Fatwa issued against cellphones picture
Ulama terkemuka Mesir mahu umat Islam untuk menjawab panggilan azan, tetapi tidak ketika dering telefon mereka.
.
Mufti Besar Ali Gomaa mengeluarkan fatwa, pada hari Rabu mendesak umat Islam agar tidak menggunakan mode yang popular itu iaitu – ayat-ayat Al-Quran atau lima panggilan azan sebagai ringtones dalam telefon. Para ulama yang dilantik kerajaan mengatakan ringtones seperti itu tidak sesuai, mengelirukan dan merendahkan firman-firman Tuhan.
.
“Firman-firman Tuhan adalah suci. … Dia memerintahkan kita agar menghormati dan memuliakan mereka,” ujar Gomaa.
Muslim diwajibkan untuk solat lima kali sehari, dan waktu untuk ini adalah semata-mata diumumkan dengan panggilan azan dari masjid, Gomaa berkata.
.
“Panggilan-panggilan azan adalah untuk mengumumkan sudah masuk waktu solat … menggunakannya sebagai ringtones / nada dering boleh membingung dan mengelirukan.”
.
Majoriti orang Mesir adalah Muslim Sunni. Ada hampir 50 juta pelanggan telefon selular di sana.
.
Bagi mereka yang berkeras mahu memiliki ringtones bercirikan Islam, beliau menyarankan mereka menggunakan lagu-lagu nasyid atau prosa agama Islam.
.

Via – AP