Percanggahan-percanggahan NYATA di dalam BIBLE / AlKITAB

397 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Bible atau AlKITAB sememangnya terkenal dengan percanggahan-percanggahan yang terNYATA JELAS dan BANYAK. Amat berbeza sekali dengan hujjah-hujjah yang mereka bawa kononnya ayat-ayat AlQuran juga ada percanggahan. Setelah dibincangkan maka terNYATA itu bukan percanggahan tetapi hanya pentafsiran meleset manusia-manusia yang TERDESAK.

Jika anda tidak percaya, maka sila bawakan percanggahan-percanggahan yang kamu rasa ada dalam AlQuran dan mari kita bincangkan secara teliti dan ilmiah, bukan datang menuduh tanpa BUKTI dan terlalu mengikut EMOSI.  Terima lah KEBENARAN walaupun ianya pahit untuk ditelan.  Tulisan saya bukan untuk menghina sesiapa, tetapi kerana perasaan tanggungjawab dan kasihan-belas saya untuk menyedarkan anda semua dari tipu-helah kerajaan ROME dan Yahudi yang telah menyeleweng dari ajaran asal dahulu kala yang hanya gilakan kuasa di dunia sampai ke hari ini.  Mereka itulah satu puak yang dinamakan Illuminati.

Semoga kamu beroleh PETUNJUK dari ALLAH S.w.t dan kembali kepada FITRAH.  Jika kamu sudah kembali kepada FITRAH dan menjadi ISLAM (menyerah diri sepenuhnya kepada ALLAH) maka kamu ibarat KAIN PUTIH yang masih belum tercatat DOSA, sedangkan KEBAIKAN-KEBAIKAN kamu selama ini di dunia sudah dikira oleh TUHAN Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sungguh BERUNTUNG lah orang-orang itu, subhanallah.

Percanggahan-percanggahan dalam AlKitab / Bible

1 – Yesus mesti merasai sengsara , kemudian bangkit dari mati TIADA disebut dalam Perjanjian Lama sedangkan Lukas mengatakan “Adalah tersurat bahwa Kristus wajib merasai sengsara, kemudian bangkit pula dari antara orang mati pada hari yang ketiga;”

Lagi

Dalam pandangan Kristian, manusia yang tidak mengasihi Yesus adalah TERKUTUK

396 Komen


Assalaamu’alaikum w.b.t……. Memandangkan pihak Kristian masih tidak berhenti lagi MENYERANG ke blog ini, maka saya sambung lagi ke topik yang lain. Tetapi saya tidak akan tulis panjang-panjang lagi, kerana ntah mereka baca atau tidak tulisan panjang-panjang saya.  Maka mulai sekarang, saya hanya akan keluarkan topik berbentuk soalan kepada mereka, kerana nampaknya mereka suka sangat datang membuat kacau di BLOG ini.

Tanpa melengahkan masa saya lagi ,  saya berikan di sini ayat-ayat dalam Surat Paulus iaitu  1 Korintus;

1 Korintus   16:20 Sahabat-sahabat kita di sini semuanya minta supaya saya menyampaikan salam mereka kepada Saudara. Dan Saudara sendiri hendaknya bersalam-salaman pada waktu bertemu.

16:21 Kata-kata terakhir dalam surat ini saya tulis sendiri.
16:22 Kalau seseorang tidak mengasihi Tuhan, terkutuklah ia. Tuhan Yesus, datanglah!
16:23 Kiranya kasih karunia Tuhan Yesus Kristus menyertai Saudara sekalian.
16:24 Terimalah kasih saya kepada Saudara sekalian, sebab kita sekalian milik Yesus Kristus.

Paulus dengan tegas menyatakan di situ bahawa Kalau seseorang tidak mengasihi Tuhan, terkutuklah ia. Bagi orang Kristian yang mengaku bahawa Yesus itu juga adalah tuhan dan mengasihinya, sudah tentu tidak termasuk dalam senarai manusia yang dikutuk dalam ayat itu.  Tetapi manusia-manusia lain seperti orang-orang Buddha, Hindu dan sebagainya yang TIDAK MENGAKU apa lagi MENGASIHI Yesus itu adalah tuhan sudah pasti terkena KUTUKAN Paulus itu.

.

Larangan orang Kristian berkawan dengan bukan Kristian
Lagi

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan – Bahagian kedua

541 Komen


……. Sambungan dari    Jesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Oleh kerana blog ini masih lagi sentiasa diserang oleh pihak Kristian, walaupun saya sudah cuba untuk menyepikan diri dari bercakap tentang Kristologi ini, maka saya lanjutkan perbicaraan lagi.   Semoga kamu beroleh HIDAYAH dariNya, amiin.

Berikut ditambahkan lagi fakta-fakta bahawa Yesus itu bukannya Tuhan dan dia adalah seorang Rasul Allah yang mulia;

–  Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham. Abraham memperanak Ishak, Ishak memperanak Yakub, Yakub memperanak Yehuda dan saudara-saudaranya. Yakub memperanak Yusuf suami Maria, yang melahirkan Yesus yang disebut Kritus (Matius 1 : 1 ).

Kenapa tidak ada Allah dalam Silsilah keturunan Yesus itu??

kenapa semuanya manusia??

Maka JELAS bagi mereka yang punya akal, bahawa yesus adalah keturunan MANUSIA

–   “Dan engkau Betlehem, tanah Yehuda, engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil di antara mereka yang memerintah Yehuda, karena daripadamulah akan bangkit seorang pemimpin, yang akan menggembalakan umatKu Israel.” (Matius 2:6)

Ini maknanya Yesus diNUBUWWAH kan oleh Tuhan menjadi Nabi kepada umat israel

Setiap yang diNUBUWWAHKAN adalah pasti BUKAN TUHAN

NuBUWWAH itu maknanya menjadikan dia NABI, perkataan Arab tu

Lagi

Dialog tentang perbandingan AlQuran dan Bible – Mana yang benar? 11

696 Komen


……. Sambungan dari Dialog tentang perbandingan AlQuran dan Bible – Mana yang benar? 10

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Terlebih dahulu adalah dinasihatkan agar cuba berdialog dengan beradab sopan dan beretika. Elakkan dari menggunakan kata2 kesat dan keji. Demi kerana kebenaran , maka berdialog lah dengan tenang, bukan dengan perasaan benci dan sengaja mahu menyakiti hati pihak lain.


Peace, love and justice for all 🙂

Bacaan berkaitan:

Dari sekecil makhluk hingga sebesar makhluk semuanya bertasbih memuji Allah

 

Pendedahan bekas Paderi Kristian & Mubaligh Hindu

Pembatas kepalsuan dan kebenaran : Bab 1 – 2

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan

Yesus (Nabi Isa a.s) bukan Tuhan – Bahagian kedua

Yesus tidak mati disalib tetapi diangkat ke langit

Lagi

Kajian Kristologi perlu dipelajari bagi mengelakkan kerosakan aqidah – Bahagian 2

10 Komen


……. bersambung dari Kajian Kristologi perlu dipelajari bagi mengelakkan kerosakan aqidah – Bahagian1

Domba tersesat selalu disebut-sebutkan dalam Kitab Bible. Maksud domba-domba tersesat itu ialah manusia-manusia yang masih belum menjadi Kristian. Mereka wajib berusaha dengan berbagai cara untuk mengkristiankan manusia lain, jika tidak mereka akan berdosa kerana itu dan akan masuk neraka. Maka perintah mengKristiankan manusia itu adalah wajib dalam agama mereka. Ini seperti yang telah diberitahu oleh Ustazah Hjh Irene Handono, bekas seorang alim Kristian yang sekarang telah menjadi pendakwah Islam.

Antara fakta-fakta di dalam Bible yang mengelirukan

Dalam Kristian mengatakan ajaran agamanya adalah ajaran berkasih sayang. Tetapi ini bertentangan di dalam Surah Mathius Fasal 10 Ayat 34 – 36 :. “Jangan kamu menyangka bahawa aku membawa damai di atas bumi , aku datang bukan untuk membawa damai melainkan pedang. Sebab aku datang untuk memisahkan orang dari ayahnya , anak perempuan dari ibu mertuanya dan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya.” Persoalannya di situ, Kristian ini agama kasih sayang atau agama pedang?

Nabi Isa a.s datang untuk memperbaiki Taurat (perjanjian lama) bukannya untuk mengubah Taurat. Maka Nabi Isa a.s pada usia 8 tahun telah dikhitan oleh malaikat. Tetapi Paus telah menolak tentang Khitan itu.

Imamat ( Perjanjian Lama ) pasal 11 ayat 7 : “Demikian pula babi hutan haram kerana …”. Berbeza antara bible tahun 1958 (babi itu haram bagimu) dengan bible tahun 2003. Ajaran Paulus mengatakan, “semua boleh kau makan, kecuali muntahan dari hasil makanan”.

Cara solat Kristian juga berbeza dengan cara solat Nabi Isa a.s di mana Isa a.s rukuk dan sujud dalam doanya.

Lagi

Older Entries