.. ilmu-ilmu Allah ini luas.. jika kita kaji kita akan tahu..
Kalau kamu masih ingat cerita P-Ramlee 40 penyamun..
Masa dia mati dia kata ‘Aku Mati Dalam Iman’ dia tidak kata ‘Aku mati dalam Islam’
fikir-fikirkanlah….
Ahmad Nizam
Sep 09, 2009 @ 18:09:11
Betul tu wahai Neraka, kata2 saudara di atas itu betul. Cuma satu kita perlu fikir, Islam ada Hukumnya tersendiri. Rasulullah S.a.w menjalankan hukum tersebut. Sahabat2 menjalankan hukum tersebut, bukan sekadar bahan sejarah tetapi mahu memberitahu kepada kita bahawa itulah HUKUM yang terbaik, bukannya HUKUM barat dan sebagainya.
Kita percaya pada AlQuran, mengapa kita tidak menjalankan perintah hukumnya? Kita percaya pada Nabi, mengapa kita tidak yakin dengan HUkum yang dibawanya? Dan panjang lebar lagi boleh dibahas.
Satu saya mahu ingatkan diri kita, jangan pandang pada PAS, atau mana2 jemaah ISLAMIK. PAS itu hanya satu slogan. Tetapi pandang lah pada perjuangan DASARnya, apa yang mahu ditegakkannya? Mana ada kita sekarang ini maksum, maka begitulah dengan pengikut2 PAS, bukannya betul belaka, banyak sangat yang saya tidak setuju berlaku dalam PAS. Masih ramai lagi orang jenis suka mengata orang , kutuk orang, kata2 kesat, menuduh orang kafir mudah2 dan macam2 lagi. Semua tu bukan dasar, tetapi perangai2 pengikut2 PAS yang fanatik membabi buta dan salah faham terhadap apa yang orang beritahu.
Jika UMNO bercita2 mahu memperjuangkan HUKUM ALLAH, mahu menegakkan HUKUM ALLAH di muka bumi ini, maka insyaAllah UMNO la yang akan saya ikut. Islam bukan pada parti tetapi pada pelaksanaannya. Kita sekarang ini berebut2 beramal perkara sunat, perkara fadhilat dan sebagainya, tetapi kita lupa pada perkara WAJIB. iaitu wajib tegakkan HUKUM ALLAH di muka bumi ini. Itu yang kita semua lupa. dan itu yang perlu diperjuangkan kembali.
Perjuangan pula tidak semestinya dengan memberontak atau tunjuk perasan, atau mogok, itu perjuangan orang tak sekolah namanya. Saya sendiri tidak setuju dengan tindakan mogok tunjuk perasaan yang berlaku, itu semua langsung tidak rasional.
Walaupun begitu kita kena ada jemaah, dan pemimpin yang perlu diikuti, maka suka atau tidak kita boleh menegur mana yang silap pada seseorang pemimpin itu tidak kira PAS, UMNO , DAP dan sebagainya
insyaAllah bersambung jika saudara masih mahu menyambungkannya 🙂
Ahmad Nizam
Sep 09, 2009 @ 18:12:49
Sila baca tulisan2 yang berkaitan dengan HUKUM HUDUD
https://hikmatun.wordpress.com/tag/hukum-hudud
mie
Sep 09, 2009 @ 20:27:50
NERAKA
KALAU NAK TAHU SAPE BENAR SAPE SALAH BUKAN BOLEH DIRUJUK KPD PAS ATAUPUN UMNO.
TP RUJUK KEPADA ALQURAN DAN AS-SUNNAH…BARU TAU SIAPA DI JALAN YG LURUS.
KALAU TOLAK HUKUM HUDUD? TAK LAKSANAKAN HUKUM HUDUD, MCM MANA?
kamarul
Sep 09, 2009 @ 22:44:05
salam….saudara Neraka, betullah apa yang dicakapkan oleh saudara Ahmad Nizam dan saudara Mie tu,kalau kita betul2 ingin menegakkan hukum Allah silalah Al-Quran dan Al-Hadis.
dan satu lagi kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang Umno memisahkan iman dan Islam itu ada kebenarannya…ini kerana cara hidup kita sudah tidak selari dengan yang diamalkan pada zaman Rasulullah dulu. salah ke kalau beliau cuma menegur pemimpin Umno? yang kedua, kerajaan meremehkan isu aurat sedangkan aurat itu salah satu perkara yang perlu kita teliti khusus bagi yang perempuan. saya berkata demikian bukanlah menyebelahi Pas lagipun ayah mak saya penyokong kuat Umno dan saya pun ada mengundi Umno pada tahun2 lepas….jadi, kenapa saudara tak celik mata mengenai isu2 agama ni sedangkan firman Allah “…….Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah
fikir-fikirkanlah….kerana saya percaya Allah mentakdirkan saya mewakili kebaikan dan itulah yang akan saya perjuangkan, menurut segala perintah dari Allah, Tuhan Seru Sekelian Alam, wassalam
kamarul
Sep 09, 2009 @ 23:07:14
hanya orang sahaja bertakwa dapat memahami isi kandungan Al-Quran dan mengamalkan sepenuhnya ajaran Rasulullah, kerana perlaksanaannya bukannya main2, kerana ini soal amalan kita yang akan ditanya di hadapan Allah nanti, saya tak salahkan ibu dan ayah saya cuma kerana acuan hidup saya macam ni tapi diri kita sendiri perlu berubah….cuma kita minta pada Allah agar tidak diazab mak ayah kita kelak kerana tidak menunjukkan jalan yang sebetulnya kepada kita untuk ke jalan Allah supaya keluarga kita semuanya selamat hendak dan diberi naungan oleh Allah Taala di akhirat kelak….
sebab itulah ilmu agama mesti sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar terlaksana segala amalan kita mengikut apa yang diterapkan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah….
Ahmad Nizam
Sep 10, 2009 @ 00:21:49
Salam. Bagus saudara Kamarul. Satu lagi saya nak tambah, pelaksanaan Hukum Allah tu bukan setakat di Malaysia, malahan untuk seluruh dunia. Alangkah bagusnya kita dapat mulakan di Malaysia, seperti mana ada sedikit di Arab Saudi, dan kemudian menjadi contoh kepada dunia akan kebaikan dan kebijaksanaannya untuk mencegah dan menghapuskan JENAYAH.
Berusaha untuk kebaikan apa salahnya, setelah kita sudah tahu HUKUM ALLAH adalah THE BEST OF THE BEST , mengapa kita masih tidak mahu berusaha melaksanakannya? kerana masih ramai belum faham dengan sebetulnya, itulah yang kita nak fahamkan kepada masyarakat sedunia. Maka yang dah faham tu, tolong lah sebar2kan seluasnya, insyaAllah, untuk kebaikan kita bersama. Jangan faham sorang2 lepas tu marah2 orang lain tak tentu pasal huhu
Neraka
Sep 10, 2009 @ 03:26:18
Salam sedara sepencipta..
Hari ini apa yang kita tingalkan dibelakang ialah tentang pengertian iman.. itu perkara pertama yang dilakukan RasulAllah selama 13 tahun apa yang baginda buat selama 13 tahun tu? hanya bercerita tentang iman.. sebelumn turunnya kisah2 hukum-hukum nih..
Dan pada hari ini sememangnya sudah ada negara2 yang melaksanakan hukum hudud.. tetapi kaedah perlaksanaanya berbeza-beza tetapi untuk tujuan yang sama.. dan hukum yang diterangkan di dalam Al-quran adalah daripada ayat2 yang kurang jelas, oleh kerna itu terdapat pelbagai cara perlaksanaanya.. tetapi persoalannya mengapa negara2 yang telah melaksanakan hukum hudud masih terdapat kes2 jenayah dan jikalau mengikut statistik tidak banyak perbezaannya dengan negara yang tidak melaksanakan hukum hudud.. Apa kurangnya disini??? apa silapnya?? perkara apa yang kita tertingal sebelum melaksanakan hukum2 ini??? betulkah jika melaksanakannya jenayah akan kurang?? adakah ini pendapat atau andaian semata??
Jika kita melihat rentetan sejarah hidup RasulAllah baginda tidak pernah langsung menghukum umat manusia dari apa segi sekalipun. persoalanya disini mengapa?? dan walaupun dia sebagai ketua bala tentera peperangan dia tidak pernah membunuh. mengapa??? jikalau hendak mengikut syariat muhammad ikutlah secara keseluruhan jangan ambil sedikit2 ambil apa yang kita mahu pakai sahaja atas kepentingan sesuatu perkara.. kita terlupa tentang taubat yang RasulAllah sering sebut kepada umat2 manusia yang melakukan kesilapan.. hukum2 ini perkara yang terakhir sekali dan jikalau boleh RasulAllah tidak mahumengenakan hukuman kepada sesiapa pun.. cuba kita renung..
siapa kita sebagai makhluk hendak menghukum manusia yang dia sendiri ciptakan??? membunuh ciptaanya?? menyiksa ciptaanya?? siapa kita???
kecuali satu kisah yang telah datang seorang penzina meminta dirinya untuk dihukum kerana telah berzina.. RasulAllah menyuruhnya untuk bertaubat dan kali yang keduanya juga begitu.. tetapi kali ketiga hamba Allah tersebut bertegas supaya dirinya dihukum (atas permintaan) bukan kehendak RasulAllah sendiri.. kerana sesiapa sahaja yang berjumpa dengan baginda kerana melakukan kesalahan disuruhnya bertaubat.. kita terlupa tentang taubat, dan kandungan Al-Quran di dalam hukum hudud tidak menceritakan berapa lama seseorang yang melakukan kesalahan untuk bertaubat.. Hukum itu sesuatu yang karma, itu adalah perkara yang pasti, jika tidak di dunia di akhirat kelak tetap akan menerima blasannya.. buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat.. itu janjinya..
Sekarang ini nasihat dan teguran sudah hilang sedikit demi sedikit.. apabila bercampur emosi yang ditanamkan dengan kebencian sudah pasti yang ada hanyalah marah dan cacian.. islam itu sendiri sejahtera sepatutnya setiap perlakuan yang dilakukan umat islam adalah perkara yang mengembirakan dan yang hanya wujud adalah kasih sayang di antara umat manusia kerana Allah..
Sebelum datangnya Islam di dunia ini ada Iman sejak tok adam lagi kerana pada iman ada segala jawapan.. islam itu akan datang dengan sendirinya pabila kita faham apa itu iman.. ramai pada kita terus menceritakan tentang hukum tanpa iman sebab itu ramai yang tidak faham hukum itu sebenar2nya bagaimana..
Ahmad Nizam
Sep 10, 2009 @ 03:46:09
Salaam. Iman tidak lengkap tanpa Syariat. Orang kristian pun beriman, Kristian beriman pada Allah, orang agama lain ada iman masing2, tetapi syariat berbeza dengan Syariat Muhammad s.a.w 🙂
Tahu pun saudara keistimewaan Hukum hudud, iaitu orang tidak berani lagi nak buat jenayah. Maka jika terlaksana dengan betul , tiada orang lagi berani nak buat jenayah pasal mereka takut. Undang2 yang ada sekarang orang tidak takut, lebih2 lagi orang yang banyak duit dan berpengaruh. Bayar denda habis cerita.
Anda tidak yakin dengan HUKUM ALLAH dapat kurangkan jenayah? itu anda punya hak hehe. tetapi ketahuilah bahawa ianya HUkum dalam AlQuran. Adakah anda tidak yakin dengan AlQuran?
Negara mana yang betul2 laksanakan HUDUD? Sila bagi dalil yang jelas di sini. Arab saudi ada mengamalkan walaupun tidak sepenuhnya, terutama hukum potong tangan. Sila semak kadar jenayah negaranya dari segi MENCURI, bandingkan dengan kadar negara kita atau Amerika dan sebagainya.
Kita tidak diajar untuk menghukum orang lain, tetapi HUKUMAN yang ALLAH turunkan adalah dari Dia. Bukan kita pandai2. Hukuman antara lain sebagai pengajaran, juga sebagai penebus dosa. Yang kita pandai2 adalah HUKUM ciptaan manusia. manusia sendiri yang pandai2 mahu HUKUM kan orang lain, bukan mahu ikut HUKUM dari TUHAN. Sila tanya pihak berkuasa, mengapa mereka suka sangat HUKUM kan orang lain? Hukum gantung sampai mati, hukum penjara seumur hidup dan sebagainya…….
Saudara sendiri nampaknya tahu la juga sejarah tentang Hukum hudud itu, saudara sendiri nampak, kadar jenayah di zaman Rasulullah S.a.w amat tipis, berbanding sebelum kebangkitan Islam dahulu. Itu lah dalil yang nyata tentang AMAN / PEACE nya hukum dari Tuhan. Orang sudah tidak berani untuk melaksanakan jenayah, kerana HUKUM itu dirangka oleh pencipta manusia sendiri. Hanya ALLAH yang faham setiap JIWA dan PERASAAN manusia.
Jika manusia sendiri yang mencipta HUKUM , maka pincanglah dunia, kadar jenayah semakin hari semakin naik. BUkannya semakin turun. itu adalah fakta 🙂
mie
Sep 10, 2009 @ 06:09:23
KALAU BERIMAN, KITA MESTI SOKONG PIHAK YG INGIN LAKSANAKAN…TTG JENAYAH YG TIMBUL SLPS TU…TU BKN DIBAWAH KAWALAN KITA ..KITA DAH MENCUBA,MENCEGAH LEBIH BAIK DR MERAWAT. YG PENTING KITA IKUT SEMUA PERINTAH ALLAH. JGN AMBIL SEKERAT2 JE.
JGNLA MEMPERTIKAIKAN DAN MNGELIRUKAN ORANG. DLM AL QURAN DAH JELAS.KENAPA KATA TAK JELAS PULAK?.JIKA BERZINA SEBAT 100 ROTAN..ADA DLM AL QURAN JGNLA BUAT BAYAR DENDA JE.
Neraka
Sep 13, 2009 @ 15:58:23
Iman adalah Iman.. jangan kamu campur adukkan.. syariat kaedah untuk mencapai iman..
hudud ada atau tidak orang masih melakukan jenayah.. saya suruh kamu berfikir.. jika kamu nak berdebat, saya mengundur diri.. tidak ada faedahnya..
Saya bercerita tentang hal yang kita terlupa iaitu taubat bukan hukumnya.. hukum itu karma..
Maaflah jika penulisan saya ini masih tidak mampu memperlihatkan keadaan sebenar pada kamu.. mie kamu dah rujuk habis tentang hal hudud ataupun belum?? sedah membca mengenai hudud ataupun belum?? jika belum, bacalah dulu, barulah mengeluarkan statment.. Ahmad kamu bacalah kisah RasulAllah itu, apa yang cuba diterapkan kedalam jiwa umat2nya melainkan kasih sayang.. Bismillah
Jikalau kamu taksub terhadap sesuatu perkara kamu tidak dapat melihat baik dan buruk kerana kamu berada di dalam lingkungan di sebelah baghagian sahaja.. bagaimana kamu hendak bezakannya.. kamu perlu lah berada di tengah2 jika hendak memikirkan tentang sesuatu perbincangan itu sahaja..
dan hari ini masyrakat membincangkan mengenai agama atas dasar kepartian.. mengapa tidak membincangkan hal agama kerana Allah semata, untuk diri sendiri…
maaf sempena ramadhan ini saya mengundur diri..
anisrosescat
Sep 13, 2009 @ 17:06:30
Sy faham apa yg cuba disampaikan oleh saudara neraka ni.. mmg konsep & cara pandangan dia berbeza dengan kebanyakan orang..
Rasulullah bersifat penyayang & kasih yang ada pada baginda adalah yang paling tinggi di kalangan semua umat manusia.. Adapun mengapa baginda tidak suka menghukum adalah kerana rasa kasih itu tadi.. Mungkin baginda berharap taubat hamba itu tadi & pengampunan daripada Allah s.w.t adalah lebih besar maknanya daripada hukuman itu sendiri..
Mcm misal contoh, perlaksanaan potong tangan.. sekiranya tangan itu dipotong, akan kuranglah daya upaya seseorang itu di dalam pekerjaan nya..
Tetapi sekiranya dia bertaubat & diberi pengampunan, mungkin pekerjaan nya yg selepas2 itu akan banyak memberi manfaat buat dirinya & juga masyarakat..
Adapun sama ada terlaksa @ tidak kedua2 hukum ini tadi semuanya di atas takdir Allah juga.. Allah Maha Mengetahui sifat & keadaan hambaNya.. Mungkin mereka yg dipotong tangan itu Allah tahu sekiranya tidak dipotong tangan & sebagainya selagi itu mereka tidak akan berubah & kembali kpd Nya.. Wallahualam..
Sesungguhnya orang yg beriman itu tidak akan menyakiti manusia beriman yang lain.. Bila tiba bab ‘menyakiti’ ni luas maknanya.. Merangkumi p’cakapan, perbuatan & sebagainya.. yg ni klu blh marilah kita semua renung dalam2 ke diri kita.. ‘adakah percakapan @ perbuatan aku ini tadi menyakiti saudaraku itu tadi?’ Atau kita buat sikap x ambil peduli.. Muhasabah~
Dan tidak akan sempurna iman seseorang itu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri.. Haa.. Luas jugak maksudnya ‘kasih’ ni tadi.. Kalau kita sayang seseorang tu, bagaimana pengharapan kita buat dirinya? Cuba letakkan diri kita di tempat saudara kita itu tadi.. kita nk kena potong tangan atau kita harap diberi pengampunan & diberi peluang untuk menjadi lebih baik? begitu juga bagi saudara kita itu tadi..
Sesungguhnya pengampunan Allah itu adalah lebih besar daripada dosa hamba itu sendiri.. Sekiranya sesorang di antara kita tidak mahu menghukum saudara yg lain nya kerana rasa kasih kpd nya & berserah kepada Allah, tidak lah menjadi kesalahan krn Allah juga Maha Mengasihani..
Berbalah @ cuba mengakkan benang masing2 kat sini pun tiada gunanya.. yg paling penting di antara diri kita masing2 & hubungan kita dgn Allah.. Saling ingat mengingati & sayang menyayangi… Seandainya perkataan kita menyakiti saudara yang lain di blog ni, patut tanya semula diri kita ‘berimankah aku?’
Sy x sokong mana2 & sape2, adapun saya cuma sekadar memberi peringatan & pendapat di kalangan sesama kita pembaca blog ini.. Tiadalah niat di hati sy untuk menegakkan mana2 pendapat sekaligus boleh menyinggung/menyakiti perasaan saudara2 saya di sini.. Andai ada tersilap di mana2 perkataan saya itu tadi, harapan saya agar ianya dilupakan & dimaafkan..
Selingan-Selamat Hari Raya… Bermaaf-maafan sesama kita.. hehehe 😀
Ahmad Nizam
Sep 13, 2009 @ 17:43:34
Itulah yang cantik dalam Islam, iaitu adanya suruhan BERTAUBAT. Ini yang masih ramai yang salah FAHAM dalam HUKUM HUDUD, mereka ingat HUDUD ni kerja dia kerat tangan je.
Sila baca tulisan saya yang lepas2 berkenaan HUKUM HUDUD, baca biar habis, jangan sekerat2. Fahami betul2 HUkum Hudud. hukum dalam Islam ada pula Hukum TA’ZIR, iaitu diriingankan hukum dari yang asal.
Tulisan2 saya mungkin tidak sempurna tentang HUKUM Hudud, kerana saya bukan orang Feqah. Saya hanya tulis perkara2 asas sahaja.
Yang penting HUKUM HUDUD itu INDAH, tetapi orang takut kerana telah dipropagandakan oleh media2 barat. Ni kes Illuminati la semua ni hehe
Maka kalau anda rajin, sila baca tulisan2 saya yang lepas berkenaan Hukum Hudud
https://hikmatun.wordpress.com/tag/hukum-hudud/
Ahmad Nizam
Sep 13, 2009 @ 17:37:52
Salaam saudara neraka. Saya pun selalu sebut sebelum ini, siapa yang asyik duk dengar sebelah pihak sahaja, umpama tengok tv dan suratkhabar harian je, maka dia akan fanatik pada sebelah pihak sahaja, fikiran tidak akan terbuka.
Saya nak tanya pada neraka, boleh ke kita solat dengan niat sahaja?
Dengan kata lain kita beriman sahaja tanpa syariat. 🙂
jangan pula kata ini tidak ada kaitan, kerana syariat tidak sekali2 boleh dipisahkan dengan iman. ketika zaman Musa syariat yang turun mesti ikut syariat Musa. Kemudian waktu Yesus pula mesti ikut syariat Isa. begitu juga Muhammad mesti ikut syariat Muhammad S.a.w. Tidak ada iman semata2 tanpa syariat.
Islam turun dengan diajar iman terlebih dahulu. Kenal siapa pencipta terlebih dahulu. Kemudian perlahan2 diajar syariat dan seterusnya. Rasulullah tidak ajar IMAN sampai cerah, malahan kemudiannya diajarkan syariat.
Kita skrg ini tela lama sampai Islam di Tanah Melayu, dah la zaman skrg ini pelbagai media sudah ada, perkembangan Islam sudah meluas. Bohong lah jika dikatakan masih tidak habis diajar bab Iman, cuba cek buku2 kat kedai, dah melambak2 ilmu tentang Iman ini sudah ada.
Bermakna kita skrg bukan zaman beriman semata2, tetapi telah ada syariat yang turun, yang Rasulullah dan sahabat telah lakukan sejak dahulu lagi. Masih mahu mencari alasan apa untuk tidak melaksanakan syariatnya? Apa gunanya Rasulullah tunjukkan contoh melaksanakan Syariat ALLAH? Apa gunanya AlQuran memerintahkan supaya didirikan Syariat? Semata2 untuk pembacaan?
Saya benar kah kita kepada dunia ini hinggakan TAKUT utk melaksanakan SYARIAT ALLAH? Allah suruh laksanakan HUkum HUDUD bukan utk menyusahkan kita. Allah suruh laksanakan kerana Dia sayangkan kita. Dia tahu itu HUKUM yang TERBAIK, Tetapi kita sebenarnya yang TIDAK SAYANG diri kita. Kita terima lagi Undang2 British. Maka kita sendiri yang akan jawab pada suatu masa nanti, mengapa kita laksanakan Undang2 British yang bukan membasmi jenayah, tetapi semakin membuak2kan jenayah. Tidak kah kita baca akhbar hari2, media2 massa pun asyik menyebut hal JENAYAH.
Saya di sini bukan mahu mengajak kita memberontak, tetapi kerana belas kasihan sesama kita, sayangkan sesama kita, maka saya mahu ajak kita melaksanakan yang terbaik. Itu tanggung jawab saya. Kalau orang tidak sudi dengar juga tidak mengapa, saya tidak paksa apa2 pun. Tiada PAKSAAN dalam Islam 🙂
anisrosescat
Sep 13, 2009 @ 18:02:30
Uish.. Panas sekali di sini.. 😀
Klu mcm tu harap blh diterangkan mengapa Rasulullah x menghukum?? Anyone?
Dah tentu la susah.. x payah sesiapa jawab pun xpe.. siapa di antara kita yg kenal Rasulullah betul2.. x sampai pun…
Bab undang2 tu tanggungjawab pemerintah.. yg kita sbg pengundi ni dh tentu la wajib mengundi yg mn lbh baik..
Dah tentu la orang bhg. undang2 tu sok lusa byk yg akan disoal jawab..
Tp sy faham apa yg saudara neraka cuba sampaikan.. (mcm kenal je..)
Manusia hidup dgn Allah & mendapat redha Allah b’macam2 cara..
Ada yg mati krn takutkan Allah, Mati dgn rasa kasih kpd Allah.. & mcm2 lagi.. hurmm x dpt diterangkan di sini.. tp sy rs saudara neraka lbh jelas dgn apa yg ada di dlm hatinya & hub. di antaranya dgn Tuhannya.. (jadi jgn lah saudara khuatir.. 🙂 teruslah hidup dgn iman kamu kpd Allah.. cukuplah Allah sbg segala2nya bg kamu, maka itulah yg sebaik2nya..)
Ahmad Nizam
Sep 13, 2009 @ 18:08:19
Hehe sebab itu lah TIADA PAKSAAN DALAM ISLAM. Nak hidup cara apa pun hiduplah. Bagi saya di sini, saya menyampaikan apa yang saya tahu, tak pernah nak memaksa saper2, saya sayang semua saudara saya, mana yang baik saya bgtau. Lagi pun kiamat akan datang bila2 masa, dunia ini tidak lama, kita hidup pun hanya sementara, jadi buat lah mana2 yang deme rasa baik 🙂
Ahmad Nizam
Sep 13, 2009 @ 18:11:43
Saya pun pernah bgtau, kenapa kurangnya jenayah di zaman Rasulullah, kerana manusia TAKUT. Sebab itu AlQuran datang dalam bentuk menakutkan dan memberi khabar gumbira. AlQuran tidak datang dengan gaya bahasa menggembirakan anda sentiasa, tetapi ia juga ada dalam bentuk MENAKUTKAN anda. Manusia perlu takut, jika tidak takut nescaya rosak la belaka, itu hikmahnya 🙂
Walaubagaimana pun di zaman sahabat ada dilakukan hukuman walaupun tidak banyak, perbicaraan dalam mahkamah pun ada. Sila buka kitab sejarah Islam dan hayati betul2, Maaf saya tidak sempat nak cari apa2 utk diletak di sini. Cuma saya harap ikhtiar la, baca kisah nabi dan sahabat 🙂
fauzi
Okt 29, 2009 @ 12:07:40
-sesungguhnya PAS memang tidak sama seperti puak khawarij yang diperangi oleh saidina ali… pada pandangan saya , kasihan kepada sebahagian kecil pengikut atau ahli PAS itu yang melakukan sesuatu hampir seperti puak khawarij… diminta pemimpin PAS yang terdiri dari para ulamak dapat memantau golongan ini kerana dibimbangi akibat kekurangan ilmu maka mereka semakin jauh bertindak dan akhirnya menghampiri ciri-ciri puak khawarij… antara contoh ialah mengkafirkan sesama muslim,membina surau asing yang aktif kepada agenda politik bukan bertujuan untuk ibadah,menghukum tidak sah solat dibelakang imam yang berlainan fahaman politik..dan sebagainya.. perkara ini wujud dan bukan rekaan.. saya bukan ahli politik atau insan yang menyebelahi mana pertubuhan politik…saya hanya hamba Allah yang mahu mendapat redha Allah
Razi
Mac 25, 2010 @ 15:52:23
Salam semua,
Kalau baca artikel ini dari mula mmg dipenuhi dengan hujjah dan dalil ISLAM seolah-olah tuan laman web ini membawa pengertian ISLAM yang sebenar, seperti PAS. Saya pun dulu tertarik dengan PAS tetapi setelah meneliti beberapa hadis yang SAHIH spt dalam kuliah ustaz rasul dahri dibwh:
Saya telah insaf dan tidak lagi akan menyertai perjuangan khawarij ala moden akhir zaman tambah2 lagi amalan BID’AH yang ulama mereka sepikan spt solat hajat yang diberi cop amalan ISLAM sunnah.
Saya tak nak cakap banyak sbb sy bukan lah ulama dan belum mampu lagi berhujjah. Cuma apabila terima suatu hadis yang sahih, insyallah saya akan “dengar” dan “taat”. Hayatilah kuliah2 lain link youtube spt di atas terutama drpd ustaz rasul dahri. selamatkan lah akidah anda.
wasalam
Ahmad Nizam
Mac 25, 2010 @ 16:32:18
Salaam
Wahai Razi , bila masa pendirian PAS mengatakan kerajaan kita sekarang KAFIR? Bila masa pendirian PAS sebenar mengatakan kita mesti menentang kerajaan sekarang dengan pedang dan sewaktu dengannya? Jangan terpengaruh dengan agenda2 dari mereka2 yang ingin mengelirukan lagi keadaan 🙂
Kita WAJIB menjalankan HUKUM ISLAM atau HUKUM ALLAH, maka perjuangan sekarang adaalh untuk menegakannya. Saya tidak kata PAS maksum atau langsung tidak ada salah, tetapi adakah saudara lihat UMNO dan BN mahu menegakkan HUKUM ISLAM?? HUKUM ISLAM merangkumi semua dari berak kencing hinggalah kepada PEMERINTAHAN SEBUAH NEGARA. Dan undang2 / hukum negara paling penting kerana ianya adalah satu SISTEM, jika SISTEM utama rosak maka semua anak2 buah akan rosak juga.
Kita sudah lama dipengaruhi oleh British, dan British @ Illuminati telah menyembunyikan banyak pelajaran Islam yang sebenar dari kita. Hinggakan hanya golongan tertentu yang banyak pelajari Islam sedangkan umat Islam lain menjadi tidak tahu kala.
Maka dasar perjuangan PAS yang saya faham, bukan mahu MENENTANG kerajaan, tetapi mahu menegur dan membaiki, kerana menegur kemungkaran adalah WAJIB
“Rasulullah saw. bersabda, Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lisannya. Kalau tidak sanggup, maka dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman” Hadith sahih Riwayat Muslim
Pelecehan terhadap HUkum islam adalah kemungkaran. Sekarang ini, ada pihak yang bukan sahaja TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM, tetapi melecehkannya, dan mengatakan ianya TIDAK SESUAI dilaksanakan dalam masyarakat majmuk sekarang ini. itu bukan semata2 TIDAK TAAT, tetapi memperlekehkan HUKUM ISLAM
NamJahanam
Okt 17, 2012 @ 10:55:34
Mintak maaf saudara Ahmad Nizam. Anda mungkin tidak mengikuti siri ceramah PAS pada tahun-tahun 80an. Masa itu saya student di USM, kami memang rajin ikut ceramah PAS terutamanya bila penceramahnya Mat Sabu, Hj Hadi, Yusof Rawa dan beberapa lagi. Kalau saudara Ahmad Nizam nak tahu, perkataan KAFIR adalah antara perkataan yang paling kerap keluar dari mulut mereka semasa berceramah. Tentunya yang dikafirkan semasa itu ialah orang-orang parti lawan termasuklah PM masa tu Dato’ Sri Dr Mahathir Mohammad (Sekarang Tun) dan tak lupa dikafirkan juga En Anwar Ibrahim yang diambil oleh PM untuk bertanding di Permatang Pauh. Apakah itu boleh diabaikan? Saya suka parti PAS tetapi saya tidak suka kepada beberapa pemimpinnya yang ……. entahlah… susah nak cakap.
Ahmad Nizam
Mac 25, 2010 @ 16:37:01
Hukum islam telah tertegak sebelum kedatangan British ke tanah air kita dulu, perjuangan yang saya tengok PAS nak lakukan sekarang ialah mengembalikan dan mengangkat HUKUM ISLAM insyaAllah
Sila baca https://hikmatun.wordpress.com/2008/02/29/hukum-islam-telah-dijalankan-di-zaman-dahulu-di-tanah-melayu/
Dan sila baca baik2 topik2 yang saya tulis berkenaan HUKUM HUDUD
https://hikmatun.wordpress.com/tag/hukum-hudud/
Ini baru tulisan saya yang hanya seorang Muslim biasa. Sila baca juga tulisan2 Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Haji Abdul Hadi Awang dalam buku2 mereka. JANGAN hanya baca dari sebelah pihak, tetapi baca lah dari semua PIHAK.
BUkan ustaz Rasul Dahri seorang sahaja yang mengeluarkan hadith2 Sahih, (bagaimana pun saya lihat hadith2 sahih yang dikeluarkan oleh ustaz Dahri itu tidak berkaitan dengan PAS – kerana PAS tidak menentang kerajaan dengan pedang, dan tidak mengkafirkan pemerintah kerajaan yang beragama Islam. Hanya kerana mulut segelintir pengikut PAS yang fanatik, kamu tidak boleh menghukum semuanya)
Ahmad Nizam
Mac 25, 2010 @ 16:43:10
Jika kita TIDAK BERJUANG untuk melaksanakan HUKUM ISLAM di negara kita KEMBALI, maka kita akan terus terpengaruh dengan BRITISH @ Illuminati. Ini sama seperti kita TIDAK KASIH kan pemimpin kita kerana terus membiarkan mereka melaksanakan HUKUM BRITISH di MALAYSIA ini
Saya tanya kamu, Undang2 / HUkum islam lebih baik atau Hukum British??
“Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya” Hadith Sahih Riwayat Bukhari
Maka jika kamu mengakui Islam itu lebih tinggi dari yang lain, adakah kamu masih sanggup mengakui bahawa HUKUM BRITISH yang kita laksanakan sekarang adalah LEBIH BAIK dan LEBIH TINGGI dari HUKUM ISLAM?
Adakah HUKUM BRITISH lebih sesuai dilaksanakan sekarang dari HUKUM ALLAH sendiri yang mencipta alam semesta ini??
Dan adakah kamu sanggup membiarkan pemimpin2 kamu berada dalam dosa kerana TIDAK MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM?
🙂
Ahmad Nizam
Mac 25, 2010 @ 16:54:11
AlQuran menyebut “Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku`lah beserta orang-orang yang ruku” Surah Al Baqarah : ayat 43
maka solat dan zakat itu adalah wajib, sama juga seperti hukum hudud contohnya
“Orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah daripada ALLAH. (Ingatlah) ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” Surah al-Maaidah: 38
“Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan ……..” Surah an-Nur : ayat 2
Itu adalah perintah2 WAJIB, tidak ada sunat dalam AlQuran
Maka adakah kamu mahu mengatakan orang2 yang mahu berjuang menegakkan HUKUM ISLAM itu adalah puak khawarij??? Kamu tidak baca habiskah tulisan saya di atas itu berkenaan dengan puak khawarij dan siapa puak khawarij yang sebenar??
Orang2 yang berjuang mahu melaksanakan perkara yang WAJIB kamu mahu persalahkan?? Sila fikir2 semula wahai saudara
Semoga kamu diberikan petunjuk oleh ALLAH S.w.t agar kamu hidup bahagia di dunia dan di akhirat. Amiiin 🙂
NamJahanam
Okt 17, 2012 @ 10:58:19
Apasal bila bincang pasal hukum hudud hanya berkisar kepada mencuri dan berzina saje? Tak de bab lain ke?
Ahmad Nizam
Mac 25, 2010 @ 22:16:22
jom saksikan movie hebat ini sama2 😀
azhar
Mac 26, 2010 @ 11:17:58
lakan kan je…
seijiseimura84
Jun 17, 2010 @ 20:28:44
Saya ingin bertanya, masalah kerajaan ke atau masalah org islam secara kesulurhan?
Kalau saudara perhatikan, corruption, rasuah bukan hanya berlaku di kalangan org politik, tp ia turut berlaku di kalangan ahli kerajaan yg islam yg tiada berkepentingan politik. Katakan siapa, pegawai dlm perkhidmatan awam, polis, pegawai kastam, mereka yg tiada kepentingan politik ni, terlibat juga dgn isu2 corruption. Oleh itu, boleh dikira kita salah pandang, kalau kita anggap ini masalah kerajaan. Ini bukan masalah kerajaan, ini masalah umat islam. Memandangkan ramai majoriti umat islam melayu yg mempunyai masalah moral, maka disebabkan UMNO majoriti melayu islam turut mengalami masalah moral….
Kalau kita buka mata luas2 , kita perhatikan banyak isu moral serta akhlak di kalangan org melayu islam, kalaulah masyaraakt rosak, sudah pasti mana2 kerjaya, doktorkah, enginering kah, ahli agama kah, atau ahli politik kah turut bermasalah. Bagi saya, sikap memandang hanya kerajaan sahaja bermasalah merupakan satu sikap salah pandang, sedangkan asas masalahnya berada di tahap masyarakat. Seperti doktor kata, to cure a disease, dont treat the symptom, treat the cause of the disease
Ahmad Nizam
Jun 18, 2010 @ 07:46:01
Salaamun alaikum w.b.t……. Terima kasih atas komen itu wahai SeijiSeimura
Betul corruption berlaku di mana saja dan golongan apa saja. Cuma masalahnya di sini, siapa yang MEMIMPIN siapa sekarang? Jika ayah sudah menunjukkan contoh teladan yang tidak baik pada anak, maka sedikit demi sedikit anak itu akan rosak biasanya, walaupun tak semua.
Kita mesti lihat pada SISTEM, kerana itulah Rasulullah datang tunjukkan contoh dengan menjadi PEMIMPIN umat. Maka siapa yang mahu jadi PEMIMPIN, sebenarnya dia bertanggung jawab besar, bukan seperti orang awam. Siapa suruh dia jadi PEMIMPIN? Sahabat2 dulu berebut2 TIDAK MAHU jadi PEMIMPIN, tetapi orang2 zaman sekarang berebut2 mahu jadi PEMIMPIN, hingga sanggup melakukan taktik kotor hanya kerana mahu menjadi PEMIMPIN atau mengekalkan jawatan PEMIMPIN. Sedangkan akhirat menanti untuk dia disoal tentang apa yang dipimpinnya nanti.
AlQuran diturunkan dengan UNDANG-UNDANG, tetapi PEMIMPIN kita sekarang ini mengguna pakai UNDANG2 BRITISH, bukan UNDANG2 yang disuruh oleh ALLAH dalam AlQuran dan Hadith.
Jika kita sendiri sudah mengguna HUKUM/ UNDANG2 BRITISH, bagaimana rakyat mahu ISLAMIK secara keseluruhannya?
Ibarat rancangan television (yang banyak brainwash manusia dari dulu lagi , antara agenda Illuminati), sekejap rancangan yang menginsafkan, tetapi banyak lagi rancangan yang melalaikan. Rancangan yang menginsafkan tu sekadar ambil syarat ada je. Maka dengan sifat manusia yang PELUPA ini, maka apa yang menginsafkan itu biasanya akan tidak kekal lama, kerana dilalaikan pula dengan rancangan2 yang banyak melalaikan yang menyusul selepas itu.
Sudah banyak dibincangkan tentang ini dalam blog ini pun. CUma ia perlu dilanjutkan lagi dengan dialog2 seterusnya untuk kita lebih nampak. Sukar dijelaskan dalam kata2 yang pendek saja ini. Kalau dapat kita teruskan lagi dialog kita ini, insyaAllah saya akan bincang2 sama saudara 🙂
Ahmad Nizam
Jun 18, 2010 @ 07:55:09
Biasanya kita melihat pada kesilapan individu. Contohnya jika seorang ULAMAK melakukan kesilapan, kita terus menuduhnya BURUK, sedangkan KEBAIKAN2 nya dalam menyebarkan ilmu selama ini kita TIDAK PANDANG. Kita lupa bahawa tiada manusia sekarang ini yang TIDAK MELAKUKAN DOSA, kita bukan MAKSUM seperti nabi.
Sebaiknya kita lihat, apa matlamat yang hendak dicapai, adakah ISLAM matlamatnya, atau kemajuan material semata2? Jika matlamat adalah Islam, undang2 Islam itu mesti nombor satu diletakkan. BUkan hanya dengan mewar-warkan Islam, tetapi Undang2 Islam tidak cuba dilaksanakan. Islam itu tinggi dan TIADA yang lebih tinggi darinya.
Undang2 Islam NYATA dalam AlQuran, antaranya ZIna hukumnya sebat 100 rotan, dan dilakukan di khalayak ramai jika diikut pada zaman Rasulullah. NYATA tu, bukan perkara mutasyabihat. Adakah masih tidak faham bagaimana untuk menyebat 100 kali atau tidak faham apa yang perlu dilakukan? Saya rasa, budak sekolah rendah pun faham apa itu sebat 100 kali kan? 🙂
Tetapi rata2 JENAYAH sekarang ini di BISNES kan. ASyik2 dikenakan DENDA DUIT. DUIT DUIT DUIT. Maka siapa yang BANYAK DUIT, boleh terlepas dan TIDAK TAKUT untuk buat lagi…….. Wujudlah ketidak-adilan di situ 🙂
Sila baca juga topik ini https://hikmatun.wordpress.com/2010/05/02/undang-undang-islam-di-malaysia-bahagian-1/
https://hikmatun.wordpress.com/tag/hukum-hudud/
koring
Jun 18, 2010 @ 13:52:06
Salam saudaraku..Semoga saudara sihat dan sentiasa dlm rahmat ALLAH hendaknya..Izinkan sy meninggalkan sedikit coretan disini jika saudaraku tidak keberatan..PAS menyertai politik utk menaikkan Daulah Islam melalui saluran yg sah mengikut undang2 negara..Kita x pernah mendengar lawan PAS menyerang akidah mereka,kerana menyerang akidah PAS umpama meletakkan pisau dileher sendiri..Mereka ada Majlis Syura Ulama yg mampu utk mengeluarkan Fatwa jika keadaan memerlukan..Oleh itu memang tiada ruang utk lawan mereka mempertikaikan akidah PAS..PAS akan menegur jika didapati apa2 tindakan dari pemerintah yg tidak selari dgn anjuran Islam..Malangnya,masyarakat hari ini lbh melihat tindakan PAS itu dari perspektif politik..Secara tidak sedar mereka menolak hikmah disebalik teguran itu dan memilih utk berfikiran secara sekular..Msayarakat hari ini kebanyakannya(bukan semua)secara tidak sedar telah mengurung keislaman mereka didalam masjid..Tunduk,patuh,merasakan diri kecil dihadapan ALLAH hanya ketika dlm solat mereka sahaja..Diluar solat,mereka kembali kpd penyakit sekular,meremeh-remehkan hukum Islam dan tindak-tanduk yg tidak menggambarkan keislaman mereka..Inilah yg menyebabkan umat Islam itu berpecah..Satu golongan yg mahu hidup dibawah Daulah Islam,satu lg merasakan mereka sudah cukup Islamik dgn mengira jumlah masjid yg ada di negara ini,dh ada Tabung Haji,Mahkamah Syariah,Pusat Islam,PERKIM,Bank Islam dll..Sedangkan kita semua tahu semuanya dikawal dan disekat..Ada yg mendakwa PAS memecah belahkan umat Islam..Pada saya apa guna bersatu jika kta bertolong-tolangan dlm perkara2 mungkar..Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata PAS akan dibubarkan jika UMNO melaksanakan hukum Islam sepenuhnya dinegara ini..Mengapa UMNO tidak merebut peluang ini atau mereka memang tiada niat utk menaikkan Daulah Islam di negara kita ini?Siapa yg takutkan hukum hudud??Tangan siapa yg akan dipotong??Perlukah kita semua takut??Kita bukan pencuri atau penjenayah atau penzina atau peminum arak atau penjudi atau perasuah..Jd mengapa perlu takut??
Asif
Dis 17, 2010 @ 17:07:31
Wasalm . . SAhabat Seperjuangan . .
Pd pendapat ana, manusia yg tkut untuk menegakkan Hukum Allah adalah mereka2 yang singkat pemikiranny. Bukan menuduh. Tapi inilh kenyataanny. Belajaq ja tinggi2, tpi x gunakan akal fikiran yg dianugerahkan dengan sebaik mungkin. Ayuh umat Islam kita tegakkan Islam dengan menyokong pemerintah yg benar2 ingin mengangkat martabat Islam. Gulingkan pemerintah zalim,kejam dan hina. Angkat pemerintah yg beriman,berilmu & berakhlak.
Pemerintah Islam sokonganku
Islam dihatiku
Allah yg Satu
Kami sujud kpd_Mu
I ❤ ISLAM
faridah
Feb 06, 2011 @ 20:14:21
pada saya, pas berbeza dgn umno. PAS jelas mahu membawa kepimpinan Islam dan ramai ulama yg nampak perjuangan itu termasuk seorang ulama yg dihormati, Dato Harun Din. Tp org selalu anggap, “alah pas buat tu salah ini salah”. Ya kadang2 byk jgk siLapnya, KERANA JELAS KITA INI MANUSIA. tp mereka jelas mahu memperjuangkan Pemerintahan IsLam! org Islam lebih berminat dgn pemimin yg mahu negara diperintah secara Islam. org yg tak sokong islam ni sbb mereka tak nak hidupnya TERLALU ISLAMIC.
Mana yg lebih baik utk kita pilih? Kepimpinan yg berusaha memerintah secara Islamic walaupun kadang2 kaLa ada kesalahan atau Kepimpinan yg TIDAK HERAN dgn ISLAM dan membeza2kan BANGSA malah memperlekeh2kan ulama?
-Kepimpinan yg Mahu Maksiat di Malaysia dibanteras atau
Kepiminan yg tak ambil tindakan kepada saLuran Media yg berleluasa menyiarkan wanita separuh boGeL kepada segeNap lapisan Masyarakat??
-Kepimpinan yg bermewah2an berlebih2an atau pemimpin yg rendah hati tak kisah makan bersila di lantai biarpun tetamu disambut juga Ulama?
Kepimpinan yg berusaha mengajak Masyarakat menutup aurat, dan mengajak BANGSA LAIN Memahami ISLAM atau
Kepimpinan yg sibuk nk perjuangkan Bangsa sendiri sahaja tanpa mengambilkira bahawa kerosakan BANGSA Melayu hanya dapat dipulih dgn ISLAM?? tipu kalau kamu rasa BANGSA Melayu yg dedah aurat sana sini separuh boGel di KeLab maLam dan di tayangkan di televisyen itu TIDAK ROSAK AKHLAK? kalau kamu kata tak, kamu menyokong Kerosakan akhlak.
MAna lebih baik, seorang Apek Cina kaw2 beragama ISlam atau nk megah dgn MElayu separuh boGeL?
ya Bangsa Melayu yg rosak ini perlu dibimbing dan dibeLa, tp BAGAIMANA?
KEpimpinan yg MEnegaKkan ISLAM BUKAN? atau kepimpinan yg tak Heran wanita disebelahnya dedah rambut dengan bangga, bersalam siap cium2 tangan sesama bkn mahram?
Ya Ulama jgk bkn maksum, kdg kala ada silapnya, tp itu lebih baik dari mereka yg memperlekehkan Islam. Err Agama IsLam tau, bkn MElayu 😉
din
Feb 08, 2011 @ 15:57:15
melayu lain—bangsa
agama—- itu yang penting,
tiada agama manusia hancur dunia dan akhirat
The Finder
Feb 08, 2011 @ 22:58:44
NERAKA TAK YAKIN DENGAN ISLAM…
misteriGILER
Feb 11, 2011 @ 22:08:18
wa stuju sama lu..btol, ak rse spe2 yg tduh PAS cam puak2 yg x ptot dorg ckp mmg ksimpuln nyer agk kurengg d situ..dorg msty x stadi sblum wt tduhn bkn2, and yg ikot nyer pown dok angguk jerk ngn tduhan2 nie…