Konspirasi terbesar dunia

4 Komen


Assalaamu ‘alaikum w.b.t…… Apakah konspirasi terbesar yang berlaku sejak dari dulu lagi hingga sekarang? Mungkin anda ada persepsi tersendiri, tetapi di sini saya ingin menyatakan bahawa konspirasi terbesar adalah pakatan iblis dan para syaitan dari golongan jin untuk menjadikan manusia tidak merasakan kehadiran mereka. Dengan kata lain, membuatkan manusia tidak yakin dan percaya dengan kewujudan syaitan. Syaitan terbahagi kepada dua iaitu syaitan dari golongan manusia dan syaitan dari golongan jin. Dalam topik kali ini saya akan bercakap tentang syaitan dari golongan jin yang tidak kelihatan dan syaitan dari golongan manusia yang dapat dilihat jelas oleh kita.

Apa tujuan mereka berbuat demikian?

Tujuan utamanya agar manusia tidak merasakan bahawa kejahatan itu berasal dari mereka dan akhirnya akan menyebabkan kita tidak percaya kewujudan syaitan. Jika kita tidak percaya kewujudan iblis dan syaitan, bermakna iman kita telah rosak kerana tidak mempercayai perkara ghaib. Dan dengan kita tidak mempercayai kewujudan iblis dan syaitan, menjadikan kita juga tidak yakin dengan AlQuran dan Alhadith, kerana AlQuran dan AlHadith banyak sekali menyebut tentang iblis dan syaitan-syaitan.

Maka konspirasi ini telah berjaya sebenarnya, kerana kita lihat di zaman moden ini ramai yang ragu-ragu dengan perkara ghaib. Ramai yang semakin tidak mahu mempercayai kewujudan alam ghaib, kononnya semua ini adalah lapuk dan kuno. Sedangkan perkara ghaib itu adalah suatu yang nyata dan lebih maju dari pemikiran orang-orang yang mengatakannya kuno dan lapuk.

Iblis dan syaitan boleh sahaja bila-bila masa pun menjelma di depan kita dan menampakkan tubuh mereka. Tetapi mereka sengaja mengekalkan keghaiban diri mereka kerana dengan itu akan membuatkan manusia menjadi was-was, sehinggakan ada yang ragu-ragu. Dan adakalanya iblis dan syaitan menampakkan rupa mereka kepada sesetengah manusia, agar itu nanti akan menjadi percanggahan antara manusia. Manusia akan berselisih pendapat, ada yang percaya dan ada yang tidak percaya. Semua itu adalah suatu konspirasi untuk mengelirukan dan menyesatkan anak-anak Adam.

Ramai dari manusia yang hanya statik pemikirannya dengan merasakan benda-benda yang nampak ini sahaja sebenarnya yang wujud. Sedangkan benda-benda yang nampak di depan mata kita ini hanya lah suatu yang boleh dilihat oleh bebola mata kita ini sahaja.  Bebola mata kita yang amat lemah dan rapuh ini bukan boleh melihat segalanya di alam maya yang sungguh unik ciptaan Yang Maha Esa ini. Ada lagi dimensi2 lain yang masih tidak mampu dilihat oleh deria penglihatan kita dan alam lain itu lebih maju dari kita di sini. Sesungguhnya kita berada di alam yang sama dengan jin dan makhluk ghaib lain, cuma dimensi sahaja yang berlainan.

Lagi

Black magic (sihir) dan Illuminati

5 Komen


Assalaaamu alaikum w.b.t. ……. Mengapa orang belajar dan mengamalkan ilmu sihir atau black magic? Sudah tentu ada banyak jawapannya. Antaranya ialah kerana mahukan kemahsyuran, kekuasaan, kemewahan, kekuatan, kekebalan, kecantikan dan seumpamanya. Proses pembelajaran dan pengamalan ilmu sihir ini jangan disangka sudah tiada, malah ia semakin berleluasa dan digemari ramai pun.

Dulu pernah ada pengakuan dari seorang bekas pengamal ilmu sihir, dan antara ceritanya, dia mengatakan kebanyakan yang difilemkan dalam movie Harry Potter, tentang proses pembelajaran, perjalanan alam itu lebih kurang sama dengan apa yang betul-betul ada. Filem itu juga sebenarnya diolah dari alam realiti juga, cuma diputar belit dan diolah agar manusia melihat ada sihir baik dan ada sihir yang jahat. Alam sihir juga ada pentadbirannya sendiri, ada perjumpaan tahunan, dan x ketinggalan ada usaha-usaha memata-matai rumah orang awam. Mereka datang mengintai ke rumah kita tanpa kita sedari.

Mesir sudah dikenali umum sebagai tempat bermulanya segala ilmu sihir yang ada di muka bumi ini. Dan pengaruh sihir semakin popular dan tersebar luas sejak zaman Firaun lagi. Dan sebagaimana semua telah maklum, ahli-ahli sihir di zaman Firaun Merneptah, telah dikalahkan oleh Nabi Musa a.s dengan mukjizatnya.

Ada kalangan Yahudi dulu mengatakan bahawa mereka belajar ilmu sihir dari Nabi Sulaiman a.s. Sedangkan Allah S.w.t berfirman dengan jelas dalam AlQuran bahawa Nabi Sulaiman tidak mengajarkan ilmu sihir kepada mereka.

“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya ujian (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahawa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” Surah Al-Baqarah : Ayat 102

Lagi

Harga minyak dan emas melambung naik

14 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t…… Hhhhhmmm, seperti yang telah dijangka, harga petrol melambung lagi, tetapi kali ini pada kadar yang tertinggi dalam sejarah (kalau tidak silap saya) iaitu dengan kenaikan sebanyak 40%. Setelah tidak berapa lama dulu, harga emas pun melambung naik. Dan selepas ini mungkin akan naik lagi harga emas, kerana harga emas biasanya mengikut kenaikan harga petrol, walaupun harga emas ada turun dan naik.

Pak saudara saya ada seorang yang jadi tukang emas. Menurut beliau, dalam 2 atau 3 tahun yang lalu harga emas satu amas (kiraan orang2 melayu) atau 2.551 gram hanya dalam seratus ringgit lebih. Tetapi harga terbaru sekarang adalah RM260 lebih. Dan kenaikannya memang mendadak pada akhir-akhir ini juga.

Dan kenaikan harga barang terutamanya dua barang mahal ini sememangnya boleh menimbulkan kucar-kacir. Cuma diharapkan kita semua bertenang dan jangan mengambil tindakan yang terlampau drastik. Kalau masing-masing ikutkan emosi , sudah tentu keadaan akan menjadi huru-hara. Sama-samalah menyelesaikan apa jua masalah dengan tenang dan berhikmah, kerana Allah tidak suka kepada orang yang merosakkan muka bumi ini.

Dan tentang galian-galian ini pula ada disentuh oleh Rasulullah S.a.w dalam hadith yang bermaksud, “Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.

Nampak kita di situ betapa hasil galian pada akhir zaman akan diuruskan oleh orang-orang yang gilakan dunia semata dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain. Dan benar sekali maksud dari hadith tersebut kerana telah ternyata setelah Amerika menakluki Iraq, minyak dan emas naik begitu drastik sekali. Dan ditambah lagi dengan banyak syarikat minyak adalah milik Freemasons.

Di bawah ini saya senaraikan logo syarikat minyak yang ada kaitan dengan Freemasons. Dan ini bukan andaian saya semata, tetapi merupakan hasil kajian dari golongan yang mengkaji tentang Freemasons sendiri. Dan ketahuilah, syarikat-syarikat milik Freemasons itu memakai golongan pekerja yang bukan orang-orang mereka, tetapi pekerja-pekerja termasuklah orang-orang Melayu kita. Dengan kata lain, kita diperkudakan oleh mereka yang hanya mengaut keuntungan dari kesusahan pekerja-pekerja menggali minyak dan mengedarkannya. Dan perhatikan logo-logo tersebut ada kaitan dengan matahari dan bintang yang mengandungi unsur segitiga.

Logo di atas ini bukan hanya menunjukkan kulit kerang semata-mata, tetapi ia juga bermaksud matahari terbit. Shell adalah milik Britain, beribu pejabat di Hague, Netherlands. Dengan pejabat berdaftar di London dan United Kingdom.

Syarikat BP juga telah menukar logo lamanya kepada logo yang seperti matahari. BP diambil dari perkataan asal British Petroleum. Beribu pejabat di London, England dan UK.
Lagi

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka

404 Komen


Salaaaamun alaikum w.b.t……. Masih lagi dalam tajuk berkenaan Dajjal, dan kali ini saya akan cuba membongkarkan kumpulan-kumpulan yang membuat kerja untuk Dajjal pula. Dan saya akan sertakan pelbagai bukti agar kita boleh fikirkan bersama-sama. Tetapi Yang Maha Mengetahui segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk berusaha dan berfikir tentang segala apa yang diciptakanNya.

Mengapa saya berani mengatakan kumpulan yang akan saya sebutkan di sini sebagai pasukan Dajjal? Kerana ada bukti-bukti kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh Dajjal, dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai. Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini.

Lagi

Kenali simbol-simbol Illuminati dan Freemasons

35 Komen


Salaaam alaikum w.b.t….. Di sini ada beberapa video yang dibuat oleh rakyat-rakyat Amerika Syarikat sendiri yang mahu membongkarkan kejahatan Illuminati untuk menguasai dunia. Kita perlu tahu tentang perbuatan dan kegiatan-kegiatan mereka. Kerana Illuminati sekarang telah benar-benar dapat mempengaruhi dunia hingga ke negara kita sendiri tanpa ramai dari kita sedari. Dan mereka mahu mengajak manusia untuk menyembah IBLIS (Lucifer) laknatullah secara halus. Video-video di bawah adalah untuk kita membuka minda dan bersedia menghadapi pengaruh dari mereka. Semoga Allah S.w.t melindungi kita dan membantu kita untuk melawan kumpulan-kumpulan penyembah syaitan bertaraf antarabangsa dan mempunyai pengikut yang amat besar itu, amiiin.

Open Your Mind – Illuminati Symbolism – It’s All Around You!

Illuminati & Baphomet

Lagi

Older Entries