Salaam alaikum w.b.t… Masihkah anda mahu perjuangkan perkauman aka asobiyyah? Adakah anda tahu siapakah yang memperjuangkan perkauman di Malaysia ini? Ya betul , UMNO la tuuu. Tidak belajar kah kita bahawa kaum Yahudi lah yang paling kuat perjuangkan perkauman ni? Berapa kerat sangat kaum Melayu di dunia ini yang kita nak perjuangkan? Saya sendiri sebagai orang Melayu merasa malu memperjuangkan bangsa yang hanya sekelumit.

Islam adalah untuk semua, tak kira Melayu, Cina, India, Jepun, Korea, British dan sebagainya. Kita semua berasal dari Nabi Adam dan isterinya Hawa, mengapa kita perlu labelkan kaum itu kaum ini? Mengapa perlu kita perjuangkan perkauman sehingga kan kadang kala boleh menimbulkan sentimen perkauman dan perselisihan tentang hak sesuatu kaum? Tidak kah itu lagi memeningkan kepala? UMNO sudah tak relevan sekarang tetapi masih lagi diperjuangkan, isy7.

Tidak belajar kah kita dari sejarah bahawa perkauman boleh mencetuskan keadaan yang huru-hara? Sampai bila kita nak bertahan dalam keadaan aman sedangkan huru-hara bila-bila masa boleh tercetus selagi isu perkauman tidak diatasi. Jika sekadar memanggil kita rakyat malaysia tetapi perjuangan membela kaum masih diteruskan, tiada maknanya, 2 kali 5 je tu. UMNO sepatutnya sudah dibubarkan, begitu juga parti-parti lain yang memperjuangkan kaum masing-masing. Fikirkanlah, banyak risikonya perjuangkan kaum masing-masing ni. Berhentilah perasaan fanatik kepada sesuatu kaum dan bersikap terbukalah kerana kita semua adalah manusia yang berasal dari ibu dan bapa yang sama.

Kepada orang Islam, adalah lebih baik kita perjuangkan Islam yang kita anuti ini kerana Islam adalah untuk semua. Orang Cina, Melayu, India, British semua boleh menjadi orang Islam tetapi Cina, India selama-lamanya tidak boleh menjadi Melayu. Adalah lebih baik kita tumpukan kepada sesuatu yang besar dari berjuang di dalam tempurung. Hairan saya terhadap UMNO yang seringkali menuduh pihak lawannya fanatik tetapi dia sendiri pun 2 kali 5 🙂 Haaaaiiizzzzzzz

Ketahuilah , fikiran kita sekarang telah dibrainwash dari zaman British dengan meletakkan kaum itu kaum ini, sehinggakan kita semua lupa bahawa kita semua adalah manusia, berasal dari keturunan yang sama. Kita telah lupa sehingga ianya mengaburkan pemikiran kita hingga ada sesetengah tu terlalu ta’asub dengan kaum masing-masing. Hairan saya, adakah Allah S.w.t dan para rasul menyuruh kita memperjuangkan kaum kita? Mana dalil dan hujjahnya agar kita berjuang membela perkauman ini? Buka lah minda kita agar tidak terlalu terperuk dalam sarang keta’asuban dan pemikiran yang jumud. Marilah sama-sama kita luaskan minda kita secara global dengan memperjuangkan Islam yang telah diutuskan sebagai rahmat untuk sekelian alam.

Tidak perasankah kita UMNO berjuang dengan bersenjatakan duit. Duit duit duit, pembangunan, pembangunan, pembangunan. Hujjah mereka hanya duit duit duit, tiada hujjah yang menyertakan betul-betul dalil dari AlQuran dan AlHadith. Yang ada pun telah diputar belitkan dan digunakan semata-mata kerana dunia. Kita sebagai orang Islam perlu lah sedar, kita mesti memilih pemimpin yang betul-betul bertaqwa. Pemimpin ini lah yang akan membawa hala tuju kepada rakyat. Pemimpin yang tidak betul perlu ditegur. “Siapa yang melihat kemungkaran mestilah menegur dengan tangan , …….”. Kita bukan mahu menentang kerajaan dengan berperang dengannya. Kita tidak menderhaka kepada kerajaan pun. Menegur dengan menderhaka lain. Kita sebagai rakyat masih mematuhi lampu isyarat jalan raya. Masih mengikuti undang-undang yang dibuat sekarang. Masih bertindak mengikut akta keselamatan dan sebagainya, jangan kita salah faham di sini.

Yang tidak bolehnya adalah menderhaka dengan kita melanggar semua undang-undang kerajaan ini. Tetapi sekarang kita bukan menderhaka. Kita hanya menegur dan cuba menegakkan kebenaran. Pemimpin telah makin terserong tak kan kita nak hanya biarkan mereka? Kesian lah pada mereka jika makin jauh terserong. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan kebebasan bersuara. Rakyat bersuara salah ke? Demokrasi diiktiraf oleh kerajaan sendiri, bermakna kita ada hak untuk bersuara. Dan ianya tidak salah di sisi undang-undang. Lain lah kalau kerajaan kita isytiharkan pemerintahan kuku besi, baru lah kita tak ada hak untuk bersuara. Fikir-fikirkan lah wahai saudara-saudaraku. Ini kerana ada sesetengah pihak mengatakan orang yang menegur kerajaan ini telah menderhaka kepada kerajaan. Hehe betapa mereka mahu mengelabui mata rakyat dan taktik politik ini telah lama dan basi dah sebenarnya.

Dan apabila rakyat bersuara, kerajaan sepatutnya mencari cara bagaimana untuk membantu masalah rakyat itu dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki lagi. Bukannya dengan menuduh kembali rakyat begitu begini, mengatakan rakyat tak kenang budi lah, menangkap orang-orang tertentu dan ditahan ISA dan sebagainya. Mengapa kerajaan begitu malas untuk berusaha membantu nasib rakyat, sehingga kan sanggup mengambil jalan pintas memblok rakyat tersebut? Sudah la tugas pemimpin itu hanya mengarah dan menyuruh sahaja, rakyat juga yang penat-penat kena buat kerja berat.

AlQuran diturunkan lebih kurang 1500 tahun dahulu untuk kesejahteraan manusia seluruhnya. Perlembagaan Malaysia baru sahaja berusia dalam 50 tahun. Tiada dalil yang menyuruh mematuhi Perlembagaan Malaysia melainkan Islam hanya menyuruh mentaati undang-undang yang berdasarkan syariat Islam sahaja. Jika peraturan yang tidak terkandung dalam AlQuran dan Hadith seperti peraturan jalan raya dan sebagainya itu lain lah. Tetapi mana-mana peraturan yang telah disebut dalam AlQuran dan hadith tidak boleh diubah-ubah. Mana boleh kita mengubah puasa bulan Ramadhan kepada puasa bulan Muharram dan sebagainya? Begitulah secara analoginya …….

Saya mahu petik di sini antara hujjah yang diberi oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri besar Kelantan. Antara maksud darinya, dia bagi perbandingan tentang penggunaan undang-undang Allah dengan undang-undang yang manusia buat sendiri. Jika sesebuah motosikal itu rosak, maka rasionalnya kita mesti mencari tukang motor iaitu mekanik kan? Tak kan motosikal kita rosak kita nak cari tukang kebun, tukang jahit dan sebagainya.

Sama lah ertinya dalam soal kehidupan manusia, kita mesti mencari siapa tukang buat manusia. Tukang buat manusia adalah Allah S.w.t, maka kita mestilah mencari tukang buat kita untuk menyelesaikan segala permasalahan kita. Ini manusia sendiri yang pandai-pandai menjadi tukang maka banyaklah yang tidak kena dan pincang. Tukang buat manusia telah mengatur satu sistem dan peraturan agar manusia hidup aman dan tenteram dan dapat beribadah kepadanya dengan tenang. Tetapi manusia masih berkeras dan ego mahu menggunakan peraturan sendiri yang akibatnya kerosakan akhlak dan material yang semakin ketara. Sehinggakan ada negara yang berlanjutan kepada berperang sesama sendiri dan sebagainya. Malaysia pun tidak mustahil akan menuju kepada kehancuran jika sekiranya manusia di sini masih berdegil mahu memperjuangkan undang-undang BUATAN MANUSIA …….

Dan berhati-hatilah terhadap sesuatu pembaharuan dan tokok tambah dalam agama. Pembaharuan dan tokok tambah dalam urusan dunia adalah lumrah (seperti membuat peti sejuk, air cond, almari dan sebagainya) dan tidak ada masalahnya selagi mendatangkan kebaikan. Tetapi jika sekiranya urusan agama ditambah-tambah, itu sudah bertentangan dengan ajaran agama kita berdasarkan dalil-dalil di bawah ini;

Allah Ta’ala berfirman:

“Maka apa yang ada di luar kebenaran itu, tiada lain hanyalah kesesatan belaka.” (Yunus: 32)

Allah Ta’ala berfirman lagi:

“Tidaklah Kami alpakan sedikitpun dalam al-Kitab- maksudnya: Tidak perlu ditambah yang baru, sebab dalam al-Kitab sudah cukup.” (al-An’am: 38)

“Jikalau engkau semua berselisih dalam sesuatu hal, maka kembalikanlah itu kepada Allah, dan RasulNya.” Yakni al-Kitab dan as-Sunnah. (an-Nisa’: 59)

“Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah. Dan janganlah engkau semua mengikuti jalan-jalan – yang lain-lain, kerana nanti engkau semua dapat terpisah dari jalan Allah.” (al-An’am: 153)

“Katakanlah – hai Muhammad: “Jikalau engkau semua mencintai Allah, maka ikutilah saya, maka Allah pasti mencintai dirimu semua dan pula mengampuni dosa-dosamu.” (ali-lmran: 31)

Dan antara dalil-dalil dari hadith pula;

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang mengada-adakan dalam perkara – agama -kita ini akan sesuatu yang semestinya tidak termasuk dalam agama itu, maka hal itu wajib ditolak.” (Muttafaq ‘alaih)

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amalan yang atasnya itu tidak ada perintah kami – maksudnya perintah agama, maka amalan itu wajib ditolak.”

Dari Jabir r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu apabila berkhutbah maka merah padamlah kedua matanya, keras suaranya, sangat marahnya, sehingga seolah-olah beliau itu seorang komandan tentera yang menakut-nakuti, sabdanya: “Pagi-pagi ini musuh akan menyerang engkau semua,” atau “petang ini musuh akan menyerang engkau semua.” Beliau bersabda pula: “Saya diutus sedang jarak terutusku dengan tibanya hari kiamat itu bagaikan dua jari ini.” Beliau merapatkan antara jari telunjuk dan jari tengah. Beliau bersabda pula: “Amma ba’d. Maka sesungguhnya sebaik-baik huraian adalah Kitabullah – al-Quran – dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w., sedang seburuk-buruk perkara – agama – ialah hal-hal yang diada-adakan sendiri dan semua kebid’ahan itu adalah sesat.” Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: “Saya adalah lebih berhak terhadap setiap orang mu’min daripada dirinya sendiri. Barangsiapa meninggalkan harta, maka itu adalah hak dari keluarganya, tetapi barangsiapa yang meninggalkan hutang atau tanggungan – keluarga dan anak-anak yang ditinggalkan, maka itu adalah kepadaku atau menjadi tanggunganku.” (Riwayat Muslim)

Di bawah ini disertakan tulisan Imam Nawawi dalam Riyadhus Sholihin. Diharap dapat membacanya dan menilai sendiri dengan baik. “Perselisihan pendapat itu suatu rahmat, tetapi jangan sampai kita berpecah belah”. Marilah semua saudara-saudara ku kita bersatu di bawah panji-panji Islam. Dan perlu diketahui, Malaysia ini negara demokrasi, dan pembangkang kerajaan yang hendak menegakkan Islam sekarang ini sudah mengikut undang-undang, tiada penderhakaan di situ, jangan salah faham. Mereka sudah mengikuti prosedur pilihanraya seperti mana yang tercatat dalam undang-undang sekarang. Tiada soal penderhakaan di sini, harap semua memahami konsepnya kerana kita semua telah dikurniakan akal yang hebat oleh Allah S.w.t. Wallahu a’lam 🙂

Wajibnya Mentaati Pada Penguasa Pemerintahan Dalam Perkara-perkara Bukan Kemaksiatan Dan Haramnya Mentaati Mereka Dalam Urusan Kemaksiatan

Allah Ta’ala berfirman:

“Hai sekalian orang yang beriman, taatlah engkau semua kepada Allah dan taat pulalah kepada Rasulullah, juga kepada orang-orang yang memegang pemerintahan dari kalanganmu sendiri.” (an-Nisa’: 59)

661. Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Wajib atas seseorang Muslim untuk mendengar dengan patuh serta mentaati, baik dalam hal yang ia senangi dan yang ia benci, melainkan jikalau ia diperintah untuk sesuatu kemaksiatan. Maka apabila ia diperintah – oleh penguasa pemerintahan – dengan sesuatu kemaksiatan, tidak bolehlah ia mendengarkan perintahnya itu dan tidak boleh pula mentaatinya.” (Muttafaq ‘alaih)

662. Dari Ibnu Umar r.a. pula, katanya: “Kita semua itu apabila berbai’at kepada Rasulullah s.a.w. untuk mendengar dengan patuh dan mentaati – apa-apa yang diperintahkan olehnya, beliau s.a.w. selalu bersabda: “Dalam apa yang engkau semua kuasa melaksanakannya – yakni dengan sekuat tenaga yang ada padamu semua.” (Muttafaq ‘alaih)

663. Dari Ibnu Umar r.a. pula, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan tangan ketaatan – yakni keluar dari ketaatan terhadap penguasa pemerintah, maka orang itu akan menemui Allah pada hari kiamat, sedang ia tidak mempunyai hujah -alasan lagi untuk membela diri dari kesalahannya itu. Adapun yang meninggal dunia sedang di lehernya tidak ada pembai’atan – untuk mentaati pada pemerintahan yang benar, maka matilah ia dalam keadaan mati jahiliyah.” (Riwayat Muslim)

Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan: “Dan barangsiapa yang mati dan ia menjadi orang yang memecah belah persatuan ummat – kaum Muslimin, maka sesungguhnya ia mati dalam keadaan mati jahiliyah.”

664. Dari Anas r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dengarlah olehmu semua dengan patuh dan laatlah pula, sekalipun yang digunakan – yakni yang diangkat sebagai pemegang pemerintahan – atasmu semua itu seorang hambasahaya keturunan Habsyi – orang berkulit hitam,yang di kepalanya itu seolah-olah ada bintik-bintik hitam kecil-kecil.” (Riwayat Bukhari)

665. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Wajiblah atasmu itu mendengar dengan patuh serta mentaati baikengkau dalam keadaan sukar ataupun lapang, juga baik engkau dalam keadaan rela menerima perintah itu ataupun dalam keadaan membencinya dan juga dalam hal yang mengalahkan kepentingan dirimu sendiri.” (Riwayat Muslim)

666. Dari Abdullah bin Umar radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Kita semua bersama Rasulullah s.a.w. dalam bepergian, kemudian kita turun berhenti di suatu tempat pemberhentian. Diantara kita ada yang memperbaiki pakaiannya, ada pula yang berlomba panah-memanah dan ada pula yang menyampingi ternak-ternaknya. Tiba-tiba di kala itu berserulah penyeru Rasulullah s.a.w. mengatakan: “Shalat jamaah akan segera dimulai.” Kita semua lalu berkumpul ke tempat Rasulullah s.a.w., kemudian beliau bersabda:

“Sesungguhnya saja tiada seorang Nabipun yang sebelum saya itu, melainkan adalah haknya untuk memberikan petunjuk kepada ummatnya kepada apa-apa yang berupa kebaikan yang ia ketahui akan memberikan kemanfaatan kepada ummatnya itu, juga menakut-nakuti dari keburukan apa-apa yang ia ketahui akan membahayakan mereka. Sesungguhnya ummatmu semua ini keselamatannya diletakkan di bagian permulaannya dan kepada bagian penghabisannya akan mengenailah suatu bencana dan beberapa persoalan yang engkau semua mengingkarinya – tidak menyetujui karena berlawanan dengan syariat. Selain itu akan datang pula beberapa fitnah yang sebagiannya akan menyebabkan ringannya bagian yang lainnya. Ada pula fitnah yang akan datang, kemudian orang mu’min berkata: “Inilah yang menyebabkan kerusakanku,” lalu fitnah itu lenyaplah akhirnya. Juga ada fitnah yang datang, kemudian orang mu’min berkata: “Ini, inilah yang terbesar – dari berbagai fitnah yang pernah ada.” Maka barangsiapa yang senang jikalau dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga, hendaklah ia sewaktu didatangi oleh kematiannya itu, ia dalam keadaan beriman kepada Allah dan hari akhir, juga memperlakukan para manusia dengan sesuatu yang ia senang jika diperlakukan sedemikian itu oleh orang lain. Dan barangsiapa yang membai’at seseorang imam – pemuka, lalu ia telah memberikan tapak tangannya – dengan berjabatan tangan – dan memberikan pula buah hatinya – sebagai tanda keikhlasan, maka hendaklah ia mentaatinya apabila ia kuasa demikian – yakni sekuat tenaga yang ada pada dirinya. Selanjutnya jikalau ada orang lain yang hendak mencabut -merampas kekuasaan imam yang telah dibai’at tadi, maka pukullah leher orang lain itu-yakni perangilah yang  membangkang tersebut. (Riwayat Muslim)

Sabdanya: yantadhilu artinya berlomba dengan permainan melemparkan panah atau berpanah-panahan. Aljasyaru dengan fathahnya jim dan syin mu’jamah dan dengan ra’, yaitu binatang-binatang yang sedang digembalakan dan bermalam di tempatnya itu pula. Sabdanya: yuraqqiqu ba’dhuha ba’dhan artinya yang sebagian membuat ringan pada yang sebagian lagi, sebab besarnya apa yang datang sesudah yang pertama itu. Jadi yang kedua menyebabkan dianggap ringannya yang pertama. Ada yang mengatakan bahwa artinya ialah yang sebagian menggiring yakni menyebabkan timbulnya sebagian yang lain dengan memperbaguskan serta mengelokkannya, juga ada yang mengatakan bahwa artinya itu ialah menyerupai yang sebagian pada sebagian yang lainnya.

667. Dari Abu Hunaidah yaitu Wail bin Hujr r.a., katanya: “Salamah bin Yazid al-Ju’fi bertanya kepada Rasulullah s.a.w., lalu ia berkata: “Ya Nabiullah, bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau kita semua diperintah oleh beberapa orang penguasa, mereka selalu meminta hak mereka dan menghalang-halangi apa yang menjadi hak kita. Apakah yang Tuan perintahkan itu terjadi?” Beliau s.a.w. memalingkan diri dari pertanyaan itu – seolah-olah tidak mendengarnya. Kemudian Salamah bertanya sekali lagi, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dengarlah olehmu semua – apa yang diperintahkan – dan taatilah, sebab hanyasanya atas tanggungan mereka sendirilah apa-apa yang dibebankan pada mereka – yakni bahwa mereka berdosa jikalau mereka menghalang-halangi hak orang-orang yang di bawah kekuasaannya – dan atas tanggunganmu sendiri pulalah apa yang dibebankan padamu semua – yakni engkau semua juga berdosa jikalau tidak mentaati pimpinan orang yang sudah sah dibai’at.” (Riwayat Muslim)

666. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya saja akan datanglah sesudahku nanti suatu cara mementingkan diri sendiri – dari golongan penguasa negara sehingga tidak memperdulikan hak kaum Muslimin yang diperintah -serta beberapa perkara-perkara yang engkau semua mengingkarinya – tidak menyetujui karena menyalahi ketentuan-ketentuan syariat.” Para sahabat lalu berkata: “Ya Rasulullah, kalau sudah demikian, maka apakah yang Tuan perintahkan kepada yang orang menemui keadaan semacam itu dari kita – kaum Muslimin?” Beliau s.a.w. menjawab: “Engkau semua harus menunaikan hak orang yang harus menjadi tanggunganmu dan meminta kepada Allah hak yang harus engkau semua peroleh.” (Muttafaq ‘alaih)

669. Dari Abu Hurairah r.a., katanya; “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang taat kepadaku, maka ia telah mentaati Allah dan barangsiapa yang bermaksiat kepadaku, maka ia telah bermaksiat pula kepada Allah dan barangsiapa yang mentaati amir – pemegang pemerintahan, maka ia benar-benar mentaati saya dan barangsiapa yang bermaksiat kepada amir, maka ia benar-benar bermaksiat kepada saya.” (Muttafaq ‘alaih)

670. Dari lbnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang membenci sesuatu tindakan dari amirnya – yang memegang pemerintahannya, maka hendaklah ia bersabar, sebab sesungguhnya saja barangsiapa yang keluar – yakni membangkang – dari seseorang sultan – penguasa negara – dalam jarak sejengkal, maka matilah ia dalam keadaan mati jahiliyah.” (Muttafaq ‘alaih)

671. Dari Abu Bakrah r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang merendahkan seseorang sultan – penguasa negara, maka ia akan direndahkan oleh Allah.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

Bagi Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Dr Haron Din menasihati pengundi bahawa pemerintah, pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq sewaktu menjadi khalifah.

“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”

Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Dr Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin.

“Daripada Jubair bin Mut‘im: Bahawa RasululLah s.a.w bersabda: “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah.” Hadith riwayat Abu Daud

Dalam menjelaskan maksud ‘asabiyyah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh Wathilah bin al-Asqa’:

(maksudnya): Wahai RasululLah! Apakah al-‘asabiyyah? Sabda baginda: “Kamu menolong kaum mu atas kezaliman”

Wallahu a’lam

Sila baca juga:

Ku rindukan hukum Allah tertegak di muka bumi kembali

Hukum Islam telah dijalankan di zaman dahulu di Tanah Melayu

Mengapa Hukum Islam terabai!