Assalaamu’alaikum w.b.t……. Ini pula video klip berkenaan katak lembu gergasi jantan / Giant Bullfrog, menyelamatkan anak2nya yang terperangkap dalam lopak air kecil yang mula kekeringan air. Apa kes ntah ibu mereka pergi menetas dalam lopak kecil pulak.  Mujur lah si bapa ni bertanggungjawab dan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak2nya. Dengan tenang sahaja dia  berfikir dan kemudian menjalankan tugasnya. Dia mengorek saluran yang mengalirkan air dari kolam utama ke lopak kecil yang mula kekeringan air itu.

Pandai sungguh mamat ni, kat sekolah mana dia belajar ya?  Itu lah dia ciptaan Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Bijaksana, subhanallah. Katak jangan dipandang sembarangan, kerana kadang2 mereka lebih cerdik dari manusia keh3

Sumber video – BBC