Arkib

Archive for the ‘Feqah’ Category

Kesulitan ekonomi: Jawapan Islam

Disember 18, 2008 Ahmad Nizam 2 comments

Diolah oleh : Seorang sahabat

Idea hebat yang baru atau perubahan besar jarang berlaku pada waktu biasa ketika sistem berjalan licin dan manusia berpuas hati.

Pada waktu kemelut barulah tercetus perubahan besar. Kini kita dalam waktu krisis. Tiada hari yang tanpa kisah bencana kewangan.

Berita muram terbaru datang daripada industri insurans Jerman yang menjangka 200,000 perniagaan akan lingkup di Eropah dan 62,000 pula di Amerika Syarikat pada tahun depan.

Ertinya, 2009 bukanlah awal tahun pemulihan ekonomi.

Mungkin dek suasana ekonomi yang ‘menarik’, laporan dari Jerman itu serentak dengan saranan Mufti Besar Arab Saudi, Abdul Aziz Al-Asheikh, agar negara-negara Muslim membentuk blok atau kumpulan ekonomi.

Ulasan beliau sempena khutbah nya kepada tiga juta jemaah haji yang herhimpun di padang Arafah. Ucapannya ditukil media sedunia yang menyifatkan bersifat politik dan ekonomi. Hakikatnya tidak.

Read more…

Kedudukan wanita sebelum Islam dan wanita kini

September 13, 2008 Ahmad Nizam 6 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t….. dan selamat sejahtera. Perbincangan tentang isu wanita sememangnya sampai bila pun tidak akan habis. Lebih-lebih lagi wanita di zaman moden ini yang semakin canggih dan mula menunjukkan belang. Berikut ini saya cedok petikan-petikan dari buku Suami Isteri Yang Engkar – Thana Abdullah Al Afif  , tentang kisah wanita sebelum kedatangan Islam. Dan kemudiannya saya akan mengulas sedikit tentang wanita pada zaman sekarang. Semoga kaum wanita semua berfikir dalam-dalam ya.

Wanita sebelum Rasulullah S.a.w , berdarjat tidak berguna kecuali untuk memelihara keturunan dan mengatur rumahtangga. Apabila isteri melahirkan anak yang tidak cantik mereka pun membunuhnya. Wanita yang ’subur’ dipinjam oleh lelaki (bukan suaminya) untuk melahirkan anak. Pendek kata, masa perkembangan peradaban Yunani, wanita hanya melayani cinta dan hawa nafsu.

Aristotles tidak berpandangan baik terhadap kaum wanita. Dalam pandangannya, wanita adalah manusia yang serba kekurangan. Kehidupan dalam rumahtangga adalah kehidupan yang impian, dan adalah silap untuk menyamakan setingkat laki-laki. Menurut Plato, keberanian laki-laki adalah dalam kepimpinan dan keberanian wanita adalah dalam melakukan pekerjaan-pekerjaan yang rendah.

 

Zaman Yahudi

Pada zaman Yahudi, sebahagian orang menjadikan anak perempuan setaraf pelayan, dan ayahnya berhak menjualnya. Wanita boleh menerima waris, kecuali bila ayahnya tidak mempunyai keturunan anak-anak lelaki. Dalam ‘Sifr ALJamiah’ dinyatakan, “Aku dan hatiku berkeliling untuk menyelidiki dan mencari hikmat dan akal, dan untuk mengetahui kejahatan adalah kebodohan, dan untuk mengetahui kedunguan adalah kegilaan. Aku mendapatkan yang lebih buruk dari maut adalah wanita yang merupakan jaring, sedang tangannya adalah perangkap dan tali”.

Read more…

Hikmah Puasa, menjaga kesihatan dan melawan penyakit rohani dan jasmani

Ogos 31, 2008 Ahmad Nizam 9 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Kali ini saya mahu berkongsi pengetahuan mengenai beberapa faedah puasa dan kebaikannya dalam menjaga kesihatan manusia dan menghindarkan penyakit. Sebagaimana kita tahu, terlalu banyak kematian sekarang ini kerana penyakit dan ramai di kalangan mereka mati ketika di usia muda lagi. Antara pembunuh2 utama seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri.  Sesuailah dengan hadith nabi yang bermaksud , “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“.

Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya.

Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.

Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.

Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Read more…

Categories: Bicaraku, Puasa Label:, ,

Nisfu Syaaban dan fatwa tentangnya

Ogos 16, 2008 Ahmad Nizam 3 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal?  Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut?  Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.

Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar,  tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.  Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu. Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.

Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja?  Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.

Dan saya tidak berani mengatakan amalan tersebut haram. tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja. Tetapi menurut fatwa dari Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, amalan itu dikira bid’ah dan penjelasannya ada saya sertakan di bawah nanti.

Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan AlQuran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala  sehingga membaca AlQuran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.

Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Read more…

Aqiqah

Julai 27, 2008 Ahmad Nizam Tinggalkan komen

Aqiqah ialah menyembelih binatang ternakan (al-An’am) yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas bayi yang baru dilahirkan.

Aqiqah hukumnya sunat muakkad.

Sabda Rasulullah SAW :

“Setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahiran,   dicukur rambut dan diberi nama”

Sebaik-baik aqiqah ialah disembelih dua ekor kambing @ dua bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi lelaki dan seekor kambing @ satu bahagian drp lembu/kerbau/unta bagi bayi perempuan.

Waktu yang paling afdhal bagi aqiqah ialah hari ketujuh kelahiran bayi. Namun, ia boleh dilakukan sehingga bayi tersebut mencapai umur baligh.

Daging aqiqah tidak wajib disedeqahkan kepada orang fakir miskin, memadai dengan  mengadakan jamuan/kenduri dengan menjemput orang ramai.

Syarat Sah Aqiqah

Syarat sah aqiqah ialah:

(a)  Berniat aqiqah ketika menyembelih.

(b)  Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.

(c)  Memenuhi syarat-syarat sembelihan.

(d)  Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut

(e)  Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa
sebelum anak tersebut baligh

(f)  Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.

Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang

Umur

Biri-biri/

1 tahun atau lebih

Kambing

2 tahun atau lebih

Lembu/kenbau

2 tahun atau lebih

Unta

5 tahun atau lebih

Read more…

Categories: Feqah