Antara mukjizat Nabi Muhammad S.a.w – Bahagian 3

21 Komen


Mukjizat sebelum menjadi RASUL

– Muhammad dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.

– Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.

– Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susu Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad kerana yatim. Namun, kerana alasan ia tidak ingin dicemuh oleh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad. Selama dengan Halimah, Muhammad hidup secara nomad bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.

– Abdul Muthalib, datuk kepada Muhammad menceritakan bahawa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud ketika kelahiran Muhammad. Ia juga menceritakan bahawa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”

Lagi

Mengenal sejarah nabi S.a.w

Tinggalkan komen


Penyusun: Ustadz Kholid Syamhudi, Lc.

Rasulullah sebagai susuk teladan yang baik merupakan peribadi yang harus kita ketahui perjalanan hidupnya sejak beliau lahir sampai wafat. Mengetahui sejarah beliau merupakan satu kewajiban yang dibebankan kepada umat ini karana beliau adalah perantara dan penafsir Al Quran secara perkataan dan perbuatan, sehingga tidaklah mungkin kita dapat memahami ajaran agama kita tanpa mengetahui sejarah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.

Oleh kerana itu, kaum muslimin sejak masa-masa pertama perkembangan Islam telah sibuk mempelajari siroh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dengan merakam kejadian-kejadian yang terjadi pada beliau dan pada masa-masa beliau hidup serta bersungguh-sungguh menukil hal-hal tersebut dengan penukilan yang teliti dan akurat baik dalam buku-buku hadits dan siroh, atau buku-buku sejarah umum.

Sudah tidak diragukan lagi bahawa sejarah (siroh) Rosululloh shalallahu ‘alaihi wa sallam merupakan bidang yang sangat penting yang digeluti kaum muslimin dahulu dan sekarang, dan dengan izin Allah shalallahu ‘alaihi wa sallam senantiasa menjadi tempat perhatian kaum muslimin kerana siroh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam merupakan aplikasi konkrit dari syariat Ilahi dan penjelas hukum-hukumnya. Dan dari sini muncullah perhatian yang sangat besar dari kalangan ulama Islam untuk mempelajari, meneliti, dan menulis buku-buku dan referensi sejarah beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam.dengan macam ragam metode penulisan dan penelitian yang mereka pakai sehingga memberikan gambaran yang jelas tentang siroh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.

Lagi

Nabi Lut a.s

Tinggalkan komen


6. Kisah Nabi Lut a.s.

.

Kedatangan Nabi Lut

Nabi Lut A.S. adalah sezaman dengan Nabi Ibrahim A.S. Dia adalah pengikut kepercayaan bapa saudara baginda. Baginda adalah rakyat Ur, bandar besar di Mesopotamia semasa Allah menganugerahkan kenabian ke atas baginda.

Baginda diperintahkan untuk meninggalkan tanah asal baginda dan pergi ke Sodom dan Gamorra untuk memberi amaran dan memulihkan kaum yang terlibat dengan hubungan homoseksual dan rompakan.

“Dan (kami juga mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu? ” Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

(Al-‘Araaf, 7: 80-81)

Dalam ayat yang lain, terdapat penerangan tentang sifat kaum yang berdosa tersebut.

“Dan (ingatlah) ketika Lut berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun dari umat-umat sebelum kamu” Apakah kamu patut mendatangi laki-laki, menyamun dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu? Maka jawapan kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar” “. (Al-Ankabut, 29: 28-29)

.

Nabi Lut A.S. Menyeru Dan Seruan Ditolak

Lagi

Nabi Huud a.s

Tinggalkan komen


4. Kisah Nabi Huud a.s

.

Huud A.S. adalah Nabi yang diutuskan kepada Bani ‘Ád untuk memulihkan kaum tersebut. Salasilah keturunan baginda berkait dengan Nabi Nuh A.S. dan anaknya. Nabi Huud A.S. berasal dari keturunan Bani ‘Ád yang merupakan generasi Sam.

.

Kualiti Kaum ‘Ad Yang Cemerlang

Kaum ‘Ád bertengkar dengan anak-anak kaum Ham dan meninggalkan Babylon. Mereka menjadi penduduk di suatu daerah yang terletak di selatan Arab bersempadan dengan Oman, Yaman dan Hadramaut. Di sana, mereka membina istana-istana dan kuil-kuil yang menyembah banyak tuhan dan bintang-bintang . Nama-nama tuhan-tuhan mereka yang utama ialah Saqiah, Salimah, Raziqah dan Hafizun. Kaum Bani ‘Ád sangat mahir dalam ukiran batu. Allah telah mengurniakan kepada mereka kekayaan, binatang ternakan, anak-anak dan taman-taman yang indah. Mereka telah mencapai tamadun yang tinggi dan Raja mereka yang terkenal ialah Shaddad. Dia membina istana yang sangat besar berhampiran Adal yang dikenali sebagai Taman Iram (Garden of Iram). Dia juga adalah raja yang kuat dan menakluki sehingga ke Syria, Iraq dan sempadan bahagian benua Indo-pakistan. Kaum ini sangat bangga dengan pencapaian mereka dan menganggap diri mereka unggul dan tidak boleh dilawan. Mereka tenggelam dalam dosa dan perbuatan ganas serta tidak adil. Mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah, malah menjadi hamba yang ingkar kepada perintah-Nya.

.

Kemunculan Nabi Huud A.S. Dan Menyampaikan Seruan

Nabi Huud A.S. muncul di tengah-tengah kaum tersebut sebagai pemimpin mereka. Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa mereka kembali menyembah Allah. Baginda mengarahkan mereka supaya meninggalkan perbuatan mungkar . Mereka langsung tidak menghiraukan ajaran dan amalan baginda.

Lagi

Nabi Nuh a.s

Tinggalkan komen


3. Kisah Nabi Nuh a.s

.

Keruntuhan Moral

Nabi Adam A.S. telah meninggalkan keturunannya dalam keadaan sosial dan moral yang baik namun begitu akhirnya mereka mula melupakan ajaran Allah. Mereka mengambil jalan yang salah dan terlibat dalam rasuah dan kerosakan akhlak. Mereka menjadi kedekut, pengikut syaitan dan tamak haloba. Seluruh masyarakat berpecah-belah kepada beberapa bahagian. Keadaan negeri ini menyebabkan berlakunya penindasan dan ketidakadilan dalam negara.

.

Kedatangan Nabi Nuh A.S.

Ketika keadaan ini berlaku, Allah yang maha berkuasa berkehendakkan manusia kembali menjadi hamba yang taat kepada-Nya. Dia mengutuskan Nuh sebagai utusan-Nya untuk memulihkan semula masyarakat yang telah rosak akhlak yang tinggal di bahagian ‘Iraq’. Mereka mempercayai Allah tetapi mereka juga menyukutukan-Nya dengan tuhan-tuhan ciptaan yang lain. Ahli-ahli agama yang mempercayai banyak tuhan ini mengawal sepenuhnya urusan negara. Para penduduk menawarkan diri untuk melakukan pengorbanan dengan nama tuhan-tuhan itu sebagai satu penghormatan. Mereka memperuntukkan sejumlah besar harta mereka untuk tujuan tersebut dan keadaan menjadi semakin teruk.

Nabi Nuh A.S. seperti juga nabi-nabi lain adalah seorang yang ikhlas, soleh, sabar dan boleh dipercayai. Baginda mempunyai keinginan dan keazaman yang kental untuk memulihkan umatnya. Malaikat Jibril telah menyampaikan kepada baginda ajaran daripada Allah dan diarahkan untuk memulihkan umatnya daripada pengaruh syaitan. Nabi Nuh tetap menyeru supaya beriman kepada Allah dan menunjukkan mereka jalan untuk menyembah Tuhan yang satu dan menasihati supaya tidak melakukan kejahatan.

Lagi

Older Entries