Assalaamu’alaikum w.b.t……. Memandangkan pihak Kristian masih tidak berhenti lagi MENYERANG ke blog ini, maka saya sambung lagi ke topik yang lain. Tetapi saya tidak akan tulis panjang-panjang lagi, kerana ntah mereka baca atau tidak tulisan panjang-panjang saya.  Maka mulai sekarang, saya hanya akan keluarkan topik berbentuk soalan kepada mereka, kerana nampaknya mereka suka sangat datang membuat kacau di BLOG ini.

Tanpa melengahkan masa saya lagi ,  saya berikan di sini ayat-ayat dalam Surat Paulus iaitu  1 Korintus;

1 Korintus   16:20 Sahabat-sahabat kita di sini semuanya minta supaya saya menyampaikan salam mereka kepada Saudara. Dan Saudara sendiri hendaknya bersalam-salaman pada waktu bertemu.

16:21 Kata-kata terakhir dalam surat ini saya tulis sendiri.
16:22 Kalau seseorang tidak mengasihi Tuhan, terkutuklah ia. Tuhan Yesus, datanglah!
16:23 Kiranya kasih karunia Tuhan Yesus Kristus menyertai Saudara sekalian.
16:24 Terimalah kasih saya kepada Saudara sekalian, sebab kita sekalian milik Yesus Kristus.

Paulus dengan tegas menyatakan di situ bahawa Kalau seseorang tidak mengasihi Tuhan, terkutuklah ia. Bagi orang Kristian yang mengaku bahawa Yesus itu juga adalah tuhan dan mengasihinya, sudah tentu tidak termasuk dalam senarai manusia yang dikutuk dalam ayat itu.  Tetapi manusia-manusia lain seperti orang-orang Buddha, Hindu dan sebagainya yang TIDAK MENGAKU apa lagi MENGASIHI Yesus itu adalah tuhan sudah pasti terkena KUTUKAN Paulus itu.

.

Larangan orang Kristian berkawan dengan bukan Kristian

Paulus juga MELARANG orang-orang Kristian berkawan dengan orang-orang bukan Kristian yang TIDAK MENGAKU Yesus itu adalah tuhan. Baca dengan teliti kata-katanya di bawah yang ditulis di dalam AlKitab / Bible Kristian itu

2 Korintus   6:13 Sekarang saya berbicara kepada Saudara seperti kepada anak sendiri. Bukakanlah hati Saudara bagi kami! Balaslah kasih kami!
6:14 Janganlah terikat kepada orang yang tidak mengasihi Tuhan, sebab apakah persamaan umat Allah dengan orang yang hidup dalam dosa? Bagaimana terang dan gelap dapat hidup bersama?
6:15 Apakah mungkin ada keserasian antara Kristus dengan Iblis? Bagaimana mungkin orang Kristen dapat bersekutu dengan orang yang tidak percaya?
6:16 Lagipula, apakah mungkin ada hubungan antara rumah Allah dan berhala? Sebab Saudara adalah rumah Allah, tempat tinggal Allah yang hidup. Mengenai kita Allah telah berfirman, “Aku akan hidup di dalam mereka dan berjalan bersama-sama dengan mereka, dan Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.”
6:17 Itulah sebabnya Tuhan telah berfirman, “Tinggalkanlah mereka; lepaskanlah dirimu dari mereka; jangan menyentuh barang-barang mereka yang najis; maka Aku akan menyambut kamu.
6:18 Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku laki-laki dan anak-anak-Ku perempuan.”

Maka saya dengan segala hormatnya mempersilakan pihak Kristian menjawab persoalan ini dan mari kita bincang-bincangkan …….  Jangan hanya berselindung di sebalik AJARAN KASIH tetapi hakikatnya ajaran kamu membenarkan apa sahaja perbuatan yang KEJI akibat dipengaruhi oleh PAULUS dan YAHUDI yang banyak mengubah Ajaran Taurat dan ajaran Yesus sendiri dan memutar belitkan AlKitab dengan menyerapkan falsafah-falsafah Yunani.


Bacaan berkaitan:

Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah

Pendedahan bekas Paderi Kristian & Mubaligh Hindu

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan – Bahagian kedua

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit

Pendapat-pendapat berkenaan asal usul dan fitnah Dajjal

Menjawab beberapa tuduhan terhadap AlQuran

Ramai orang2 Kristian dahulu yang menolak Trinity

Perbezaan ajaran Yesus dengan ajaran Paulus (Kristian)

Sejarah kemasukan Kristian di kepulauan Melayu – Bahagian 1

Bible mengatakan hanya 144,000 umat Israel akan masuk syurga

Muhammad S.a.w adalah Rasul terakhir sedangkan Yesus bukan Rasul terakhir

Paulus yang selewengkan ajaran Yesus dan mencipta Kristian

Paulus menggunakan perkataan ‘bodoh’ sedangkan Bible sendiri melarang menyebut bodoh

Bible menyebut bahawa Yesus datang bukan untuk membawa damai tetapi pedang

Kita semua akan mati dan dibangkitkan dari mati di akhirat kelak, maka adakah kita ini Tuhan?

Kristian agama rasis sedangkan Islam agama universal

Ayat-ayat porno dalam Bible dan kaedah larangan berzina dalam AlQuran

Kristian menciplak ajaran Hindu dan penyembah berhala