“Bunga bunga yang berbau harum menarik pasangan kekasih, dan peranan biologi bau itu adalah sama: untuk menarik pendebunga (pollinator). Tumbuhan perlu bagi menarik serangga-serangga, kelawar-kelawar dan burung madu untuk memindahkan debunga dan mewujudkan biji benih yang subur,” kata Hugh Iltis, profesor emeritus dalam bidang botani di UW-Madison.

Pendebungaan adalah pemindahan debunga tumbuhan (yang sama dengan sperma bagi telur-telur). Beberapa tumbuhan bergantung kepada angin atau graviti, tetapi banyak yang memerlukan haiwan untuk melakukan pengangkutan. Bau bunga itu memberi isyarat kepada pendebunga / haiwan yang mendebunga, bahawa tumbuhan itu telah sedia untuk didebungakan, dan bila binatang-binatang tiba untuk mengumpul debunga dan / atau madu, debunga itu dipindahkan.

Bau yang segar, berminyak atau tajam dihasilkan apabila anda menghancurkan sehelai daun atau batang memainkan satu peranan sebagai pertahanan, Iltis berkata. Bau-bau ini datang dari bahan kimia yang biasanya adalah toksik kepada haiwan, dan bertindak sebagai satu tindakan segera yang mengejutkan musuh: bau mereka (dan rasa) adalah teruk, dan kemudian mereka membuat anda sakit jika anda mengabaikan deria-deria dan memberi satu gigitan.

Laporan kajian dari Universiti Wisconsin-Madison