1) PENDAHULUAN
Keluarga ialah kelompok yang paling kecil dari masyarakat. Keadaan sesebuah keluarga itu boleh mempengaruhi masyarakat sekelilingnya. Berkecai keluarga, berkecailah masyarakat dan jika aman damai dan bahagia setiap kelurga akan membawa kebahagiaan kepada masyarakat itu. Demikianlah pembentukan keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang lebih besar.
Tanggungjawab adalah amanah Allah yang telah diletakkan ke bahu manusia, manusia memikul berbagai tanggungjawab di antaranya tanggungjawab kepada keluarga dan tanggungjawab ini akan ditanya Allah sama ada telah disempurnakan atau sebaliknya. Sabda Rasulullah, maksudnya :
“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu bertanggungjawab di atas jagaanya. Lelaki (suami) adalah penjaga di atas anggota keluarga rumahnya dan dia adalah bertanggungjawab di atas jagaannya itu. Perempuan (isteri) bertanggungjawab menjaga rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Bukankah setiap kamu itu penjaga dan setiap kamu adalah bertanggungjawab ke atas jagaannya.”
Apabila seseorang itu selesai diijab-kabulkan maka sama ada ia sedar atau tidak ia telah memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
2) TUJUAN PERKAHWINAN
1. Untuk meneruskan wujudnya keturunan manusia.
Firman Allah, maksudnya :
.
nurul
Ogo 27, 2010 @ 14:29:52
apakah tanggungjawab seorang isteri kepada:
A) kepada Allah
b) kepada rasul
c) kepada islam
Norly
Mac 14, 2011 @ 10:53:49
Assalamualaikum
Penjelasan diatas amat jelas saya memerlukan sedikit lagi kerungkaian dlm pemikiran saya
Maaf soalan saya keterlaluan,,,
Bolehkah saya mendapat kepastian tentang suami yang bertanggung jawap …
1 – Terhadap isteri yang baru dinikahi – yg selalu di persalahkan ataupun selalu sahaja syak -wasangka sehing sanggup mengata isteri menduakan nya bila ketahap ini isteri binggung kekadang pertelingkahan berlaku hingga ke tahap yg amat berat sehingga isteri memberi kata2 yg memang memedihkan.. …. Perbincangan yg ade hanya melalui talifon tidak pernah dtg menjenguk isteri kerna alasan keewangan tetapi untuk anak kandungnya akan didahulukan tidak pulak isteri yg selalu disuruh memahami keadaan..
2 – Anak Kandung yang tinggal bersamanya – dimana dia meletakkan ibu kepada anak ini tidak penting pada anak2 ini kerna kesalahan ibu yg lampau,, tidak ingin berusaha utk memperbetulkan keadaan (memperbaiki silaturahim diantara ibu dan anak ) malah isteri yg baru pernah dimarahi tidak lagi bercerita akan perkara ini..
Jika diberi keutamaan apakah pilihan suami maupun isteri…
Diharap mendapat sedikit pendapat…
Wassalam
kak nor
Mac 14, 2011 @ 16:47:54
Assamualaikum…ustaz Ahmad Nizam…..kak nor minta izin copy n paste ke blog…sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan….terima kasih
Puan Norzie
Mei 01, 2011 @ 19:44:13
Assalamualaikum ustaz
saya nak tanya pasal suami saya telah menyakiti hati saya semasa saya dalam pantang sekarang ni dengan mengeluarkan kata kata yg menyakiti hati saya (buta ke awak) dan ini membuatkan hati saya terguris lagi lagi saya baru melahirkan anak dan anak saya meninggal dunia semasa saya bersalin. saya rasa sedih dan selalu menangis setiap hari, dan suami cuba memujuk saya dan meminta maaf atas keterlanjuran bahasa yang dikeluarkan kepada saya. hati saya masih tak boleh menerima maafnya, bagaimana saya nak mengatasinya. Minta ustaz bagi semangat yg dah hilang pada diri saya lebih2 lagi saya kehilangan anak yg saya kandung dan meninggal dunia. Terima kasih
ermilia
Jun 09, 2011 @ 00:06:45
As Salam, Minta izin berkongsi ilmu ini..
naimy
Ogo 11, 2011 @ 08:58:18
Salam.
Ustaz.
Saya telah berkahwin dengan seorang duda yang kematian isteri dan mempunyai anak 2 orang. Untuk makluman ustaz suami saya ini boleh dikirakan tidak bertanggungjawab kepada keluarga dan anak-anak iaitu:
1. Berhenti kerja setelah berkahwin dengan saya sedangkan ketika ini dia masih mempunyai hutang tropper dan menyebabkan saya terpaksa membayar setiap bulan.
2. Sewa rumah dan semua keperluan hidup ditanggung oleh saya. Suami saya tahunya bersembang dengan kawan-kawannya diluar sahaja, tanpa fikirkan kehidupan akan datang.
3. Saya mempunyai 2 orang anak dari perkahwinan saya yang terdahulu dan bersama suami saya sekarang saya mempunyai seorang anak dan saya juga merupakan anak sulung yang perlu membantu keluarga saya di kampung kerana saya masih mempunyai adik yang bersekolah.(ayah saya telah pencen, ibu saya dah meninggal dunia).
4. Bila bergaduh suami suka mengungkit kisah hidup saya yang terdahulu. (memandang sinis perceraian saya dulu), suka menghina keturuan keluarga, sedangkan dia tidak tahu dan rapat dengan keluarga saya kerana dia tidak bercampur dengan keluarga saya, bila bercakap selalu menyakiti hati saya.
5. Anak-anak suami sendiri dijaga oleh bekas ibu mertua suami kerana keluarga arwah isterinya telah tahu perangai suami yang tidak bertanggungjawab.
6. Bila bergaduh suami selalu memukul saya.
7. Meminta saya membuat pinjaman untuk membina rumah dikampungnya, sedangkan dipihak dia tiada membuat tindakan apa-apa.
Ustaz, saya tertekan sekarang walaupun saya bekerja saya tidak mampu untuk menanggung segala perbelanjaan sekarang, cuma saya rasa seolah-olah suami berkahwin dengan saya untuk mengambil kesempatan sahaja kerana jika difikirkan sekiranya suami yang bertanggungjawab tidak akan berhenti kerja jika tahu dia masih mempunyai hutang lagi dan perlu menanggung kehidupan anak-anak yang semakin membesar.
Saya berharap agar ustaz dapat memberi pandangan samaada perlu saya teruskan kehidupan bersamanya atau sebaliknya.
Sekian, terima kasih.
Nuraeni
Ogo 23, 2011 @ 13:10:11
tapi kebanyakan zaman
sekarang
seharusnya
yang mencari nafkah itu kan
suami
sekarang malah sebaliknya..