Salaam alaikum w.b.t……. Mungkin ramai yang dah dengar tentang pemerintahan Khilafah dan juga New World Order, tetapi perasankah anda tentang kaitan antara dua perkara ini? Di dalam Islam , nabi Muhammad S.a.w adalah nabi yang terakhir, selepas baginda tiada lagi nabi yang lain melainkan hanya digantikan dengan khalifah-khalifah yang ramai. Pemerintahan khilafah ini secara ringkasnya adalah satu pemerintahan bagi seluruh dunia Islam dan di bawah nanti akan diterangkan definisinya dari segi bahasa dan istilah.
Tetapi ramai yang tidak sedar, betapa dalam diam-diam kerajaan Amerika sekarang pun ingin menandingi konsep pemerintahan itu , dengan mereka mewar-warkan NWO (New World Order) yang merupakan sebuah “Teori Konspirasi” (Conspiracy theory). Perhatian ya, ini bukan NWO yang dalam rancangan gusti tu, tetapi NWO yang betul punya, bukan cobaan! Hehe. Dan dalang-dalang di sebalik NWO ini secara ringkasnya tentu lah gerakan kumpulan Freemason, Jews , Dajjal dan kerajaan Iblis sana. Dan telah dapat kita lihat sekarang Amerika sudah dapat menakluki Iraq, salah satu kuasa besar dunia. Dan targetnya selepas ini mungkin Syiria, dan seluruh wilayah Syam, sebelum akhirnya akan menakluki seluruh dunia dan jadikan seluruh dunia berada di bawah telunjuknya. Itu lah dia matlamat slogan New World Order (Tata Dunia Baru) iaitu satu pemerintahan bagi seluruh dunia yang mana pemerintahnya adalah Amerika Syarikat.
Kenyataan tentang New World Order ini sebenarnya telah dibuat secara rasmi oleh Presiden Russia waktu itu iaitu Mikhail Gorbachev dalam ucapannya di perhimpunan agung PBB pada 7 Disember 1988. Dia menekankan untuk menguatkan peranan pusat PBB dan penglibatan aktif dari semua pihak. Itu antara konsep awal NWO yang diperkenalkan olehnya. Tetapi pada 11 September 1990, George H.W. Bush (ayah kepada presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush) , telah mula membicarakan NWO ini dengan ucapannya yang bertajuk “Toward a New World Order” yang bermaksud “Ke arah Tata Dunia Baru”.
Antara isi-isi ucapan itu termasuklah komitmen untuk menguatkan Amerika Syarikat agar ia dapat memimpin dunia dengan undang-undang dan bukannya menggunakan kekuatan fizikal, kerjasama Amerika-Russia ke arah dunia yang selamat untuk demokrasi, jurang masa depan akan menjadi secara ekonomi dan bukannya ideologi dan sebagainya. Dan banyak juga ucapan tersebut yang cakap tak serupa bikin.
Bertitik-tolak dari ini lah kerajaan Amerika Syarikat sudah mempunyai agenda lain lebih-lebih lagi disogok oleh gerakan Freemason, orang-orang yahudi dan sekutu-sekutunya untuk menguasai dunia. Sehinggakan mereka sanggup membuat bermacam-macam propaganda termasuklah mengaitkan pengganas dengan Islam. Kerana mereka tahu Islam boleh menjadi penghalang besar kepada usaha mereka untuk menguasai dunia.
Aaron Russo (seorang ahli perniagaan hiburan, pembuat filem dan aktivis politik bebasAmerika) pernah mengatakan dalam satu temubual bahawa istilah PENGGANAS itu hanya sengaja diada-adakan oleh kerajaan Amerika. Dia juga berkata bahawa David Rockefeller (seorang hartawan Amerika) pernah memberitahunyaawal-awal lagi tentang kejadian-kejadian seperti penyerangan ke atas Iraq, Afghanistan, dan sebagainya. Bermakna penglabelan mereka bahawa Islam itu adalah pengganas adalah propaganda semata-mata agar dunia benci kepada Islam, dan mahu menarik perhatian dunia agar menyokong usaha kerajaan Amerika Syarikat membasmi pengganas.
Ada pendapat mengatakan, kerajaan Amerika Syarikat akan merealisasikan NWO menjelang tahun 2012 di mana tahun itu juga banyak pihak meramalkan akan belaku kemusnahan pada dunia. <– Ini mesti dibicarakan dalam topik lain pula hehe
Dan apakah itu pemerintahan khilafah? Mari kita lihat secara ringkas penerangan berkenaan pemerintahan khilafah yang membezakan dari pemerintahan-pemerintahan konsep lain seperti pemerintahan republik atau demokrasi, Monarki, Federasi dan sebagainya.
Definisi Khilafah
1. Khilafah secara bahasa.
Khilafah dari segi bahasa merupakan mashdar dari fi’il madhi ‘khalafa’, yang bererti: menggantikan atau menempati tempatnya (Munawwir, 1984:390). Jadi, khalîfah adalah orang yang menggantikan orang yang sebelumnya. Jama’nya (plural), khalâ’if atau khulafâ’. Inilah makna firman Allah Swt. yang bermaksud:
Berkata Musa kepada saudaranya, Harun, “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku.” (QS al-A’raf [7]: 142).
Menurut Imam ath-Thabari, makna bahasa inilah yang menjadi alasan mengapa as-sulthan al-a’zham (penguasa besar umat Islam) disebut sebagai khalifah, kerana dia menggantikan penguasa sebelumnya, lalu menggantikan posisinya (Ath-Thabari, Tafsir ath-Thabari, I/199).
Menurut Imam Al-Qalqasyandi pula, secara tradisinya istilah khilafah kemudian digunakan untuk menyebut kepemimpinan agung (az-za’amah al-uzhma), iaitu kekuasaan umum ke atas seluruh umat, pelaksanaan urusan-urusan umat, dan pemikulan tugas-tugas mereka (Al-Qalqasyandi, Ma`atsir Al-Inafah fi Ma’alim Al-Khilafah, I/8-9).
2. Khilafah menurut syariah.
Dalam pengertian syariah, Khilafah digunakan untuk menyebut orang yang menggantikan Nabi SAW dalam kepemimpinan Negara Islam (ad-dawlah al-islamiyah) (Al-Baghdadi, 1995:20). Inilah pengertiannya pada masa awal Islam. Kemudian, dalam perkembangan selanjutnya, istilah Khilafah digunakan untuk menyebut Negara Islam itu sendiri (Al-Khalidi, 1980:226).
Di dalam AlQuran tidak ada menyebut tentang ‘Khilafah’ atau ‘Imamah’ , tetapi ianya diajar secara praktikal sendiri oleh Nabi Muhammad S.a.w dan khalifah-khalifah selepas baginda.
Kata khilâfah banyak dinyatakan dalam hadis, misalnya:
Sesungguhnya (urusan) agama kalian berawal dengan kenabian dan rahmat, lalu akan ada khilafah dan rahmat, kemudian akan ada kekuasaan yang tiranik. (HR al-Bazzar).
Kata khilâfah dalam hadis ini memiliki pengertian: sistem pemerintahan, pewaris pemerintahan kenabian. Ini dikuatkan oleh sabda Nabi Muhammad saw.:
“Dulu Bani Israel dipimpin/diurus oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi wafat, nabi lain menggantikannya. Namun, tidak ada nabi setelahku, dan yang akan ada hanyalah para khalifah, yang ramai jumlahnya”. (HR Bukhari dan Muslim).
Banyak sekali definisi tentang Khilafah—atau juga disebut sebagai Imamah—yang telah dirumuskan oleh oleh para ulama. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Khilafah adalah kekuasaan umum atas seluruh umat, pelaksanaan urusan-urusan umat, serta pemikulan tugas-tugasnya (Al-Qalqasyandi, Ma’âtsir al-Inâfah fî Ma‘âlim al-Khilâfah, I/8).
2. Imamah (Khilafah) ditetapkan bagi pengganti kenabian dalam penjagaan agama dan pengaturan urusan dunia (Al-Mawardi, Al-Ahkâm as-Sulthâniyah, hlm. 3).
3. Khilafah adalah pengembangan seluruh urusan umat sesuai dengan kehendak pandangan syariah dalam kemaslahatan-kemaslahatan mereka, baik ukhrawiyah mahupun duniawiyah, yang kembali pada kemaslahatan ukhrawiyah (Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah, hlm. 166 & 190).
4. Imamah (Khilafah) adalah kepemimpinan yang bersifat menyeluruh sebagai kepemimpinan yang berkaitan dengan urusan khusus dan urusan umum dalam kepentingan-kepentingan agama dan dunia (Al-Juwaini, Ghiyâts al-Umam, hlm. 15).
Dengan demikian, Khilafah (Imamah) dapat didefinisikan sebagai: kepemimpinan umum atas seluruh kaum Muslim di dunia untuk menerapkan hukum-hukum syariah dan mengembangkan dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Definisi inilah yang lebih tepat. Definisi inilah yang diadopsi oleh Hizbut Tahrir (Lihat: Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, Qadhi an-Nabhani dan diperluas oleh Syaikh Abdul Qadim Zallum, Hizbut Tahrir, cet. VI [Mu’tamadah]. 2002 M/1422 H).
Apakah sistem pemerintahan Malaysia sekarang?
Sekarang kita mengguna-pakai sistem pemerintahan demokrasi atau dengan nama lain sistem republik, langsung tidak berkaitan dengan Islam. Sistem demokrasi ini mengikut suara rakyat. Sebenarnya, kita tidak boleh meletakkan rakyat yang berkuasa, ataupun pemimpin itu sendiri yang berkuasa. Pemimpin dan juga rakyat mesti tertakluk dalam undang-undang itu sendiri. Tetapi kita mesti letakkan Allah yang berkuasa di atas muka bumiNya ini. Pemerintahan di muka bumi ini mesti dikembalikan kepada Allah iaitu dengan melaksanakan undang-undang yang telah ditetapkan olehNya. Dan itulah pentingnya sistem KHILAFAH di muka bumi ini ditegakkan.
Kesimpulan:
Maka kita sebagai orang Islam pilih lah dengan wajar dan berlandaskan syarak, mahukan pemerintahan khilafah ataupun tunduk kepada NWO suatu hari nanti? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan lah. Umat Islam perlu bersatu demi kesejahteraan sejagat. Hanya Islam yang boleh membawa keamanan sejagat. Ideologi-ideologi lain sudah terbukti boleh membawa keruntuhan moral dan juga fizikal. Wallahu a’lam 🙂
Rujukan :
2 – Gema pembebasan Komisariat UNM
Sedikit tambahan. Cuba anda perhatikan betul-betul logo DAJJAL di atas. Logo itu boleh dilihat pada duit USD1 dollar Amerika Syarikat. Pentagram itu menunjukkan bentuk simbol bintang syaitan. Dan hujung-hujungnya menghala ke beberapa huruf, iaitu huruf A S N O dan M. Maka jika anda susun-susun balik huruf-huruf tersebut, ia akan menjadi perkataan MASON, merujuk kepada FREEMASON 🙂
.
.
Bacaan berkaitan :
Logo-logo korporat Illuminati
Kaitan simbol Coat of Vatican dengan simbol-simbol Illuminati lain
Nama planet dalam sistem suria semuanya adalah nama dewa-dewi Romawi kuno
Syarikat-syarikat automobil milik Illuminati
Rahsia sebalik jenama NIKE
Rahsia di sebalik simbol Recycle
Rahsia di sebalik simbol BioHazard
Pemerintah-pemerintah baru dunia
Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia
Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati
Nama Osama Laden pun ada pada duit 20 Dollar Us
Black magic (sihir) dan Illuminati
Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood
Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka
Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka – Bahagian 2
Kenali simbol-simbol Illuminati dan Freemasons
Pemerintahan khilafah VS New World Order
Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan
George W. Bush pernah menyertai Skull and Bones
Harga minyak dan emas melambung naik
Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal
Kaitan antara Hitler, NAZI, ZIONIS dan Illuminati
Kronologi New World Order – Bahagian 1
Membeli emas banyak semakin menguntungkan Amerika Syarikat dan British?
Mengejar kemajuan kebendaan semata – agenda Illuminati
Video The Arrivals versi terjemahan Bahasa Melayu dan Indonesia
Pengaruh Illuminati dalam permainan komputer (PC Games)
.
pembebasaniain
Nov 10, 2008 @ 23:47:37
Allahu Akbar!!
eD
Jun 09, 2009 @ 06:19:11
Salam,
Terdapat sedikit pembetulan perlu dibuat pada pernyataan “..Sekarang kita mengguna-pakai sistem pemerintahan demokrasi atau dengan nama lain sistem republik..”.
Terima kasih.
kamarul
Jul 03, 2009 @ 15:09:49
menurut pandangan pengkaji, Dajjal yg sebenar akan keluar pada tahun 2020, ini bermakna…
; bermula tahun 2013: Barat akan memulakan pernaklukan(NWO) selama 7 tahun sebelum ketibaan Dajjal dan pada masa yang sama juga Imam Mahdi akan muncul lewat tahun 2012 juga akan memulakan pemeritahan selama 7 tahun
memang selama 7 yahun itu Islam telahpun bertempur dengan pihak musuh iaitu tentera dari Jazirah Arab, Parsi, Rom dan akhir sekali berdepan melawan tentera Yahudi dibawah pimpinan Dajjal. dan sudah tentu tentera Islam akan memenangi kesemua peperangan tersebut kerana janji Allah itu benar dan sungguh akan terjadi.
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Telah berlaku Zaman Kenabian atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (khulafa’ ur Rasyidin) yang berjalan seperti Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian Allah Mengangkatnya, lalu berlakulah Zaman Pemerintahan yang Menggigit (Zaman Fitnah). Berlakulah zaman itu sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Kemudian ALLAH mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah Zaman Penindasan dan Penzaliman (pemerintahan diktator) dan berlakulah Zaman itu sebagai mana yang ALLAH kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa) yang berjalan di atas cara hidup Zaman kenabian”. Kemudian baginda diam.
(Riwayat Ahmad)
a###t
Apr 14, 2011 @ 21:37:55
aku tengah mencari khalifah…..agar dapat dijauhkan dari hasutan syaitan dan dajjal…….kewujudan ini memang wujud sebelum tempur……..bersiap sedialah…..
kamarul
Jul 03, 2009 @ 15:11:07
satukan kekuatan di bawah satu panji…Islam yang sebenar! Allah huakbar!!
pakcikli00
Sep 19, 2009 @ 16:33:00
Asalamualaikum
Sarat dengan artikal yang menarik !
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
Terima kaseh salam hormat
muri handoko
Sep 27, 2009 @ 16:54:40
assalamu alaikum ..saya pelajar dari indonesia,kita satu ideologi,selamat berjuang saudaraku….
heri
Feb 15, 2010 @ 01:23:16
terangi kegelapan…mereka melakukan kerosakan di mmuka bumi…
IkhWan
Apr 23, 2010 @ 22:38:34
Alhamdulillah…satu artikel yg menarik, Khilafah akn dtng….mengikut cara nabi dan shbt2……DAKWAH N TARBIAH…sbb zaman skarang ialah zaman dagang kali kedua, maka apa yg Rasulullah ngan para shbt wat ialah apa yg patut kita warisi…dengan kata lain, kita menghadapi apa yg Rasulullah hadapi, zaman dagang kali kedua, zaman jahiliah…maka perlu satu jamaah yg mengajak balik kpd Islam sbb apa,”utk menyapu sampah perlu kpd banyak lidi, klu satu lidi tentu patah lidi tersebut”…tanggungjawab yg besa perlu dipikul bersama…kerja2 islam perlu lebih sistematik kerana jahiliah amat sistematik, spt kata2 saidina Ali,”jahiliah yg tersusun boleh mengalahkn haq yg x tersusun”…utk memilih jemaah mane, itu terpulang tapi hendaklah memilih jamaah yg ikut cara Rasulullah dan para shbt,satu perkongsian…kita xleh trus wat khilafah, itu bkn cara nabi, tapi perlu proses tarbiah islamiah yg membentuk peribadi mislim, lalu keluarga muslim, lalu masyarakat muslim, lalu daulah islam dan barulah khilfah islam, jika khilafah trus dibuat tanpa tarbiah(tarbiah penting zaman ini kerana masyarakat xfhm Islam), masyarakat Islam xkn bersedia, maka akn tiada pendokong2 khilafah, tiada peribadi shbt2 generasi awal maka khilafah akn rapuh…megajak terus kpd khilafah hanya mempamerkn semangat tanpa hati yg bersedia, rasulullah tarbiah shbt dirumah arqam bijn abi arqam selama 13 thun dgn tarbiah keimann utk sipkn hati yg akn bekorbn utk Islam, bayangkn 13 thun, lebih lame dri zaman pemerintahan nabi selama 10 thun yg BRU mengajar mengenai syariat, pemerinthn Islam, eko islam, masa di madinah, tiada lgi masalah ketika itu kerana hati2 subur dengan keimanan, klu kita trus wat khilafah, maka orang2 tidak minum arak krn mematuhi peraturan, orang2 x berzina krn peraturan, tpi zaman rasulullah, mereka x wat krna apa? krna ALLAH suruh…walau tanpa peraturan rasmi, begitulah berkesannya tarbiah imaniah kdlm hati para shbt…sekadar perkongsian…
Neutrona
Mei 16, 2010 @ 23:05:50
Saya pelajar tingkatan 5,
Saya sejak akhir2 nie minat belajar sejarah.
Saya jadi sedikit keliru tentang dasar baru yang dikeluarkan ketika mesyuarat PBB tentang dekolonisasi, iaitu pembebasan negara jajahan untuk berkerajaan sendiri.
Tapi apa yang saya lihat, mereka ni bukannya membebaskan kita untuk berkerajaan sendiri tapi memastikan kita meggunkan sistem mereka dahulu dan baru dimerdekakan. Lebih-lebih lagi ketika Malayan Union.
Boleh tak terangkan kepada saya tentang situasi tersebut?
Soalah yang kedua pasal Raja namrud,
Kalau iut sejarah pembelajaran form 4,
Orang yang mula-mula menyuruh rakyatnye menyembahnya sebagai tuhan ialah Raja Naramsin dan digelar sebagai “Raja Empat Penjuru Alam” pada tahun 2291S.M-2255S.M di Akkad. Boleh tak terangkan hal ini samaa atau tidak? dan bagaimana perbezaan situasinya secara jelas?
Penulisan saudara amat membantu pemahaman saya.
Dengan izin Allah, IlmuNya akan tersebar luas di samping turun rahmatNya.
Ahmad Nizam
Mei 16, 2010 @ 23:32:41
Salaam . Tentang sejarah, sememangnya amat banyak fakta sejarah yang di sekolah2 tu sudah diputar belitkan oleh British sejak dulu lagi. Tetapi kamu belajar je la dulu dan ikut je la apa yang dalam buku tu untuk peperiksaan. tetapi jangan pegang semua dengan menganggapnya semua tu betul sampai bila-bila.
AlQuran sudah menceritakan kisah Namrud wahai saudara, dan Namrud itu hidup pada zaman Nabi Ibrahim dulu lagi. Zaman Naram-Sin tu nampaknya sudah terkemudian sikit dan berlaku di Sumeria kan? Bukan di Babylon kan?.
Situasi macam Malayan Union tu betul la kata saudara. Mereka suruh berjanji dengan mereka, ikut kata mereka dulu baru merdeka. merdeka ada udang di sebalik batu namanya 🙂
Ahmad Nizam
Mei 16, 2010 @ 23:42:45
Mungkin juga, maksud yang dalam sejarah yg kamu belajar tu, Naram-Sin adalah raja Mesopotamia yang pertama mengaku sebagai TUHAN. Bukannya raja yang pertama dalam dunia. Sila saudara semak kembali tentang ini 🙂
neutrona
Mei 17, 2010 @ 08:25:33
Terima kasih kerana membalas,
Akan tetapi menurut maklumat yang terkandung dalam buku teks itu, menunujukkan kronologinya bahawa Raja Naramsin itu mengakunya sebagai tuhan terlebih dahulu sebelum raja Namrud (kalau mereka bukan orang yang sama). Hal ini kerana pemerintahan Raja Naramsin itu bermula seperti di atas (2291 S.M – 2255 S.M) akan tetapi pemerintahan Raja Namrud dan keturunannya pula pada (2275 S.M – 1943 S.M).
Tamadun Mesopotamia itu mengandungi:
1) Kerajaan Sumeria (3500-2340 S.M)
2) Kerajaan Akkad (2371-2006 S.M)
3) Kerajaan Ur (2113-2006 S.M)
4) Kerajaan Babylon (2000-1530 S.M)
Awal-Lama
Babylon (Selatan bandar Baghdad dari Sg. Tigris- Sg. Euphrates) pula terbahagi kepada Akkad di Uatara dan Sumeria di Selatan(Selatan Iraq).
Sekiranya mereka orang yang berbeza, adakah sebenarnya Raja Namrud itu bukanlah orang yang pertama yang mengaku Tuhan, kan?
Sekiranya mereka orang yang sama, maka dapat dilihat ,melalui waktu pemeritahan yang bermula 2275 S.M dan Raja Naramsin bermula 2291-2255 S.M.
Lagi satu adakah saudara boleh menerengkan kepada saya tentang konspirasi yang berleku ketika mensyuarat PBB yang mengeluarkan Piagam Atlantik 1945 tersebut?
Ahmad Nizam
Mei 17, 2010 @ 20:06:59
Tak mustahil jika sebelum Namrud itu ada yang mengaku Tuhan. Cuma yang lebih popular dan diketahui umumnya adalah Namrud. Lagi pun sebelum ni saya hanya mengkaji tentang Namrud dan kaitannya dengan Illuminati. Saya bukan pakar sejarah semua ni huhu
Cuma saya pun makin berminat untuk terus mengkaji pasal sejarah mereka ni, terima kasih pada anda yang telah memberi clue. Dan saya harap saudara juga sudi mengkaji bersama-sama saya mulai sekarang 🙂
Jika benarlah tarikh pemerintahan mereka yang seperti kamu berikan itu, maka Naram-Sin terlebih dahulu lah dari Namrud yer.
Cuma saya hairan, Namrud tu adalah cicit Nabi Nuh. Rupa2nya ada lagi di tempat lain yang memiliki kerajaan seperti dia yer?? Kerana jika mengikut sumber2 dari Perjanjian lama dari kitab Bible dan sejarawan2 yang saya baca pun, Namrud adalah manusia pertama yang menjadi RAJA dan pertama sekali menubuhkan sebuah kerajaan. Dia juga yang pertama membina kota-kota dan binaan2 batu besar. Dan cita2 dia juga untuk membina menara2 tinggi mencecah ke langit, yang kini diteruskan oleh pihak yang bergelar Illuminati.
Namrud itu sendiri digelar sebagai Mason. Yang mana Freemasons berasal dari cetusan idea-ideanya untuk membina bangunan2 batu dan menara-menara pencakar langit.
Berkenaan dengan ‘Raja 4 penjuru Alam’, kamu mengatakan Naram-Sin digelar sedemikian kan. Adakah Naram-Sin ini juga ‘Cyrus The Great’?
Kerana Cyrus juga digelar sebagai ‘King of the four corners of the World’. Dan ada pelbagai versi sejarah tentang Cyrus ni.
Ada yang mengatakan Alexander the Great itu ialah Iskandar Dzul Qarnain.
Tetapi pendapat ilmuan muslim yang lebih baru seperti AlMaududi, Abul Kalam Azad dsbnya , Cyrus The Great itulah Iskandar Dzul Qarnain, bukannya Alexander The Great. banyak ciri2 Cyrus yang lebih sama dengan DzulQarnain.
Konspirasi mesyuarat PBB tu saya tidak tahu wahai saudara, harap maaf 🙂
Ahmad Nizam
Mei 17, 2010 @ 20:23:10
Oo pemerintahan Cyrus pada tahun 559 BC-530 BC , bermakna lagi lewat dari Naram-Sin dan Namrud , hhmmmmm
neutrona
Mei 18, 2010 @ 21:04:49
Terima kasih kerana sudi berbincang dengan saya,
Saya pun hairan juga kerana emnurut pembacaan saya dalam sumber lain, Nabi Nuh juga merupakan nabi keempat setelah Adam A.S., Idris A.S. Syith A.S.Zaman Neolitik pada tamadu Mesopotamia bermula 7000 S.M- 5000 S.M kan? Tapi bila pula kelhiran tepayt Nabi Nuh ini? kerana yang menjadi persoalannya peristiwa Banjir Besar itu berlaku sekitar 2900 S.M- 3000 S.M. di antara kawasan Sg. Tigris hingga Sg. Euphrates. Jadi kerangka masanya agak jauh sedangkan Nabi Nuh hidup hanya 800-900 tahun sahaja. Itu yang saya macam keliru sikit.
Menurut saudara adakah saudara setuju dengan dakwaan bahawa Cyrus the great itu ialah Iskandar Dzul Qarnain? Adkah terdapat sumber-sumber maklumat tentang kelahiran Iskandar Dzul Qarnain? Tapi sejarah yang kami belajar, Beliau sering dikaitkan dengan keturunan raja-raja Melayu yang berasal daripada beliau. Itu sekadar pengetahuan sekolah menengah saya ini.
Selain itu, kalau kita tengi ketuhanan memang jelas telah di bawa pengaruhnya ke Tamadun Mesir Purba. Tapi adakah saudara tahu kaitannya dengan Qabbala kalau tak silap saya…
Lagi satu saya agak keliru dengan Istilah :
Azazel
Lucifer
Baphomet
Fallen Angel
Freemason
Illuminati
Yahudi
Majusi
Judais
Ape perbezaan yang sebenarnya?
Sekarang saya susah nak kaji teliti sangat sebab sekarang hari first day exam PPT dan skang minggu Exam kirenye.
neutrona
Mei 18, 2010 @ 21:20:48
Lagi satu betul ke tulisan heiroglif itu diajarkan Malaikat Jibril A.S kepada Nabi Idris?
Neutrona
Mei 19, 2010 @ 22:06:23
Minta maaf la kalau tersalah tempat discussion kalau nak tnye sbb nie tajuknya pasal sistem pemerintahan.
Ahmad Nizam
Mei 20, 2010 @ 22:30:26
Salaaaam. Sori bro lambat reply, ambe memang teramat2 busy skrg, sbb tu blog pun dah tak sempat nak handle belaka huhu
Saya pun tak boleh nak kata pasal DzulQarnain. Cuma sejarah Alexander the Great ada unsur2 romance yg membuatkan ianya juga jadi keliru.
Cuba lah cari pasal Cyrus The Great dan kaji dan bandingkan dengan Alexander, ambe x dapat nak cerita belaka sini huhu
Kabbala tu Yahudi yang sudah dipengaruhi unsur SIHIR. Tapi sejarahnya sejak zaman Nabi Sulaiman lagi.
Azazil = nama asal Iblis sebelum dia dilaknat
Lucifer = Dari perkataan ‘Latin’ yang bermaksud ‘pembawa sinar / cahaya’ . Nama Iblis
Baphomet = Nama pada Iblis jugak, biasanya dirujuk pada gambar yg berkepala kambing, tubuh dua jantina dan bawak obor tu
Fallen Angel = KOnonnya malaikat yang jatuh ke Bumi. Tapi senang cerita, IBLIS la tuu
Freemason = Salah satu secret society dalam Illuminati
Illuminati = Pertubuhan yang diperintah oleh Iblis, Dajjal dan keluarga2 keturunan Namrud, Firaun dan seumpamanya
Yahudi = Keturunan dari sebelah Nabi Ishak
Majusi = Penyembah2 api
Judais / Judaism = Agama orang Yahudi
Tulisan Hieroglyph tu ambe x pasti
Wallahu a’lam 🙂
Ahmad Nizam
Mei 20, 2010 @ 22:35:07
Ambe pelan2 kayuh untuk study pasal Ancient history bro, maaf lah, mungkin lambat utk dapat ambe diskus lebih panjang lagi. Lagi pun teramat busy haaaiizzzz
umar
Jun 10, 2010 @ 23:19:37
saya rase.
ni semua perlu dwibahasakan.
tukarkan kepada bahasa inggeris.
supaya oarng lain pun boleh tahu.
Neutrona
Jun 11, 2010 @ 15:17:48
Kirenye Yahudi ni hanyalah ‘toy’ je kan sbb dia mengharapkan AntiChrist sebagai messiah tapi kaum pagan pula yng menymbah Lucifer tu yag berkuasa kerana merekalah yang majoriti dlm The Elite tu kan? Dan Dajjal pula bersekongkol dengan Lucifer untuk menjadi Raja di dunia kan?
Adik Baik
Ogo 14, 2010 @ 15:25:50
hehe… best la discussion korang ni…
menyusun fakta yg bertaburan , kemudian compress kan smua jd rumusan ringkas. huhu
baguslah tu….
pengkajian dan pembelajaran yg bagus…
sambil2 mendirikan `masa depan’ yg gemilang, i.e. khilafah ala minhaj nubuwwah.
neutrona:
macam tgh baca sesuatu buku je?
neutrona
Ogo 14, 2010 @ 18:07:14
Owh.. buku? Ade saya baca buku sejarah KBSM lagi… Sebabnya saya dapati sejarah lampau mencuri minat saya untuk mengkajinya di samping mengambil iktibar daripadanya. Namun perkara yang meragukan ialah kebanyakan catatan sejarah yang saya pelajari serba sedikit menimbulkan keraguan dalam benak fikiran saya. Saya cuba gak untuk menghubung kaitkan sejarah kenabian terdahulu dengan ciptaan sejarah orientalis ni, tetapi menimbulkan sedikit kepincangan bahkan sejarah di nusantara ini seklaipun ade khilafnya. Rentetan sejarah terdahulu rupa-rupanya amat berkait rapat dengan pelbagai peristiwa terancang modenisasi kini…
Kalau ade yang ingin dikongsikan boleh curahkan pendapat.
Setelah mentelaah pelbagai sumber, Ketika di imabu semula zaman raja Namrud itu, telah muncul agama Majusi yang dikatakan telah dibawa oleh zarasthura untuk menyembah Mazda. Namun agama ini diseleweng setelah penaklukan Parsi tepat pada zaman kejatuhan mesopotamia. (saja nak menulis)
Melihat kembali zaman kekhalifahan ini, perjalanan untuk menghitung waktu amat lama sebenarnya.
Perkara yang merungsingkan ialah, umat Islam kini seolah-olah tidak sedar atau terpukau dengan kemewahan dunia kerana kita begitu alpa menyiapkan pelbagai persedian unutk menyambut juruselamat, the true messiah Isa Ibnu Maryam sedangkan bangsa Zionis telah berhempas pulas untuk menyambut kedatangan antichrist dan pagan pula menghitung hari untuk berjabat dengan Lucifer tanda kemenangan dan Kristian juga menanti Yesus mereka.
Namun untuk melihat panji-panji hitam dari timur juga amat mustahil untuk waktu terdekat ini selama mana pemerintahan di nusantara ini masih terikat dengan gaya perundangan dan pentadbiran barat.
Oleh itu, satu anjakan paradigma dari segi politik harus berlaku dan penyatuan semula kepulauan nusantara bagi membentuk bani jawi yang sejati.
Wallahua’lam
Pemerintahan khilafah VS New World Order « oroginak
Dis 17, 2010 @ 11:10:01
hafizuddinghazali
Jun 09, 2011 @ 22:41:42
saya suka tentang ini sejak dulu lagi…saya suka belajar tentang ni…iluminati (tol xejanya) di malaysia pe cer???sy nk tau gak…
Izhar Yusof
Ogo 14, 2011 @ 10:01:19
a’ah kn…?Malaysia rase leh tahan gak…tp penyataan dan kenyataan amat bertentangan sekarang…banyak boleh kita lihat dalam negara sekarang nie…
JK Dany
Dis 24, 2011 @ 20:01:08
Sebagai manusia kita berusaha dgn apa yg kita ada untuk mendapatkan ilmu dan kaedah2 penghidupan kerana itu juga saranan utama dari Allah, dan dalam masa yang sama Allah juga menyaran kita leka hingga lupa Solat mohon sentiasa terpimpin, tiada tersesat dalam usaha2 kita mencari ilmu dunia dan akhirat..
–
Sejarah manusia telah membuktikan Confirm kita dapat ilmu sesat atau tidak dapat memahami kebenaran jika kita TIDAK Solat memohon sentiasa terpimpin. Allah boleh beri Hidayah kpd sesiapa yang dia suka, tapi kita tak tahu siapa yang dapat hidayah hingga orang itu mendapat hidayah,.. tapi jika tanpa kesedaran kita dapat ilmu sesat atau tidak mampu memahami kebenaran maka kita juga tak faham apa itu Hidayah Allah, dan siapa yang dapat hidayah tersebut akibat kita tak pernah Solat mohon terpimpin sentiasa…so usaha dan solat selepas menerima iman adalah penting, solat tanpa iman adalah solat kosong, hidayah adalah keimanan cekal yang samada yang dibina sejak kecil oleh ibubapa, atau yang diberi langsung oleh Allah yakni apabila dah dewasa baru dapat…semua orang mendapat peluang yang sama kearah hidayah dari pelbagai pengalaman dan saluran, hingga kita sendiri menolaknya atau menerimanya…
–
Apa alasan sekali pun peluang memohon ampun dari Allah sentiasa terbuka…kita mau atau tak mau sahaja, yang dah tahu mesti bagitahu..yang belum tahu mesti diberitahu oleh yang tahu,,,Allah yang tentukan adanya pilihan2, Allah mencipta segala macam perbuatan manusia, dan manusia memilih apa apa perbuatan yang hendak diperbuat…..Solat memohon sentiasa dipimpin Allah, akan menjaga kita dari memilih perbuatan buruk…apa alasan sekali pun peluang memohon ampun dari Allah sentiasa terbuka…kerana Allah maha pemgampun..kalau kita memilih perbuatan bersalah dengan manusia maka kita mesti memohon maaf dari manusia yang kita zalimi dan bersedia mendapat hukuman setimpal untuk dimaafkan…
–
Allah hanya tahu sepenuhnya siapa yang akan keneraka dan kesyurga…Allah Tak menentukan siapa ke neraka atau ke syurga , kena faham betul betul, Allah hanya mengetahui apa pilihan manusia dan jin..samada memilih jalan kesyurga dan keneraka…
kita yang tentukan pilihan kita setakat ilmu kita samada ke jalan usaha2 kenaraka ata ke syurga. Beringat tangan kaki mulut mata kita akan membawa kita keneraka atau ke syurga, so bersolatlah agar sentiasa terpimpin…
Allah tak bagitahu tentang hal ini tentang pengetahuanNya tentang pilihan manusia kpd sesiapa pun ,termasuk Malaikat dan Syaitan, hingga manusia itu memilih jalannya baik atau buruk….dengan usaha2 syaitan dalam menyesatkan manusia, syaitan bleh mempenagruhi pilihan manusia… Maka bersolatlah memohon perlindungan dgn Allah dari Syaitan agar pengaruh syaitan tidak mempengaruhi usaha kita…ingat yang Syaitan telah memilih jalannya keneraka, jangan kita menurut, so usaha belajarlah cara hidup dalam masa yang sama bersolat mohon pimpinanan Allah, kerana Allah lah pemimpin yan Benar….Wassalam
–
JK Dany
Dis 24, 2011 @ 20:02:56
Sebagai manusia kita berusaha dgn apa yg kita ada untuk mendapatkan ilmu dan kaedah2 penghidupan kerana itu juga saranan utama dari Allah, dan dalam masa yang sama Allah juga menyaran kita TIDAK leka hingga lupa Solat mohon sentiasa terpimpin, tiada tersesat dalam usaha2 kita mencari ilmu dunia dan akhirat..
–
Sejarah manusia telah membuktikan Confirm kita dapat ilmu sesat atau tidak dapat memahami kebenaran jika kita TIDAK Solat memohon sentiasa terpimpin. Allah boleh beri Hidayah kpd sesiapa yang dia suka, tapi kita tak tahu siapa yang dapat hidayah hingga orang itu mendapat hidayah,.. tapi jika tanpa kesedaran kita dapat ilmu sesat atau tidak mampu memahami kebenaran maka kita juga tak faham apa itu Hidayah Allah, dan siapa yang dapat hidayah tersebut akibat kita tak pernah Solat mohon terpimpin sentiasa…so usaha dan solat selepas menerima iman adalah penting, solat tanpa iman adalah solat kosong, hidayah adalah keimanan cekal yang samada yang dibina sejak kecil oleh ibubapa, atau yang diberi langsung oleh Allah yakni apabila dah dewasa baru dapat…semua orang mendapat peluang yang sama kearah hidayah dari pelbagai pengalaman dan saluran, hingga kita sendiri menolaknya atau menerimanya…
–
Apa alasan sekali pun peluang memohon ampun dari Allah sentiasa terbuka…kita mau atau tak mau sahaja, yang dah tahu mesti bagitahu..yang belum tahu mesti diberitahu oleh yang tahu,,,Allah yang tentukan adanya pilihan2, Allah mencipta segala macam perbuatan manusia, dan manusia memilih apa apa perbuatan yang hendak diperbuat…..Solat memohon sentiasa dipimpin Allah, akan menjaga kita dari memilih perbuatan buruk…apa alasan sekali pun peluang memohon ampun dari Allah sentiasa terbuka…kerana Allah maha pemgampun..kalau kita memilih perbuatan bersalah dengan manusia maka kita mesti memohon maaf dari manusia yang kita zalimi dan bersedia mendapat hukuman setimpal untuk dimaafkan…
–
Allah hanya tahu sepenuhnya siapa yang akan keneraka dan kesyurga…Allah Tak menentukan siapa ke neraka atau ke syurga , kena faham betul betul, Allah hanya mengetahui apa pilihan manusia dan jin..samada memilih jalan kesyurga dan keneraka…
kita yang tentukan pilihan kita setakat ilmu kita samada ke jalan usaha2 kenaraka ata ke syurga. Beringat tangan kaki mulut mata kita akan membawa kita keneraka atau ke syurga, so bersolatlah agar sentiasa terpimpin…
Allah tak bagitahu tentang hal ini tentang pengetahuanNya tentang pilihan manusia kpd sesiapa pun ,termasuk Malaikat dan Syaitan, hingga manusia itu memilih jalannya baik atau buruk….dengan usaha2 syaitan dalam menyesatkan manusia, syaitan bleh mempenagruhi pilihan manusia… Maka bersolatlah memohon perlindungan dgn Allah dari Syaitan agar pengaruh syaitan tidak mempengaruhi usaha kita…ingat yang Syaitan telah memilih jalannya keneraka, jangan kita menurut, so usaha belajarlah cara hidup dalam masa yang sama bersolat mohon pimpinanan Allah, kerana Allah lah pemimpin yan Benar….Wassalam
–
JK Dany
Dis 24, 2011 @ 20:04:39
maaf ada kesilapan ayat pada karangan pertama saya, baca karangan sama yang kedua, dah saya betulkan sendiri ayat yang salah. Wassalam