Arkib

Archive for the ‘Illuminati’ Category

77th annual illumination of Rockefeller Center Christmas Tree

Disember 5, 2009 Ahmad Nizam 71 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Masih ingat dengan nama Rockefeller? Bagus, itulah nama salah satu keluarga dalam Illuminati.  Di sini bukan untuk menceritakan secara panjang lebar tentang keluarga Rockefeller kerana ianya sudah sedia dimaklumi. Tetapi di sini saya hanya ingin menyelitkan beberapa gambar perayaan yang ke 77 pokok krismas Rockefeller center yang diadakan baru-baru ini di New York.

Adakah pokok krismas itu betul-betul digunakan untuk memperingati Hari Lahir Yesus, atau adakah ianya untuk memperingati pokok Evergreen yang tumbuh setelah kematian Namrud / Nimrod dan menjadi pujaan isteri merangkap ibunya iaitu Semiramis dan digunakan untuk memperingatinya dari dulu hingga kini?

Lihatlah pokok krismas yang bergemerlapan dan sambutan yang penuh meriah. Cuma sila perhatikan di puncak pokok tersebut, apa yang anda dapat lihat?  Ya, matahari  yang bersinar / illuminate.

Read more…

Pemerintah-pemerintah baru dunia

Disember 4, 2009 Ahmad Nizam 104 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Berikut adalah video-video yang tajuk asalnya ialah The New Rulers Of The World – by John Pilger.  Semoga ianya dapat membuka mata hati kita betapa dunia sekarang ini diperlakukan dengan zalim oleh golongan Illuminati, yang mana konsepnya sama seperti di zaman Firaun dahulu kala cuma dengan cara dan taktik yang berlainan.

Tidak hairanlah Indonesia menjadi salah satu sasaran hebat mereka untuk mengumpul kekayaan kerana Indonesia merupakan salah satu dari negara yang berpenduduk paling ramai di dunia. Pada tahun lepas iaitu 2008, Indonesia berada pada ranking ke 4 dalam populasi penduduk dunia.  Maka tenaga-tenaga kerja mereka dijana bagi mengkayakan golongan-golongan atasan yang pernah menjadi PENJAJAH di negara paling miskin itu.

Bayangkan, sebuah negara yang amat banyak hasil bumi, tetapi boleh menjadi negara termiskin. Itu lah kesan dari penjajahan dan dominasi oleh Illuminati terhadap hasil bumi dan tenaga-tenaga sumber manusia mereka.  Tanpa berlengah lagi mari kita saksikan sendiri betapa kezaliman telah dilakukan ke atas negara tersebut sehingga ke hari ini.

Read more…

Illuminati dan pelbagai penyakit terhadap kesihatan manusia

November 26, 2009 Ahmad Nizam 16 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Pembicaraan tentang Illuminati kita lanjutkan kepada memperkatakan tentang kaitan mereka dengan pemakanan dan kesihatan manusia. Perlulah diketahui bahawa Illuminati cuba untuk mengurangkan populasi penduduk dunia dengan sasaran agar hanya tinggal 4 billion manusia menjelang tahun 2050. Maka mereka akan cuba apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka itu.

Umat islam sekarang banyak kena penyakit kerana dari waktu kita lahir lagi sudah diajar dengan DADAH dan bahan kimia iaitu SUNTIKAN VAKSIN. Orang-orang zaman dahulu tak ada masalah pun tidak diSUNTIK Vaksin, tetapi zaman sekarang kecil-kecil lagi sudah di ajar dengan ubat dadah dan kimia.

Ini semua agenda Illuminati untuk merosakkan manusia-manusia selain dari pihak mereka.

Begitu juga dengan pengambilan pil-pil dan ubat-ubatan moden. Tidak perlu beri contoh lain, ubat antibiotik pun banyak KEBURUKAN nya. Contohnya jika demam kita makan antibiotik, maka ubat itu bukan sahaja membunuh kuman yang tidak elok, tetapi MEMBUNUH kuman-kuman yang menjaga / mengimunisasi tubuh kita.

Memang biasanya cepat sembuh jika menelan antibiotik, tetapi penyakit tidak sempat keluar dari tubuh kita, menyebabkan ianya TERPERAP di dalam badan. Kotoran-kotoran yang terperap itu lah yang menyebabkan berlaku ketumbuhan dalam badan dan dapat memunculkan berbagai penyakit lain pula kemudian harinya. Maka jika demam, tidak perlulah kita hendak CEPAT SEMBUH, kerana demam ialah proses MEMBUANG TOKSIK / RACUN dari dalam badan. Kerana itu lah keadaan badan kita menjadi tidak seimbang ketika demam.

Dan begitulah dengan pil-pil dan ubat-ubatan moden yang mengandungi DADAH dan BAHAN KIMIA itu, semuanya AGENDA Illuminati. Pihak mereka sendiri tidak makan ubat-ubat ini melainkan makan makanan yang SEGAR dan organik sahaja.

Read more…

Siri video The Revival

November 18, 2009 Ahmad Nizam 12 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t…….  Setelah kita menyaksikan video-video The Arrival, sekarang mari kita saksikan pula The Revival. Bukan bermakna kandungan dalam kesemua video di bawah ini adalah BETUL belaka. Tetapi sebagai bahan kajian bersama dan semoga kita saksikannya dengan AKAL dan berpandukan kepada AlQuran dan AlHadith, bukan dengan EMOSI dan NAFSU. Kemunculan AlMahdi sudah dekat, dan kemunculan kembali Isa Ibnu Maryam juga sudah dekat. Sama-sama kita mengambil manfaat darinya. Jazaakallahu khoirol jazaa’ :)

Harap maaf, kesemua video dalam Bahasa Inggeris, maka sediakan kamus @ Dictionary yer  :)

Kebenaran tentang 12 Khalifah

Read more…

Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati

November 9, 2009 Ahmad Nizam 4 comments

patung besar namrudAssalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera ……. Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan.  Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”. Orang itu berkata: “Aku dapat menghidupkan dan mematikan”. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,” lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” Surah Al baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati.  Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup.  Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s  dari api yang panas bersemarak itu.

“Mereka berkata: “Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak”. Kami (Allah) berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”, mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi.” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 68 – 70

Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang.  Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir.  Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman  bin Daud dan ZulQarnain.  Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.

.

Kaitan Namrud dengan Illuminati

Read more…