Arkib

Archive for the ‘Hukum dan Fatwa’ Category

Nisfu Syaaban dan fatwa tentangnya

Ogos 16, 2008 Ahmad Nizam 3 comments

Assalaamu’alaikum w.b.t…..  Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal?  Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut?  Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.

Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar,  tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.  Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu. Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.

Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja?  Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.

Dan saya tidak berani mengatakan amalan tersebut haram. tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja. Tetapi menurut fatwa dari Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, amalan itu dikira bid’ah dan penjelasannya ada saya sertakan di bawah nanti.

Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan AlQuran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala  sehingga membaca AlQuran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.

Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Read more…

Mengumpat yang dibolehkan dalam Islam

Mac 4, 2008 Ahmad Nizam 2 comments

Salaam alaikum w.b.t.. berikut ini adalah petikan dari kitab Riyadhus Sholihin karangan Imam Nawawi yang menjadi panduan kepada semua umat islam berkenaan dengan mengumpat yang dibenarkan dalam Islam. Sila baca dengan teliti dan fahami baik2. Jazaakumullahu khoirol jazaa’

Ketahuilah bahwasanya mengumpat itu dibolehkan kerana adanya tujuan yang dianggap benar menurut pandangan syara’ Agama Islam, yang tidak akan mungkin dapat sampai kepada tujuan tadi, melainkan dengan cara mengumpat itu. Dalam hal ini adalah enam macam sebab-sebabnya:

Pertama: Dalam mengajukan pengaduan penganiayaan, maka bolehlah seseorang yang merasa dirinya dianiaya apabila mengajukan pengaduan penganiayaan itu kepada sultan, hakim ataupun lain-lainnya dari golongan orang yang mempunyai jabatan atau kekuasaan untuk menolong orang yang dianiaya itu dari orang yang menganiayanya. Orang yang dianiaya tadi bolehlah mengucapkan: “Si Fulan itu menganiaya saya dengan cara demikian.”

Kedua: Dalam meminta pertolongan untuk menghilangkan sesuatu kemungkaran dan mengembalikan orang yang melakukan kemaksiatan kepada jalan yang benar. Orang itu bolehlah mengucapkan kepada orang yang ia harapkan dapat menggunakan kekuasaannya untuk menghilangkan kemungkaran tadi: “Si Fulan itu mengerjakan demikian, maka itu cegahlah ia dari perbuatannya itu,” atau Iain-Iain sebagainya. Maksudnya iaiah untuk dapat sampai guna kelenyapannya kemungkaran tadi. Jadi apabila tidak mempunyai maksud sedemikian, maka pengumpatan itu adalah haram hukumnya.

Read more…

Haram salah guna nada dering al-Quran

Januari 5, 2007 Ahmad Nizam Tinggalkan komen

KUALA LUMPUR: The image “http://www.phonemag.com/images/cellphones/Sanyo_S750_-_Orange_3G_Handset_5.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Penggunaan nada dering bacaan al-Quran di tempat tidak sepatutnya seperti dalam tandas, adalah makruh dan jika disalahgunakan, hukumnya menjadi haram, kata Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.

Beliau berkata, justeru umat Islam perlu berhati-hati dengan penggunaan ayat suci al-Quran kerana ia kalam Allah yang tidak boleh dipermain-mainkan.

“Nada dering al-Quran pada asalnya bertujuan baik, tetapi kalau disalah guna seperti sengaja memperdengarkan dalam tempat yang tidak elok, boleh menjadi haram.

Read more…

Categories: Hukum dan Fatwa

HUKUM WANG DIVIDEN DAN BONUS ASB

Januari 4, 2007 Ahmad Nizam 3 comments

Isu :

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’(Fatwa) Negeri Selangor telah menerima surat daripada seorang hamba Allah daripada Tanjung Malim yang bertanyakan berkenaan dengan hukum wang dividen dan bonus ASB dengan soalan seperti berikut :

1.1. Adakah wajib dikeluarkkan zakat daripada wang bonus dan dividen ASB.

1.2. Bolehkah wang tersebut digunakan bagi menunaikan Fardhu Haji Ke Tanah Suci Mekah.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai permasalahan tersebut.
Read more…

Categories: Hukum dan Fatwa

BINATANG YANG HALAL DAN HARAM

Januari 4, 2007 Ahmad Nizam 12 comments

Oleh: Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir
Dewan Pengajian Ibn Qayyim al-Jauziyyah

Pendahuluan:

Risalah ini adalah jawapan kepada suatu soalan yang dikemukakan kepada penulis di Surau Taman Pauh Jaya, Seberang Perai. Ia mengandungi beberapa dalil yang digunakan oleh para ulama bagi menyokong pendirian mereka berhubung halal atau haram memakan benda-benda tertentu khususnya yang berkaitan dengan jenis haiwan. Ia hanya disebut secara ringkas dan tidak dibuat nota kaki berhubung sumber-sumber rujukan. Tujuannya ialah untuk mengelakkan dari risalah ini menjadi terlalu panjang.

Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hukum dalam semua perkara -kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain- adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram. Ini berdasarkan kaedah: Perkara yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah suatu yang dimaafkan.

Read more…

Categories: Feqah, Hukum dan Fatwa