Rumah > Al-Hadits > Mutiara hadith2 agar kita sabar menempuh ujian dalam kehidupan

Mutiara hadith2 agar kita sabar menempuh ujian dalam kehidupan

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Di sini ambe ada kumpul beberapa hadith nabi yang berkenaan dengan ujian dalam kehidupan. Semoga kita dapat lebih tabah lagi menghadapi ujian-ujian terutamanya ujian keimanan dalam hidup kita.

Pertamanya kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang2 yang sabar menghadapi ujianNya.  FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146

Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286

Koleksi hadith-hadith

* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi

* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi

* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: “Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). ” - Hadis riwayat Imam Bukhari

* Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “ Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”. – Hadith riwayat Muslim

* “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” - Hadith riwayat Muslim

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” – Hadis riwayat Thobrani

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

“Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya.” – Hadith riwayat Bukhari

“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” - Hadis riwayat Bukhari

“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.” – Hadith riwayat Bukhari

* Dalam hadith qudsi Allah berfirman : “Siapa yang tak rela menerima ketentuanKu, silakan keluar dari bumiKu!”

Jenis-jenis kesabaran

Ibnu Qoyyim Aljauzi dalam kitab Madarijus Salikin mengatakan, “Sabar adalah menahan jiwa dari berkeluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (yang tidak lurus). Sabar ada 3 jenis, sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah S.w.t,  sabar dari melakukan maksiat, dan sabar dari ujian Allah.”

Syair Imam Syafie berkenaan sabar

Bersabar lah yang indah

Alangkah dekatnya kelapangan

Barangsiapa muraqabah (merasa dekat dengan) Allah dalam seluruh urusan, ia akan berhasil

Barangsiapa yang membenarkan Allah, tidak akan terbawa gangguan

Dan barangsiapa yang mengharapkanNya, Dia akan ada di mana orang itu mengharap

(Manaqib AsSyafie , AlBaihaqi 2/362)

Penutup

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat  kecuali bagi orang yang khusyuk.” - Surah al-Baqarah, ayat 45

Bacaan berkaitan:

Sabar menghadapi musibah dan kesukaran

  1. manatuhanallah
    Julai 10, 2009 at 3:48 pm | #1

    ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!!

    Tenang-tenangkan diri…
    Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
    Terima Kasih

    Krulayar

  2. Julai 10, 2009 at 9:16 pm | #2

    Salaam semua. wahai saudara krulayar, maaf saya menyampuk, saya sekadar kasihan dengan fahaman dan apa yang saudara tulis di blog saudara itu. Saya hanya boleh mengatakan fahaman itu betul2 menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Jangan nanti saudara kata saya nak cari balah dengan awak, tuduh awak sesat ke apa pulak yer.

    Cuma apa yang saya mahu katakan, ia benar2 menyimpang dari ajaran islam yang sebenar. Harap maklum semua.

    Boleh saudara terangkan siapa saudara yang sebenar, asal dari mana, sekarang tinggal di mana, saudara berfahaman dan agama apa? Terima kasih :)

  3. kamarul
    Julai 12, 2009 at 1:27 pm | #3

    nampaknya sudah datang ujian ini kepada kita rupanya

  4. kamarul
    Julai 12, 2009 at 1:31 pm | #4

    wahai saudara krulayar, jangan anda menyesatkan orang ramai dengan fahaman anda itu,

    Tuhan tidak akan muncul di bumi dan manusia bukannya Tuhan, mana anda belajar sumer ni?

    mungkin dari Dajjal kot?

  5. kamarul
    Julai 12, 2009 at 1:32 pm | #5

    punah…punah,, ai

  6. Anis
    Julai 12, 2009 at 4:40 pm | #6

    Astaghfirullah…
    Mengucap2… sgt2 merbahaya serangannya.. (Minta perlindungan drpdNya)
    Barangkali saudara krulayar t’lalu byk b’fikir.. mungkin lbh kpd logik akal @ yg saudara sendiri shj tahu..
    Sesungguhnya akal manusia @ diri kita ini sendiri t’batas..
    Tidaklah Allah m’mberi @ mengajarkan kita ilmu melainkan sedikit… Di mana ada sesetengah p’kara klu kita fikirkan kita mmg tidak akan dpt m’bygkan spt contoh bgaimana rupa Allah..
    Sekiranya kita t’lalu byk b’fikir spt mn saudara krulayar, sama la spt seolah2 kita m’pertikaikan keadaaanNya..
    sbb itu kdg2 ada yg smpi blh jd gila.. krn kita memikirkan sesuatu p’kara yg tidak sepatutnya!
    Setinggi mn ilmu manusia itu pun, jgn lh sekali2 berasa sombong mahupun riak.. umpama diri kita riak dgn Maha Pencipta kita..
    Apabila manusia sudah mulai sombong @ merasakan dirinya tinggi darjat di sisi Allah @ seseorg yg istimewa maka mrk2 inilah yg harus b’waspada krn mrk2 inilah yg lbh mudah t’pedaya dgn tipu serta hasutan syaitan..
    Syaitan2 ini kemudiannya b’bisik kpd hati manusia2 ini bahawa mrk ini sdg melakukan yg betul @ mengaku bahawa bisikan itu adalah dari Allah..
    Tenung semula diri baik2, cerminkan hati, siapalah kita utk m’dpt keistimewaan spt itu?! kita bkn rasul @ wali Allah..
    Mrk2 pun sudah tiada… Sbb itu menuntut ilmu itu wajib.. wajib b’ilmu dgn tok guru yg m’bawa & m’bimbing kita ke jalan Allah.. Jln yg m’bawa kita kenal kpd Allah..
    Klu dh sedemian kata & pandangan krulayar, krulayar jg harus b’fikir.. dr mn ilmu ini semua dia dpt? & untuk apa?
    Andai kata utk dikongsi sesama manusia, adakah ianya benar..
    Sebarang pendapat @ fahaman spt itu, rata2nya m’buatkn manusia t’fikir.. ‘ilmu apa ini?’
    dan seperkara lagi.. andai ada di antara jiwa2 manusia yg ikut b’fikiran & b’faham spt saudara & seandainya ia salah, saudara yg akan dipertanggungjawabkan!
    Tidakkah saudara krulayar b’fikir dahulu.. @ berasa takut @ b’waspada dgn setiap apa yg saudara sebarkan?
    Sesungguhnya hati yg ada kpd Allah akan ada semua faktor/rasa itu.. yg m’jadikan ia b’hati2 sebelum b’kata sesuatu..
    P’kataan2 yg saudara lontarkan itu seolah2 menyamakan Tuhan sy yg Maha Mulia, yg Maha Esa, Allah dgn manusia di muka bumi ini.. sedih rasanya..
    sy ingin b’tnya pd krulayar, seandainya manusia ini sama spt Allah spt mn fahaman kamu itu, di mana istimewanya lg Tuhan itu?
    Tuhan apa klu mcm itu? sana sini tuhan ke..? apakah yg dimaksudkan dgn tuhan? kamu tahu ke? utk apa sembah tuhan yg tidak hebat itu??
    Allah satu2nya Tuhan yg Maha Agung.. tidak ada satu pun yg menyamainya.. tolong la b’henti b’fikir yg bukan2… :’(

  7. Julai 12, 2009 at 10:20 pm | #7

    Salaam semua. hehe saudara krulayar ni nampaknya hanya singgah utk promote link ke website dia. mungkin dia akan datang lg ke sini dan mungkin tidak. Dia sedang bertungkus lumus menyampaikan ajarannya itu skrg.

    konsep yang di bawa oleh krulayar tu sama dengan konsep yang di bawa oleh Bhagawan Sri Sathya Sai Baba, Ayah Pin, dan beberapa lagi. Iaitu utk bergabung semua agama di bawah satu bumbung. Nampak mcm bagus, tetapi sebenarnya akan lagi rosak, kerana fahaman yang berlainan sama sekali mana boleh bergabung dalam satu bumbung, melainkan hanya sekadar berbaik secara biasa seperti selama ini telah kita buat. Jika berada dalam satu bumbung, maka lebih banyak perbalahan akan berlaku dari perdamaian.

    Satu perkara yang saya rasa kita perlu ingat, nak fikir pasal dunia ni fikir lah macam2 perkara, pasal memang kita digalakkan berfikir tentang kejadian ciptaan Allah S.w.t ini. tetapi kita tidak digalakkan banyak berfikir sangat tentang perkara ghaib, apa lagi tentang zat Tuhan. Seperti mana banyak yang saya dah sebut dalam blog ni.

    Saya cuma ingin berpesan kepada saya dan sesiapa sahaja lebih2 lagi mereka2 yang asas agamanya terlalu kurang, agar berhati2 dan tidak mudah terpedaya dengan fahaman pelik lagi mengarut seperti itu. Kerana matlamat mereka tidak lain untuk memecah belahkan kesatuan Islam dan merosakkan aqidah kita. Terlalu banyak provokasi terhadap Islam sekarang, semoga Allah lindungi kita semua dari disesatkan oleh syaitan2, amiin.

    Terima kasih kepada semua komen yang menegur krulayar, bagus2 hehe, jazaakumullahu khoirol jazaa’ :)

  8. shafifah
    Julai 16, 2009 at 3:54 pm | #8

    MAJLIS ILMU HUJUNG MINGGU INI :
    SAMBUTAN ISRAK WAL MIKRAJ NABI S.A.W

    Tetamu Undangan Khas YSNS, Tuan Habib Umar Bin Abdul Rahman Al Jiffri dari Jeddah & Madinah al Munawwarah.

    Tarikh : 17 Julai 2009 ( Jumaat )

    Masa : 07.00 malam

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan, 71350 Kota, N. Sembilan.

    Muslimin/Muslimat dijemput dan dipersilakan hadir beramai-ramai bagi menyambut dan memperingati majlis Israk wal Mikraj Nabi Muhammad s.a.w ini.

    AHAD di masjid TAMAN TAR Ampang penceramah yang sama serta mulai jam 6.00 petang

    http://pondokhabib.wordpress. com

  9. alexious
    Ogos 4, 2009 at 3:35 pm | #9

    Shalom Haliluyah

  10. alexious
    Ogos 4, 2009 at 3:35 pm | #10

    Shalom Haliluyah Puji Tuahan

  11. September 14, 2009 at 12:05 am | #11

    http://www.facebook.com/people/Siti-Rahmah/655692966

    terima kasih pada segala kata-kata mutiara anda

  1. No trackbacks yet.