Assalaamu’alaikum w.b.t…… Hhhhhmmm, seperti yang telah dijangka, harga petrol melambung lagi, tetapi kali ini pada kadar yang tertinggi dalam sejarah (kalau tidak silap saya) iaitu dengan kenaikan sebanyak 40%. Setelah tidak berapa lama dulu, harga emas pun melambung naik. Dan selepas ini mungkin akan naik lagi harga emas, kerana harga emas biasanya mengikut kenaikan harga petrol, walaupun harga emas ada turun dan naik.

Pak saudara saya ada seorang yang jadi tukang emas. Menurut beliau, dalam 2 atau 3 tahun yang lalu harga emas satu amas (kiraan orang2 melayu) atau 2.551 gram hanya dalam seratus ringgit lebih. Tetapi harga terbaru sekarang adalah RM260 lebih. Dan kenaikannya memang mendadak pada akhir-akhir ini juga.

Dan kenaikan harga barang terutamanya dua barang mahal ini sememangnya boleh menimbulkan kucar-kacir. Cuma diharapkan kita semua bertenang dan jangan mengambil tindakan yang terlampau drastik. Kalau masing-masing ikutkan emosi , sudah tentu keadaan akan menjadi huru-hara. Sama-samalah menyelesaikan apa jua masalah dengan tenang dan berhikmah, kerana Allah tidak suka kepada orang yang merosakkan muka bumi ini.

Dan tentang galian-galian ini pula ada disentuh oleh Rasulullah S.a.w dalam hadith yang bermaksud, “Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.

Nampak kita di situ betapa hasil galian pada akhir zaman akan diuruskan oleh orang-orang yang gilakan dunia semata dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain. Dan benar sekali maksud dari hadith tersebut kerana telah ternyata setelah Amerika menakluki Iraq, minyak dan emas naik begitu drastik sekali. Dan ditambah lagi dengan banyak syarikat minyak adalah milik Freemasons.

Di bawah ini saya senaraikan logo syarikat minyak yang ada kaitan dengan Freemasons. Dan ini bukan andaian saya semata, tetapi merupakan hasil kajian dari golongan yang mengkaji tentang Freemasons sendiri. Dan ketahuilah, syarikat-syarikat milik Freemasons itu memakai golongan pekerja yang bukan orang-orang mereka, tetapi pekerja-pekerja termasuklah orang-orang Melayu kita. Dengan kata lain, kita diperkudakan oleh mereka yang hanya mengaut keuntungan dari kesusahan pekerja-pekerja menggali minyak dan mengedarkannya. Dan perhatikan logo-logo tersebut ada kaitan dengan matahari dan bintang yang mengandungi unsur segitiga.

Logo di atas ini bukan hanya menunjukkan kulit kerang semata-mata, tetapi ia juga bermaksud matahari terbit. Shell adalah milik Britain, beribu pejabat di Hague, Netherlands. Dengan pejabat berdaftar di London dan United Kingdom.

Syarikat BP juga telah menukar logo lamanya kepada logo yang seperti matahari. BP diambil dari perkataan asal British Petroleum. Beribu pejabat di London, England dan UK.

.

Caltex pula diambil dari nama asalnya California Texas Oil Company. Ia adalah joint-venture syarikat di Texas iaitu The Texas Company yang kemudian dikenali sebagai Texaco dengan Standard Oil of California yang kemudian dikenali sebagai Chevron.

Logo-logo di atas hanya logo syarikat minyak yang juga ada di Malaysia, tidak lagi dicampur dengan logo syarikat minyak yang di luar negara. Sungguh pandai mereka menguasai pasaran minyak untuk menguasai dunia suatu hari nanti. Dan yang pasti, mereka tidak hanya perlu menggunakan kekuatan tentera untuk menguasai dunia, tetapi mereka hanya kuasai ekonomi dan mengucar-kacirkan ekonomi negara lain agar rakyat negara-negara itu bertelingkah sesama sendiri.

Tidak kah anda merasa hairan, bagaimana banyak syarikat minyak yang ada di negara kita adalah milik orang barat? Bagaimana mereka dapat memperolehi lesen berniaga minyak di sini? Siapa yang membenarkan mereka? Mengapa tidak diberikan orang Malaysia sahaja yang menjual minyak di tempat kita sendiri ini? Sedangkan kita tahu minyak dapat memberi pengaruh besar kepada ekonomi dunia dan negara kita sendiri. Ini semua ada kaitan dengan penjajahan British di tanah air kita dulu dan mengapa kita mendapat kemerdekaan dengan begitu mudah, tidak seperti beberapa negara lain yang menumpahkan darah menghalau penjajah, fikir-fikirkanlah. Wallahu a’lam

.

.

Bacaan berkaitan :

Logo-logo korporat Illuminati

Kaitan simbol Coat of Vatican dengan simbol-simbol Illuminati lain

Nama planet dalam sistem suria semuanya adalah nama dewa-dewi Romawi kuno

Syarikat-syarikat automobil milik Illuminati

Rahsia sebalik jenama NIKE

Rahsia di sebalik simbol Recycle

Rahsia di sebalik simbol BioHazard

Pemerintah-pemerintah baru dunia

Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia

Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati

Misteri Vatican City

Nama Osama Laden pun ada pada duit 20 Dollar Us

Black magic (sihir) dan Illuminati

Bagaimana pengaruh Illuminati meresap ke dalam filem2 Hollywood

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka – Bahagian 2

Kenali simbol-simbol Illuminati dan Freemasons

Pemerintahan khilafah VS New World Order

Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan

George W. Bush pernah menyertai Skull and Bones

Harga minyak dan emas melambung naik

Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal

Kaitan antara Hitler, NAZI, ZIONIS dan Illuminati

Kronologi New World Order – Bahagian 1

Membeli emas banyak semakin menguntungkan Amerika Syarikat dan British?

Mengejar kemajuan kebendaan semata – agenda Illuminati

Video The Arrivals versi terjemahan Bahasa Melayu dan Indonesia

Pengaruh Illuminati dalam permainan komputer (PC Games)

.

About these ads